| Subject: Lihatlah Samdol terus Berbohong dan Putar Belit |
Author:
Muhazam Mustapha
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:32:16 07/17/05 Sun
Para mahasiswa sekalian yang sudah lama mengunjungi forum ini mungkin sudah tahu tentang hakikat siapa yang lebih berkuasa di Malaysia ini, adakah Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong.
Debat antara saya dan Samdol yang berkisar tentang polemik di atas bukan pertama kali berlaku di antara saya dan kaum bughah sebelum ini. Sebelum ini Pak Rampa, juga beberapa peforum bughah yang lain, telah pun berdebat untuk melawan Hadith dengan menggunakan kaedah yang sama, iaitu dengan mengatakan bahawa ulil-amri tertinggi di Malaysia adalah Yang Dipertuan Agong, bukannya Perdana Menteri. Namun akhirnya, mungkin setelah merujuk permasalahan tersebut kepada pakar undang-undang, Pak Rampa terpaksa akur bahawa yang paling berkuasa di Malaysia ini adalah Perdana Menteri, bukannya Yang Dipertuan Agong. Selepas menyedari hakikat itu, Pak Rampa terpaksa menggunakan artikel Ali Muda pula untuk menegakkan benang basahnya untuk menghalalkan PAS.
Kepada para mahasiswa sekalian, saudara dan saudari semua TIDAK perlu bersusah-payah membaca semua tulisan saya dan Samdol di sini untuk menentukan siapakah yang paling berkuasa di Malaysia ini. Apa yang perlu saudara dan saudari sekalian lakukan adalah bertanya kepada pakar undang-undang di universiti saudara dan saudari sekalian. Jawapan daripada pakar itu akan menyerlahkan siapa yang salah dan siapa yang benar, dan siapakah yang terkapai-kapai untuk berhujah, saya atau Samdol.
Sebelum ini kami (para pendokong Sunnah) telah menge-paste-kan satu scan dari buku tatanegara yang ditulis oleh Prof. Jayum yang digunakan di UPM untuk kursus wajib tatanegaranya. Dalam scan itu jelas dikatakan bahawa kuasa sebenar terletak pada Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong hanyalah kuasa simbolik sahaja.
Saya sendiri, dalam proses menandatangani perjanjian jual beli rumah saya, pernah bersemuka seorang peguam. Saya tanyakan terus-terang kepadanya siapakah pemilik kuasa sebenar di Malaysia ini, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong ? Tanpa ragu-ragu dan waswas, peguam itu terus mengatakan bahawa yang berkuasa adalah Perdana Menteri. Saya tanya lagi, "Tapi Perlembagaan tulis kuasa tertinggi adalah Yang Dipertuan Agong ?". Peguam itu jawap, "Perlembagaan dan undang-undang perlukan tafsiran. Tentang hal ini para hakim telah menafsirkannya bahawa walaupun Perlembagaan mengatakan kuasa tertinggi terletak pada Yang Dipertuan Agong, tapi semua tidak tanduk baginda perlu dengan nasihat Perdana Menteri. Baginda tiada hak untuk melakukan apa-apa tindakan kenegaraan tanpa nasihat Perdana Menteri, dan apa-apa yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri tidak boleh ditolak oleh baginda. Di situlah hakikat kuasa sebenar Perdana Menteri. Perkara ini sudah maklum buat sekian lama sejak sebelum merdeka lagi. Malah sesiapa yang mengatakan kuasa terletak pada Yang Dipertuan Agong boleh didakwa menghina Perlembagaan atau menghina mahkamah yang telah menafsirkan Perlembagaan."
Jawapan peguam di atas sudah cukup untuk meyakinkan saya betapa besarnya pembohongan dajal kaum bughah yang menamakan dirinya "Samdol" itu.
Ya, saya sarankan saudara dan saudari sekalian pergi berjumpa dengan pakar. Ini perkara penting. Saudara dan saudari bakal mengundi kelak. Saudara dan saudari perlu kenal golongan manakah yang berbohong dalam hal Perdana Menteri vs Yang Dipertuan Agong ini, golongan saya (penyokong UMNO) atau golongan Samdol (penyokong PAS). Setelah diketahui siapa pembohong, JANGAN UNDI calon-calon yang sealiran dengan pembohong itu.
Dan, ya, kita juga inginkan supaya Samdol rujuk kepada pakar. Kalau anda, wahai Samdol, menemui seorang pakar undang-undang yang bersetuju dengan anda, sila berikan maklumat tentang pakar itu kerana saya juga ingin bertanya kepadanya.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |