VoyForums

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]


Forum Politik Nasional Idealis Mahasiswa ini hanya membicarakan politik negara, politik luar negara dan aspek-aspek yang diistilahkan sebagai 'pembangunan idea'.
Sila Lawat Laman Utama Idealis-Mahasiswa

SELAMAT BERFORUM !


Subject: HARAM TETAP HARAM


Author:
mohammad
[Edit]

Date Posted: 23:03:35 07/23/09 Thu

Nik Aziz enggan keluar fatwa
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

Mohammad Nizar Jamaluddin (tiga dari kiri) bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) memegang lilin ketika bertafakur pada majlis memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

KOTA BHARU 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menjawab cabaran daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan Nik Abdul Aziz yang dianggap sebagai 'ulama besar' dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

"Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya.

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Zambry yakin ulama Pas seperti Nik Abdul Aziz atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mempertahankan tindakan Mohammad Nizar kerana ia tidak menyalahi tindakan ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

Sebelum ini, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memegang lilin seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sementara itu, pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

"Zambry yang bertanya.... usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan (Undangan Negeri) melalui mengundi dan bukan melalui sogok," katanya.

Wakil media yang masih tidak berpuas hati sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: "Biar dulu, itu jawapan saya," katanya.

======================BALASAN BERITA DI ATAS=======================

Perhimpunan lilin apa tujuan sekalipun syirik - Pensyarah

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemimpin-pemimpin parti politik beragama Islam diingatkan supaya tidak menggadai kesucian agama serta akidah semata-mata mahu menarik sokongan masyarakat bukan Muslim.

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

"Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam. Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,'' katanya di sini semalam.

Beliau mengulas trend menyalakan lilin oleh pihak tertentu bagi memperingati atau membantah satu-satu isu dan kebiasaannya ia dianjurkan oleh parti-parti politik.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

"Kita perlu tahu membezakan antara urusan agama dan urusan masyarakat. Menziarah kematian orang bukan Islam adalah urusan masyarakat dan ia merupakan sesuatu yang amat digalakkan.

"Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,'' katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan, umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.

Beliau berkata, hukumnya jelas memandangkan perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan dalam agama Kristian.

"Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

"Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang. Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,'' katanya.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

"Malang sekali dalam negara kita sekarang politik telah mempengaruhi semua aktiviti. Kita tumpukan soal politik hingga lupa kepada nilai-nilai keagamaan, lupa kepada batas-batas yang telah ditetapkan dalam agama,'' katanya.

KESIMPULAN:
SETELAH KITA HAYATI LAPORAN BERITA DAN KENYATAAN DARI TGNA DAN KRONINYA DI ATAS BAHAWA SUDAH TERANG DAN JELAS BAHAWA TUAN GURU NIK AZIZ (TGNA) DAN KRONINYA BUKAN ULAMA SEBENAR TETAPI ULAMA BESAR POLITIK !

Hukum Islam dan Hadis Sahih Nabi SAW telah menerangkan dengan terang lagi jelas bahawa orang Islam TETAP HARAM jadi Pembangkang Ulil Amri (Pemerintah yang beragama Islam). Nabi SAW bersabda mereka ini adalah tergolong dalam kriteria puak KHAWARIJ dan MU'TAZILAH yang akan muncul dengan banyaknya di akhir zaman nanti

Dalam prinsip demokrasi hanya orang kafir sahaja yang selayaknya jadi parti pembangkang. Sesiapa umat Islam yang ingkar terhadap ulil amri yang beragama Islam maka matinya adalah KEMATIAN JAHILIYAH .

Sila rujuk kepada ulama ilmiah yang lebih arif billah bukan dengan ulama politik jika anda semua tidak tahu lebih mendalam dalam hukum hakam adab-adab orang Islam terhadap ulil amri.

KAMI HANYA MENYAMPAIKAN PESAN KEBAIKAN INI SUPAYA UMAT ISLAM TIDAK SENTIASA HIDUP DI DALAM KERUGIAN ! Harap maklum. WALLAHUALAM & WASSALAM.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: hurm


Author:
hurm
[Edit]

Date Posted: 16:59:57 05/29/08 Thu

forum ape nie

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Bai'at dalam timbangan syariat Islam - Hukumnya


Author:
Mohd Ulil Bin Amri
[Edit]

Date Posted: 17:26:56 11/28/05 Mon

Masalah bai'at cukup ramai dalam dunia dakwah, simpang siur pendapat dalam masalah ini cukup membuat bingung para penganut jama'ah dakwah bahkan para aktivisnya. Namun sangat disayangkan kebanyakan mereka tatkala membahas masalah yang satu ini tidak merujuk kepada penjelasan para ulama Ahlussunnah.

Bahkan mereka mengambil hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam masalah ini, lalu mereka memahaminya dengan akal pikiran mereka sendiri. Lebih parah jika kemudian disesuaikan dengan kepentingan pribadinya, kelompoknya atau pahamnya, sehingga bai'at menjadi jaring atau tali pengikat para pengikut jama'ah dakwah untuk tidak lepas darinya. Kalau tetap saja lepas maka… Tak sedikit orang dianggap kafir dan diberlakukan padanya hukum-hukum orang kafir di dunia dan akhirat karena tidak berbai'at.

Nah kami mengajak anda para pembaca untuk mengetahui sejauhmana sesungguhnya ajaran Islam tentang bai'at ini. Oleh karenanya mohon tulisan sederhana ini dibaca dengan seksama, tanpa curiga sampai tuntas pada akhirnya kemudian kita koreksi amal kita dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sehingga kita tidak menjadikan bai'at sebagai sarana kepentingan pribadi maupun kelompok bahkan semata-mata melakukan agama Allah yang mulia. Semoga Allah memberikan kepada kita petunjuk kepada jalan yang lurus dan Ia ridhoi.


Definisi bai'at

Shiddiq Hasan Khan (wafat:1307 H) dalam bukunya 'Iklil al karamah' hal:26 mengatakan: Ketahuilah bahwa bai'at adalah berjanji untuk taat, seolah-olah seorang yang berbai'at berjanji kepada pimpinannya untuk menyerahkan kepadanya urusan dirinya dan urusan kaum muslimin untuk tidak menentangnya pada masalah apapun dalam urusan itu serta mentaatinya pada apa yang ia bebankan kepadanya dari perintahnya baik dalam keadaan suka atau duka.

Dulu jika mereka berbaiat kepada pimpinan dan mengikat janjinya mereka meletakkan tangan di atas tangan pimpinannya untuk menekankan janji itu, sehingga dengan itu mereka menyerupai perbuatan penjual bersama pembelinya maka dinamailah Bai'at. Bentuk mashdar dari kata ( باع ) -yang berarti menjual- sehingga jadilah kata bai'at berarti berjabat tangan.

Hukum bai'at

Tidak diragukan lagi tentang disyariatkanya berbaia'at hal itu karena banyaknya hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan tentang bai'at ini, demikian pula menunjukan bahwa beliau membai'at para sahabatnya dalam beberapa kesempatan. Diantaranya :


عن مجاشع بن مسعود السلمي قال : جئت بأخي أبي معبد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد الفتح فقلت يا رسول الله بايعه على الهجرة قال قد مضت الهجرة بأهلها قلت فبأي شيء تبايعه قال على الإسلام والجهاد والخير


Dari Mujasyi' bin Mas'ud as Sulami saya berkata Aku datang bersama saudaraku Abu ma'bad kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam setalah fathu makkah (pembukaan kota Makkah) maka saya katakan: Wahai Rasulullah: Bai'atlah dia untuk berhijrah. Beliau mengatakan: Sesungguhnya hijrah telah berlalu bersama orang-orang yang melakukannya. Saya katakan: Lalu diatas apa engkau membai'atnya? Ia berkata: Di atas Islam, jihad dan kebaikan. {shahih, HR Muslim no:4804 cet, Darul Ma'rifah]


