VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4] ]
Subject: Teman lelaki lebih muda


Author:
Sizi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 01:31:17 10/06/02 Sun

A'kum.. Saya kini menjalinkan percintaan dengan teman lelaki yg lebih muda usianya daripada saya. Usia teman lelaki saya 21 tahun dan saya pula berusia 27 tahun. Kami mula berkenalan 1 1/2 tahun yg lepas. Sebelum ini kami pernah terputus hubungan kerana teman lelaki saya tidak mempunyai kerjaya yg tetap. Tetapi kami telah bertemu semula pada awal tahun ini dan menjalin semula percintaan yg terputus dahulu. Dan berita yg menggembirakan saya dia telah pun mempunyai pekerjaan yg tetap sebagai seorang perwira di bandar PD. Walaupun gajinya tidak seberapa kerana baru mula bertugas tetapi saya selalu memberi dorongan dan nasihat agar dia terus melakukan pekerjaan dgn sebaik mungkin agar dpt meningkatkan diri dlm setiap tugasan yg diberikan oleh pihak atasannya. Kini dia menjadi harapan keluarganya untuk membantu setiap perbelanjaan rumah dikampung utk menyara seorang nenek, ibu & seorang adik perempuan yg masih bersekolah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lepas. Walaupun dia mempunyai 2 orang abang yg telah berkeluarga tetapi dia tidak mengharapkan sangat pertolongan dr kedua abangnya itu. Sayalah tempat dia mengadu masalah, samada masalah pekerjaan, kewangan dan sebagainya. Walaupun usianya masih muda tetapi dia kelihatan matang dari segi rupa dan perwatakannya. Itu yang membuatkan saya jatuh hati padanya. Sekiranya dia meminta pertolongan dari segi kewangan saya membantu setakat yg saya mampu utk perbelanjaannya. Boleh dikatakan setiap bulan saya membantu. Walaupun perbezaan usia diantara kami agak ketara tetapi saya dan dia tidak kisah. Kami berfikiran positif dengan mengambil contoh Nabi junjungan kita "Nabi Muhammad yg berkahwin dgn Siti Khadijah" dimana perbezaan usia mereka yg begitu ketara sekali. Tetapi kadangkala hati saya selalu berkata adakah si dia benar-benar ikhlas bercinta dgn saya ataupun hanya inginkan sesuatu daripada saya. Saya menjadi takut & tidak tahu bagaimana saya harus menghadapi realiti kehidupan ini seandainya kami berpisah suatu hari nanti atas sebab2 tertentu. Saya pernah kecundang dlm percintaan sebelum ini. Saya tidak mahu ianya terjadi lagi. Lukanya amat perit sekali. Dia pernah berkata kepada saya dimana perjalanan hidupnya masih panjang. Itu memang saya akui dan saya sedia menunggu walau berapa tahun sekalipun. Saya mencintainya dengan setulus hati saya dan berharap ianya berakhir dengan kebahagiaan.
Saya ingin tahu pendapat saudara tentang masalah saya ini.
1) Apakah pendapat saudara pro dan kontra tentang percintaan kami ini. Dimana usia teman lelaki lebih muda dari usia teman wanita.
2) Bagaimanakah saya harus menghilangkan perasaan syak wasangka yg selalu bermain didalam fikiran saya?
3) Apakah yang saya harus lakukan agar percintaan saya ini terus berkekalan tanpa ada perasaan negatif terhadap dirinya.
Diharap saudara dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini.

Wassalam.
Sizi-JB2002

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: Teman lelaki lebih mudaKaunselor05:59:12 11/25/02 Mon


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.