VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: dalam dilema


Author:
nur
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 22:03:01 07/13/02 Sat

Assalammualaikum

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyediakan ruangan kaunseling ini untuk saya melepaskan perasaan yang bercelaru sejak kebelakangan ini.

saya adalah seorang pelajar di salah sebuah ipts. saya mempunyai seorang teman lelaki yang tua lebih 6 tahun dari saya. kami sudah bercinta hampir 1/2 tahun dan saya terlalu sayangkan dia. saya banyak berkorban untuk dia demi hubungan cinta kami. kerana terlalu sayangkan dia saya sanggup menyerahkan mahkota gadis saya yang saya pelihara selama 19 tahun ini. dia juga berjanji akan bertanggungjawab dan berkahwin dengan saya apabila saya sudah tamat pengajian nanti.

tapi sejak kebelakangan ini, fikiran saya runsing memikirkan perangai dia yang berubah dan tidak seperti dulu lagi. bila saya menelefonnya dia tidak menjawab. bila dia mengangkat telefon dia seperti tidak ingin bercakap dengan saya. apabila saya bertanya kenapa perangainya berubah dia hanya menjawab dia mempunyai masalah yang besar dan dia tidak mahu memberi tahu masalahnya kepada saya. katanya saya tidak patut tahu kerana memandangkan saya masih study dan perlukan penumpuan yang lebih. dia juga meminta saya mencari lelaki lain yang lebih baik daripada dirinya sendiri. betapa hancurnya perasaan saya apabila orang yang saya sayang sanggup meluahkan perasaan sebegitu. hubungan kami tidak seperti dahulu lagi dan barulah saya tahu hati budi lelaki yang saya percayai selama ini. betapa deritanya saya dipermainkan oleh lelaki dan dikecewakan dengan sewenang-wenangnya. saya rasa terpedaya dan ditipu dengan sebegini sekali. buat pengetahuan kaunselor, saya bukanlah seorang perempuan yang mudah tertawan dengan hati budi lelaki tapi saya tertewas dengan janji manis lelaki yang saya baru kenali. selama ini saya tidak begitu mudah hanyut dalam alam percintaan. tapi kali ini iman dan akal saya tewas dalam nafsu sendiri.

masalahnya sekarang saya begitu membenci insan yang bernama lelaki. biarpunramai yang sudi menjadi pengganti diri bagi mengubat kekecewaan yang lalu, saya masih tidak boleh menerima lelaki lain. dalam diam, saya begitu menaruh perasaan dendam pada lelaki lain kerana sebab lelaki saya kehilangan benda yang paling berharga. sebenarnya masalah ini wujud kerana saya masih sayangkan teman lelaki saya biarpun dia telah merosakkan saya. saya masih menunggu dan berharap dia kembali ke pangkuan saya. bagi saya dialah yang pertama dan terakhir. saya tidak dapat menerima lelaki lain dalam hidup saya kerana perasaan yang bersalah pada mereka. ramai yang menganggap saya sombong dan tidak pandai bergaul dengan mereka kerana saya masih mempunyai perasaan seperti ini.bodohnya saya kerana sanggup menunggu dan ingin hidup bersama dengan orang yang telah merosakkan masa depan saya dan mengecewakan saya. saya benar-benar tidak boleh melupakan dia dan sekarang setiap malam saya menghidapi insomnia memikirkan masalah ini. saya benar- benar takut dan fobia untuk bercinta lagi. saya masih sayangkan teman lelaki saya yang dahulu.

tuan kaunselor,
apakah yang harus saya lakukan?
saya begitu bingung memikirkan masalah ini?
saya takut pelajaran saya akan terabai dan kadang- kadang saya takut pada diri saya sendiri.
saya berharap agar tuan dapat membantu dan memberikan pandangan serta nasihat.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: dalam dilemaKaunselor Kaunseling Online23:04:12 07/16/02 Tue
Re: dalam dilemaFir22:15:08 10/15/02 Tue
Re: dalam dilemalyne03:35:28 04/09/03 Wed


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.