| Subject: Keliru dengan masa depan |
Author:
walkie talkie
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:06:59 02/08/03 Sat
Assalamualaikum...
Saya seorang tenaga pengajar di salah sebuah universiti tempatan, berumur 21 tahun. Saya ada masalah peribadi berkaitan dengan masa depan saya. Saya ni boleh dikategorikan seorang yang ade rupa jugalah, tapi masalahnya sampai sekarang saya belum mempunyai teman lelaki. Boleh dikatakan ramai yang berminat untuk berkawan rapat dengan saya. Tapi dalam ramai-ramai tu tak ada seorang pun yang saya rasakan sesuai dan serasi dgn saya. So, saya hanya berkawan biasa sahaja walaupun saya nampak mereka serious menyukai saya. Adakah saya terlalu memilih? Tapi saya memang tak boleh memaksa diri saya untuk menerima salah seorang daripada mereka..
Setakat ini cuma ada 3 org yang betul-betul saya suka. Saya pernah sekali bercinta masa tu di sekolah menengah, Hubungan saya dan A hanya mampu bertahan selama 3 tahun sbb saya rasa kami tak serasi. Cinta monyet semata-mata. Selepas itu, saya ada berkenalan dgn seorang askar. Hubungan saya dengan si B ini berjalan baik. tapi saya sedar perbezaan taraf pendidikan dan pekerjaan antara kami. So, B pun jadi tak berapa serious dlm hubungan ini. Hubungan ini hanya mampu bertahan selama 1 tahun saja. Sebulan kemudian saya berkenalan dgn seseorang yang bekerja satu universiti dengan saya tapi berlainan fakulti. Si C ini terlalu baik dengan saya, selalu ambil berat tentang saya, selalu ajak saya keluar. saya benar-benar suka dan terasa sayang kat dia. Selama sebulan kami berhubung saya pun teringin nak tahu tentang status hubungan kami berdua. Apa perasaan dia terhadap saya. Bila saya tanya, rupa-rupanya C anggap saya hanya sebagai kawan sahaja. Alasannya ialah banyak perkara yang perlu difikirkan untuk masa depan. So, C kata buat masa ni dia belum bersedia untuk fikirkan tentang perkara yang lebih daripada itu. Selama berkawan dengan C memang saya tahu dia seorang workaholic.
Tapi saya betul-betul terkilan dengan kenyataan tersebut. Saya tersangat kecewa. Antara A,B dan C yang penah saya rapat, saya rasa C yg paling serasi dengan saya walaupun kami hanya kenal selama sebulan. Sejak saya tahu tentang tersebut, saya selalu sedih dan selalu menangis tika
saya bersendirian. saya tak percaya yang C tak ade langsung perasaan terhadap saya.
Masalahnya sekarang, saya masih berharap agar dia boleh menerima saya tapi saya tak tahu nak buat macam mana. Masa mula-mula sebelum saya berkawan rapat dengan dia, saya ade buat solat istikharah, tapi saya tak tahu gerak hati saya. Cuma ade 2 kali saya bermimpi, yang pertama saya mimpi saya pakai baju pengantin utk kahwin dengan C, tapi last-last
dia hilang, saya cuma kata TAK sambil tersenyum. Dan mimpi yang kedua ialah saya, C serta ahli keluarga saya makan bersama-sama. Masa nak balik tu, tetiba C hilang. Saya tak tahu ape makna mimpi saya itu. Sebelum berkawan dengan si A dan B pun saya ada buat solat istikharah tapi saya tak pernah mimpi apa-apa berkaitan dengan diorang malah dalam mimpi saya hanya muncul seorang kawan saya yang seiras muka si C tersebut. Masa tu saya belum kenal lagi si C itu. Sebab itu masa saya jumpa si C, saya dapat rasakan yang dia adalah jodoh saya. Tapi ini semua yang terjadi. Sekarang ini saya selalu berdoa agar Allah bukakan pintu hati dia
untuk menerima saya. Saya memang tak mampu untuk melupakan dia. Apa yang perlu saya lakukan sebenarnye???
Ada satu lagi perkara. Masa saya sekolah dulu. saya dengan kawan2 ada main tgk-tgk tapak tangan. tengok sama
ada garis tapak tangan kanan bersambung atau tak dengan garis tapak tangan kiri. Bila tiba giliran saya, diorang tengok garisan itu tidak bersambung, dan diorang kata maknanya saya tidak akan berkahwin.. Saya amat takut mendengarnya. Bile semua keadaan ini berlaku ke atas saya,saya selalu terfikir tentang garis tapak tangan tersebut. Saya tahu saya tak sepatutnya mempercayai perkara karut seperti itu, tapi bila sampai sekarang saya tidak mempunyai teman saya betul-betul risau dan selalu terfikir tentang perkara tersebut. Saya tahu semua ini perlukan psikologi yang betul..
Dalam bulan 9 ini, insyaAllah saya akan menyambung pelajaran saya ke United Kingdom. Saya akan berada di sana mungkin selama 5 tahun untuk program master dan phD. Saya jadi benar-benar risau sebab bila saya balik nanti saya dah ada phD dan umur saya dalam 26 tahun. Bayangkan masa tu saya belum lagi ade teman yang sesuai. Ramai senior lecturer saya selalu nasihatkan supaya kahwin ataupun bertunang dulu sebelum sambung belajar. Diorang kata bila dah ada phD orang lelaki takut nak masuk meminang sebab sekarang ini bilangan lelaki terlalu sedikit dan nak mencari yang setaraf amat sukar. Saya boleh terima nasihat itu tapi saya nak buat macam mana sebab tak ada calon yang sesuai. Si C juga akan menyambung pelajaran di UK juga tetapi berlainan universiti. Saya benar-benar tertekan bila memikirkannya.
Saya ini juga jenis yang susah untuk berkawan rapat dengan orang lain. Dengan family saya dan saudara mara sendiri pun saya kurang rapat berbanding kakak saya. Saya tidak pandai untuk berbual lama-lama. Saya terlalu cepat kehilangan idea untuk berbicara dan saya merasakan orang yang bersama saya akan cepat boring dan bosan. Saya selalu merasa rendah diri dengan diri saya sendiri dan sampai satu tahap saya amat
membenci diri sendiri. Harap saudara/saudari boleh membantu saya dengan memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi segala masalah saya ini. Terima kasih..
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |