Subject: Thank you |
Author:
abgshahrukh
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 15:17:46 01/15/04 Thu
In reply to:
nor najihah
's message, "coretanku pula buat semua.." on 07:41:21 01/15/04 Thu
Najihah mungkin terasa gusar kerana topik yang kita bincangkan dulu, sebenarnya, walaupun nampaknya saya menasihati saudari, saya juga mengalami problema yang sama.Perkara yg saya ungkapkan kepada saudari sebenarnya berbalik kepada saya.
Hubungan kami masih rapat seperti dahulu, seolah-olah memberikan saya "harapan" walaupun harapan yg palsu.Jika mengikut sifir alam, nescaya ia tidak akan membuahkan kebahagiaan, hanya sekadar impian semata-mata.
Seperti mana saudari, saya juga mengharapkan agar miracle berlaku, suatu keajaiban. Saya sedari ia hanyalah suatu fantasia, jika saya ingin sedarkan saudari, sebenarnya, sayalah yang harus bangkit dari lamunan saya terlebih dahulu.
Mungkin kali ini, kali terakhir saya menukilkan perasaan saya di sini tentang perkara ini, kerana saya berharap saudara najihah juga sudi mendengar dan saling menasihati antara satu sama lain.janganlah kerana topik ini, ada benci di antara kita.
Bukanlah niat saya memeningkan saudari ataupun menambah duka di hati. Kerana tujuan saudari berada di sini adalah untuk bersuka dan bersantai, mungkin coretan saya, merubah atau mengganggu saudari, tetapi seperti yg saya katakan, bukan itu niat saya, tetapi saya ingin berkongsi sama masalah saya bersama saudari. Kerana nasib kita hampir walaupun tidak sama.Ingin ku tahu apa yg ada di lubuk hati seorang wanita, di samping memuhasabah kelemahan diri, apa salah dan silapku selama ini.
Saya tidak kisah jika hendak dibuka tentang topik yang lain,jika itu mampu membuatkan saudari ceria seperti mana apabila saudari menasihati adik kita, zorro.
anyway at the meantime, please smile najihah, okey..be happy..I won't open this topic anymore...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |