VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Dalam dilema antara suami dan kekasih


Author:
lyne
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 20:57:52 04/09/03 Wed

Assalammualaikum
>>
>>Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan
>kepada tuan kaunsolor kerana sudi meluangkan masa
>untuk masalah saya yang cukup merunsing dan
>menyiksakan jiwa dan perasaan saya sekarang. Masalah
>saya adalah:
>
>1. Saya telah berkahwin selama 9 tahun bersama suami
>dan di sepanjang perkahwinan saya dengan dia kami
>hanya hidup bahagia selama setahun.Ini kerana kasih
>sayang suami saya berubah kepada saya kerana suami
>saya sememangnya memandang kepada kecantikan di
>samping keluarganya juga tidak menyukai saya kerana
>saya bukan pilihan mereka (saya seorang mualaf).
>Kecantikan saya berubah setelah melahir anak pertama,
>anak lelaki (satu-satunya anak). Anak yang seorang
>itupun telah diambil secara paksa oleh keluarga dia
>dan di jaga oleh mereka sehingga sekarang. Saya tiada
>hak penjagaan ke atas anak saya sebab saya dipaksa
>untuk menandatangani hak penjagaan oleh keluarga
>mertua saya. Kerana saya masih muda waktu itu (berumur
>21 sekarang 32 tahun)demi tidak sanggup bercerai
>dengan suami, saya sanggup berbuat demikian.
>Rupa-rupanya segala pengorbanan saya tidak dihargai
>oleh keluarga suami saya malah suami saya sendiri
>abaikan saya di segi nafkah zahir dan batin. Saya
>bekerja dan gaji agak lumayan,segala keperluan saya,
>saya sendiri yang tanggung. Nafkah batin saya langsung
>tidak dipedulikan.Setiap saat hati saya sentiasa
>dirundung keciwa atas apa yang terjadi. Suami saya
>juga malu untuk berjalan beriringan dengan saya
>terutama apabila perempuan cantik yang lalu. Saya akan
>ditinggalkan sendirian sementara dia berjalan terus.
>
>2. Pada tahun 2000 suami saya terlibat dengan
>kemalangan jalanraya dengan cedera parah yang amat
>teruk sekali. Di saat itu semasa dalam keadaan yang
>susah tiada seorangpun keluarga dia yang sanggup
>bersama menghulurkan bantuan. Hingga ke saat ini
>(April 2003)keadaan suami saya masih teruk dan masih
>tidak mampu berjalan dan hanya saya yang menjaga
>makan, minum dan pakai dia sementara keluarga dia
>tidak mengambil tahu kesusahan yang dialami oleh kami.
>
>3. Pada September 2002 saya dan suami telah mengenali
>seorang pemuda dan dia telah menjadi kawan baik kami.
>Dia muda 6 tahun dari saya dan handsome wajahnya. Dia
>juga pernah belajar Pondok (Agama) di Acheh selama 7
>tahun dan dia memang tahu ilmu agama.Dia begitu
>mengambil berat saya dan suami saya. Dia juga mengajar
>saya mengaji Al-Quran dan di atas segala kebaikan yang
>telah dia buat saya secara diam-diam telah jatuh hati
>kepadanya. Saya ingat saya hanya bertepuk sebelah
>tangan tetapi rupa-rupanya dia juga berperasaan begitu
>pada saya. Ini terbongkar setelah kami akan berpindah
>dari rumah sewa kakak dia ke rumah sendiri kerana saya
>telah membeli sebuah rumah.Dia tidak benarkan kami
>berpindah sehingga menangis dan di saat saya bertanya
>kenapa semasa mengaji, dia telah menulis nota
>mengatakan dia tidak sanggup melepaskan saya pergi
>kerana dia begitu sayang dan cinta kepada saya. Saya
>tanya kenapa dia menyintai saya dan dia jawab kerana
>melihat kesabaran saya menjaga suami disamping wajah
>dan tingkah laku saya yang terlalu memikat
>hatinya.Saya akur dengan permintaannya kerana saya
>juga amat menyintai dia sebab budi yang dia tabur
>kepada saya disamping dia juga kacak.Saya jadi begitu
>kerana saya rasa hidup saya terlalu sepi dan untuk
>pengetahuan tuan, saya dan suami saya memang tidak
>pernah bersetubuh dari sebelum dia kemalangan.Saya
>tidak pernah berperasaan demikian dan setelah
>mengenali dia baru nafsu saya mula melonjak.
