| Subject: Re: Dalam dilemma |
Author:
iqbal imaduddin
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 23:16:40 07/02/02 Tue
In reply to:
esmeralda suria
's message, "Dalam dilemma" on 01:21:47 07/01/02 Mon
assalamua'laikum
pertama sekali. saya ucapkan syabas kerana saudri berjaya menempatkan diri ke solah sains. hmmm. memang sukar untuk bersaing masuk ke sana. apapun, saya ingin memberikan sedikti penapat tentang masalah yang saudari hadapi
pertamanya : saudari kena bertanya, adakah saudari ini sudah bersedia untuk bercinta?, bukan saya meragui saudari, tetapi sebagai manusia yang pertama kali jatuh cinta, agak sukar untuk mengimbangkan diri antara pelajaran dan percintaan. Apatah lagi dalam usia yang masih muda. Orang kata, masa awal inilah yang paling sesuai untuk mencari haluan hidup sendiri. mencari apakah yang diingini dalam hidup. Jika benarlah cinta yang dicari, khuatir ia akan mendorong saudari untuk melupakan kepentingan pelajaran
kedua : saya amat percaya pada prinsip, KALAU SUDAH JODOH. Sebab itu bagi saya, saudari tidak perlu meletakkan keyakinan 100% bahawa kalau saudari meluahkan perasaan saudari, si z juga akan menerima diri sudari. Bukan apa, saya rasa inya terlalu awal bagi seorang yang masih remaja seperti saudari. Bagaimana pula jika si z itu sebenarnya sudah memiliki seseorang yang lain?, akhirnya, cinta yang digarapkan tidak kesampaian , saudari pula kecicitan dalam pelajaran.
akhir kata : yakinilah bahawa semua ini adalah satu ujian buat saudari. Jika saudari sudah tiada jododh, uasahalah sekuat mana pun , memang saudari tidak akan memilikinya. Bagaimanapun, jika pelajaran adalah tempat saudari 'bercinta' hasilnya adalah amat memuaskan bukan sahaja pada saudari tetapi juga kepada insan-insan lain yang ,menyayangi saudari.Sekurang2kurangnya, saudari tahu bahwa ada orang lain yang mengharapkan kejayaan saudari.
fikirlah semasak-masaknya. yakinlah ketentuan Tuhan. Berusahalah bersunguh-sungguh. andai apa yang saudari harapkan pada ketika ini tidak kesampaian, yakinlah bahwa ada seseorang yang lebih baik yang ditakdirkan bertemu saudari di masa depan .
sekian. Wassalam
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |