Subject: ni jer leh bantu-2 |
Author:
budak_cute
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 14:02:55 02/10/04 Tue
In reply to:
melur
's message, "alamak..mn nk cari buku olahan tu....." on 01:28:06 02/10/04 Tue
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pantun2 Melayu adalah bersifat statik. Hanya pantun2 tertentu dalam jumlah tertentu diucapkan dari zaman berzaman. Pihak Inggeris iaitu Wilkinson, R.J dan R.O Winstedt,telah bertindak menyusun pantun2 ini dalam buku mereka "Pantun Melayu" 1961, Singapore, Malay Publishing House.-sebab itu saya katakan statik dan selepas pembukuan itu tidak diterima lagi pantun2 lain terutama pantun2 yg dibuat mutakhir ini.
Saya telah perkenalkan buku sebelum ini iaitu "Puisi Melayu Tradisi", Mohd Yusof Md. Nor & Dr, Dr Abd. Rahman Kaeh, penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Syah Alam-di sini terkumpul semuanya, pantun2 melayu yang telah dikumpulkan oleh Wilkinson dan Winstedt. Bezanya buku asal memperkatakan tentang pantun sahaja tetapi buku kedua memperkatakan tentang puisi yang salah satunya adalah pantun. Mana-mana buku memperkatakan tentang pantun, liriknya adalah sama kerana sumber sama.
Namun begitu terdapat juga pantun2 diucap dan dibukukan dalam buku2 cerita tradisi seperti "Sejarah Melayu", "Hikayat Awang Sulong Merah Muda", "Hikayat Hang Tuah, "Cerita Solung Jawa", "Raja Donan" dan sebagainya. Tetapi pantun itu hanya diselit di sana sini-perlu kita membelek satu persatu untuk mengutipnya-maka kalau kita mendapati pantun2 melayu yang diselit di dalam buku2 lain selain drp yg utama maka, perlu kita nyatakan sumbernya seperti berikut;
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |