| Subject: kehidupan percintaan..beginikah? |
Author:
z-man
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 21:10:29 06/04/05 Sat
a'kum...
masalah yg saya hadapi ni, mmg agak merumitkan dah mungkin memeningkan semua. jadi saya harap agar dapat juga sesiapa yg berilmu dan berpengalaman dalam hal agar dapat memberikan sedikit petunjuk untuk saya menghadapi masalah ini.
utk pengetahuan semua, saya berumur 24 tahun dan telah selama 5 tahun bercinta dengan seorang gadis yang sebaya dengan saya. Kami belajar di universiti yang sama. Sepanjang perkenalan kami, boleh dikatakan terlalu kerap kami berjumpa. Setiap hari, mungkin lebih daripada 12 jam kami habiskan bersama. Pergi ke kuliah bersama, makan bersama dll. Dia telah menamatkan pengajiannya pada hujung tahun lepas tetapi saya terpaksa melanjutkan pelajaran lagi hingga ke hujung tahun ini. Perhubungan kami ini mendapat tentangan daripada keluarga saya, tetapi saya masih meneruskannya atas dasar cinta.
pada awal perkenalan, dia telah memberitahu bahawa dia pernah terlanjur dengan bekas teman lelakinya ketika dia masih di alam persekolahan. Dan saya masih menerimanya walaupun dia sudah bukan dara sejati. Dan dalam penerimaan itu, saya sendiri juga hanyut dgn dunia yang penuh dosa walaupun dihati membenci apa yang saya lakukan.
Saya sering mengingatkannya tentang perlakuannya sebelum ini. Kehidupan sosialnya agak terlalu keterlaluan sebelum ini. Dia sering keluar dengan lelaki (kawannya) dan mudah utk berkawan dengan lelaki. Jadi saya sering menegurnya dan silap saya ialah apabila kami berselisih faham, saya sering mengungkit pasal sejarah silamnya. Saya pernah menggunakan perkataan "pelacur" padanya. Tapi itu utk menyakitkan hatinya dan baru baru ini ia tidak berlaku lagi.
Masalahnya, tahun lepas, dia telah menghadiri suatu pertandingan di sebuah negeri di Malaysia Timur dan seorang lelaki yg terlibat dgn penganjuran program tersebut ingin berkenalan dengannya dan dia telah menerimanya dengan senang hati dan sanggup berkata bahawa dia masih belum berpunya. Malahan, dalam sayangnya dia pada saya dia masih mampu melakukan phone sex dengan lelaki tersebut walaupun usia perkenalan kami sudah hampir tahun ke 5.
Dia telah mengakui semua ini pada suatu malam kerana tidak sanggup menipu saya atas segala kebaikan yg telah saya lakukan padanya. Malahan dia mengaku bahawa dia pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya ketika kami bercinta. Dan hasilnya, dia telah mempergunakan saya suatu masa dahulu utk menggugurkan kandungannya dengan mengatakan bahawa ia milik saya.
Saya terlalu sedih mendengar berita ini, tetapi masih dapat bersabar kerana dia sanggup berlaku jujur dengan mengakui semuanya pada saya. Saya bertekad utk menyambung juga perhubungan ini. Puas saya memujuk ketika itu, namun dia masih juga keras hati. walaupun ketika itu kami sedang menghadapi final exam, saya masih berusaha memujuknya. Setelah sekian lama, akhirnya dia bersetuju utk menyambungkan lagi perhubungan kami. Dan setelah itu, dia menamatkan pengajian dia dan saya masih berada di universiti. Inilah kali pertama kami berjauhan utk jangka masa yg panjang.
Semenjak dari itu, dia banyak berubah ke arah kebaikan. Dan saya dapat melihatnya melalui perilakunya setiap kali saya menelefon. Kami juga tidak melakukan perkara-perkara yang pernah kami lakukan dulu yg banyak mendatangkan dosa. Apabila kami gembira bersama, tiada sebarang masalah, dia kelihatan begitu menyayangi saya. Tetapi apabila ada saja masalah, dia akan terus mengungkit mengatakan silap saya kerana memujuknya dulu. Dia tak pernah ada perasaan sayang kepada saya lagi. Setelah puas memujuk, kami akan baik semula dan menjadi lebih gembira dan menyayangi dari sebelum itu.
Kemuncak masalahnya adalah pada baru baru ini apabila dia ingin pergi semula ke negeri di Malaysia Timur itu utk suatu program lain, Saya tidak membenarkannya sbb bimbang mungkin lelaki dulu akam mengganggunya. Kami bergaduh dan dia minta supaya diputuskan hubungan kami. Saya setuju pada awalnya kerana terasa seperti dia yang ingin mencari kembali lelaki tersebut.
Selepas 2-3 hari, dia menghantar satu e mail yang meyakinkan saya dia tidak akan berubah kepada perangai lama. Saya cuba memujuknya kembali dan setelah bermacam penghinaan berlaku, dia sanggup utk mencuba kembali perhubungan kami.
Utk pengetahuan semua, teman wanita saya ini terlalu jarang memakai baju kurung. Pakaian yg sering dipakai adalah t shirt lengan panjang dan jeans dan tudung yg disilang ke belakang yg menyerlahkan dada. Walaupun pakaian itu adalah normal, namun bagi saya bagi gadis yg mempunyai tubuh sepertinya, mungkin terlalu menyerlahkan asetnya. Setelah hampir setahun berkenalan dengannya, barulah saya dapat memujuknya menurunkan tudung kehadapan (menutup dada). Dan selama perkenalan kami selepas itu, dia malu utk menyilang tudung ke belakang kerana katanya ia akan menyerlahkan badannya. Dan saya berasa sungguh bangga dengan dirinya.
Setelah kami bersetuju utk menyambung semula perhubungan kami, saya mendapat tahu bahawa dia tidak lagi menurunkan tudungnya dan tidak pernah memakai baju kurung walaupun saya telah menyuruhnya beratus ratus kali. Selama ini, dalam telefon dia hanya berbohong melakukan semua itu, Saya menjadi sedih dan masih memujuknya utk menurunkan semula tudungnya. Tapi dia memarahi saya kerana selama ini, setelah saya mengetahui kisah hidupnya, saya masih mahu melakukan segala maksiat tersebut bersamanya dan bukannya membimbing dia. Dan kami berpisah kembali kerana dia marah saya memujuknya utk menurunkan tudung kerana dia ingin melakukan semua itu nanti kerana Allah dan bukan kerana saya.
Kini, saya masih dalam usaha utk memujuknya. Saya telah insaf dan ingin merubah hidup saya dan dia. Saya ingin membawanya pada jln yg diredhai Allah. Tetapi apa yang harus saya lakukan? Setiap kali saya menelefonnya, pasti dia akan memarahi saya dan sering menegaskan bahawa kami sudah takkan dapat bersama.
Apakah seharusnya saya berusaha utk memujuknya? atau hanya membiarkan dia sendiri? Saya masih sayangkannya dan ingin menebus kembali salah saya yg lama. Saya ingin dia berubah dan ingin mengambilnya menjadi isteri saya.
Segala pendapat ttg kisah hidup saya ini, akan saya jadikan sebagai panduan menghadapi kehidupan percintaan ini. Sekian.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |