VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]34 ]
Subject: Inginkan kehidupan


Author:
Shery (Tertekan dan buntu!!!)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 22:46:21 11/26/07 Mon

Saya wanita yang berkerja, telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahayamata. Sejak berkahwin hingga kini saya tinggal serumah dengan keluarga mertua. Selepas lebih kurang 5 tahun tinggal bersama, saya merasakan sudah sampai masanya saya perlu merubah nasib saya dan keluarga. Sampai bila hendak bergantung hidup kepada keluarga mertua. Tambahan pula dalam tempoh tersebut, saya tidak dapat merasakan kemanisan rumahtangga yang sebenar kerana tidak berpeluang menguruskan rumahtangga dengan cara tersendiri, tiada ruang secukupnya untuk mendidik anak-anak dan tidak dapat memainkan peranan yang sebenar sebagai seorang isteri dan ibu. Hidup saya tertekan dan serba salah. Sehingga satu tahap, saya berasa amat kecewa dalam perkahwinan ini kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang sempurna terhadap suami dan anak-anak kerana tugas-tugas tersebut telah diambilalih oleh keluarga mertua. Pergerakan saya di dalam rumah terbatas kerana kekok dan tidak bebas. Suami sering bersikap dingin jika saya menyatakan hasrat untuk menyewa/membeli rumah lain.Suami seolah-olah tidak faham atau tidak mahu faham masalah yang sedang saya alami. Seperti kata orang, kasih lebih panjang jika sekali sekala berjumpa. Setiap hari saya akan berfikir bagaimana untuk mengubah nasib hidup saya dan keluarga kerana saya jenis yang suka berdikari dalam semua perkara.Nasihat tuan untuk membantu saya dalam masalah ini amatlah diperlukan supaya keadaan tidak menjadi keroh dikemudian hari.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.