VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678 ]
Subject: Belajar skil komunikasi Cinta


Author:
dewwa cinta
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 22:29:25 02/07/04 Sat
In reply to: dewwa cinta 's message, "aduhai rindu..." on 04:38:38 02/04/04 Wed







Belajar Skil
Komukasi Cinta



PELAJARAN 1



"Denqar dengan baik"


Mendengar? Hmm, mungkin
ada sesetengah daripada kamu akan berkata: "Apa yang susahnya tentang
mendengar?" Well, walaupun ya, anda memang mendengar apa yang
pasangan anda perkatakan selama ini, adakah anda mendengarnya betul-betul, effectively?
Awas! Memberikan hanya separuh perhatian atau sebelah mata mengekori
kanak-kanak yang sedang bermain berdekatan anda misalannya, ada masanya lebih
bahaya daripada tidak mendengar langsung? Anda tahu mengapa? Kerana dia mungkin
akan menafsir, anda tidak berminat langsung dengan ceritanya. Jadi apa yang anda
perlu lakukan?


• Peruntukkan 10 ke
20 minit sehari untuk anda 'update' perkembangan sesama sendiri. Jika
anda amat sibuk dan tidak mahu membuang masa, pastikan si dia benar-benar
memahami.


• Apabila anda sedang
mendengar, pastikan pasangan anda adalah centre of attention. Halakan
badan anda kepadanya (berhadapan), pandang wajahnya, dan lupakan hal-hal lain
sehingga dia habis bercakap.


• Gunakan body
language
yang positif sebagai tanda anda sedar dan respons (secara positif
juga), terhadap apa saja yang diperkatakannya. Angguk sekurang-kurangnya, atau
senyum. Dengan cara ini dia akan berasa dihargai, dan lebih mendengar apabila

tiba giliran anda pula
bercakap.


• Untuk membuktikan
yang anda mendengarnya, ulang apa yang telah dia perkatakan sebentar tadi, dan
bertanyalah satu soalan yang fokus tencang isu yang diutarakan.



PELAJARAN
2



"Tahu baqaimana untuk
bercakap"


Lelaki dan wanita
berkomunikasi dengan cara yang berbeza. Perlukah anda bercakap banyak, atau
perlukah anda mengurangkan bercakap? Persoalannya, yang mana satu yang tidak
akan membuat dia pening kepala?


• Jangan beri tekanan
kepada si dia apabila bercakap. Anda tidak perlu beria-ia menunjuk (membuktikan?)
tentang idea-idea anda, apa yang anda fikirkan, atau apa yang anda rasai. Ini
semua boleh membuat dia berasa diketepikan, dan kurang berguna.


• Selalulah 'memeriksa'
bahasa tubuhnya. Lihat: Apakah dia masih berada dengan anda, apakah dia masih 'ada'
bersama-sama anda. Jika dia nampak terganggu, ia mungkin berpunca daripada
fikirannya yang celaru, atau keliru. Jadi, apa kata utarakan sekali lagi
pendapat anda, tetapi dengan cara/pendekatan lain pula.


• Jika anda
berbincang tentang masalah peribadi yang mungkin boleh membuat dia berasa
tertekan, lakukan dengan lembut. Duduklah rapat, pegang tangannya, atau pegang
bahunya. Pastikan dia rasa relaks, dan dapat meneruskan interaksi dengan tenang.


• Jangan rasa marah
atau tersinggung kalau si dia tiba-tiba cuba membuat kesimpulan atau menutup
perbualan dengan satu keputusan, sedangkan anda belum lagi bersedia menghentikan
percakapan. Ini memang lazim berlaku. Wanita memang suka bercakap, dan selalunya
ia disulam ekspresi dan emosi. Berbeza pula dengan lelaki. They feel better
going straight for the action.
Jika dia memberikan 'fix it' comment, itu
bermakna dia mahu membantu.



PELAJARAN 3



"Latih dia berkomunikasi"



Kalau anda selalu
menuduh lelaki memang susah diajak berkomunikasi, anda memang betul. Sememangnya
otak wanita diciptakan dengan sedikit kelebihan—Pandai bermain kata-kata. Dan
lagi, lelaki tidak selesa dan tidak suka menghadapi perbualan yang berbumbu
emosi, dan masalahnya, itulah yang wanita selalu lakukan. Jadi bagaimana
menghadapi situasi ini?  Tunjukkan dia bagaimana caranya untuk mendengar.
Tunjukkan dia perasaan cinta anda kepadanya apabila dia memandang mata anda
sewaktu anda
sedang
berkata-kata, juga apabila dia memheri respons kepada anda, juga
apabila
dia bertanyakan sesuatu. Beritahu lia betapa perhatian yang diberikan
(dengan
mendengar), menolong anda
membuat
keputusan yang betul, malah
berasa
lebih yakin.