عن عبد الله بن عمر يقول : كنا نبايع رسول الله صلى الله عليه وسلم على السمع و الطاعة يقول لنا فيما استطعت


Dari Abdullah Ibnu Umar Radiyallahu ‘anhu, ia mengatakan: Dulu kita berbai'at kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk patuh dan taat. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan: “Pada apa yang aku mampu” [Shahih, HR Muslim no: 4813 cet, Darul Ma'rifah] Yakni katakan: “Pada apa yang aku mampu” – demikian jelas an Nawawi.

Al Qurthubi (Wafat.671 H) dalam tafsirnya (1:272 cet. Darus Sya'b) mengatakan: Dan jika kepemimpinan telah terwujud…maka wajib bagi rakyat seluruhnya untuk membai'atnya untuk patuh dan ta'at untuk menegakkan kitab Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka barangsiapa yang tidak berbai'at karena udzur dia diberi udzur/maaf dan barangsiapa yang tanpa udzur maka dia dipaksa (untuk berbai'at), agar kesatuan kaum muslimin tidak terpecah.

Demikianlah syar'inya bai'at, lantas apa hukuman bagi mereka yang tidak berbaiat? Tentu ia telah meninggalkan sesuatu yang disyariatkan. Apa hukumannya kafir atau berdosakah dia? Kalau berdosa, tentu namun untuk dikatakan kafir apa dalilnya?

Barangkali ada orang mengatakan dalilnya adalah Hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً


Barangsiapa yang meninggal dan pada lehernya tidak terdapat baiat (tidak berbai'at) maka ia meninggal dalam keadaan jahiliyyah. [Shahih, HR Muslim no:4770 cet:darul ma'rifah]
dimana Nabi mengatakan mati jahiliyyah, berarti kafir.

Menjawab pernyataan itu kami katakan bahwa perlu dipahami hal-hal berikut:

1. Secara umum kata jahiliyyah itu sendiri tidak menunjukan kufur karena makna Jahiliyyah terambil dari kata (الجَهْل ) jahl yang berarti bodoh. Jaman jahiliyyah adalah jaman kebodohan, yang dimaksud dalam istilah syariat kita adalah keadaan yang ada padanya orang-orang arab sebelum Islam dari kebodohan terhadap Allah, para Rasul-Nya dan syariat-Nya.
Kebodohan yang dimaksud mencakup beberapa hal:
1. Tidak tahu yang haq.
2. Meyakini lawan dari al haq.
3. Mengatakan sesuatu yang tidak benar apakah dia tahu kebenaran atau tidak.
4. Semua yang menyelisihi apa yang dibawa Rasul termasuk yahudi dan nasrani.
[lihat: Iqtidho’ Shiraatil mustaqim:1/256-259 dan Kitabut Tauhid karya Shalih al Fauzan:21-22]

Oleh karenanya sebagian dosa disebut jahiliyyah oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tapi tidak bararti bahwa dosa itu kekafiran sama sekali. Contohnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُونَهُنَّ الفًخْرُ فِي الأَحْسَابِ وِ الطَّعْنُ فِي الأَنْسَابِ وَ الإِسْتِسْقاَءُ بِالنُّجُوْمِ وَ النِّيَاحَةُ


Ada empat perkata pada umatku termasuk karakter jahiliyyah mereka tidak akan meninggalkannya: berbangga dengan kebanggaan nasab, mencela nasab, minta hujan dengan bintang dan meratapi mayat [Shahih, Hadits Riwayat Muslim dari Abu Malik al Asy’ari]
Sehingga kalau hadits diatas ditafsiri kufur hanya karena kata jahiliyyah maka tidak benar.

2. Bahwa kata miitah (مِيْتَةً ) dengan mengkasrohkan mim seperti dikatakan Imam an Nawawi (wafat: 676 H) dalam syarah Muslim (juz :12 hal: 441) Isim ini dalam ilmu nahwu menunjukkan Hai'ah, maksudnya adalah menunjukan keadaan. Jadi artinya:…mati seperti keadaan jahiliyyah. Nah, kesamaan dengan jahiliyyah disini dalam hal apanya? Karena kita tahu bahwa keadaan jahiliyyah itu mencakup banyak hal, kalau dikatakan semua keadaannya sama, tentu tidak benar. Kalau dikatakan sebagian keadaannya, maka pada keadaan yang mana? Untuk mengetahuinya kita perlu kembali kepada penjelasan para Ulama bukan dengan menafsiri hadits semau kita demi kepentingan kita baik secara pribadi atau jama'ah. Untuk itu saya akan nukilkan ucapan para ulama dalam menafsirkan hadits itu.

Imam Nawawi mengatakan maksud hadits itu: Maksudnya seperti keadaan matinya orang jahiliyyah dari sisi mereka itu kacau tidak punya imam [syarh Shahih Muslim:12/441]

Ibnu Hajar (wafat:852 H) mengatakan: Yang dimaksud (mati dalam keaadaan jahiliyyah) adalah keadaan matinya seperti matinya orang jahiliyyah yakni diatas kesesatan tidak punya imam yang ditaati karena mereka dulu tidak tahu yang demikian. Bukan yang dimaksud ia mati kafir, bahkan (maksudnya) mati dalam keadaan maksiat…[fathul bari syarah Shahih Bukhari:13/7]

As Suyuthi (wafat: 911 H) mengatakan: Yakni seperti matinya orang-orang jahiliyyah diatas kesesatan dan perpecahan [Zahrurruba, syarah Nasa'I juz:7-8/139]

As Sindi (wafat:1138 H) mengatakan: Yang dimaksud seperti matinya orang-orang jahiliyyah diatas kesesatan bukan yang dimaksud kekafiran [hasyiah/catatan kaki pada Nasa'I juz:7-8/139]

Jadi, dari penjelasan para ulama pada Syarah Bukhari, Muslim dan Nasa'i kita tahu bahwa tidak satupun dari mereka manafsiri kata jahiliyah itu dengan makna kafir, oleh karenanya ambillah keterangan dari mereka.

Barangkali juga ada orang berdalil dengan hadits berikut, untuk mengatakan bahwa orang yang keluar dari jama'ah dan tidak berbai'at kafir, yaitu hadits:


من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه


Barangsiapa yang memisahkan dari jama'ah sejengkal, maka ia telah melepas kalung Islam dari lehernya [Shahih, HR Abu Dawud dengan lafadz ini dan dishahihkan oleh syekh al Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud:4758 dari sahabat Abu Dzar]
Apa sesungguhnya makna 'ia melepas kalung Islam dari lehernya' apakah artinya kafir?

Secara ringkas kita katakan: Tidak, karena kita melihat ancaman/vonis yang sama dengannya dalam sebuah hadits, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


من تولى غير مواليه فقد خلع ربقة الإيمان من عنقه


Barangsiapa (budak) yang berwali kepada selain tuan yang membebaskannya maka Ia telah melepas kalung keimanan dari lehernya
[Shahih, HR ahmad dalam musnadnya:3/332 dan dishahihkan oleh syekh al Albani dalam Silsilah ash Shahihah no:2329 dan dalam Shahih Jami' as Shaghir no: 6181 dengan lafadz : ربقة الإ سلام 'kalung keislaman' ]

Al Imam an Nawawi menerangkan hadits yang semakna dengannya dalam syarah shahih muslim katanya: Di dalamnya terdapat larangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi seorang budak yang dibebaskan untuk berwali kepada selain yang membebaskan dan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknatinya …dan ini haram karena ia menelantarkan hak orang yang memberikan nikmat padanya [syarah Shahih Muslim :10/388, cet Darul ma'rifah]

Demikian pula ancaman yang sama ada dalam ucapan Abdullah Ibnu Abbas seperti yang diriwayatkan oleh Abdurrozzaq dari sufyan ats Tsauri dari Ibrahim Ibnul Muhajir dari Mujahid dari Ibnu Abbas bahwa ia menawarkan kepada budaknya kebutuhan pernikahan dan beliau mengatakan: Siapakah diantara kalian yang mau kebutuhan nikah? sesungguhnya tidaklah seorang pelaku zina melakukan zina kecuali Allah akan cabut darinya kalung Islam maka jika Allah ingin mengambalikannya Allah akan kembalikan dan jika Allah tidak ingin mengembalikannya maka tidak Allah kembalikan. [Riwayat Abdurrazzaq dalam al Mushonnaf :7/417]

Pada dua riwayat diatas terdapat vonis 'ia telah melepas kalung Islam dari lehernya' bagi dua pelaku dosa yaitu seorang budak yang tidak berwali kepada yang membebaskannya dan seorang yang melakukan perbuatan zina. Sedangkan kita ketahui bersama dalam pandangan ahlussunnah wal jama'ah bahwa dua perbuatan itu adalah dosa yang tidak mencapai derajat kekafiran dan pelakunya tidak dikafirkan (dipertegas dengan hadits Nabi shallallahu'alaihi wa sallam yang lain bahwa beliau bersabda yang artinya: "Barangsiapa yang mengatakan Lailaha illallah lalu mati diatas kalimat itu maka ia akan masuk surga." Abu Dzar mengatakan, "walaupun berzina dan mencuri ?" Nabi mengatakan "walaupun berzina dan mencuri . Abu Dzar mengatakan,"walaupun berzina dan mencuri ?" nabi mengatakan, "walaupun berzina dan mencuri." sampai ia katakan tiga kali dan yang keempat kalinya Nabi shallallahu'alaihi wa sallam mengatakan: "walaupun abu Dzar tidak suka." kemudian Abu Dzar keluar dan mengatakan, "walaupun Abu Dzar tidak suka". [HR Muslim no:269 cet Darul Ma'rifah] - pen). Sehingga vonis diatas tidak menunjukkan kekafiran.

Demikian pula ketika vonis itu diberikan kepada orang yang tidak berbai'at maka sama saja maknanya yakni tidak keluar dari Islam menuju kekafiran, namun jatuh dalam pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah, sebagaimana kita akan lihat penjelasan ulama pada kata خلع ربقة الإسلام من عنقه 'ia telah melepas kalung Islam dari lehernya':

Mari kita melihat keterangan para ulama:
Nu'aim bin Hammad mengatakan kepada Sufyan bin 'Uyainah: apa pendapatmu tentang sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: 'Barangsiapa yang meninggalkan jama'ah maka ia telah menanggalkan kalung Islam dari lehernya' maka Sufyan bin 'Uyainah mengatakan: Barangsiapa yang meningalkan jama'ah ia telah menanggalkan ketaatan kepada Allah dan tidak berserah diri kepada perintah-Nya, kepada Rasul dan kepada pimpinan dan saya tidak mengetahui seseorang diberi hukuman lebih dari hukuman mereka ……Ini pada orang-orang Islam [at Tamhid karya Ibnu Abdil bar 21:283]

Al Khattabi (wafat:388 H) mengatakan:
Ribqoh artinya sesuatu yang dikalungkan di leher binatang..(Maksudnya) dia telah tersesat dan binasa dan menjadi seperti binatang jika dilepaskan dari kalungnya yang terikat padanya maka binatang tersebut tidak aman dari binasaan dan hilang [Aunul ma'bud syarh sunan Abu Dawud:13/72-73]
Al Mubarakfuri mengatakan: Ribqoh…maksudnya apa yang diikatkan oleh seorang muslim pada dirinya dari ikatan Islam yakni batasan-batasannya, hukum-hukumnya, perintah-perintah dan larangannya. Sebagian mengatakan: ia telah membuang perjanian Allah, membatalkan tangung jawabnya yang melekat pada leher-leher hamba. [ tuhfatul Ahwadzi syarah sunan at Tirmidzi :8/131]
Al Munawi mengatakan: (Maksudnya) menyepelekan aturan-aturan Allah, perintah-perintah-Nya dan larangan-larangan-Nya serta meninggalkannya secara keseluruhan [faidhul Qodir:6/11]
As Suyuthi mengatakan: Maksudnya apa yang diikatkan oleh seorang muslim pada dirinya dari ikatan Islam yakni batasan-batasannya, hukum-hukumnya, perintah-perintah dan larangannya. [Syarh Suyuthi pada sunan an Nasa'i:8/65]

Demikian kata para ulama, tidak terdapat dari mereka tafsir bahwa maksudnya kafir dan keluar dari Islam.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Bai'at dalam timbangan syariat Islam - Tatacaranya


Author:
Mohd Ulil Bin Amri
[Edit]

Date Posted: 17:19:35 11/28/05 Mon

Siapa Imam yang dimaksud ?

Apakah setiap yang mengaku imam dimanapun ia berada berarti dia Imam/pimpinan yang boleh kita berikan bai'at padanya? Tentu tidak.

Sebagaimana kata Shiddiq Hasan Khan: "Tidak terdapat di dalam kitab (al Qur'an), sunnah (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam), ucapan sahabat ataupun Ijma' bahwa seseorang yang mengajak manusia untuk membai'atnya kemudian ia dianggap sebagai Imam sekedar dengan itu, yang harus ditaati dan haram diselisihi. Bahkan yang ada dalam hadits itu (bunyinya) orang yang berbai'at kepada seorang Imam maka ia wajib mentaatinya dan haram menyelisihinya, demikian pula yang terjadi pada para Khulafaurrasyidin (para Khalifah yang diberi petunjuk, Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, red) sesungguhnya tidak seorangpun dari mereka mengajak (manusia) kepada dirinya dan mengatakan: 'Aku adalah Imam aku mengajak kalian untuk taat kepadaku dan berbai'at kepadaku'. Bahkan mereka membenci yang demikian…"[Iklilul Karamah:127]

Pimpinan yang dimaksud wajib ditaati adalah pimpinan yang ada pada negara atau kerajaan, yang diketahui serta yang memiliki kekuasaan dan kekuatan. Hal itu sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah: Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mentaati para pimipinan yang ada dan diketahui (keberadaanya) yaitu yang punya kekuasaan (dan) mampu dengan kekuasaan itu untuk mengatur manusia (masyarakatnya), bukan mentaati orang yang tidak ada atau tidak diketahui keberadaanya bukan pula orang yang tidak punya kekuasaan dan kemampuan atas sesuatu sama sekali [Minhajussunnah Nabawiyyah:1/115 dinukil dari Mu'amalatul Hukkam:39] yakni yang punya kekuatan untuk melaksanakan tujuan-tujuan kepemimpinan, jika dia memerintahkan untuk mengembalikan hasil perbuatan dhalim maka akan dikembalikan dan jika seandainya ia memberikan hukum had maka akan ditegakkan, serta jika memberikan hukuman ta'zir (Ta'zir adalah hukuman yang tidak ada ketentuan tetapnya, bahkan hukuman yang disesuaikan dengan keadaan pelaku pelanggarannya dan pelanggarannya itu sendiri dan ditentukan sesuai kebijakan hakim- pen) akan diterapkan pula pada rakyatnya [Mu'amalatul hukam:40, perhatikan pula ucapan-ucapan ulama sebelumnya]

