Author:
Kapcai Lampu Bulat
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:48:01 09/20/05 Tue
Salam hormat, salam sejahtera semua.
Saya cuba nak bawa (mungkin berkongsi) dan mintak respon teman-teman, kawan-kawan, siswa-siswa berhubung persoalan ini. Masih ingat, bukan seorang cikgu saya yang kata “seronok belajar kat universiti”, “masuk universiti adalah sejarah dan kenagan hidup” dan mcm lagi. Masing-masing tu siap promote universiti tempat dia belajar lagi tuh! Kata USM best! Tempat Ali Setan tuh! (katanya sempat jadi ‘pelakon tambahan’ yang lalu lalang kat DK). Cikgu ni, ada la jugak gile2 mcm si Ali, tapi tak pakai scramler, naik Wira dah pi mengajar! Kaki pompuan? Tak tahu…kalau ada pun mgkin masa belajar dulu2 kot! Tapi takkan dia nak mengaku dan dia tak pernah mengaku pun. Sekarang dah kahwin, anak…tak pasti berapa.
Ada yang promote UM, universiti paling tua. Dia kata dulu-dulu ada pesta ratu cantik! Uish! Betul ke?...lepas tu katanya ada Open Day…kolej2, siap main baling2, simbah2 air! Ada pesta seni pentas, main kugiran. Ada yang kata UKM, walau tempat ‘jin bertendang!’ buleh makan satay Kajang selalu.
Cerita lain, kawan saya, tak tahu la….orang kata kaki pompuan. Pada saya biasa jer kot! Pernah la mamat tu kantoi surat cinta. Kena hearing, kena lecture kat bilik disiplin. Ustaz kata, ‘tak payah la bercinta masa sekolah, biar masuk U dulu”. Dia kata lagi, bercinta masa sekolah tadak class! Silap2 satu kampung, sebelah rumah je! Ha..ha..ha..tapi realitinya ustaz tu, orang rumah dia satu negeri jugak, satu daerah jugak! Apa kelas!!!! (sorry ustaz……gurau2 dalam hati jer!).
Tup2, bila masuk U, adooii……mcm seronok masa sekolah pulak, walau kurang suka sebab kena pakai uniform!, tapi….seronok la. Ha..ha..ha..ponteng sekolah tidak lah jadi hal besar sangat! Tapi tak ada la selalu, ponteng pun tak ada la buat kerja-kerja jahat! Nakal sikit2 jer kot. Tapi….cuba ponteng kuliah! Maut silap2 tak boleh masuk exam!
Saya tak tahu orang lain macam mana. Bukan kata life kat kampus tak seronok. Basically okay la. Mungkin keseronokan masing2 berbeza.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|