VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Dalam dilemma


Author:
esmeralda suria
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 01:21:47 07/01/02 Mon

Saya dpt tawaran ke sebuah sekolah sains..saya berasal dari sebuah sekolah agama dan saya ni jenis yg tidak begitu bergaul dengan pelajar lelaki.

Saya mengenali Z semasa larian merentas desa.. dia yang mula menegur saya..saya agak hairan bagaimana Z mengenali saya walhal baru 2 minggu saya di sekolah itu. Rakan-rakan saya kata saya agak famous dan hampir setiap pelajar dan guru mengenali saya walaupun saya ni form 4 baru. saya merupakan penghuluwati semasa orientasi.

saya telah terpilih sebagai pelapis dan wakil sekolah utk beberapa pertandingan dan salah sebuah pertandingan yg saya sertai ini digandingkan dengan Z ...sejak itu saya mula bergaul dengan Z dan rakan-rakannya...dan sejak itu jugalah saya mula berani bercakap dengan pelajar lelaki..

saya tidak menyangka perkenalan semasa larian merentas desa itu akan menyimpulkan sebuah persahabatan yg sgt hebat. Saya, Z dan beberapa orang rakan kami yg lain dari tingkatan 1 - 5 hidup bagaikan sebuah keluarga. Saling memahami dan saling membantu.

Saya mula menyimpan hati terhadap Z. Saya tak pernah memiliki perasaan sebegini sblm ini.. Saya akui...mungkin saya jatuh cinta thdp Z. Saya amat menyanjunginya. Dia seorg yg sangat penyayang dan seorang yg sangat memahami. Dia aktif bergiat dalam bidang bahasa.

Saya pernah meluahkan perasaan saya terhadapnya disaksikan langit yg berbintang tanpa awan.. Kami tersipu-sipu malu dan kami terus mem"blah"kan diri dari situ. Saya tak sangka dari manakah saya mempunyai kekuatan utk meluahkan bahawa saya menyimpan hati terhadaptnya. Masuk bulan ini.. sudah 3 bulan saya meminatinya.

Antara cinta dan cita-cita. Bagi saya..meminatinya tidak akan menyebabkan cita-cita saya tergadai. Saya tetap akan meneruskan cita-cita dan cinta saya terhadapnya akan terus subur. Namun, kelemahan saya ialah saya nie jenis cepat jeles dan Z pula jenis yg baik dengan perempuan. Saya tak boleh melihatnya bercakap dengan perempuan lain terutamanya si A kerana A juga pernah menyimpan perasaan minat terhadapnya pada suatu masa dahulu.

Z tidak boleh melihat saya bersedih.. He cares a lot about me.. saya juga tak boleh melihat Z berduka.. Saya rasa kami bagaikan dicubit peha kanan, peha kiri terasa juga.. Kalau saya bersedih..dia turut berduka..dan kalau dia sedih..saya turut berduka..dia menyedari hakikat ini dan selalunye cuba menyembunyikan perasaan sedihnya supaya saya sentiasa gembira...tapi tak mungkin selama-lamanya begini.

Saya amat menyayanginya.. Saya amat mencintainya...tapi adakah saya hanya bertepuk sebelah tangan semata-mata?? Saya teringin nak tahu apa perasaannya terhadap saya...Adakah perasaan yg sama dgn apa yg saya hadapi atau sekadar kawan yg baik semata-mata?? Saya amat menyayanginya dan saya akui saya ingin memilikinya dan dimilikinya buat selama-lamanya walau bercerai roh dari jasad.

Adakah ini cinta monyet semata-mata atau cinta sejati yg terukir atas suatu kehidupan remaja yg penuh nostalgia??

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Dalam dilemmaKaunselor Kaunseling Online00:37:43 07/02/02 Tue
Re: Dalam dilemmaiqbal imaduddin23:16:40 07/02/02 Tue


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.