VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Tertekan!!!


Author:
widuri
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 02:03:35 12/11/02 Wed

Assalamualaikum!

Ini kali pertama saya mencuba ruangan ini....kebiasaanya kalau member2 mempunyai masalah atau nak meluahkan perasaan yang terbuku mereka akan mencari saya krn saya dikata'n pendengar yg setia dan memberi pandangan yg agak praktikal & positif (that's what they said!). tapi bila saya mempunyai masalah...saya x tahu ke mana nak diluahkan kalau di zaman sekolah saya mencari guru kaunselor...tapi sejak bekerja....saya tdk punya tpt utk bercerita.

bukanlah saya memperkecilkan org2 disekeliling saya...tapi saya x mampu lakukan apa yg mereka cadangkan!

masalah saya sejak belakangan ni semakin teruk...

saya sebenarnya seorg yg agak boleh berdikari ( penilaian diri sendiri) atau member2 gelarkan 'lone ranger'. kemana2 sorang diri pun tak mengapa.' tidak ada org yg akan tolong diri saya kecuali diri sendiri' ...kata2 itu saya pegang since masuk ke sekolah berasrama ( keputusan di buat krn tdk tahan ngan sikap parents)hinggalah menyambung pelajaran ke IPTA. kalau boleh saya memang mencari tpt belaja yg jauh dr rumah. bukannya saya tak suka duduk dirumah tapi...dulu sikap mak melebihkan adik2 saya yg jauh lebih pandai. saya juga yg dipersalahkan kalau adik2 buat silap. sebagai anak perempuan sulung tindakan mak agak mengecewakan w/pun ayah banyak memberi perangsang. saya juga pernah terfikir utk lari dr rumah....tapi alhamdulillah...kepala otak masih boleh berfikir dengan waras & positif :))

duduk jauh dari keluarga membuatkan saya lebih menghargai keluarga dan lebih menjaga perasaan adik beradik... alhamdulillah sejak masuk ke IPTA saya tak ambil hati langsung dgn kata2 emak. ' setiap manusia punya rezeki masing2 di dunia ini dan hidup kita ibarat roda adakala di atas kekadang di bawah'. itulah yg saya pegang hingga hari ini.

saya pernah berangan2 setelah tamat belajar saya akan mencari kerja jauh dr rumah keluarga ( menyewa sendiri) dan setiap 2 minggu sekali pulang ke rumah.

ditakdirkan saya mendapat kerja berdekatan rumah lebih kurang 45 minit perjalanan kalau guna public transport. pd pengamatan saya adalah tak praktikal kalau saya nak duduk menyewa sedangkan duduk di rumah keluarga lebih menjimatkan. lagipun boleh merapatkan lagi hubungan keluarga setelah hampir 5 tahun berjauhan. dan saya sgt berharap hubungan saya ngan mak bertambah rapat ibarat bestfriend! begitu jugalah pendapat teman lelaki saya setelah bertanya pandangannya.

kerana memikirkan yg saya akan bertambah rapat ngan mak kalau duduk di rumah (think positif!), saya bersetuju....

dan kini hampir 2 tahun bekerja di tpt yg sama... sebaliknya yg terjadi! hubungan saya dan mak semakin teruk. utk setahun yg pertama, saya kerap balik malam ( paling lewat 10pm)kekadang banyak keje, pergi jalan2, tengok wayang. nak tengok saya duk rumah pun hari ahad, itu pun masih lagi cari alasan nak keluar ke kedai lah, beli itu, beli ini. mak sudah mula masam muka dan terus terusan marah even depan adik2. saya bernasib baik kerana saya tdk mudah meninggi suara. dan setiap jawapan yg saya cakapkan cukup berlembut....paling teruk saya duduk diam....

pd masa yg sama hubungan dgn teman lelaki juga sudah mula tdk stabil...mungkin krn sibuk kerja...dan saya mula menjadi sesorang yg sangat sensitif, tdk seaktif dulu, mudah menangis (tapi selalu kena pujuk diri sendiri)& paling teruk tak confidence dgn diri sendiri. tapi dia banyak membantu minta bersabar.....kalau diikutkan hati tak mampu bertahan lagi.

oleh krn sudah kerap dimarahi saya jadi org yg selamba.
adatlah kalau di office berlaku sidikit ketegangan .. dlm keadaan macam tu saya masih boleh bersikap selamba dan buat tak tahu bukannya semakin serius utk solve the problem!

berat badan saya semakin menurun sejak bekerja hingga hari ini krn STRESS dan inilah tekanan maha hebat yg pernah saya rasa!!

sejak kebelakangan ni....saya mula memikirkan bagaimana utk selesai masalah ni. saya tak mahu terus- terusan buat mak marah tapi saya juga tak dpt menahan perasaan bila tengokkan mak selalu bermasam muka atau syak wasangka (kemana saya pergi- balik malam) bila saya balik dr kerja. ayah saya agak memahami tapi mungkin tak boleh buat apa2.

yea, saya akui kengkadang nak ikut juga rasa hati berjalan sekitar bandar waktu malam atau berkumpul beramai2 bersama member lama yg tentu sekali jarang dpt berjumpa. walaupun zaman belajar dulu saya bebas ke mana shj saya suka tapi saya tahu setakat mana hadnya! Parents saya pernah cakap, nak pergi ke mana2 pergilah tapi INGAT! pandai2 lah jaga diri!

sekarang saya membuat keputusan yg belum lagi muktamad, saya akan sambung belajar (part time) jauh sikit dr rumah, merancang menyewa seperti mana angan2 saya dulu:)

antara saya dan mak bukanlah jenis yg mudah meluahkan perasaan...apatah lagi nak bercerita masalah yg dihadapi. mungkin mak pun tak selesa saya berada di rumah. apa yg saya harapkan selepas ni family saya kembali macam dulu (waktu berjauhan) dan saya perlu lakukan sesuatu utk itu!

so, apa pendapat anda....sudilah kiranya memberi pandangan.
biarlah saya tinggal menyewa....asalkan mak tak terus- terusan memarahi atau bermasam muka bimbang menganggu kesihatannya. saya sanggup buat apa shj tapi tdk mampu nak duduk serumah dlm jangkamasa yg terlalu lama.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.