VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]34 ]
Subject: kegagalan demi kegagalan


Author:
Mr.Fail (Buntu!!!!)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:58:39 11/18/08 Tue

Assalamualaikum..... alhamdulillah kerana Allah pertemukan sy dgn laman web ini agar dpt meluahkan kebuntuan yg saya alami. Masalah saya sebenarnya merupakan kegagalan dalam pelajaran. Bukan sekali 2 tapi berkali2 hingga buat saya buntu menghadapinya. Saya merupakan seorang lelaki anak sulung yang berumur 24 tahun dan masih menuntut di ipts. Begini kisahnya.....

Permulaan hidup saya dalam bidang pelajaran dianggap cemerlang oleh ibubapa dan keluarga. Ini kerana saya mendapat 4A dalam UPSR dam merupakan seorang yang rajin membaca. Saya mmg sudah suka membaca sejak kecil lagi. Selepas UPSR, ibubapa saya mula menaruh harapan yang tinggi trhdp saya.

Ibu berusha bersungguh2 supaya dapat mmasukkan saya disebuah skolah elit di KL(sekarg btahap cluster)Namun begitu disekolah tersebutlah akedemik saya mula jatuh dan seterusnya jatuh hingga kini. Saya mengaku terlibat dlm kegiatan ko-kurikulum yg blebihan.Akibatnya saya hanya mndapat 4A 4B dalm PMR. Wlaupun tak cemerlang, tapi saya masih ttp dipandang tinggi dlm keluarga kerana kputusan itu masih dianggap baik.

Sehinggalah S.P.M, saya mendapat klulusan yg teruk sehingga tak layak memasuki mana2 ipta. Namun begitu peluang belajar masih ada krn saya masih boleh ke tingkatan 6. Tahun pertama saya agak leka krn masih mncuba membuat rayuan utk ke U lain. Namun begitu pada tahun kedua, saya mula bertungkus lumus dan bertekad untuk cuba sehabis baik. Silap saya waktu itu adalah krn memilih mata pelajaran sains tulen dlm STPM. Masa itu saya sudah mpunyai azam dan cita2 yang tinggi. Saya percaya kpd pepatah "where there is a will, there is a way." Selepas bertungkus lumus mengharungi tingkatan 6 atas,selalu stayback utk study di sekolah, mengambil tuisyen hingga ke malam, namun keputusan yang diterima tidak begitu menggembirakan. Saya lulus utk Kimia dan Biologi tetapi tidak utk math dan pengajian am.

Peluang ke ipta saya musnah. Terkedu dgn nasib saya, bapa mempengaruhi saya utk belajar.... dalam bidang yang sama di sebuah kolej separa kerajaan. Saya diberi peluang untuk menghabiskan program diploma dalam masa setahun.(terus ke tahun 2 kerana ada STPM). Namun begitu, saya gagal menghabiskannya. Pada tahun pertama, saya menjalani pembelajaran seperti pelajar biasa, tidak terlalu study hard, tapi tak juga enjoy sakan.

Saya sering gagal dlm subjek2 major. Di Kolej tersebut, sy merupakan pelajar kaum minoriti. Hanya saya seorang shj melayu dlm kursus saya. Saya menghadapi masalah dalam prgaulan sesama rakan dan juga pensyarah. Setelah sedar akan kelemahan saya, pada tahun kedua dimana tahun saya repeat paper, saya berusha bersungguh-sungguh, keluar ke kelas pagi, balik ke rumah waktu malam.Saya tidak pernah ponteng kelas dan banyak menghabiskan waktu saya menelaah pelajaran di perpustakaan, selagi belum disuruh balik, saya akan tetap berada di situ. Perpustakaan telah mnjadi rumah kedua bagi saya.Namun begitu akhirnya hanya setengah subjek saya lulus, dan setengah lagi tidak.

Oleh kerana tertekan, saya mula bekerja dgn ayah saya. Setelah 4 bulan bekerja, ayah mengesyorkan saya supaya sambung belajar disebuah ipta. Semasa bekerja, saya sudah menetapkan syarat, jika saya sambung belajar, saya mahu memilih program spt business study atau pun management. Saya sudah serik belajar ilmu sains. Ketekunan yang diperlukan terlalu jauh dengan kemampuan saya. Namun begitu, setelah dinasihat, dipujuk saya tewas dengan kehendak dan kata2 ayah. Saya menerima utk menyambung ke peringkat ijazah dalam bidang Biosystem engineering teknologi.

Saya menyangka program ini ada persamaan dgn aliran saya, dan saya mungkin boleh bawa program ini... Memang ada kaitan..... tetapi sebanyak kira2 20% sahaja. Oleh kerana ia adlah program engineering, saya mgharungi masa yang amat sukar berbanding rakan kelas saya.

Walaupun sudah bertungkus lumus memperbaiki cara pembelajaran,Saya masih mndapat beberapa subjek yang gagal dan keputusan yg tidak baik. Gred saya semakin jatuh dan hingga ketahap diberi peluang terakhir untuk terus berada disini sebelum di berhentikan jikalau keputusan akedemik masih tidak memuaskan.

Saya beralih pula kepada usaha kerohanian, saya mula mengamalkan amalan2 sesuai utk pembelajaran dan perbanyakkan berdoa.Saya tekad untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan berazam untuk score A(4.00)dlm semua subjek. Saya buangkan masa happy time saya dan belajar lebih dari pelajar2 di sekeliling saya.

Tetapi siapa sangka obses saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang memakan diri saya. Saya ditangkap meniru dalam peperiksaan akhir semester. Ini berpunca dari kemahuan saya yg melampau untuk score dan tidak melepaskan walaupun sedikit markah pun. Walaupun saya sudah pasti selamat untuk subjek tersebut, tetapi oleh kerana terlalu tamak, syaitan telah berjaya memperdaya saya sehingga sanggup meniru.

Sekarang nasib saya sudah terumbang-ambing. Saya mungkin diberhentikan dari meneruskan pengajian. Saya sudah pun berumur 24 tahun. Jikalau saya diberhentikan, ini satu beban yang amat besar yg terpaksa saya hadapi. Dengan tiada apa2 kelulusan, saya sudah berhutang puluhan ribu ringgit utk membayar yuran pengajian. Saya sudah buntu, dan tiada siapa saya boleh mengadu kecuali pada yang Esa. Sudah tak termampu bg saya utk merancang bagi mengorak langkah kehidupan saya sehingga pernah saya terfikir hanya kematian saya sajalah yang mampu menyelesaikan segala masalah. Namun begitu saya masih seorang yang kuat berpegang pada agama, saya masih terus mengharap agar Allah bukakan jalan penyelesaian bagi mengharungi cubaan dan dugaan yang amat berat ini.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
hampir putus asawan (keliru)04:26:27 01/15/09 Thu
Re: kegagalan demi kegagalanmimi17:05:04 03/05/09 Thu


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.