>
>4. Suatu malam tu dia telah sakit dan saya hantar dia
>ke klinik dengan kereta dan suami saya pun
>mengizinkan. Semasa balik dari klinik saya dan dia
>berehat di dalam kereta dan di situ permulaan pertama
>saya telah terlanjur dengan dia. Kami begitu menyesal
>tetapi masing-masing tidak mampu untuk menolak
>keinginan masing-masing. Saya merasa bgitu bahagia di
>dalam dakapannya. Sejak dari itu kami teruskan
>segalanya sehingga saya dengan dia tidak boleh
>dipisahkan lagi.
>
>5. Kami telah merancang untuk berkahwin setelah suami
>saya sihat sepenunya di dalam tempoh 3 bulan akan
>datang.Saya dengan dia juga mengorbankan tenaga dan
>duit untuk menjaga suami saya sehingga beliau telah
>pulih tetapi belum sepenuhnya. Saya berada di dalam
>keadaan dilema sekarang kerana suami saya juga mengaku
>semua kesilapan dia masa lalu sehingga menangis
>mendakap erat saya dan tidak mahu mengabaikan saya
>lagi.Dia mendapat tuntutan insuran dan PERKESO dengan
>banyak dan semua tuntutan berkenaan akan diletakkan
>atas nama saya(masih dalam proses dengan peguam).Dia
>juga meletakkan nama saya sebagai perwaris semua duit
>KWSPnya.Masalahnya sekarang walaupun suami saya juga
>tampan dan bekas model, muda 3 tahun dari saya dan
>sekarang dia adalah berjawatan namun cinta dan sayang
>saya telah berkubur padanya setelah kehadiran orang
>ketiga tadi. Biarpun mendapat banyak duit hasil penat
>lelah dan kesakitan saya menjaga dia tetapi itu semua
>tidak bererti lagi buat saya.
>
>6. Saya dalam dilema kerana terlalu sayangkan orang
>ketiga tadi dan melihat dia terlalu mengambil berat
>serta terlalu sayang pada saya, saya jadi keliru sama
>ada nak pilih dia atau suami saya. Ini kerana saya
>takut dia akan seperti sikap suami saya dulu. Saya
>tahu suami saya memang cukup menyesal di atas
>perbuatannya terhadap saya dahulu kerana dia adalah
>suami saya. Baik buruk sikapnya saya dah tahu. Namun
>untuk meninggalkan orang ketiga tersebut saya tidak
>sanggup mengenangkan janji yang saya tabur pada dia
>dahulu dan dia sememang mengharapkan saya menjadi suri
>hidupnya sehingga ke akhir hayat.
>
>Soalan saya :
>
>A) Apa yang harus saya buat dan apakah sewajarnya
>keputusan yang saya patut buat untuk memilih dua insan
>yang sama-sama merebut hati dan perasaan saya?
>
>B) Suami saya tidak tahu saya ada hubungan sulit
>dengan kawan dia dan wajarkah saya berterus terang
>dengannya? Dalam perkara ini kawan suami saya sanggup
>berterus terang sekarang tetapi saya kata jangan
>kerana saya tidak sanggup melihat suami saya keciwa.
>Walaupun dia pernah melukakan hati dan hidup saya
>tetapi saya tidak sampai hati melihat dia keciwa. Saya
>berbuat begitu bukan kerana duit dia tetapi saya
>sendiri tidak faham kenapa saya tidak sanggup untuk
>mengeciwakan dia. Tetapi untuk berhidup dengannya lagi
>saya sudah tiada perasaan cinta dan perasaan saya
>terhadap dia sekarang hanya sekadar melihat seperti
>saudara sendiri.
>
>Saya harap sudi kiranya tuan menjawab pertanyaan dari
>hamba Allah yang hina lagi keji ini dengan
>seiklas-iklas hati tuan. Terima kasih sekali lagi.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.