| Subject: mencari ketenangan.... |
Author:
norfie
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 17:53:06 03/31/04 Wed
Assalamualaikum,
saya memerlukan pendapat kaunselor bagi menangani masalah yang saya alami kini.
saya mempunyai seorang teman lelaki. kami telahpun merancang untuk melansungkan perkahwinan kami insyaallah pada tahun ini. kami telah berkenalan hampir 4 tahun dan semakin rapat pertengahan tahun 2003. pd masa itu, saya bertugas di pejabat yang sama. untuk pengetahun kaunselor, jawatan saya lebih tinggi dari teman lelaki saya.
bulan puasa 2003, saya telah ditukarkan ke perlis dan terpaksa berjauhan dengan teman lelaki saya. untuk makluman kaunselor, teman lelaki saya yang dikenali 3 tahun yang lalu adalah seorang yang berakhlak yang kurang baik (playboy, minum). namun apabila perasaan sayang timbul saya tidak menjadikan perkara tersebut satu bebanan bagi saya kerana bagi saya saya mampu untuk memberi nasihat dan menolong dia untuk berubah. perasaan yang saya alami kini begitu menekankan saya. diantara kawan2 saya hanya seorang dua sahaja yang tiada halangan kami berkawan.
kaunselor, saya mendapat banyak maklumat dari kawan2 bahawa teman lelaki saya tdk sesuai dan layak untuk saya kerana peribadinya. namun saya tidak mampu untuk berpisah dengannya. saya amat sayang dia. saya telah pun meluahkan segalanya kpdnya, dia kata dia akan berusaha utk berubah kerana dia juga amat menyayangi diri saya. dia dah jumpa keluarga saya dan keluarga tiada halangan.
kaunselor, jiwa saya rasa terseksa tapi saya pendam untuk menjaga hatinya. sikit2 saya cuba membuat perubahan keatas dirinya. saya berjauhan dnegannya membuatkan saya tidak pasti samada dia benar-benar boleh berubah. saya takut saya ditipu kerana nak menjaga hati dan perasaan saya. dia pernah beritahu pada saya bahwa dia tak blh hidupo tanpa saya. saya tak nak berpisah dengannya cuma saya perlu pendorong bagi saya untuk meneruskan niat saya untuk membuatkan dia berubah. bagaiamana saya nak hadapi masalah ini dengan tenang. hati saya selalu memikirkan perkara yang negatif. apakah perasaan seorang wanita apabila diberitahu orang yang disayanginya selalu tidor dengan perempuan lain. saya terseksa, cukup terseksa. kalau saya marah, mudah baginya untuk pujuk sbb saya mudah lembut hati. kaunselor, bantulah saya. saya tak mapu untuk membuat keputusan sendiri. saya selalu berdoa, sekiranya dia benar2 ikhlas dan sanggup berubah demi kebahagiaan rumah tangga saya bangga, paling bangga tapi sekiranya dia takut kehilangan saya atas sebab tertentu dan sanggup menipu saya selama ini, saya mohon pada Allah tunmjukkanlah kepada saya kebenarannya.
insan terseksa,
norfie
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |