Subject: Re: Kemunculan 12 Bekas Pelajar AF di Konsert Suria Merdeka 2003 |
Author:
Suhaira
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 04:40:51 11/01/03 Sat
In reply to:
MrBerita
's message, "Kemunculan 12 Bekas Pelajar AF di Konsert Suria Merdeka 2003" on 07:04:18 08/24/03 Sun
>http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Hiburan/20
>030823103336/Article/
>
>KONSERT Suria Merdeka 2003 anjuran Petronas, KLCC dan
>Astro di samping penaja bersama ExxonMobil bakal
>menyemarakkan semangat patriotik rakyat sempena
>sambutan Hari Kebangsaan ke-46.
>
>Konsert percuma pada 30 Ogos ini bermula jam 9 malam
>menghimpunkan nama popular iaitu Siti Nurhaliza, Ella,
>Jamal Abdillah, Misha Omar, Ruffedge, Yasin, Waheeda,
>Ferhad dan penyanyi Cina, Z Chen.
>
>Lebih memberi makna, konsert di Taman KLCC itu turut
>mengundang penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw untuk
>bersama menghayati detik bersejarah menjelang
>kemerdekaan negara.
>
>Tidak cukup itu, kemunculan 12 bekas pelajar Akademi
>Fantasia, program yang mencipta fenomena baru dalam
>industri penyiaran negara juga antara tarikan yang
>dijanjikan Konsert Suria Merdeka 2003 kepada orang
>ramai.
>
>Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai popular
>Radio Era, Halim Othman dan Linda Onn serta
>personaliti Astro Ria, Hani Mohsin dan Siti Shahrizah
>(Eja).
>
>“Penganjuran konsert ini menyerlahkan kesungguhan
>pihak swasta untuk bersama rakyat menghayati
>kemerdekaan yang dikecapi hasil usaha di bumi Malaysia
>yang makmur dan tercinta.
>
>“Ia juga hadiah kepada rakyat Malaysia yang sentiasa
>memberi sokongan padu kepada kejayaan syarikat
>korporat terbabit,” kata Pengerusi Petronas, Tan Sri
>Azizan Zainul Abidin pada sidang media pelancaran
>Kempen Merdeka Petronas 2003 di Esplanade, KLCC,
>baru-baru ini. Acara kemuncak malam itu ialah
>pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam
>sebagai menandakan sambutan ulang tahun kemerdekaan
>negara ke-46.
>
>Sempena Kempen Merdeka Petronas 2003, syarikat itu
>turut menyediakan pelbagai kegiatan seperti
>mengedarkan Jalur Gemilang kepada masyarakat dan
>sekolah, menaja program Jelajah Merdeka 2003 anjuran
>Persatuan Wartawan Melayu serta menyertai perbarisan
>Hari Kebangsaan.
>
>Majlis pelancaran kempen itu juga menyaksikan Azizan
>menyerahkan lebih 500,000 Jalur Gemilang kepada wakil
>pengedar perkhidmatan stesen Petronas, Mohd Ali
>Hasbullah untuk diedarkan kepada orang ramai di stesen
>Petronas terpilih.
>
>Memudahkan pengunjung turut merasai detik kemeriahan
>itu, perkhidmatan LRT Putra di stesen KLCC dilanjutkan
>sehingga jam 2.30 pagi. Bagaimanapun, orang ramai
>dinasihatkan datang awal menggunakan perkhidmatan awam
>bagi mengelak kesulitan.
>
>Siaran langsung konsert itu turut dipancarkan menerusi
>Astro Ria selain boleh dihayati menerusi pemain dvr
>(www.dvrplayer.com) dan Radio Era mulai jam 9 malam.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |