VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: [1]234 ]
Subject: bersalah terhadap adik...


Author:
Reen (Guilty)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:10:26 10/13/09 Tue

Saya masih tak boleh lupakan perkara ni walaupun saya tahu tidak ada apa lagi yang boleh saya buat untuk memperbetulkan keadaan ni...kalau ada cara untuk undur masa saya sanggup pertaruhkan nyawa saya...saya memang bersalah terhadap adik saya, bagi saya penyakit yang dihadapinya sekarang adalah berpunca dari saya walaupun mungkin ada faktor-faktor lain juga tetapi penyebab utamanya adalah saya...adik saya seorang yang pemalu, pendiam, tidak ada keyakinan diri, tidak mempunyai ramai kawan, susah bergaul, beza umur kami adalah 3 tahun. adik saya kini mengidap skizofernia. tak tahulah sama ada penyakitnya boleh diubati atau tidak tapi sampai sekarang kami masih berusaha...daripada segi psikologi, pembentukan peribadi seseorang banyak bergantung kepada pengaruh keluarga. saya bukanlah seorang kakak yang baik, saya selalu bergaduh dengannya semasa kecil sehingga kami remaja. selalu mengejeknya, tidak pernah menunjukkan kasih sayang, perhatian saya padanya. tidak pernah mendengar masalahnya, yang saya tahu cuma memaharahinya, menengking dan sehingga sanggup memukulnya. saya tak pernah mempercayainya. saya terlalu kejam...keluarga saya memang mempunyai banyak msalah. saya dapat menghadapinya kerana saya mempunyai ramai kawan untuk menceritakan masalah saya tetapi adik saya tidak ada tempat untuk meluah perasaannya. saya bukanlah kakak yang boleh diharap. semasa dia ditingkatan 4 sepatutnya saya memberikan perhatian yang lebih kepadanya kerana pada masa itu dia bertukar ke sekolah baru dan susah untuknya menyesuaikan diri tambahan pula dia susah untuk bergaul tetapi pada masa itu saya sedang melanjutkan pelajaran, jadi saya tidak ada dirumah. tak tahu bagaimana dia menghadapi semua masalah itu...hanya tuhan saja yang tahu..semasa akhir tahun 2001 dia tak dapat meneruskan persekolahannya lagi kerana pada masa itu saya menyedari dia mula bercakap seorang diri dan tidak menghiraukan orang disekelilingnya, kami cuba untuk menukarkan dia kesekolah lain tetapi masih tidak berubah, dia sudah meninggalkan realiti dan mencipta dunianya sendiri...kami berusaha untuk memulihnya daripada cara tradisional sehinggalah moden tetapi tidak berkesan, semuanya sudah terlewat...sehingga kini dia keluar masuk wad psikiatri dan makan ubat yang doktor berikan tapi masih belum ada harapan untuk pulih...setiap saat perasaan bersalah sentiasa mengekori saya, kalaulah saya memberikan sedikit perhatian padanya, tak mungkin perkara ini terjadi...

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: bersalah terhadap adik...pa03:50:44 11/06/09 Fri


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.