VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]234 ]
Subject: Beristeri Dua


Author:
Noh (Dilema)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 19:55:25 02/24/10 Wed

Saya seorang lelaki berusia 39 tahun.Saya pernah bercinta dgn seorg teman wanita yang sebaya
dgn saya kira-kira 25 tahun yg lalu.Percintaan kami berputik sejak dari Tingkatan Dua dan direstui oleh kedua2 belah orang tua sehinggalah
kami terpisah jarak disebabkan melanjutkan pelajaran di universiti masing-masing. Saya di Penang dan
dia di Kelantan.Pun begitu, kami masih berhubung melalui surat dan sesekali dpt berjumpa apabila
cuti semester.Malangnya di akhir pengajiannya, dia mengutus surat kepada saya untuk berpisah dan terpaksa
meninggalkan saya atas sebab-sebab tertentu yang tidak diberitahu.Saya kecewa dan terus bersendirian selama setahun.
Selepas itu, saya berjumpa/berkenalan dgn seorang teman wanita satu universiti.Perkenalan saya
dgn teman baru hanyalah biasa aje..sebagai kawan dan tempat utk meluahkan perasaan saya yg sedang frust bercinta.
Dalam tempoh perpisahan saya dgn kekasih pertama itu, dia masih mengirim berita melalui kad hari jadi
dan kad raya kerana katanya dia masih mengingati dan masih menyayangi saya, walaupun dia tahu saya sudah ada yg punya tetapi satu surat pun saya tidak membalasnya
kerana terlalu kecewa dgn perpisahan itu.Namun di hati ini, saya masih sayang dan ingatkan dia.
Perhubungan saya dgn teman baru berakhir dgn perkahwinan walaupun hati saya masih mengingati
kekasih lama saya dulu.Dan kekasih lama saya pun akan berkahwin juga dgn pilihan hatinya.Tetapi sebelum
berkahwin, kekasih lama saya ingin berjumpa dgn saya utk berterus terang sebab kenapa dia terpaksa
berpisah dan meninggalkan saya suatu waktu dahulu.Alangkah terperanjatnya saya setelah diberitahu
bahawa dia telah diperkosa oleh seorang lelaki dan dia tak mahu menghancurkan harapan saya sebab
dia rasakan dia dah tak suci utk saya.Akhirnya, saya akur dan terima ketentuan Ilahi bahawa saya
dan dia tiada jodoh dan lelaki yg menodai dia adalah bakal suaminya.Dia berterus terang bahawa dia
sememangnya tak menyintai lelaki itu tetapi terpaksa menerimanya atas sebab kejadian tersebut dan dia
menjangkakan bhw perkahwinannya itu mungkin tidak akan bahagia dan kekal.
Perkahwinan saya kekal sehingga sekarang dgn dikurniakan 4 org anak.Saya akui yang saya sayangkan
isteri dan anak2 saya walaupun isteri saya sekarang ni seorang yang agak pemarah dan emotional dan
pergaduhan kecil selalu berlaku antara kami disebabkan tidak sependapat dan pada saya itu biasa aje..
asam garam berumahtangga…
Dlm tempoh perkahwinan saya, dia masih mengirimkan kad hari jadi dan kad raya sebagai tanda ingatan
bahawa dia masih sayang dan mengingati saya. Tetapi saya tidak pernah sekalipun membalasnya
atas dasar menghormati yg dia sudah bersuami dan tak manis utk saya berhubung surat/kad. Cuma
sesekali saya bercakap dlm telefon bertanya khabar.
Akhirnya, pada tahun lepas…hati saya ntah macamana tersangat rindu dgn dia.Mungkin saya rasakan
perkahwinan saya ini…walaupun secara keseluruhannya bahagia…tetapi ada kalanya di selangi dgn
kesedihan kerana sikap isteri yg terlalu tegas dan berkeras dalam segala hal dan percakapan yg
menyebabkan saya rasa bosan dgn perkahwinan saya.Saya sebagai suami seolah2 tak dihormati isteri
dan mulalah saya teringatkan kekasih lama saya.
Saya pun hubungi dia dan alangkah terperanjatnya saya setelah diberitahu bahawa perkahwinannya
sudah lama berkecai dan hanya bertahan sehingga 4 tahun.Sekarang dia menjanda bersama dua orang
anak hampir 9 tahun. Apabila saya bertanya kenapa dia menjanda terlalu lama dan dia pun menjawab…
sememangnya ramai lelaki kebanyakan suami orang datang utk melamarnya tetapi dia menolak
kerana terlalu takut dgn lelaki disebabkan perkahwinannya yg lepas penuh dgn kehancuran akibat
sikap lelaki (bekas suaminya) yg panas baran dan suka memukul.Tetapi dia tetap mengharapkan saya
dan menunggu saya kerana katanya dia kenal hati budi saya sejak dulu lagi cuma tiada jodoh dgn saya.
Saya pernah melamar dia sebagai isteri dan jawabnya…kalau saya ikhlas, dia sanggup menjadi isteri kedua
dan minta tidak di"apa-apa"kan isteri pertama saya.Dan dia berkata…seandainya saya di beri pilihan
oleh isteri saya samada utk pilih isteri saya atau dia…maka dia lah orang yg akan menarik diri dan dia tak
tergamak menghancurkan rumahtangga saya yg telah sekian dibina. Dia sanggup bermadu dan dia tak mahu
apa-apa dari saya…semuanya dia sudah ada..rumah,anak dan kerjaya…cuma dia ingin menumpang kasih
dan ingin menebus kesalahannya meninggalkan saya suatu waktu dahulu semasa percintaan kami.
Masalahnya sekarang…bagaimana hendak saya lakukan sekarang?Adakah saya patut berterus terang
dgn isteri saya ttg hajat saya itu tapi sudah semestinya dia akan melenting dan tak dpt menerimanya
Adakah patut saya bernikah dgn dia secara senyap2 tanpa pengetahuan isteri?
Saya berhajat memperisterikan dia bukan atas dasar nafsu sebab saya dan dia adalah sebaya.Saya dan isteri saya pun sebaya.
Layanan batin isteri saya mencukupi cuma saya ingin menghabiskan sisa2 hidup saya bersama kedua2 org
yang tersayang dengan cara yg aman dan harmoni.Saya tak sanggup berpisah dgn isteri saya dan demi anak2
saya masih sayangkan keluarga saya.Cuma kalau boleh saya mengharapkan isteri saya dpt memenuhi tuntutan saya
itu dan faham akan perasaan saya dan menerima org ketiga dlm hidupnya.Saya tak mahu berlaku penceraian
gara2 mahu memperisterikan dia.
Masalahnya..macamana nak melembutkan hati isteri? Macamana nak membuatkan isteri menerima itu semua tanpa berlaku
perceraian?
Untuk pengetahuan, saya adalah seorang doktor dan mempunyai sebuah klinik persendirian dan
dari segi kemampuan ekonomi , fizikal dan batin…saya mampu berlaku adil seandainya
saya beristeri dua tetapi yg saya kalah ialah dari segi perasaan isteri-isteri saya seandainya mereka tidak
memberi kerjasama, tidak bertolak ansur , saling faham memahami.
Tolong bagi pendapat / cadangan yang bernas bagi mengatasi masalah saya ini….Terima Kasih.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.