VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Re: Ya Allah


Author:
Mohd Husni
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 07:38:22 01/25/03 Sat
In reply to: Nur Syovea 's message, "Ya Allah" on 00:21:02 11/18/02 Mon

A'kum. Saya telah membaca coretan saudari. Apa yang saya dapat komen ialah saudari bukan seorang sahaja yang menghadapinya. Ramai lagi berada dalam keadaan sedemikian,
termasuk diri saya sendiri, masih mengharap dan mencari-cari
cinta yang jujur dan ikhlas walaupun dari segi zahir tidak lah susah bagi mana-mana perempuan untuk menyukai diri saya.
Sehingga hari ini umur saya telah masuk 30tahun tetapi masih
tidak bertemu jodoh lagi.
Sahih lagi benar lah apa yang disampaikan oleh ulamak bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut itu di tentukan oleh Allah s.w.t.
Mungkin ada yg berpendapat bahawa seseorang lelaki lebih mudah untuk berkahwin dari seorang wanita. Ada yang berpend-
apat jika memiliki wajah yg tampan atau jelita tidak susah
bertemu jodoh. Ada pula yg berpendapat jika mempunyai harta
dan wang ringgit tidak susah untuk berumahtangga.
Hakikatnya semua perkara di atas adalah tidak benar.Jodoh
pertemuan tidak berkaitan langsung dengan perkara2 di atas.
Jodoh pertemuan adalah ketetapan Allah s.w.t. sebelum kita
di lahirkan ke dunia yg fana ini hatta sejak azali lagi.
Kesimpulannya apa yg berlaku ke atas diri saudari dan diri
saya serta org2 lain adalah kehendak Allah s.w.t. jua dengan
tujuan untuk memahamkan diri sendiri dan org lain bahawa
setiap perkara yg berlaku adalah dengan kehendak Allah s.w.t
dan tiada kena mengena dengan kelebihan dan kekurangan diri
org itu. Ramai org yg cantik telah bertemu jodoh dan ramai yg kurang cantik telah bertemu jodoh. Tidak ada beza. Begitu
juga ramai yg cantik belum bertemu jodoh dan ramai yang kurang cantik belum bertemu hodoh. Sama sahaja tidak ada beza.
Setelah kita faham konsep qadaq dan qadar ini, barulah
kita sedar bahawa setiap kejadian alam dan yang berlaku pada
diri sendiri adalah dengan kehendak Allah s.w.t dengan maksud dan tujuan memberitahu pada kita dan org lain bahawa
Allah s.w.t lah yg berkuasa di atas segala2 nya. Allah s.w.t
berkuasa melakukan sesuatu dgn asebab...berlawnan dgn asebab
...tanpa asebab.
Apabila kita faham perkara ini, diharapkan diri saya yg hina ini, diri saudari dan org lain dapat menambahkan sifat
kehambaan dan pergantungan pada Allah s.w.t. Dapat menenangkan hati kita yg rungsing dan risau, dapat menimbulkan perasaan bersangka baik pada Allah s.w.t.
Bukankah kita di hidupkan untuk diuji keimanan kita pada
Allah.s.w.t. Susah senang,sedih gembira,sehat sakit,miskin
kaya,mencapai apa yg di cita2kan gagal dlm apa yg dihajati
adalah semuanya ujian keimanan ke atas diri kita.
Saya bersyukur tuhan mengurniakan taufik dan hidayah kepada saudari untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
walaupun di uji dalam soal percintaan..semoga Allah s.w.t
mengurniakan taufik dan hidayah yang sama kepada diri yang hina ini.
Sebagai manusia biasa....selain berdoa...usaha ikhtiar
juga perlu di buat selagi ianya tidak terkeluar dari syariat
malahan mendapat pahala...keputusannya di tentukan oleh Allah s.w.t jua.
Setakat ini sahaja dahulu.....walaupun banyak lagi yang
saya ingin kongsikan bersama saudari...semoga saudari dikuat
kan iman dan bersabar didalam menghadapi ujian tuhan.
Insyallah sekiranya saudari tetap bersabar dan istiqamah di
dalam amal-amal soleh....bantuan dan nusrah Allah s.w.t
akan tiba sedikit masa lagi.Bukankah Allah s.w.t telah berjanji bantuan Nya akan diberikan kepada mereka2 yg beriman bersabar bertaqwa dan beramal soleh.
Wallahualam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.