| Subject: saya mahu bantu dia.... |
Author:
sri kandi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 09:41:23 10/24/04 Sun
assalamualaikum @ selamt sejahtera
satu perkara yang tak dapat saya selesaikan sendiri setelah sekian lama....
saya seorg pelajar universiti tempatan, seorg wanita dan awal 20an. saya mempunyai seorg sahabat lelaki, si A yang begi akrab dengan saya. pada mulanya setelah lama berkawan dengan saya pernah menyimpan sedikit perasaan terhadapnya. dia bukanlah lelaki yang menjadi idaman saya tetapi disbbkan dia sangat baik lama2 saya jadi suka tapi saya tak pernah menyatakan hasrat hati saya padanya.Hinggalah pada satu masa,ketika kami belajar bersama2 di perpustakaan tiba2,dia mengatakan yang dia ada meminati seseorang. puas jugak saya pujuk supaya dia beritahu sapa org itu,akhirnya saya tahu juga... dia memendam perasaan terhadap rakan baik saya,B. bagai luruh hati bila saya mengetahui ttg perkara itu,kenapa saya yang dia dekati tapi di hatinya ada org lain. rupa2nya sudah lama dia mememdam rasa. Saya sungguh kecewa ketika itu tapi dalam masa yang sama saya tetap berkata padanya "cubalah dekati dia, mungkin B pun ada hati pada awak.." sejak hari tu saya bagai tak bersemangat lagi untuk bersama2nya, fikiran saya jadi keliru, dia begitu baik pada saya, kami begitu rapat tapi di hatinya rupa2 saya begitu jauh. saya cuba melupakannya dan pernah memutuskan persahabatan dengannya tapi saya tak sanggup lihat dia kesorangan lagi2 saya tahu kawan baik saya,B yang dia minati tu sudah ada yang lain dan bersungguh kata tidak suka pada dia. satu hari A datang jumpa saya dia berterus terang yang dia telah di tolak mentah2 oleh B, saya nampak muka A begitu kecewa.
saya ingatkan dia hanya suka biasa macam orang lain tapi rupa2nya A begitu parah, terlalu memendam rasa.
Segala2nya dia buat utk B, segala apa yang B suka, yang B minat semuanya dia akan buat sampai dia lupa tanggungjwbnya yang lebih penting sbg seorang pelajar. saya sangat risau bila tinggalkan satu hari utk belajar sendiri kerana pastinya dia takakan belajar dia akan termenung entah apa yang difikirkan, semuanya saya tahu sebab saya ada kawan lain yang tinggal berhampiran biliknya di kolej. A hampir2 dibuang universiti gara2 ini semua.. saya dah puas cakap macam2 tapi langsung tak berkesan. macammana lagi saya nak buat padanya, sbb cinta dia boleh hilang segala2nya, yang saya pelik kenapa saya seorang perempuan boleh lupakan dia tapi dia tak boleh lupakan B. Kenapa dia tak boleh buat apa2 kalau bukan kerana B. Saya sudah banyak kali bertekak dengan A sebab perkara ni. Saya bukan tak mahu memahami dia tapi dia seolah2 tak syg pada diri sendiri. sebab apa saya bersungguh mahu bantu dia sebab dia kawan baik saya , true friend and seorang yang sangat banyak membantu saya. saya tak mahu dia kecundang dlm pelajaran atau terjebak dengan wabak dadah. saya sayangkannya........
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |