VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 09:39:14 05/06/06 Sat
Author: Bernama
Subject: Terkini

Terkini

Lapan belas muka baru dalam senarai calon BN Sarawak
KUCHING 6 Mei - Barisan Nasional Sarawak (BN) hari ini mengumumkan senarai 71 calonnya bagi pilihan raya kesembilan 20 Mei ini dengan mengekalkan 53 penyandang dan mengemukakan 18 muka baru, empat daripadanya wanita.

Ketika mengumumkan senarai itu di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tujuh daripada muka baru itu adalah dari PBB, lima dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), empat dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan dua dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Empat calon wanita yang baru itu terdiri daripada peguam Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, 37, (PBB), yang menggantikan ibunya, yang juga Ketua Wanita PBB, Datin Paduka Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi, bagi kerusi Samariang.

Tiga lagi ialah guru agama, Simoi Peri, 42, (PBB), bagi kerusi Lingga; guru besar, Rosey Yunus, 50, (SPDP), untuk Bekenu; dan calon termuda BN, Wong Zee Yeng, 26, (SUPP), di Meradong yang mengambil alih tempat Datuk Ting Check Sii juga dari SUPP.

Muka baru yang lain dari PBB terdiri daripada adik Taib, Datuk Seri Ali Mahmud (Muara Tuang); Robert Lawson Chuat (Bukit Saban); Murni Suhaili (Daro); Abu Seman Jahwie (Jemoreng); dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).

Yang akan membuat penampilan sulung dari SUPP adalah Tan Joo Phoi (Batu Kawah), Jonathan Krai Pilo (Engkilili), Paul Yong Khing Kee (Kidurong) dan Chia Chu Fatt (Pujut).

Muka baru dari PRS pula adalah Snowdan Lawan (Balai Ringin), Alexander ak Vincent (Ngemah), Liwan Lagang (Belaga) dan Joseph Mauh ak Ikeh (Tamin), manakala bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Paulus Palu Gumbang adalah seorang lagi dari SPDP yang akan bertanding di Batu Danau.

Taib, yang juga Presiden PBB, sendiri akan mempertahan kerusi Balingian, manakala Presiden SUPP dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan akan bertanding di Piasau.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu akan bertanding di Layar.

Presiden SPDP, Datuk William Mawan Ikom akan mempertahan kerusi Pakan, manakala Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing akan bertanding di Baleh.

Taib berkata, Sharifah Mordiah dan Ting adalah antara lapan penyandang yang tidak diturunkan kali ini.

Yang lain ialah Datuk Abdul Wahab Dollah (PBB-Matu Daro), Toh Heng San (SUPP-Engkilili), Richard Wong Shoan Fook (SPDP) Limbang yang dinamakan semula sebagai Bukit Kota, Gabriel Adit Demong (SPDP-Ngemah), Stanley Ajang Batok (SPDP-Belaga) dan Joseph Entulu Belaun (PRS-Tamin).

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kabinet pusat, Datuk Seri Adenan Satem, dari PBB, berpindah dari Muara Tuang ke Tanjong Datu, manakala penyandang kerusi itu, Ranum Mina bertukar ke Opar, satu daripada sembilan kerusi baru.

Kawasan-kawasan baru yang lain ialah Bukit Sentosa, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut dan Batu Danau.

Penyandang kerusi Batu Kawah, Datuk Alfred Yap Chin Loi dari SUPP akan bertanding di Kota Sentosa.

Penyandang dari PBB yang dikekalkan bagi mempertahan kerusi mereka ialah Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut), Datuk Daud Abdul Rahman (Tupong).

Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg kekal di Satok, Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya), Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Datuk Michael Manyin (Tebedu).

Frederick Bayoi Manggie (Kedup), Wan Abdul Wahap Wan Sanusi (Sadong Jaya), Naroden Majais (Simunjan), Julaihi Narawi (Sebuyau), Bolhassan Di (Beting Maro), Dr Wahbi Junaidi (Saribas), Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Hamden Ahmad (Belawai).

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamad Asfia Awang Nasar bertanding di Semop (dahulunya Serdeng), Datuk Gramong Juna (Machan), Awang Bemee Awang Ali Basah (Nangka).

Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (Dalat), Ambrose Blikau (Katibas), Dr Stephen Rundi Utom (Kemena), Talip Zulpilip (Jepak), Aidan Wing (Lambir), Lihan Jok (Telang Usan), dan, Datuk Awang Tengah Ali Hassan (Bukit Sari, dahulunya Lawas).

Penyandang dari SUPP yang dikekalkan ialah Ketua Wanitanya, Lily Yong Lee Lee (Padungan).

Datuk Sim Kheng Hui kekal di Pending, Chan Seng Khai (Batu Lintang), Dr Jerip Susil (Bengoh), Francis Harden Hollis (Simanggang), Datuk David Teng Lung Chi (Repok), Ngieng Kiong Ann (Bukit Assek), Dr Soon Choon Teck (Dudong), Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Goh Chung Siong (Pelawan), dan, Lee Kim Sin (Senadin).

Penyandang dari PRS yang akan mempertahan kerusi masing-masing ialah Mong ak Dagang (Bukit Begunan), Dublin Unting Ingkot (Batang Air), John Sikie Tayai (Kakus), Larry Soon (Pelagus) dan Liwan Lagang (Belaga).

Dari SPDP pula, mereka yang dikekalkan ialah Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Peter Nyarok Entrie (Krian), Wong Judat (Meluan), Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Balang Rining (Ba'Kelalan).

"Saya berpuas hati (dengan barisan calon)," kata Taib, sambil menarik perhatian bahawa senarai itu calon-calon itu mewakili pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

"Saya rasa mereka ini akan menghasilkan perbincangan yang lebih bermakna dengan pengundi dan orang ramai serta memperlihatkan bagaimana dasar BN akan membawa manfaat kepada rakyat," katanya. - Bernama

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.