VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]4 ]
Subject: masalah seorang guru


Author:
syira
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 05:47:58 07/08/04 Thu

Saya seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah yang 100% pelajarnya adalah muslim. Majoriti pelajar sekolah ini merupakan pelajar dari golongan miskin dan kurang mendapat perhatian ibu bapa dan ada sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara yang tidak betul. Maklumlah, sekolah ini berada di kawasan yang agak pedalaman (FELCRA). Hanya pelajar dari kelas A dan B sahaja yang ada inisiatif untuk belajar, namun keputusan peperiksaan mereka tidaklah membanggakan kerana pengaruh persekitaran dan tiada persaingan. Selebihnya pelajar dari kelas C, D, E dan F hanyalah sekadar bergelar pelajar. Inisiatif untuk belajar tiada langsung malah jika ditegur akan melawan guru. Sahsiah, disiplin dan akhlak sebagai seorang muslim jauh sekali. Walaupun bukan semuanya begitu tetapi majoritinya amat menyakitkan hati saya. Hampir semua guru mengeluh dan risau dengan sikap mereka. Mereka hanya takut kepada guru lelaki yang betul-betul garang.

Saya sudah buntu memikirkan bagaimana untuk membentuk akhlak dan peribadi mereka. Suara saya yang lantang ini pun tenggelam dalam kebisingan mereka. Cara lembut dan nasihat, cara kekerasan dan marah serta rotan, semua tak memberi kesan kepada mereka. Kes disiplin mereka ada yang dilaporkan kepada ibu bapa mereka, tapi ada sesetengah ibu bapa yang menyebelahi anak mereka mengatakan anak mereka baik. Walhal anak mereka hanya baik di hadapan mereka, tetapi di sekolah adalah ketua samseng. Ada juga ibu bapa yang menyerahkan sahaja kepada guru kerana mereka sendiri sudah tidak mampu mendidik anak mereka. Kes bergaduh, berjudi, mencuri, merokok, dadah, sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Malah ada seorang pelajar yang mengaku menjadi gigolo.

Didikan agana langsung tak diberi perhatian. Ada pelajar yang tak tahu bilangan rakaat solat. Mandi wajib langsung tak tahu. Bukan ustaz/ustazah tidak mengajar tetapi mereka tidak mengambil berat langsung. Solat jangan ditanyalah, memang tak pernah cukup dan ada yang tak solat langsung. Bila ditanya, mereka mengatakan ibu bapa mereka pun tak solat. Jadi…?

Bila masuk ke kelas mereka terutama kelas E dan F, dengan persekitaran yang tidak selesa,bau badan yang hapak dan masam, kelas yang kotor, suasana yang bingit dan bising sama ada dari kelas itu sendiri ataupun dari kelas bersebelahan, bagaimana saya hendak mengajar dengan selesa. Disuruh padam papan hitam pun mereka keberatan, berkali-kali ditegur, macam tu jugak, tak mahu berubah langsung.

Akhirnya saya mengambil keputusan, apabila tiba waktu mengajar kelas-kelas yang bermasalah, saya tidak membuat apa-apa, Cuma salin nota di papan hitam, pelajar menyalin, itu pun hanya 3, 4 orang pelajar perempuan sahaja yang menyalin. Selebihnya bising, main dan buat apa yang mereka suka seolah-olah saya tak ada di depan mereka. Saya biarkan saja kerana saya tak mampu mengawal mereka. Kalau saya marah, mereka diam 1 minit, lepas tu bising semula, kalau saya berlembut langsung tak memberi kesan. Meletihkan! Saya sudah hilang semangat untuk mengajar dan mendidik mereka.

Inilah masalah saya. Saya ingin sekali melihat mereka insaf, berubah dan berjaya. Tapi bagaimana harus saya lakukan?

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.