VoyForums

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]345678 ]
Subject: Kisah malam pertama


Author:
apek
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 02:16:53 02/05/06 Sun

Inilah satu kisah pasangan yang baru berkahwin.

Sehari Sebelum upacara nikah...Di rumah pengatin lelaki

Emak pengantin lelaki : Nak, apabila kamu menghampiri isteri mu pada malam pertama maka harus kamu berkata kapal terbang ingin mendarat.

Pengantin Lelaki : Baik mak.

Di rumah pengantin perempuan..

Emak pengantin perempuan : Nak, apabila suami mu menghampiri kamu dan berkata kapal terbang ingin mendarat lalu kamu haruslah menjawab lapangan terbang sudah bersedia.

Pengantin Perempuan : Baik mak.

Hari bersejarah yang ditunggu – tunggu pun tiba. Kedua – dua mempelai resah apabila malam menjelang. Si suami yang sudah lama menanti saat ini dan tidak sabar – sabar lagi telah menghampiri isterinya..dengan hati yang berdebar – debar..si suami pun menegur isterinya..

Malam pertama

Suami : Assalamuallaikum sayang, kapal terbang ingin mendarat..

Isteri : Saya penat la bang..mari kita tidur..

Si suami dengan perasaan hampa dan kecewa pun bersetuju. Si suami mengandaikan isterinya masih malu – malu lagi..

Malam kedua

Si Suami sambil membaca suratkhabar di dalam bilik, melihat isterinya masuk ke bilik. Dengan perasaan yang bergelora, dia pun bertanya dengan lembut kepada isteri kesayangannya itu..

Suami : Yang..kapal terbang ingin mendarat..

Isteri : Kerana melihat si suami memegang surat khabar..beliau tidak menghiraukan pertanyaan suaminya itu..dia berkata dalam hati “berita apa pula yang dibacanya ini”, katanya di dalam hati. Peduli lah bang, kapal terbang mana pun nak mendarat..sayang penat ni..esok nak bangun awal..mari kita tidur bang..
Suami : Dengan perasaan yang hampa..beliau berkata di dalam hati “tak apa, esok masih ada”, katanya di dalam hati.

Malam Ketiga

Suami : Yanggg..yang.. kapal terbang ingin mendarat..

Isteri: Dengan perasaan yang ingin tahu..isterinya pun melihat ke luar tingkap dan menggeleng – gelengkan kepalanya..di dalam hatinya berkata “ kenapa dengan suami ku ini..mana ada kapal terbang..” katanya di dalam hati.

Suami : Dia berkata di dalam hatinya “ yang..kejamnya dirimu, membiarkan ku menunggu selama 3 malam dan masih enggan memberikanya kepada ku” katanya di dalam hati.

Melihat reaksi daripada isterinya..si suami langsung melelapkan mata. Melayan perasaannya yang kecewa..

Keesokkannya, selepas habis kerja..si isteri singgah di rumah ibunya unutk meminta pendapat tentang peri laku pelik suaminya itu..

Anak : Ibu, suami saya kan setiap malam berkata kapal terbang ingin mendarat..pelik lah bu..dah 3 malam dia ulang ayat yang sama..

Emak : Habis tu apa yg kamu jawab?

Anak : Saya tak jawab apa – apa pun..tak faham saya..kenapa bu?

Emak : Kamu dah lupa apa yang ibu pesan pada kamu..sepatutnya kamu menjawab lapangan kapal terbang sudah bersedia sebagai tanda bersetuju.

Anak : Alamak! Lupa la bu..patut la abang asyik cakap tu je..


Malam Keempat

Pada malam ini, si isteri menunggu dengan berdebar-debar..tetapi si suami tidak menunujukkan apa – apa tanda yang dia akan bertanya soalan seperti pada malam – malam sebelumnya. Malam makin lama makin larut..si isteri masih ternanti-nanti..

Isteri : Dia berkata dalam hatinya “ mengapa aku harus menunggu lagi, apa salahnya aku sendiri memula dan menawar diri..

Si isteri pun menghampiri abang kesayangannya itu..

Isteri : Bang..lapangan terbang sudah sedia..

Suami : Kerana terlalu geram dengan isterinya itu..lalu si suami dengan wajah yang masam pun menjawab..KAPAL TERBANG ROSAK!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
lawaknya........hunterz killer girlz02:07:08 02/07/06 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.