VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 23:52:18 02/02/06 Thu
Author: Utusan Malaysia
Subject: Roti canai, teh tarik tidak ke angkasa lepas?

Roti canai, teh tarik tidak ke angkasa lepas?

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Mungkinkah roti canai dan teh tarik tidak akan dibawa oleh angkasawan negara ke angkasa lepas?

Kajian awal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati bukan sahaja kedua-dua makanan beridentitikan budaya Malaysia itu tidak sesuai, malah turut meliputi dua jenis lagi iaitu durian dan sate.

Bagaimanapun MARDI tidak berputus asa sebaliknya sedang giat mencari kaedah untuk memastikan keempat-empat makanan itu akhirnya dapat berada di angkasa lepas.

Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan MARDI, Dr. Abu Bakar Hussin berkata, apa yang menjadi cabaran adalah bagaimana untuk menyesuaikan makanan tersebut dengan keadaan mikrograviti di angkasa lepas.

Mengulas lanjut katanya, roti canai mudah rapuh dan serpihan yang terapung di udara boleh memasuki ruang-ruang kecil dalam kapal angkasa seterusnya merosakkan sistemnya.

Teh tarik pula, jelas beliau, tidak boleh disediakan mengikut cara tradisional kerana tiada daya tarikan graviti.

Begitu juga dengan durian disebabkan baunya yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada angkasawan lain manakala sate menghadapi masalah untuk dimakan dengan kuah.

``Kita sedang buat kajian, mungkin roti canai dibawa dalam bentuk makanan basah atau di sini kita panggil `roti canai banjir'.

``Teh tarik pula sukar dibancuh atau `ditarik' kerana di angkasa lepas tiada graviti, air teh akan terapung-apung di udara,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai dan teh tarik ketika berada di angkasa lepas pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Ia timbul berikutan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman yang mahu membekalkan angkasawan negara dengan kedua-dua jenis makanan itu selain sambal belacan dan batik semasa menyertai misi angkasa lepas bersama Agensi Angkasa Lepas Rusia (RSA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 2007.

Namun, rancangan Mazlan itu telah diperlekehkan oleh beberapa pihak kerana tidak menunjukkan sebarang keseriusan.

Angkasawan dari beberapa negara pernah membawa makanan tradisi masing-masing ke angkasa lepas.

Antaranya angkasawan Itali membawa piza, angkasawan Perancis bersama keju dan terbaru angkasawan Jepun membawa makanan kegemaran negara itu iaitu sejenis mi sup dinamakan ramen.

Menurut Abu Bakar, pihaknya kini menjalankan kajian ke atas empat jenis makanan iaitu roti canai, teh tarik, sate dan durian untuk dibawa ke angkasa lepas.

Kajian itu jelasnya, meliputi kaedah membawa makanan-makanan tersebut termasuk bentuk dan cara dihidangkan.

``Buat masa ini kita kaji dulu di sini sebelum dibincangkan bersama RSA.

``MARDI tiada pengalaman dengan keadaan mikrograviti dan kerjasama dengan RSA amat diperlukan bagi memastikan rancangan ini tercapai,'' katanya lagi.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.