VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 23:56:43 01/28/06 Sat
Author: kepada PDRM
Subject: Jika kualiti dan mutu kerja pasukan baik dan memuaskan hati semua pihak...

Polis tidak akan diam -- Jika cadangan mustahil, datangkan masalah kepada PDRM

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan menegaskan, pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana cadangan yang akan mendatangkan masalah dan mustahil untuk dilaksanakan oleh pasukan polis.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan perkara itu kepada kerajaan dengan cara perbincangan dan menggunakan saluran yang betul.

``Kita tidak akan berdiam diri.

``Tetapi kita akan menggunakan saluran yang betul dan berbincang kerana kita ada ruang untuk melakukannya.

``Ini kerana tujuan kita adalah semata-mata untuk menguat kuasa undang-undang dengan cara yang terbaik,'' kata beliau ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Musa mengakui, sejak dulu lagi polis memang diteropong atau diperhatikan kerana polis menjalankan tugas untuk masyarakat.

``Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan tugas terbaik mengikut undang-undang.

``Kita juga perlu perbaiki diri kita supaya tidak ada ruang untuk orang lain bercakap perkara yang negatif,'' tambah beliau.

Beliau mengulas ucapan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah semalam yang berkata, polis Kuala Lumpur tidak akan menggunakan lagi banyak budi bicara atau bertolak ansur kepada mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan.

Kata Mustafa, tindakan itu dibuat berikutan banyak pihak kini dikatakan cuba `meneropong' perjalanan pasukan polis untuk mencari kesalahan.

Mengulas lanjut, Musa menasihatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak `banyak bercakap' atau terlalu `mengikut perasaan' dalam menghadapi keadaan itu.

Sebaliknya kata beliau, warga PDRM harus menjadi pasukan yang berdisiplin dan taat kepada kerajaan serta sentiasa menggunakan saluran yang betul dalam apa juga perkara

``Kita mesti sentiasa ingat kita adalah pegawai dan kakitangan kerajaan.

``Yang paling penting kita mesti sentiasa meningkatkan disiplin,'' tegas beliau.

Sementara itu, enam orang ketua polis negeri menyokong cadangan Mustafa itu.

Di IPOH, Ketua Polis Perak, Datuk Zainal Mohd. Tahir berkata, tindakan itu wajar kerana terlalu banyak pihak di luar sana memerhatikan polis, sekali gus mengundang banyak pendapat.

Di KUALA TERENGGANU, Ketua Polis Terengganu, Datuk Hussin Ismail berkata, polis perlu sentiasa tegas dengan mereka yang melanggar undang-undang supaya peranan pasukan itu lebih dihormati.

Menurut beliau, tugas polis kini semakin mencabar menyebabkan setiap anggota tidak boleh menggunakan terlalu banyak budi bicara sehingga memberi gambaran bahawa pasukan itu terlalu berlembut.

``Sejak dahulu lagi anggota polis perlu tegas dan kita akan mengekalkannya supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

``Kalau terlalu banyak menggunakan budi bicara boleh membawa padah kepada anggota dan juga pasukan polis secara keseluruhannya, sekali gus menyebabkan orang ramai tidak takut melakukan kesalahan,'' katanya.

Di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahya Udin berkata, walaupun pihaknya menyokong tindakan itu, polis negeri mempunyai cara tersendiri bagi menangani pelbagai kes lalu lintas.

``Kita di Selangor masih macam biasa dengan menggunakan pendekatan budi bicara dalam banyak hal kerana tugas polis amat meluas dan tidak terlalu objektif, jadi kalau kena guna budi bicara kita mesti gunakannya,'' katanya.

Di ALOR STAR, Ketua Polis Kedah, Datuk Zuber Shariff berkata, semua anggota diarah bertindak lebih tegas tanpa melayan sebarang kerenah pesalah.

``Tindakan tegas tanpa terlalu banyak budi bicara dapat menyedarkan orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang atau peraturan sesuka hati selain memberi imej yang baik terhadap pasukan polis,'' ujar beliau.

Di KUANTAN, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusuf berkata, pasukan polis Pahang telah lama melaksanakan tindakan tegas terhadap orang ramai yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk undang-undang trafik di negeri ini.

Jelasnya, pada masa terdekat, beliau akan memanggil pegawai-pegawai polis di negeri ini yang berkelulusan undang-undang untuk berbincang mengenai isu penubuhan IPCMC sekiranya mendapat persetujuan daripada Ketua Polis Negara.

``Jika mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Negara, kita akan duduk berbincang mengenai isu tersebut kerana saya menyifatkan penubuhan IPCMC hanya akan menjatuhkan moral pasukan polis,'' tegasnya.

Di JOHOR BAHRU, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Amir Sulaiman berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi kerja di kalangan pegawai dan anggota polis yang bertugas di negeri ini.

``Jika kualiti dan mutu kerja pasukan baik dan memuaskan hati semua pihak, saya percaya tidak akan timbul soal pihak tertentu meneropong dan mencari kesalahan pihak polis.

``Oleh itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan kesalahan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.