VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]4 ]
Subject: masalah cinta


Author:
farah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 23:37:04 10/08/06 Sun
In reply to: noor 's message, "masalah anak nakal" on 00:53:16 03/18/05 Fri

Assalamualaikum…

saya seorang gadis berusia 24 tahun dan kini masih menuntut di IPTA tempatan dalam tahun akhir. Saya mempunyai kekasih yang umurnya enam tahun tua dari saya. Kami berkawan sejak saya di bangku sekolah lagi dan dia merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri. Biarlah saya menamakannya sebagai C sahaja.

Untuk pengetahuan, hubungan kami sudah menjangkau angka ke tujuh dan saya mengenalinya sejak saya kanak-kanak lagi. Namun hingga ke saat ini cinta kami tetap mekar di antara satu sama lain. C dan keluarganya merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan keluarga saya dan mengenali antara satu sama lain. Apa yang membawa merunsingkan kepada kami adalah keluarga saya yang masih tidak mahu menerima hubungan yang terjalin antara kami. Berkali-kali hubungan kami ini ditentang, baik semasa arwah ayah saya masih hidup sehingga kini. Arwah ayah saya sudahpun meninggal 5 tahun yang lalu. Ibu saya juga menentang hubungan ini.

Pelbagai alasan pihak keluarga saya berikan hinggakan saya beranggapan bahawa alasan ini dicipta hanya kerana ingin memisahkan saya dan C semata-mata. C juga bukanlah berkelulusan tinggi, namun dia seorang yang sangat rajin bekerja, jujur, hormat pada orang lain dan amat-amat mengambil berat tentang diri saya. Untuk pengetahuan kak sri, C merupakan orang yang amat disenangi di kawasan kediaman keluarga saya atas sikapnya yang menghormati orang tua, baik hati dan sering menolong orang lain.

Keluarga C juga tahu tentang hubungan saya dan C dan mereka sememangnya amat terbuka menerima saya. Malah, mereka juga pernah menyatakan untuk meminang saya dalam jangkamasa terdekat namun saya menolak dengan alasan mahu menghabiskan pembelajaran dahulu. Hakikatnya, saya amat takut jika keluarga saya menolak pinangan tersebut kerana saya sesungguhnya teramat menyayangi C dan saya tahu C juga begitu. Tidak pernah sekalipun C mahu meninggalkan saya walaupun dia tahu keadaan keluarga saya yang tidak menyukainya.

Pernah saya meminta pertolongan pak cik dan mak cik saya untuk menyelesaikan masalah ini sebagai orang tengah mewakili saya kepada ibu, namun mereka nampaknya lebih memihak kepada ibu saya. C juga pernah bersemuka dengan ibu saya dan menyatakan perasaannya terhadap saya kepada ibu, namun ini juga tidak berhasil. Buat pengetahuan kak sri juga, adik beradik saya yang lain juga amat menyenangi C. begitu juga dengan sepupu-sepupu rapat saya. Mereka amat meyokong hubungan saya dan C namun, apalah daya mereka kerana mereka bukanlah orang yang arif dalam bidang ini kerana mereka juga dalam lingkungan umur saya semuanya.

Saya dan C merancang untuk mendirikan rumahtangga sejurus saya menamatkan pengajian. Namun jika ianya tetap ditentang, saya tidak akan teragak-agak untuk berkahwin walau tanpa restu sesiapa. Namun, saya masih mengharap agar pintu hati keluarga saya akan terbuka untuk menerima hubungan ini. Tolonglah…bantulah saya menyelesaikan perkara ini…..

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.