| Subject: masalah yang membebankan |
Author:
rin
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 09:18:11 01/08/06 Sun
Assalamualaikum,
Nama saya rin dan sy berumur 19 tahun. Sedang belajar di sebuah ipts di tahun kedua dalam jurusan diploma pengurusan perniagaan.
Masalah sy bermula 2 tahun yang lalu iaitu sbaik sahaja sy tamat sekolah menengah. Sementara menunggu keputusan spm, sy membuat keputusan untuk bekerja sambilan membantu pak cik sy di pasar malam. Di situ sy berkenalan dengan seorang lelaki bernama roy. Dia berumur 24 tahun ketika itu. Bermula dari kawan biasa entah mcm mana kami mula rapat. Kawan2 saya malah pakcik sy telah memberi sy nasihat agar jangan rapat dengannya kerana dia dianggap jahat dan telah banyak merosakkan gadis. Saya menghiraukan nasihat mereka kerana apa yang ada di fikiran saya saat itu hanya untuk berkawan bukan hodup bersama denganya.
Setelah beberapa bulan berkawan, entah macam mana sy mula mempunyai perasaan padanya. Dan lebih teruk lagi sy telah menyerahkan mahkota sy padanya. Mungkin kerana fikiran saya yg terlalu cetek tambahan pula tekanan keluarga yang sy hadapi membuatkan sy terus menjalin hubungan dengannya. Saat itu sy telah benar2 jatuh cinta padanya dan berharap agar dia dapat mengeluarkan saya dari segala masalah yg sy hadapi.
Jun 2004, saya diterima masuk ke sebuah ipts di shah alam. Kami terus berhubung dan berjumpa sekali sekala. Saya meeasakan hidup saya teramat bahagia saat itu. Tapu panas yang sy harap x kekal lama, ogos 2004 saya telah dikejutkan dengan beriata yang rupanya saya adalah insane ketiga. Dia sudah mempunyai teman wanita dan bakal bertunang. Sy sendiri telah bertemu 4 mata dengan wanita itu dan mendapat satu tamparan darinya. Saya bertekad untuk meninggalkan roy.
December 2004, saya teramat rindukan roy. Hidup sy rasa tak bermakna dan sy teramat rindukanya. Sy cari dia kembali. Kami bersatu semula. Dia berjanji akan meninggalkan teman wanitanya itu pelahan2 dan meminta masa 3 athun dari saya. Dia menekankan yang dia amat menyanyagi sy dan tak sanggu berpisah dengan sy. Sygnya, teman wanita dia tidak tahu akan semua ini. Bila tembelang kami pecah, dia akan mereka cerita dan memujuk kami. Dia seolah menjadi talam 2 muka. Sy cuba berhubung dengan teman wanitanya tapi rupanya teman wanitanya juga sama, talam dua muka. Di depan sy bercerita lain, di hadapan roy pula lain. Sy menjadi amat keliru, tak tahu siapa yang patut dipercayai. Perempuan itu mula bertindak kasar, mengugut sy kalau tidak mahu meninggalkan roy, rahsia sy(sy tiada dara lagi) akan disebarkan pada keluarga sy. Sy tak nak perkara ini terjadi kerana tiodak mahu keluarga sy kecewa. Sy adalah harapan mereka! Bila sy mahu meninggalkan roy dia mula mengugut sy akan hal yang sama.sy jadi keliru. Saya mengalah, terus menjalin hubungan dengan roy dan bermain sembunyi2 denagn teman wanitanya.
Oktober 2005 saya jadi amat bosan dengan permainan ini. Sy bertekad meninggalkan roy. Sy pedulikan ugutan dia. Tapi dia tidak pula melakukan apa yang dia nyatakan itu. Sebaliknya merayu pada sy agar jangan meninggalkannya. Dia teramat sayangkan sy dan boleh jadi gila tanpa saya. Bila sy minta dia tinggalkan teman wanitanya, dia setuju dengan syarat sy habis belajar dan terus nikah dengannya. Bila sy enggan, dia kata akan meninggalkan teman wanitanya bila sy sudah tamat belajar dan kembali ke kampung halaman sy. Sy teramat2 buntu! Entah kenapa sy tidak mahu kahwin dengan roy! Bukan sekarang! Sekarang ini masanya untuk sy belajar, dan kemudian bekerja membalas jasa ibu bapa sy. Tambahan pula sy yakin ibu bapa sy tidak akan bersetuju memandangkan sy lepasan universiti dan dia hanya lepasan sekolah menengah dan masih terkapai2 dalam hidup.
Sy keliru! Sy x tahu apa harus sy lakukan. Sy boleh meninggalkan roy tapi risikonya besar, sy takut rahsia sy akan pecah. Tambahan sy amat menyanyaginya dan terasa hidup tak bermakna tanpanya. Tolonglah saya. Sy dah tak tahu apa yang perlu dibuat. Bimbinglah sy ke jalan yang benar.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |