Author:
Abdul Kadir bin Buyong
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 23:18:21 07/14/02 Sun
Saya merupakan seorang jurutera komputer di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Beberapa bulan yang lepas, saya telah jatuh hati dengan seorang gadis yang lebih muda 3 tahun dari saya. Kami bekerja di pejabat yang berlainan, tetapi berdekatan. Hubungan kami berjalan dengan baik dan penuh keriangan. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama dan bercerita tentang pengalaman hidup masing-masing dan dia mengakui, dia merupakan bekas tunangan orang setelah didesak oleh keluarga sehinggalah kira-kira setahun yang lalu. Sememangnya, tiada rahsia antara kami berdua. Namun, sejak akhir-akhir ini, kehidupannya kembali terganggu setelah bekas tunangnya dahulu kembali menghubunginya dan mendesak untuk kembali bersama si gadis, walhal si gadis ini tidak pernah menyintai serta tidak tahan dengan karenahnya dan sangat bencikan bekas tunangnya itu. Lelaki ini sering mengugut dengan pelbagai ugutan yang menyakitkan hati, dan mereka sering bertengkar melalui telefon. Si lelaki ini pulak, jenis keras kepala, degil dan tak paham bahasa... Cakap tak serupa bikin dan tak pandai mengambil hati seorang gadis... bercakap dengan percakapan yang kasar... seolah-olah manusia yang gila talak. Tidak ada sesiapa pun yang bersetuju mereka kembali bersama termasuklah keluarga sebelah perempuan. Saya kasihan melihat gadis ini sering berendam air mata dan mengadu pada saya hal-hal yang berkaitan dengan bekas tunangnya itu. Dia juga sering mengadu sakit-sakit kepala, terutama selepas bertengkar. Ini amat merisaukan saya. Kami mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi atas beberapa sebab, ianya tidak mungkin berlaku dalam masa yang terdekat ini. Saya mencadangkan supaya gadis ini menukar nombor telefon serta berpindah rumah dan pejabat, tetapi ianya akan berlaku paling awal pun bulan September ini. Saya dah tak tahu nak buat macamana. Perasaan geram dengan sikap bekas tunangnya itu, sedih, sayang, cinta dan tanggungjawab, semuanya bercampur baur ketika ini. Saya terfikir juga untuk bersemuka dengan bekas tunangnya itu, tapi saya bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kelak. Saya tidak mahu gadis ini jatuh ke tangan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti bekas tunangnya itu. Saya sangat sayangkan dia dan saya nak dia hidup bahagia seperti orang lain. Saya juga tak dapat bayangkan sekiranya dia terlepas ke tangan orang lain selain daripada saya. Tolonglah berikan tips dan panduan, apakah keputusan terbaik yang harus saya lakukan...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|