VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1 ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 07:43:57 04/02/01 Mon
Author: Setahun Jagung
Subject: Belia Matu minat bersilat

Belia Matu minat bersilat

MATU - Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan sesuai untuk golongan
belia daerah Matu yang kini berkecimpung secara aktif dalam dunia persilatan
selepas tertubuhnya Persatuan Silat Makrifat Matu (PSMM).

Persatuan berusia setahun jagung dan baru ditubuhkan secara rasmi awal Mac
lalu, kini mempunyai lebih 40 ahli yang sebahagian besarnya belia berusia
lingkungan 14 hingga 30 tahun.

Dalam pada itu, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan,
Datuk Abdul Wahab Haji Dolah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
kawasan Matu-Daro bertindak sebagai penaung.

Selain berfungsi sebagai tapak untuk mendalami ilmu persilatan, PSMM turut
berperanan sebagai medan pertemuan belia, menggalak penyertaan dalam
aktiviti sihat sekali gus mengelak mereka daripada terjerumus ke dalam kancah
sosial.

Rata-rata di kalangan ahli ketika ditemui Utusan Sarawak berkata, mereka
tertarik dan ingin mendalami ilmu silat meskipun tidak mempunyai asas langsung
dalam bidang seni mempertahankan itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Matu (SMKM), 16, Nurhaliza Che Long
berkata, PSMM mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Saya masih baru dalam bidang ini dan berharap mendapat tunjuk ajar daripada
mereka yang lebih berpengalaman. Jantina bukan alasan bagi saya untuk tidak
menyertai persatuan ini. Ia menarik dan unik," ujarnya.

Awangku Abdul Hafiz Awang Salleh, 18, berkata, bidang persilatan merupakan
satu perkara baru kepada golongan belia di Matu-Daro justeru, tidak hairan jika
jumlah keahlian setakat ini masih kurang.

"Kami telah diajar dengan pelbagai teknik terkini. Ia sungguh menarik meskipun
agak meletihkan.Saya yakin dapat menguasai bidang ini (silat) dengan baik
sekiranya terus diberi pendedahan," katanya.

Khairul Azhar Anwar, 18, berkata, aktiviti silat dapat meningkatkan tahap
disiplin melalui tunjuk ajar jurulatih yang lebih menjurus kepada aspek
pembentukan diri dan pembangunan minda.

"Kita tidak boleh memandang silat sebagai ilmu mempertahan diri semata-mata.
Peranan dan fungsi bidang ini sebenarnya jauh. Jika dihayati, ia boleh
menimbulkan perasaan insaf dan kesedaran," katanya.

Ismail Ibrahim, 29, berkata, PSMM merupakan salah satu usaha murni orang
perseorangan untuk mengukuhkan tali silaturahim di kalangan belia melalui
persatuan.

"Aktiviti seperti ini harus mendapat sokongan pelbagai pihak terutama
pemimpin, ibu bapa dan masyarakat setempat," katanya.

Dalam pada itu, Brahim Tikong, 32, berkata, sumbangan pihak tertentu amat
penting untuk memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti atau program anjuran
PSMM.

"PSMM mampu melangkah jauh berikutan sambutan positif belia setakat ini,"
tambahnya.

Jurulatih, Supian Haji Salleh berkata, ahli PSMM boleh mewakili Sarawak ke
peringkat kebangsaan jika bersungguh-sungguh dan menunjukkan komitmen
tinggi ketika menjalankan latihan.

"Berdasarkan pengamatan saya, belia Matu-Daro memiliki bakat terpendam.
Sayangnya bakat itu tidak ditonjolkan," katanya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.