VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1 ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 10:26:38 03/30/01 Fri
Author: penyertaan setiap individu amat penting
Subject: Usaha banyakkan program agama disambut positif


Usaha banyakkan program
agama disambut positif

DARO - Rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk memperbanyakkan
program berorientasikan keagamaan di negeri ini sambil berpendapat langkah itu
wajar dilaksanakan selaras dengan pembangunan semasa.

Rata-rata di kalangan mereka menyifatkan cadangan tersebut sebagai cara paling
bijak dan seharusnya dipraktikkan dengan secepat mungkin bagi melahirkan lebih
ramai rakyat berfikiran positif, berkeupayaan menangani masalah di samping
mampu menolak dakwaan negatif pihak tertentu yang sengaja mengambil
kesempatan.

Penghulu Haji Wasli Haji Taha berkata, agama merupakan asas terpenting yang
perlu dijadikan senjata oleh setiap individu untuk berdepan dengan pelbagai
cabaran dalam era globalisasi kini.

Katanya, kecetekan ilmu agama mengakibatkan seseorang individu mudah
dipengaruhi unsur-unsur tidak sihat dan senario itu, boleh mendorong mereka
berkecimpung dalam kegiatan yang bercanggah dengan peraturan dan
undang-undang.

"Bagi saya, ia merupakan satu cadangan baik yang patut diterima pakai oleh
semua pihak. Pemimpin kita mempunyai visi tersendiri dan tidak ada alasan
kepada rakyat untuk menolak," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan
Perhubungan, Datuk Abdul Wahab Haji Dolah semasa menghadiri program
ceramah sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Daro, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Wahab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Matu-Daro memberitahu, kerajaan berhasrat memperbanyakkan program
berteraskan keagamaan di negeri ini, sebagai langkah untuk mempertingkatkan
kefahaman di kalangan rakyat selain mengelak mereka daripada dipengaruhi
individu tertentu yang menggunakan agama bagi tujuan politik.

Menurutnya, pelaksanaan program itu dijalankan secara menyeluruh merangkumi
kawasan bandar dan pedalaman. Antara aktiviti yang diberi tumpuan ialah
program-program khas seperti kursus dan seminar.

Pegawai Tadbir Matu, Encik Semawi Haji Mohd tidak menafikan bahawa masih
ramai kalangan rakyat kurang berpengetahuan dalam ilmu agama dan masalah itu
perlu ditangani melalui pendekatan secara bersepadu.

"Sebagai salah seorang rakyat tempatan, saya berasa amat gembira dengan
cadangan ini dan berpendapat, tidak salah jika ia dipraktikkan.

"Inilah yang kita katakan sebagai satu wawasan murni justeru, alternatif itu
membolehkan rakyat mendapat kekebalan daripada sebarang dakwaan yang
memburuk-burukkan kerajaan," katanya.

Penduduk Kampung Tian, Siti Raesah Haji Razari, 30, berkata, dengan usaha itu,
rakyat akan lebih memahami dasar pembangunan tertentu yang dirancang dan
dilaksanakan oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya, tumpuan harus diberikan kepada generasi muda kerana
mereka merupakan golongan pelapis yang dapat menjadi pemangkin
pembangunan negeri pada masa depan.

"Keagamaan merupakan aspek penting yang sama sekali tidak boleh diketepikan
lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan pesat sekarang.

"Saya juga berharap agar setiap individu menyambut baik cadangan ini. Ia bukan
sahaja membuktikan pemimpin sedia ada prihatin tetapi juga mempunyai visi
tersendiri dalam merealisasikan konsep pembangunan seimbang," katanya.

Seorang lagi penduduk, Taksiah Jallal, 41, berkata, generasi muda tempatan
sepatutnya bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang benar-benar berjiwa
rakyat. Malah, peluang itu katanya, perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
dalam usaha mereka untuk menjadi insan dinamis.

"Saya yakin kerajaan mempunyai matlamat tersendiri. Perancangan untuk
memperbanyakkan program keagamaan misalnya, mempunyai faedah besar
dalam jangka panjang. Oleh itu, penyertaan setiap individu amat penting dan
jangan persia-siakan peluang ini," katanya.

Seorang guru Abu Bakar Bohari, 52, berkata, menuntut ilmu agama merupakan
salah satu kewajipan dalam Islam.

"Dengan adanya pengetahuan mendalam dalam agama kita bukan sahaja
membantu kerajaan melahirkan masyarakat seimbang tetapi juga membentuk
peribadi agar menjadi insan yang disegani," ujarnya.

Beliau menambah, kemajuan di Matu-Daro hari ini misalnya, telah memberi
banyak manfaat kepada seluruh penduduknya. Senario itu katanya, harus
diseimbangkan dengan pembangunan rohani.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.