| Subject: sakit tuuu.... |
Author:
aku
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 07:57:44 08/12/04 Thu
a'kum.
hmm, actually saya ader masalah yang agak besar, well pada saya memang besar pun sebab masuk hari ni may be dah dekat beberapa bulan saya pendamkan ajer. actually citer dia macam ni, satu masa dulu saya pernah terminat kat sorang mamat ni, agak lama la jugak saya minat kat dia, satu hari saya bagitau kat dia yang saya minat kat dia, tapi malangnya dia reject saya. okeh, tu tak de hal, saya boleh terima, surprisingly, saya tak de rasa apa-apa disapointment pun lepas kena reject tu, and then dua tiga bulan lepas tu, tiba-tiba saya rasa sakit hati?malu?bengkek? saya pun tak tau yang mana satu. tapi semuanya ditujukan pada mamat ni.saya tak nak jumpa dengan dia lagi, saya tak nak tau apa-apa pasal dia, saya tak nak dengar nama dia, saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia (actually dulu kitorang boleh la dikatekan bestfriend, kalau ada apa-apa hal dia akan cari saya, sama la jugak macam saya)
sejak akhir-akhir ni pulak makin kerap pulak dia masuk dalam otak saya, selalu muncul depan saya, nama dia ader jer orang yang sebut depan saya.sakit betul la!!!!, sampai saya rasa tak boleh nak handle lagi dah, saya rasa nak mengamuk, saya rasa nak menjerit pada semua orang, yang 'kelakar'nya saya pernah terfikir nak ketuk kepala saya kat mana-mana lah, asalkan saya boleh luperkan dia. (saya banyak kali ingatkan diri sendiri supaya lupakan dia, avoid dia, jangan sesekali ambil tau pasal dia, tapi ada masanya saya tercari-cari dia, walaupun hati saya kata jangan, tapi mata saya tetap mencari dia.kenapa?) benda ni dah berpanjangan selama dua tiga bulan sekarang, saya sendiri tak tau macam mana saya boleh harungi semua ni dengan tk de sesiapa yang bantu saya. setiap hari saya berdoa supaya saya dijauhkan daripada dia, tapi setiap hari ada jer benda padal dia yang datang pada saya. kenapa ni?
kekadang saya terfikir, kenapa macam ni jalan hidup saya. saya tau menyalahkan takdir tu salah, sebab semua benda yang terjadi ada hikmah nya tapi sampai sekarang saya tak tau, tak nampak, apa hikmahnya, yangsaya tau, setiap hari saya makin tertekan dengan keadaan ni.
actually ni bukan kali pertama, dalam 3 tahun saya belajar di ipt (sekarang saya tengah final year)sejak tahun pertama saya belajar kat sini, masuk ni dah 3,4 kali saya mengalami masalah emosi macam ni. saya tak tau, kuat sangat ke saya sampai diuji macam ni punyer banyak, macam ni punyer ujian dan berkali-kali, semuanya berkaitan emosi, hati dan perasaan, akhirnya, saya sendiri yang kecewa. saya sendiri yang sakit.sampai saya pernah nak jadi giler agaknyer. syik temenung je, keluar blik tak, balik2 duk dalam bilik, nangis...tu je la yang saya boleh buat.nak bagitau kat member? apa yang dia boleh buat? dia sendiri nak bagi opinion macam takut2. makin saya cakap dengan dia, makin sakit hati saya. bila saya minta pendapat apa yang saya patut buat, dia kata, "ikut suker la, kalau kau rasa betul, kau buat la. Masalahnyer aku ni pun tak tau aper nak buat!!so, aper yang aku nak buat?!!!!"sebenarnyer saya rasa, dia ada pendapat dia sendiri dalam hal ni, tapi dia takut nak cakap kat saya.apa hal? aku tengah macam nak mati memikirkan benda ni, ko lagi nak tambah, ko cakap macam tu langsung tak membantu!
itu masalah lelaki, belum lagi masalah kawan-kawan, korang tau ah, kawan-kawan yang hanya dipanggil kawan, ye, saya pernah buat salah pada sorang 'bestfriend' saya kat kampong.saya panggil dia A. may be masalah tu masalah besar bagi dia. maklum la orang nak kawinkan, saya plak tak berjaya nak sampai kan amanah dia pada sorang lagi member kitorang (B). tapi masalahnyer saya tetap informkan kat B tu pasal majlis kawin A. kira amanah saya terlepas atau tak? sekurang2nyer maklumat yang patut B dapat dah dapat kan? kalau nak cakap yang dia tak tau, saya dah call dia, bukan sekali, 2 kali tu saya ingatkan dia pasal A nak kawin. tapi akhirner dia tak datang majlis tu, dan saya yang disalahkan. bila A call B kenapa tak datang, dia kata tak tau. Patut ker?sakit hati betul!!A siap boleh call saya, soal saya kenapa B boleh tak tau pasal majlis tu. saya dah kasi tau yanbg saya dah call B,tapi kalau B yng buat takk tau dengan apa yang saya bagitau kat dia, bukan salah saya lagikan. sebab saya dah sampaikan maklumat,tapi saya masih lagi dipersalahkan. FYI, majlis tu pada tahun lepas, saya dah minta maaf pada A dan B sebelum dan selepas majlis berakhir. apa yang bestnyer, diorang bolh call saya 5 bulan lepas, mempersoalkan benda ni lagi. apa, susah sangat ker nak maafkan saya? saya tau berkahwin ni sekali je, bukan bebanyak kali, tapi sekurang2nyer saya dah bagi tau keadaan sebanr, dah minta maaf dah pun, tapi diorang masih tak nak maafkan saya...hmm...saya pernah terfikir nak putuskan ajer persahabatan saya dengan 'bestfriend' saya yang satu ni. kalau dia betul2 tak dapat nak terima saya sebagai kawan, kalau dia betul2 dah tak boleh nak maafkan saya, lebih baik saya lupakan dia. saya dah cukup banyak masalah yang tak tertanggung.betul ker apa yang saya buat ni?patut ker?saya tak de jawapannyer.dia masih kawan saya, saya dah tak anggap dia bestfriend lagi.kitorang pun dah lama tak contact. dia hidup dalam dunia dia, saya hidup dalam dunia saya.
hmmm..kalau nak cerita semua masalah saya, memang saya rasa, mesej saya yang paling panjang kat sini. entah lah. sekurang-kurangnya saya dapat lepaskan sikit masalah ni. saya perlukan jawapan, macam mana nak handle semuanya. sejak akhir-akhir ni, saya mua membenci ramai orang. walaupun orang tu saya tak kenal, sekali pndang, saya rasa saya tak suker dia. ader jer slacknyer. saya sendiri tak tau nak buat macam mana denga perasaan yang satu ni pulak.
tolong la. at least pun sikit pandangan pun saya rasa dah culkup, sekurang-kurangnya saya rasa macam ader jugak orang yang cuba faham apa yang saya lalui...
terima kasih sebab dengarkan masalah saya...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |