VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: kerana kecurangan..


Author:
nur
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 21:47:19 01/22/03 Wed

assalamualaikum..
saya mula kenal S 3 thn lepas dan kami menjalin hubungan serius.. saya pernah terlanjur dgn pakwe sblm ni.. tetapi S menerima saya seadanya, dan dia tak pernah cuba mengambil kesempatan atas saya... lepas setahun berkawan kami dipisahkan jarak... betulla org kata jarak jauh ni banyak dugaan... dugaan demi dugaan kami hadapi.. dah 2 kali pertunangan kami ditangguh sedangkan persiapan dah sedia...
namun begitu.. stlh sekian lama berjauhan.. entah macam mana saya terjebak dgn A.. saya terlanjur pula dgn A. kerana rasa bersalah saya telah putuskan hubungan dgn S.. Tapi sejurus lepas tu saya didatangi rasa menyesal dan ingin kembali pada S. Saya lakukan segalanya utk memujuknya kembali.
Saya telah bertaubat dan kembali ke jalan Yang Esa. Saya berjanji akan lakukan apa saja asal dapat bersamanya kembali.. tetapi apa yg S katakan pada saya.. dia masih terlalu sayangkan saya dan amat berharap jodoh kami ditemukan.. tetapi hati dan harapannya dah hancur dgn perbuatan saya. Dia perlukan masa yg amat panjang utk memulihkan kembali kepercayaan pada saya.. masa yg panjang itu belum tahu apa yg akan berlaku dan keputusannya kelak tak semestinya seperti yang saya harapkan.. dia gembira saya ingin kembali padanya tetapi berulang kali katanya jangan tunggu dirinya.. dia takut saya akan kecewa...
Tentang A, dia seorg yg amat panas baran dan hidup sosial dikelilingi perempuan dan minumam haram. Tapi sejak mengenali saya apatah lagi setelah dapat tau saya ingin kembali pada S, dia telah berubah. Dia mula belajar sembahyang dan puasa dan dia cuba sedaya upaya mengawal panas barannya. Kami juga tak lakukan perbuatan haran tu lagi. Berkali2 dia katakan ingin berkahwin dgn saya malah kalau saya cakap OK je dia akan terus meminang dan kami akan terus kawin.
Apakah yg harus saya lakukan.. menanti jawapan S yg tak pasti.. atau terima A...
A dan S terlalu berbeza terutama dari segi pemikiran, kesabaran dan sikap. Malah kedudukan A juga terlalu jauh berbeza dgn saya dan umurnya juga bbrp thn lbh muda. Ramai perempuan gilakannya kerana wajahnya tapi mengapa saya yg tak cantik ni dipilihnya. Saya takut adakah saya akan bahagia jika kawin dgn dia. S pula saya rasa saya tak akan temui lelaki lain sesabar dan seikhlas dia.
Apakah tindakan yang patut saya lakukan.. umur saya tahun ni dah mencecah 26 dan target saya nak kawin umur 26. Adakah kerana itu saya perlu tinggalkan S dan terima saja A? Saya mengharap insan yang baik yg boleh membimbing dan membahagiakan saya. Wajarkah saya lupakan keduanya dan cari org lain? masalahnye ade ke org nak kat org macam saya ni?

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: kerana kecurangan..Kaunselor23:35:38 05/29/03 Thu


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.