VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234 ]
Subject: ingin berubah


Author:
sheliz84 (sad)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 19:22:09 07/19/10 Mon

Kadang-kala saya cemburu melihat orang lain yang rapat dengan keluarga mereka. Orang kata, buruk baik pun keluarga sendiri juga. Berlainan dengan saya yang hanya berstatuskan anak angkat. Saya tinggal bersama ibu bapa saudara sedari kecil. Saya tidak tahu mengenainya hinggalah berumur 13 thn. Selama saya membesar, saya selalu dibuli, dan tiada siapa menyebelahi saya. Makcik selalu melayan saya berbeza sekali berbanding anaknya. Yang paling ok pun pakcik saya tapi dlm kebanyakan masa, dia tidak suka masuk campur masalah saya.
Ada satu ketika saya benar2 tertekan hingga berdoa agar tuhan mengambil ajal saya kiranya hidup ini tiada kebaikan untuk saya. Sukar untuk saya ceritakan lebih lanjut, senang cerita, hal ini begitu teruk hingga mengganggu pelajaran saya. Saya menjadi pendiam, tidak yakin, dan bodoh2 alang dlm pergaulan. Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke U tapi hanya 2 semester kerana pinjaman yg sedikit. Makcik pula mengatakan pakcik saya tidak mampu menanggung. Ketika itu pula dia jatuh sakit. Makin saya tertekan. Silap saya mudah putus asa.
Saya juga telah terlanjur dengan bekas teman lelaki saya. Salah satu sebab saya tinggalkan dia adalah kerna ingin berubah. Diri saya yang kini jauh berbeza berbanding diri saya di sekolah dulu. Walaupun ia terjadi tanpa kerelaan saya, saya berfikir sudah jahat, lebih baik terus begini hinggalah saya sedar Tuhan masih sygkan saya. Kini saya bersama teman baru yang lebih baik, masalahnya makcik saya pula meletakkan hantaran tinggi. Ia amat memalukan saya ditambah status saya. Saya merancang untuk memberitahu mereka tentang status saya.
Kini saya bekerja sebagai kerani di pejabat peguam selama 6 bln. Sebelum ini pelbagai kerja saya lakukan. Tiada yang serasi. Saya mengandaikan kerja ini paling sesuai, tapi saya terlalu byk berbuat silap hingga majikan menyesal memilih saya. Saya merasakan saya terlalu lembap dan tidak agresif tambah lagi dengan saya yang pendiam.
Saya mahu mengubah hidup saya. Saya masih merancang mengambil PJJ untuk ijazah Perhubungan awam dalam tahun depan. Dulu saya major Penerbitan tapi oleh kerana tiada major itu dalam PJJ saya terpaksa memilih Perhubungan awam w/pun tahu saya jenis pendiam. Bolehkah saya berubah? Dan saya sanggup bekerja part time bg menampung study saya.
Ketika saya menulis masalah ini, saya tertanya sendiri, perlukah saya menceritakannya dalam ruangan ini. Kadang saya merasakan saya mempunyai kekuatan sendiri seperti self motivate. Kadang saya seperti mahu mendengar kata2 semangat dari orang lain. All I ever want is to be better than before.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.