| Subject: Re: Semangat Kemerdekaan daripada Vince |
Author:
d
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 23:45:50 10/29/03 Wed
In reply to:
MrBerita
's message, "Semangat Kemerdekaan daripada Vince" on 06:53:00 08/24/03 Sun
>http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Nation
>al/20030819091306/
>
>TIBA-TIBA nama Vincent Chong Ying Cern (Vince), 24,
>meniti dari bibir ke bibir peminat hiburan tanah air
>selepas muncul juara Konsert Akademi Fantasia
>baru-baru ini. Vince, anak kedua daripada enam beradik
>mengaitkan kemenangannya sebagai istimewa dan
>membuktikan integrasi kaum semakin meningkat. Biarpun
>berdarah kacukan, semangat patriotik ternyata amat
>tebal di sanubari anak muda ini apatah lagi bila
>bercakap mengenai erti kemerdekaan.
>
>“KEMERDEKAAN bagi saya kesempatan untuk masyarakat
>negara ini mengenang kembali detik-detik sejarah
>pembebasan negara daripada belenggu penjajahan
>British. Bila mengenang sejarah barulah kita tahu
>kesusahan pejuang kemerdekaan misalnya Tunku Abdul
>Rahman Putra menuntut kemerdekaan.
>
>Oleh itu, generasi muda khasnya dapat mengambil
>iktibar dan berusaha mempertahankan kemerdekaan negara
>tercinta. Kemerdekaan juga menunjukkan kekuatan
>semangat perpaduan di kalangan masyarakat Melayu, Cina
>dan India yang membuatkan penjajah memberi
>kemerdekaan. Jadi merdeka bagi saya sebagai kebebasan
>dan perpaduan.
>
>Memang saya dilahirkan di England tetapi saya
>dibesarkan di Malaysia sejak berusia dua tahun. Malah,
>saya juga mempunyai kerakyatan negara ini. Jadi tidak
>perlu ragu kesetiaan saya.
>
>Pengetahuan saya mengenai kemerdekaan Malaysia? Selain
>belajar dengan guru sejarah di sekolah, saya juga
>membaca buku sejarah di rumah. Ini secara tidak
>langsung membantu saya mengenali sejarah kemerdekaan
>negara ini.
>
>Tokoh kemerdekaan yang menjadi idola saya? Sudah tentu
>Tunku Abdul Rahman. Saya amat mengkagumi beliau yang
>bukan saja pintar malah adil kepada semua kaum.
>
>Tindakan beliau menyatukan kaum Melayu, Cina dan India
>dalam satu parti menunjukkan Tunku amat pentingkan
>perpaduan.
>
>Jika Tunku gagal satukan masyarakat berbilang bangsa
>ketika itu, bolehkah kita mencapai kemerdekaan? Dan
>pastinya saya tidak berpeluang menjadi pelajar Akademi
>Fantasia (AF) seperti sekarang.
>
>Apa yang saya buat semasa sambutan hari kemerdekaan
>masa dulu? Biasalah dulu kalau cuti umum sempena hari
>merdeka, saya duduk di rumah saja.
>
>Masa bersekolah darjah lima dan enam saya sempat ikut
>ayah pergi ke Dataran Merdeka. Bukan main seronok lagi
>dapat kibarkan bendera dan juga lihat perarakan kereta
>tentera.
>
>Ketika itu saya belum tahu erti kemerdekaan
>sebenarnya. Bila dewasa semua berubah. Kefahaman
>meningkat membuat saya berfikir menyambut merdeka
>sebenarnya bukan hanya bersorak ‘merdeka’ pada malam
>31 Ogos saja. Kita boleh kibarkan Jalur Gemilang,
>menonton perarakan dan berdoa pada tuhan supaya
>keamanan kekal.
>
>Begitupun pada sambutan kali ini saya belum ada
>rancangan menyambut merdeka. Konsert dan perlumbaan
>Merdeka Endurance di Litar F1 Sepang? Rasanya saya
>selesa berehat bersama keluarga di rumah dan tidak
>akan ke sana.
>
>Tambahan pula selepas ini saya dan rakan AF sibuk
>dengan persiapan ‘roadshow’ di seluruh negara.
>
>Kemenangan dalam konsert AF? Seperti saya nyatakan
>pada wartawan sebelum ini, saya cukup terharu apabila
>menjadi juara Akademi Fantasia, sekali gus membuktikan
>masyarakat Malaysia tidak memilih warna kulit, bangsa
>dan agama. Inilah semangat perpaduan yang orang
>Malaysia pegang sejak merdeka dari dulu hingga kini.
>
>Sebenarnya Akademi Fantasia yang kami sertai sejak
>sembilan minggu lalu menjadi saksi perpaduan di
>kalangan masyarakat Malaysia sejajar dengan bulan
>kemerdekaan.
>
>Sesungguhnya peluang bergaul dan belajar dengan
>pelajar dan guru seperti Siti Hajar Ismail (Guru Nada
>Suara), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal), Linda Jasmine
>(Guru Koreografi) dan Fatimah Abu Bakar (Guru Seni
>Persembahan) satu pengalaman menarik dan susah untuk
>dilupa.
>
>Kami seperti satu keluarga dan saling tahu hati budi
>masing-masing walhal kami berlainan bangsa, agama dan
>keturunan. Kemesraan yang terjalin mengatasi perbezaan
>menyebabkan pemergian rakan yang tewas dalam undian
>sentiasa ditangisi.
>
>Inilah sebenarnya kita harus akui hasil kebijaksanaan
>pemimpin negara dulu dan kini dalam merencana
>pengisian kemerdekaan dalam pelbagai aspek kehidupan.
>
>Akhir kata sempena sambutan hari kemerdekaan saya
>ingin membuat satu permintaan kepada pihak Imigresen
>khasnya agar kakak saya Vanessa, 25, diberi taraf
>penduduk tetap Malaysia. Sejak 20 tahun lalu ayah saya
>membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen, tetapi
>belum berhasil.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |