| Subject: Apa Yang I Kena Buat Ni..Plzz |
Author:
Daisy (sad)
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 00:40:36 11/13/06 Mon
A'kum.
I ada problem yang kira agak pening jugak nak disettlekan. Last year I break off dengan bf lama (G) then tak sampai sebulan I break off, I kenal dengan sorang mamat (B) ni yang direkomenkan oleh kawan sepejabat...sebulan lebih I kenal (B) ni terus kami terus merancang untuk mengikat tali pertunangan.
Yang menjadi masalahnye sekarang, sebelum I dan (B) bertunang, (G) mmg tak puas hati dengan I dan dia berjanji akan buat something supaya hidup I plak kecewa sbb (G) kata I dah musnahkan impian dia untuk hidup dengan I.
I tak tau mana silapnya, (G) dapat menghubungi (B). (G) cerita perihal I from A to Z...kalau benda baik takpe...tapi ini semua benda2 yang menjatuhkan maruah I sebagai perempuan dan itu tak termasuk fitnah2 dan cerita2 rekaan palsu (G). (G) bangga dapat bercerita tentang keburukan I pada (B)dengan niat supaya takde lelaki lain yang sudi untuk berkawin atau berkawan dengan I.
Tapi (B) tak pernah tanyakan I pasal hal tu sehinggalah I dapat tau yang (G) telah buruk2 kan I dkt (B) melalui seorang kawan. Lalu I sendiri nyatakan pada (B) bahawa itu semua kisah lama dan fitnah tersebut direka adalah atas sebab untuk membalas dendam di atas ape yang pernah I buat dkt (G). Kemudian tu, I dan (B) ambil keputusan untuk bertunang setelah 2 bulan mengenali.
Kami bahagia sehinggalah pada 1 hari I plak mendapat tau tentang keburukan dan kisah silam (B), tapi I mengambil sikap berdiam diri kerana I tak nak nanti jadi satu pergaduhan. Kerana niat I betul ikhlas terima dia dan I nak dia pun ikhlas terima I. I tak kisah siapapun dia dulu dan I bukan nak dia yang dulu tapi I nak dia yang sekarang. bagi I setiap orang ade kisah silam dan kisah hitam sendiri.
Tapi lepas dalam 4 bulan kami bertunang tiba2 I rasa macam ade yang tak kena dengan hubungan I dan (B). kami sering bergaduh dan tak sependapat dan sehinggalah baru2 ini..(B) telah lepaskan geram dan telah keluarkan segala yang terpendam dalam hati dia terhadap I selama ni...I kena hina seteruk2nya... Ape yang (G) fitnahkan semuanya (B) ungkit. I kena maki dengan perkataan yang I sendiri tak sangka orang yang pendiam dan terpelajar mcm (B) boleh sanggup hina I sampai macam tu sekali sebab selama ni I memang menghormati dia sebagai bakal suami I. Dan I mmg sedar yang maruah I masa tu tak tau nak letak mana.
Baru la I tau yang sebenarnya (B) tak dapat terima past I dan cerita2 fitnah tentang I. Selama ni I sangka (B) ikhlas terima diri I. Rupa2nya I silap. I tak boleh nak samakan I dengan (B). I boleh terima (B) seadanya...tapi I tau, (B) bukan I. Memang I tak dapat nak gambarkan kasih I dan cinta I pada (B). I tak nak kehilangan (B). Tapi masalahnya (B) pernah cakap yang dia memang menyesal bertunang dengan I cepat2 sebelum kenal hati budi I.
Setahu I, sepanjang menjadi tunang (B) I tak pernah keluar, hubungi dan jumpa dengan mana2 lelaki selain (B). Kehidupan I banyak berubah kearah yang lebih baik dan hidup I lebih teratur sejak I kenal (B), namun disebabkan fitnah yang pernah (B) dengar tentang I membuatkan (B) terfikir kembali samada keputusan dia betul atau tak dengan memilih I. I jadi keliru, bingung, tension dan bermacam2 persoalan timbul dalam fikiran I. I jadi seorang yang pendiam dirumah, setiap kali teringatkan (B) pasti airmata ini mengalir deras..I terlalu ikhlas mencintai (B) dan I tak sanggup kehilangan (B).
Sebenarnya apa yang (B) dengar dari (G) sedikit sebanyak telah menggaggu fikiran (B). I faham situasi (B). Tapi (B) tak tau sebenarnya jalan cerita antara I dengan (G). Kisah I dengan (G). I tak pernah ada peluang untuk bercerita dengan (B) kenapa I break off dengan (G), kenapa I jadi macam tu, puncanya I break off dengan (G). (B) hanya dengar cerita dari pihak (G) tapi tak pernah lagi dengar dari pihak I. I selalu menunggu peluang itu, tapi tak pernah ade kesempatan. (B) tak pernah nak dengar dan (B) tak nak ambil tahu pun kisah I dengan (G). I selalu tertanya2 kenapa (B) bertunang dengan I setelah dia dengar keburukan dan fitnah I. Apakah dia saja nak mempermainkan I atau nak balas dendam dengan I. I sendiri tak tau ape niat sebenar dia.
Kini I juga yang dipersalahkan sepenuhnya...yang jahat dan buruk semua dari I...I betul2 tertekan dengan permasalahan ini. I tak tau samada (B) masih sayangkan I atau ingin memutuskan hubungan pertunangan ini. Macam mane I nak hadapi hari2 mendatang sedangkan I terlallu sayangkan (B) dan tak nak kehilangan (B)...ape yang perlu I buat...I tak tau..tolong lah ringankan sedikit tekanan yang I hadapi ni dengan memberikan sedikit pendapat...plzzzz....
:-(
DAISY
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |