VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Serba Salah


Author:
ajib
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:39:22 05/18/03 Sun

assalamualaikum....
di sini saya inginkan pendapat tuan tentang masalah yang sedang saya hadapi. moga-moga dengan khidmat nasihat tuan dapat saya jadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah saya ini selain memohon doa kepada Allah. masalah saya adalah masalah percintaan di mana teman kekasih saya merupakan seorang pelajar di salah sebuah IPTA di ibu negara. sebelum saya menjadi kekasihnya, dia ada menjalinkan percintaan dengan seorang jejaka di mana hubungan mereka berlangsung selama 7 thn. namun perangai teman lelakinya itu sungguh teruk sehinggakan dia terpaksa mengikut kehendak teman lelakinya walaupun sampai terlanjur dalam perhubungan cinta(seks). dia begitu kesal di atas perbuatan teman lelakinya itu. dia bercinta kerana terpaksa dengan situasi yang terjadi ke atas dirinya itu untuk mengelak terbongkar rahsia tentang keterlanjurannya itu. untuk menjaga nama baik keluarganya, dia terpaksa mengikut kehendak teman lelakinya kerana sudah beberapa kali di ugut untuk memberitahu keterlanjuran mereka kepada keluarganya. selepas itu, dia telah berjumpa dengan saya dan menceritakan tentang hal ini. dia telah jatuh cinta dengan saya dan hubungan cinta kami baru berusia setahun setengah. namun, kini dia telah di ugut kembali oleh teman lelaki lamanya itu dan dia telah membuat satu perjanjian dengan teman lelaki lamanya itu supaya teman lelaki lamanya itu mengubah perangai buruknya dengan meletak 10 syarat kepada teman lelaki lamanya itu. dia juga meletakkan 10 syarat kepada saya seperti mana sama seperti teman lelaki lamanya walaupun pada dasarnya kami sedang bercinta. sekiranya, salah seorang daripada kami memenuhi syarat tersebut, dia akan pilih orang itu. adakah harus saya teruskan percintaan ini kerana saya khuatir pada suatu masa nanti dia akan memilih teman lelaki lamanya itu atas keterpaksaan dengan situasi yang dialaminya dahulu? dan untuk pengetahuan tuan, teman lelaki lamanya adalah seorang yang tidak boleh di bawa berunding dan juga seorang peminum arak, berjudi, tidak mendirikan solat dan jugak seorang yang ingin memuaskan nafsu seksnya sahaja. dengan harapan tuan dapat memberi sedikit pandangan tuan mengenai masalah saya. segala pendapat tuan amat saya hargai.
Wassalam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.