VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...


Author:
Fir
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:06:40 11/06/02 Wed

Assalamualaikum,

Saya seorang pelajar IPTS yang amat banyak menceburi bidang psikologi sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sampai la ke IPTS sekarang nie. Apa yang sering manakutkan saya ialah, keadaan orang bakal saya cintai kelak. Saya giat dalam membangunkan, memperbaiki sahsiah remaja perempuan zaman sekarang. Dan saya akui semuanya sebab saya tak nak saya dikurnikan/dijodohkan dengan seorang yang pernah menyentuh lelaki. Saya tak tahu kenapa saya terlalu memilih dalam hal begini. Mungkin sebab saya belum pernah menyentuh perempuan selain saudara dan guru saya sendiri. Mungkin kerana saya ego , kerana saya belum pernah melakukan lebih dari apa yang kebanyakkan remaja sekarang. Saya masih berpegang pada janji Allah swt bahawa sesungguhnya Dia menjodohkan penzina dengan penzina, pembunuh dengan pembunuh dan semaksudnya. Saya betul tak dapat terima hakikat jika suatu hari kelak saya dijodohkan dengan seorang yang pernah menyentuh lelaki. Sebab itulah saya cuba sebaik mungkin, melakukan aktiviti yag mengelak gejala sosial sekarang. Saya takut salah seorang dari perempuan2 sekarang adalah bakal jodoh saya, menyebabkan saya fobia untuk menyelamatkan setiap satu yang berpotensi dari rosak. Saya banyak memberi cadangan, melaksanakan program sosial bersama bahagian Kaunseling ( Univesity Peers Group ) dan institusi agama ( Institusi Usrah )di IPTS saya sekarang.

Sayangnya, jauh dari penglihatan orang. Saya seorang yang gagal. Terutama sekali dalam soal percintaan. Sudah enam kali, saya ditolak untuk bercinta dan dua kali gagal bercinta dalam tempoh 3 tahun dari sekarang. Memang menyedihkan. Saya melawan takdir , malah terus mencuba biarpun gagal. Hakikatnya, saya bangga sebab saya tak pernah biarpun sesekali bersalaman dengan setiap kekasih saya sebelum nie. Allah swt Maha Pelindung melindungi kesucian diri saya dari tercemar oleh mereka( kekasih ) ini. Baru-baru ini saya dah give up, berputus asa, setelah menanti sebelas bulan, saya ditolak untuk bercinta. Sedangkan masa mula-mula perkenalan dia melatakkan syarat bahawa dia akan menyayangi saya dan setia jika saya mampu menunggunya selama setahun. Si dia ini, seorang pelajar perempuan sekolah agama, berjanji sedemikian dengan saya. Malah, menolak dan memungkiri janjinya pada baru-baru ini. Saya tidak dapat menerima hakikat tersebut. Sebab, saya terlalu bagus ( memang saya nak angkat bakul diri sendiri nie!!!!!!!! ), menunggu dia seperti mana yang dijanjikan, berhubung, berkawan, menasihati malah saya korbankan masa saya deminya. Dan akhir sekali, perkataan yang keluar dari email dia " Awak terlalu mengangga awak seorang kekasih yang bagus pada hakikatnya awak tidak. Awak memboringkan, terlalu memboringkan!!!!!.. ". Saya tak tahu kenapa dia berubah fikiran setelah sekian lama.....Di mana silap saya??Saya tak pernah berkasar dengannnya, saya hadiahkan dia dengam macam2 hadiah, saya kirimkan surat, kad, bunga setiap kali, saya berikannya Handset, saya korbankan banyak untuk dirinya..Semuanya sebab saya sayangi dia, , itulah percintaan yang paling sempurna sebab tidak pernah ada satu pun konflik antara kami..Kami tak pernah bermasam muka, selalu bergembira..cuma bila dah hampir setahun, dia berubah...dan saya akui, bersama dia, saya datang beraya, baik dengan ibu bapa dia malah keluarga kami tak pernah ada perselisihan faham....

Sejak kejadian itu, saya dah mula malas nak mambantu kaum hawa ini dalam bergerak di alam sekarang. Saya dah mula malas nak aktif buat program itu, program ini. Saya akui, saya dah mula malas sembahyang. Saya fikir singkat, saya lebih seronok melihat perempuan2 sekarang dilakukan, diperhinakan. Saya rela hidup keseorangan. Saya akui, saya tak percaya pada cinta sejati yang sejati yang ramai perhebohkan. Saya benci pada movie berunsurkan cinta malah ader pelajar perempuan yang mengadu masalah dengan saya, saya lagi sakitkan hati dia. Saya mula hidup menyendiri, menyepi dari orang lain. Dan saya tak tahu sama ada saya umat Islam dengan segala kepercayaan terhadap kebesaran Ilahi saya hapuskan. Saya kecewa...Saya ego, malah saya percaya sayalah yang terbaik. Saya lebih pentingkan kedudukan dari keikhlasan seseorang. Saya akui, lambat laun kalau saya terus macam nie, memang saya akan masuk ke alam kemaksiatan. Saya rela beli perempuan dari memiliki hati, kasih sayang yang tidak wujud. Saya melawan takdir sebaik mungkin.....

Pada baru2 ini, saya jatuh cinta pada seorang( bukan pelajar IPTS yang sama dengan saya ). Dia orang besar kerabat diraja di dalam sebuah negeri. Dia akui saya boleh menyayangi dia, tapi mustahil saya untuk bersama dengannya sebab dia orang besar kerabat diraja. Tapi, saya paksa dia, saya yakinkan dia dan dia cuba menyayangi saya. Cuma dia tak nak saya mengharap sangat. Saya memang kecewa dengan kata2nya, dan memang kecewa, kecewa dan tak lebih dari kecewa !!!!!!!!!!!!!!!...Saya tahu saya tak akan memiliki dia sebab pangkat dan kedudukan dia. Dia seorang puteri raja dan saya insan biasa. Saya dah jelas nampak perbezaannya , dan saya dan dia berpura2 seolah kami adalah pasangan kekasih walaupun pada hakikatnya kami tak akan bersama. ( Dia mengaku pada saat saya luahkan perasaan sayang saya padanya, saya dan dia tak mungkin bersama. ) Setiap kali, saya nak berjumpa dengannya amat susah, banyak prosedur yang kena saya lalui( 3 kali saya berjumpa ), dan kami berhubung menggunakan telefon sahaja selalunya. Walaupun saya dah nampak perbezaan, saya masih gila, bodoh dan bangang untuk mengikut kata hati atas kekecewaan yang lalu...Kalau diikutkan saya tak mahu dikecewakan lagi...

Adakah saya akan kecewa???

Benarkah wujudnya cinta sejati??

Si dia ( puteri raja nie ) banyak menyedarkan saya kembali, memberi kembali harapan yang yang sekian semakin lumpuh. Saya banyak berubah deminya...

Sampai sekarang, saya tak boleh nak fikir formal berteraskan pengalaman yang lalu...Hati saya penuh dengan, kekecewaan, marah malah benci kepada perempuan..walaupun saya sayangi dia teramat sangat, semuanya tak mengubah keadaan..saya sukar nak berubah kembali...

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...VIRGO23:20:25 11/10/02 Sun
Re: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...Insan Biasa..16:58:47 01/23/03 Thu
Re: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...Fir07:37:15 02/04/03 Tue
Re: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...NMAS20:47:39 02/07/03 Fri
Re: Lelaki Paling Malang Dalam Sejarah Cinta Manusia...Kaunselor00:21:42 05/30/03 Fri


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.