VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]4 ]
Subject: masalah darjat.plz help me?


Author:
arnie
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:06:15 10/14/04 Thu

nama ku arnie.sekarang ni aku masih lagi belajar di US dalam bidang sains di peringkat Master dan mungkin aku akan sambung ke peringkat PHD.aku punyai kekasih yg sekarang ini bekerja sebagai customer services di malaysia.dia hanya berkelulusan diploma. kami mungkin akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi mungkin dalam setahun dua.
yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah taraf pendidikan kami agak jauh dan aku risau apabila aku berkahwin dengan nya satu hari nanti aku yg akan menanggung semua kerje suami. nak harapkan gaji dia, tak lah sebesar mana. nak tak nak aku terpaksa menolong. setahu aku dalam islam suami wajib menanggung keperluan isteri.tetapi apa yag aku nampak sekarang ni adalah terbalik. maksudnya aku yang akan menanggung dia.

aku tertipu dengan diri ku sendiri, aku ingatkan kekasih ku jenis orang yg berpendidikan@berkemampuan , malangnya dia jenis orang yg "biar pape asal bergaya". sifat diri dia ini menambahkan lagi kerisauan diri ku ini.pernah satu hari tu dia pinjam duit ku dalam seribu lebih untuk membeli hand phone.dia berjangi akan membayarnye satu hari nanti tapi aku sendiri tidak tahu bila, sebab kekasih ku jenis yang boros.macam mana dia mahu membayar hutangku itu memandangkan dirinya yang boros.kalau tidak beri, di katakan aku tidak sayang kan dia. adakah sifatnye itu menunjukkan yang aku akan menangung dia apababila sudah berkahwin nanti?

tekenan aku bertambah bila kawan-kawan ku semua punyai pasangan yang setaraf.mereka punyai taraf hidup yang kukuh tetapi aku hanyalah harapkan diriku untuk hidup sebegitu rupa.kekadang aku naik letih macam mana hendak aku selesaikan masalah ku ini.aku harap kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, berikanlah pendapat pada diri ku ini supaya aku tidak menjadi mangsa "mendukung biawak hidup".patut ke aku teruskan hubunga ku ini?

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.