•Tunjukkan dia
bagaimana caranya bagaimana untuk bercakap, lebih-lebih lagi yang berkaitan isu
sensitif. Jika anda lihat dia lebih banyak berdiam diri, ajukan
soalan kepadanya. Tunjukkan minat terhadap buah fikirannya, dan berikan signal
jelas yang anda sedia menerima apa jua ideanya. Jadi dia akan faham, dia juga
perlu berfikiran terbuka sebagaimana yang anda lakukan.



PELAJARAN 4



"Hentikan tabit buruk anda"



Kadang-kala kita tahu
kata-kata yang kita lontarkan boleh menjengkelkan hati si
dia.
Dan ada masanya juga, kita tidak sedar, kita tidak awas, dan kita tidak tahu.
Apa kata praktikkan satu daripada tips di bawah.


 •
Segala-galanya tentang diri anda—Tentang kerja anda, kawan anda, kereta anda,
ibu anda, nenek anda, kucing anda, bla-bla-bla anda. Awas! Jika ini caranya anda
berkomunikasi, only about yourself, he will feel pushed out, Jadi
bagaimana caranya untuk mengelakkan anda membuat sinopsis berjela-jela tentang
diri sendiri semata-mata? Pecahkan habit buruk ini dengan mengajukan beberapa
soalan tentang dirinya, atau kerjanya.


• Jangan 'tutup'
bahasa tubuh anda, kerana ini akan membuat si dia berasa rejected. Antara
body language yang perlu anda hindari adalah seperti berikut: (1)
Bercakap atau memandang wajahnya sambil memeluk tubuh, (2) Duduk menyilang kaki
sambil menggoyang-goyangkannya, (3) Tidak memandang matanya, sebaliknya mata
anda meliar ke sana sini, (4) Menguap berkali-kali, (5) Membuat muka bosan, (6)
Mengalihkan perhatian kepada perkara lain, seperti anda bermain-main dengan pen
atau pensil yang ada di tangan anda. Jadi apa yang harus anda lakukan selain
lima gestures ini? Senyumlah, dan pandang matanya.


• Walaupun anda
amat berminat dengan ceritanya, elakkan mencelah terlalu kerap, pada masa yang
tidak tepat. Terlalu banyak menyampuk tentang perkara-perkara yang tidak penting
akan membuat dia berasa tidak diberikan perhatian—
Unheard.
Buangkan tabiat buruk suka menyampuk dan
mencelah dengan menunggu isyarat daripadanya. Maksudnya, tunggu sehingga dia

memandang wajah anda,
memperlahankan tempo percakapan, dan menghantar isyarat "Okay masanya pula
untuk awak yang bercakap." Mudah bukan?


• Ada masanya apabila
dia mengajukan satu-satu pertanyaan, ia tidak bermakna dia MAHU anda menjawab
soalan itu. Soalan yang dilontarkannya MUNGKIN TIDAK MEMERLUKAN jawapan anda,
kerana ia hanyalah satu pernyataan. Jadi, awas! Jangan terlalu ghairah
menunjukkan kepetahan anda dengan menjawab semua soalannya. Kalau satu sahaja
soalannya, maka satu (atau dua, atau tiga) sahajalah jawapan daripada anda yang
diperlukannya, itu sudah memadai. Jangan pandai-pandai menjawab 10!


• Jangan teruskan
berkomunikasi kala anda berasa sakit hati, kerana akibatnya, anda akan
menyakitkan hatinya juga! Berhentilah berkata-kata. Tarik nafas dalam-dalam, dan
dengarlah kata-katanya.



PELAJARAN 5



"Masanya mesti betul"



Jangan fikir komunikasi
boleh melangsai segala masalah. Ada masanya, komunikasi boleh menjadikan keadaan
lebih teruk dan lebih kritikal. Jika anda dan si dia kepenatan, letih (mungkin
kerana baru memandu meredahi kesesakan trafik yang teruk, atau kerana kerja yang
terlalu banyak di pejabat, atau kerana kereta rosak), dan anda tidak rasa
bersemangat untuk bercakap—Apa kata, tangguhkan dulu hajat anda untuk bercakap
dengan si dia, lebih-lebih lagi jika anda berhajat mahu membincangkan isu yang
besar. Mungkin tunggu sahaja sehingga esok. Pulang dahulu, mandi, segarkan badan,
makan, berehat dan tidur. Esok pasti lebih tenang untuk anda.


 


sumber-Majalah Eh!


 







[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
caya la...inilah yang membuatkan perut abang boroi semakin boroi ni..Abang Boroi06:04:24 02/15/04 Sun


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.