VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]4 ]
Subject: telan mati mak luah mati ayah


Author:
hamba Allah yg lemah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 01:03:59 05/29/04 Sat

saya merupakan anak kedua drpd tiga beradik. saya masih menuntut di ipta dan insyaAllah sem baru yg akan dtg saya akan ke thn akhir pengajian.saya mempunyai seorang kawan lelaki karib yg sdh saya kenali sejak saya tingkatan 1 lagi dan beberapa thn lepas hubungan kami yg pada mulanya sahabat telah bertukar kepada kekasih.dia telah berusaha dan mencuba terlalu banyak untuk membuatkan saya menerima dirinya sehinggakan akhirnya tahun lepas saya kalah juga dan mengakui yg hati saya dah mula sayangkan dia.saya tak faham sebab ini kali pertama bagi saya dan dia mengalami perasaan ini dan amat sedih bila saya menceritakan perihal hubungan saya kepada ibu saya baru-baru ini, ibu saya seperti tidak menyukai dia. alasan ibu kerana dia tidak berkelulusan universiti seperti saya.kawan saya ini berumur lebih 5 tahun daripada saya dan sudah bekerja. hal ini merumitkan saya kerana baru-baru ini dia beriya-iya menyuarakan hasratnya untuk memiliki saya setelah saya habis pengajian. sejujurnya, saya sendiri tak pasti adakah saya sedia menerima dia kerana saya sentiasa berdoa diberika suami yang lebih dari segi ilmu dan lain-lain agar saya akan menjadi isteri yang taat. saya takut nanti saya akan berubah apabila saya sudah bekerja. kawan-kawan sekuliah saya banyak menasihati saya agar melupakan dia dan mencari teman yg sama kelulusan untuk mengelakan masalah di masa depan. saya tak pernah bercinta dgn lelaki lain selain dia dan pada saya dia lelaki yang baik, dan paling penting saya dah lama kenal hati budi, baik dan buruk dia sejak dia sekolah lagi. dulu dia memg nakal dan kerana banyak nasihatkan dia lah, akhirnya kami mula rapat walaupun dulu dia anti budak perempuan. kawan-kawan dia pulak dah mula ingatkan saya supaya jgn tinggalkan dia kerana dia seolah-olah menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap saya. bila keadaan dah jadi macam ni, saya pulak rasa berdosa kalau saya tinggalkan dia sedangkan sebagai anak, saya tidak mahu sedikitpun mengguris hati mak dan ayah saya. yang pasti segala tindakan saya semakin hari membuatkan saya semakin sayangkan dia, dia terlalu menjaga hati saya sehinggakan sanggup buat apa saja untuk saya.saya takut nanti saya betul-betul cintakan dia sehingga sanggup tinggalkan keluarga seperti cerita yang selalu saya dengar. tolonglah bagi jalan agar segala yang tidak baik ini dijauhkan dari saya. apa yang patut saya buat sekarang...

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.