VoyForums

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678 ]
Subject: aduhai rindu...


Author:
dewwa cinta
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 04:38:38 02/04/04 Wed







Aduhai Rindu



 



Lama sudah digamit rindu

Siang malam tidak menentu

Entah bila bakal ketemu

terlerai rindu tika bersatu....



 



BILA lama tidak menatap wajah insan tersayang, hati mula dicengkam rindu.
Serba-serbi yang dilakukan menjadi tidak menentu. Bagi yang berada jauh di
perantauan, ibu dan ayah sering kali tergambar di ruang mata. Namun, pada masa
yang sama rindu terhadap si buah hati turut dirasai,


Rindu yang bersemi acap kali membuatkan diri gelisah dan gundah-gulana. Air
mata begitu mudah menitis lantaran rasa rindu yang bukan kepalang, Ada juga yang
tidak dapat tidur lena sepanjang malam mengenangkan insan yang jauh di mata.
Meskipun begitu, realitinya si dia amat dekat di hati. Bagi yang sedang parah
dilamun rindu, ikutilah 10 tip bersama Dara.com...



  • Elakkan bersendirian



Ramai remaja gemar meminggirkan diri apabila sedang dilanda kerinduan. Ketika
itu fikiran mula melayang jauh. Ada yang berpendapat bahawa termenung dan
bersendirian merupakan langkah terbaik menenangkan jiwa. Namun sebaliknya cara
ini lebih menyemarakkan rasa gelisah yang bersarang di hati. Lantaran itu adalah
lebih baik meluangkan masa berbual dan bergurau senda dengan rakan-rakan tanpa
terlalu melayani perasaan yang berkecamuk,



  • Sibukkan diri



Setiap detik mengenangkan orang jauh secara beransur-ansur boleh melenyapkan
semangat untuk menjalani kehidupan harian. Kata orang, ikutkan hati mati.
Manakala ikutkan rasa akhirnya binasa. Lantaran itu berusahalah mengurangkan
kerinduan dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan. Antara-nya seperti
berenang, bersiar-siar dan membersihkan rumah. Keasyikan melakukan aktiviti
tersebut boleh membuatkan diri terlupa sebentar dengan insan yang jauh di mata.



  • Telefon - medium melepaskan rindu



Hasrat di hati ingin bersua. Namun, jarak yang jauh pula menjadi penghalang
pertemuan. Lantaran itu luangkanlah masa menghubunginya. Walaupun tidak dapat
bertentang mata, sekurang-kurang rindu di hati terubat jua bila mendengar
suaranya.



  • Menghantar sms



Jika menghubunginya menerusi talian Telekom, mungkin perbelanjaannya tidak
sebanyak mana. Namun, keadaan ini berbeza seandainya mengguna-kan telefon
bimbit. Apatah lagi bila seorang di Semenanjung


manakala yang lain pula berada di Borneo. Lantaran itu gunakanlah
perkhidmatan sms. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan. Malah, rasa rindu dapat
diungkap dengan ringkas, mudah dan bersahaja menerusi pelbagai simbol serta
gambar menarik



  • Berbual dihujung jari




Ushalah bersedih jika tidak mampu menghubunginya menerusi panggilan telefon.
Menerusi komputer dan internet, perbualan juga boleh berlangsung. Cara ini bukan
sahaja lebih mudah, malah berbual melalui internet lebih menjimatkan di samping
tempoh perbualan lebih lama. MIRC dan Yahoo Massenger merupakan antara yang
gemar dikunjungi remaja.



  • E-mail


'Elektronik mail' atau lebih dikenali sebagai e-mel merupakan medium yang
mudah untuk meluahkan kerinduan, Cara ini dikatakan cepat dan lebih praktikal
kerana tidak memerlukan setem. Dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus,
mesej dapat disampaikan hanya dalam beberapa minit. Selain mesej, gambar juga
boleh dikirimkan menerusi e-mel.



  • Kiriman surat


Ramai beranggapan bahawa surat tidak lagi praktikal dan sesuai untuk
melepaskan rindu. Ini berikutan peralihan waktu yang lebih mengutamakan
telekomunikasi dan Internet dalam perhubungan. Meskipun begitu, ramai tidak
menyedari bahawa surat sebenarnya mampu memberikan kesan emosi lebih mendalam
selain bersifat sentimental, Rasa rindu yang terpendam mampu terlerai dengan
membaca dan menatap tulisan tangan insan yang dirindui



  • Diari


Tidak semua remaja gemar bercerita tentang perasaan rindunya kepada
rakan-rakan. Barangkali mereka bimbang digelar 'jiwang karat' ataupun dituduh
bersikap keanak-anakan. Lantaran itu, menulis diari merupakan antara langkah
terbaik mengurangkar kerinduan yang memuncak. Ada juga yang berpendapat jika
kita menulis sebanyak mana nama orang yang kita rindu di atas kertas dapat
melepaskan rindu. Percaya ataupun tidak.,. anda boleh mencubanya.



  • Gambar pengubat rindu


Jarang bertemu antara penyebab rindu kian terasa.Keinginan untuk bersua muka terhalang dek jarak yang jauh serta kesibukan
tugas harian. Menatap gambarnya sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan. Malah,
dengan menyelitkan gambarnya di dompet akan membuatkan dia sentiasa, dekat di
sisi. Bagi yang memiliki telefon bimbit berkamera pula boleh mengambil dan
menyimpan gambar insan tersayang.



  • Bertemu


Rancangkanlah pertemuan dengannya jika kerinduan sudah tidak dapat dibendung
lagi. Gunakanlah peluang tersebut sebaik-baiknya. Bukan mudah memperoleh saat
tersebut. Lantaran itu tataplah wajahnya sepuas hati, Luahkanlah perasaan yang
terbuku di hati agar dia mengerti bahawa ada insan yang amat merinduinya.



sumber-Dara.com







[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Belajar skil komunikasi Cintadewwa cinta22:29:25 02/07/04 Sat


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.