VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: ISTERI DALAM DILEMA


Author:
IZZA AIZA
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 23:24:01 10/16/02 Wed

Assalammualaikum.

Saya perkenalkan diri saya sebagai Aiza. Saya pernah gagal bercinta
beberapa kali. Setiap kali gagal bercinta, saya tidak pernah putus asa
dan berharap ada sinar baru untuk saya. Sehinggalah saya bertemu Nik.
Harapan yang diberi Nik buat saya percaya dia tak akan mensiakan diri
saya. saya telah bertemu ahli keluarga Nik, layanan mereka biasa sahaja.
Tanpa saya ketahui ibu Nik tidak berkenan pada saya dan telah ada calon
untuknya. Beberapa bulan kemudian Nik menyepikan diri hampir sebulan.
dari seorang kawan saya dimaklumkan Nik telah bertunang. Nik merahsiakan
dari saya dan datang menemui saya seperti biasa. Saya pura-pura tidak
tahu seolah tiada apa yang berlaku. Alangkah pilunya hati saya kerana
Nik boleh berlakon di depan saya yang dia begitu sibuk kebelakangan ini
dan tak dapat menemui saya. Katanya dia juga rindukan saya tapi ada
masalah kewangan lantas tak mempunyai kesempatan untuk menemui saya.
Itulah kali terakhir kami berjumpa. Ada juga dia menelefon tapi saya
rasa sangat sedih lalu memaksa dia mengakui pertunangannya tersebut. Nik
mengaku dan saya rasa tertipu. Kenapa dia tak berterus terang dari awak
bahawa keluarganya telah ada calon dan memberi harapan pada saya.

Kesedihan ini menjadikan saya amat benci pada Nik. Saya rasa seperti
ingin bunuh saja dia supaya saya dan bakal isterinya sama-sama tak dapat
bersama Nik. Saya mula rasa cinta itu tak berguna kalau tiada kejujuran
apatah lagi kalau pihak keluarga si lelaki tak dapat menerima kita
seadanya. Belum berakhir kesedihan saya, saya dikejutkan dengan berita
ada lamaran ke atas saya di kampung. Ibu saya memujuk supaya saya
menerima kerana lamaran ini datang dari saudara jauh yang ingin
merapatkan hubungan kekeluargaan. Dalam keadaan yang masih kecewa dan
berdendam saya terima lamaran tersebut. Bagi saya memang tiada cinta
lagi untuk saya. Biarlah saya kahwin dengan orang yang tidak saya kenali
dan cintai asalkan keluarganya dapat menerima saya. Itu yang penting.
Bagi saya cinta boleh di pupuk.

Kami bertunag tiga tahun atas permintaan saya. Tunang saya ni agak slow
orangnya. Masuk tahun kedua saya mula bosan dengan sikapnya yang tak
mahu berusaha memenangi hati saya. Dahlah dapat saya dengan mudah
cubalah berusaha sedikit. Atas galakan saya dia pun cubalah belajar
menjadi romantik, menulis surat, menghantar kad dan mengirim hadiah.
Tapi semakin hampir hari perkahwinan semakin saya rasakan dia bukanlah
orang yang patut saya kahwini. Saya ingin putuskan pertunangan tapi
sangat takut keluarga mendapat malu dan dimarahi keluarga. Saya juga tak
sampai hati kerana tunang saya baik orangnya.

Akhirnya saya berkahwin juga. Tapi di awal perkahwinan pun saya dah rasa
menyesal kerana saya rasa bukan ini yang saya inginkan dalam hidup saya.
Tapi saya teruskan juga kerana takut dosa dan cuba jadi isteri yang baik
walaupun hati saya separuh rela.
Tahun kedua perkahwinan suami pergi outstation selama dua bulan dan saya
ditinggalkan bersendirian. sepanjang ketiadaan suami saya begitu
gembira. tak pernah saya segembira ini malah saya berharap supaya
keadaan ini kekal. Saya sedikit pun tak rindui dia dan saya kini
benar-benar pasti saya langsung tak cintai dia. Apa yang saya lakukan
selama ini, bersikap baik terhadapnya tak lebih kerana tanggungjawab.

Malahan saya pernah meminta pada tuhan agar tidak dikurniakan anak
dahulu kerana saya rasa perasaan saya padanya tak stabil. Saya takut
jika ada anak dan saya berubah hati nanti anak yang akan menderita.

BEBERAPA BULAN KEBELAKANGAN INI SAYA RAPAT DENGAN SALAH SEORANG MAJIKAN
DI TEMPAT KERJA SAYA. MULANYA KAMI RAPAT KERANA SAYA SELALU MEMBANTU
DALAM BEBERAPA URUSAN RASMI. TAPI LAMA KELAMAAN SAYA ASYIK
TERINGATKANNYA DAN KINI SAYA PASTI SAYA AMAT RINDUKANNYA. RUPANYA TANPA
SAYA DUGA DIA JUGA MEMPUNYAI PERASAAN YANG SAMA. DIA SEORANG DUDA DAN
USIANYA LAYAK MENJADI AYAH SAYA. KAMI AKUR BAHAWA HUBUNGAN INI TAK AKAN
KE MANA KERANA SAYA ISTERI ORANG. DIA MEMINTA IZIN UNTUK TERUS
MENYANYANGI SAYA DAN MAHU KAMI TERUS BERSAHABAT TAPI ITU HIPOKRIK
NAMANYA. NAMUN PERASAAN CINTA SAYA PADANYA SUNGGUH KUAT. SAYA SANGKA
SAYA TAKKAN JATUH CINTA LAGI SELEPAS APA YANG SAYA LALUI SEBELUM INI.
TAPI DENGANNYA ADA SATU PERASAAN HALUS YANG MENYENTUH HATI SAYA. NALURI
DI ANTARA KAMI BEGITU KUAT. KAMI SAMA MENYAYANGI DAN MERINDUI TAPI
TERPAKSA BERLAKON SEMASA BEKERJA SEOLAH TIADA APA YANG BERLAKU. SELEPAS
WAKTU PEJABAT DIA AKAN MENELEFON SAYA ATAU MENGHANTAR MESEJ. SAYA
SUNGGUH SEDIH, KERANA CINTA INI AMAT BERMAKNA BAGI SAYA TETAPI KAMI TAK
DAPAT BERSAMA KERANA STATUS SAYA. SAYA JUGA TAK TERGAMAK MENGECEWAKAN
SUAMI SAYA KERANA WALAUPUN TIDAK MENYINTAINYA TAPI SAYA TETAP
SAYANGKANNYA KERANA DIA SEORANG YANG BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB.

APA YANG PATUT SAYA BUAT? SAYA TAK DAPAT MELUPAKAN CINTA INI TAPI SAYA
SEDAR SAYA KINI TELAH MENJADI ISTERI YANG CURANG. WALAUPUN SAYA TAK
PERNAH MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK BAIK DI BELAKANG SUAMI KERANA KEKASIH
SAYA AMAT MENGHORMATI DIRI SAYA, TAPI SAYA TETAP SERBA SALAH. BANTULAH SAYA

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: ISTERI DALAM DILEMAVirgo23:42:40 11/10/02 Sun


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.