VoyForums

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: antara dosa dan kasih sayang


Author:
hamba Allah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:01:13 09/17/02 Tue

Assalammualaikum,
Saya mempunyai seorang teman lelaki dan hubungan kami telah menjangkau 6 bulan. Walaupon agak baru saya mengenali dirinya tetapi banyak yang telah terjadi antara kami. Hubungan kami direstui oleh ibu bapa kami dan boleh dikatakan ibu bapa kami yang menyebabkan kami bercinta. Kami sebaya dan masih belajar di universiti yang sama menyebabkan kami sering bersama 24 jam. Saya rasa disebabkan terlalu rapat membuatkan kami telah terlanjur. Walaubagaimanapon dia tidak pernah pergi sampai ke tahap meragut dara saya, tapi die telah menyentuh seluruh tubuh saya tanpa lapik dan kami pernah tidur bersama dalam keadaan tanpa pakaian.Tapi benihnya tidak pernah sampai ke dalam rahim saya, buat masa ini. Kehadiran dirinya dalam hidup saya banyak memberi kebahgiaan kerana dia memahami diri saya dan dia saja yang mahu membetulkan diri saya. Saya merupakan anak tunggal dan memang diakui ibu bapa saya amat memanjakan saya tidak pernah membetulkan perangai buruk saya tetapi dia banyak membimbing saya untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya tidak mahu meninggalkan dia dan tak mahu dia meninggalkan saya kerana saya rasa diri saya amat 'kotor' walaupon benihnya tidak pernah berada di dalam badan saya. Bagi saya, saya hanya layak untuk bernikah dengan penzina dan tak layak untuk lelaki yang masih suci. Oleh itu saya terpaksa terus bersama dgnnya memandangkan dia telah menyentuh saya. Walaubagaimanapun saya merasakan dia amat menyanyangi saya but he can be cunning sometimes. Saya takkan terkejut kalau satu hari dia mengatakan dia mahu meninggalkan saya walaupun saya tak mahu perkara itu terjadi. Kalau perkara itu terjadi saya berjanji kepada diri saya yang saya tidak akan bernikah dengan mana-mana lelaki melainkan lelaki itu juga pernah lalui apa yang saya lalui dan sanggup menerima keadaan saya ini and i don't think there will be an innocent and clean guy would marry a girl like me....maybe ada tapi satu dalam berjuta.....saya tak mahu hidup sebegini, terus bergelumang dengan dosa...this thing must stop somehow...saya rase amat berdosa kerana semua bekas teman lelaki saya tidak pernah menyentuh saya walaupun berpegangan tangan...saya rasa amat berdosa kepadal ALLAH, ibu bapa saya dan keluarga saya. Saya pernah menyuarakan beberapa kali kepada teman lelaki saya dan dia pon rasa bersalah but he can't help himself. Dia tak dapat melawan nafsunya. Bagi saya pula, kalau dia dah mulakan saya tak mampu nak menolak. Saya begitu tertekan dengan perkara ini terutama sekali apabila berhadapan dengan ibu bapa saya. Saya adalah satu-satunya anak mereka and i'm very very spoilt.Setiap kali selepas solat saya berdoa kepada Allah agar beri saya kekuatan untuk mengatasi masalah ini namun saya masih buntu. Dari segi agama teman lelaki saya agak sempurna kerana dia jarang sekali meninggalkan solat lima waktu dan solat jumaat serta ibadat lain. Tapi saya tidak tahu mengapa dia sanggup melakukan perkara itu. Saya mahu perkara ini berhenti sbb saya tak sanggup lagi untuk hidup bergelumang dosa yang amat besar ini tapi saya sayang teman lelaki saya dan saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.Bantulah saya.....

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: antara dosa dan kasih sayangpendengar setia19:26:54 09/18/02 Wed
Re: antara dosa dan kasih sayangFir09:37:25 10/13/02 Sun
Re: antara dosa dan kasih sayangmanja20:43:10 10/14/02 Mon
Re: antara dosa dan kasih sayangsue01:33:25 10/29/02 Tue


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.