Pada Perkara Apa Ditaati

Tentu ketaatan itu sebatas pada perkara yang baik menurut syari'at, apakah dengan tegas dinyatakan baik oleh syari'at atau pada perkara yang tidak secara tegas dinyatakan baik namun menurut kaedah-kaedah umum dalam syari'at bahwa itu baik. Adapun perintah maksiat maka tidak perlu didengar dan ditaati. Sebagaimana dalam hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

لاَ طاَعَة لِمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ خَالِقٍ


Tidak ada ketaatan pada makhluq dalam bermaksiat kepada Khaliq [Shahih, HR Ahmad, at Thabrani, al Hakim dan yang lain dengan lafadz at Tabrani disahihkan oleh syekh al Albani dalam Silsilah ash Shahihah:179]

لا طاَعَة فِي المَعْصِيَةِ َ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي اْلمَعْرُوْفِ


Tidak ada ketaatan pada maksiat, ketaatan itu hanya dalam kebaikan [Shahih, HR Bukhari dan Muslim]

فَإِنْ أَمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ


Maka jika diperintahkan dengan perbuatan maksiat maka tidak dipatuhi dan tidak ditaati [Shahih, HR Muslim]

Bagaimana jika berbuat kejam?

Walaupun jahat, dhalim, bermaksiat, fasiq, mementingkan kepentingan pribadi dan kelompok atau kepentingan asing, tapi selama ia masih muslim dan belum keluar dari keislamannya maka wajib ditaati pada perkara yang baik. Berdasarkan sabda Nabi berikut ini:

شِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَ يُبْغِضُوْنَكُمْ وَتَلْعَنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ . قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ:لاَ مَا أَقَامُوْا فِيْكُمْ الصَّلاَة َوَ إِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُوْنَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ


Sejelek-jelek pimpinan kalian adalah yang kalian membencinya dan mereka membenci kalian, yang kalian melaknatinya dan melaknati kalian. Dikatakan kepada beliau; Wahai Rasulullah tidakkah kita melawannya dengan pedang (senjata)? Beliau mengatakan: "Jangan! selama ia mendirikan shalat pada kalian, dan jika kalian melihat pada pimpinan kalian sesuatu yang kalian benci, maka bencilah amalnya dan jangan kalian cabut tangan kalian dari ketaatan [Shahih, HR Muslim]

Ubadah bin ash Shamit mengatakan:

بَايَعْنَا رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَ عُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَ اَثَرَةٍ عَلَيْنا وَ أَلاَّ نُنَازِعَ اْلأَمْرَ أَهْلَهُ ، قَالَ إِلاَّ أَنْ تَرَوا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ



Kami berbaiat kepada Rasulullah untuk patuh dan taat baik dalam keadaan kami giat atau terpaksa, susah atau mudah dan dalam keadaan mereka mengutamakan diri mereka dari pada kami dan agar kami tidak merebut urusan (kepemimpinan) dari pemiliknya. Beliau bersabda: Kecuali kalian melihat kekafiran yang nyata yang kalian memiliki bukti tentangnya dari Allah [Shahih, HR Bukhari dan Muslim]

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Bai'at dalam timbangan syariat Islam - Tatacaranya


Author:
Mohd Ulil Bin Amri
[Edit]

Date Posted: 17:34:25 11/28/05 Mon

Tata cara berbai'at

Tata cara berbai'at kepada Imam adalah sebagaimana dijelaskan oleh al Ubbi dalam bukunya Syarah Muslim: 4/44, katanya: Barangsiapa yang termasuk anggota ahlul halli wal Aqd dan yang masyhur maka bai'atnya dengan ucapan dan bersalaman dengan tangannya jika dia hadir, atau dengan ucapan saja serta dipersaksikan jika dia tidak hadir. Dan cukup bagi yang tidak dikenal dan tidak diketahui hanya dengan meyakini bahwa ia berkewajiban untuk mentaati pimpinan tersebut serta tunduk dan taat padanya baik dalam keadaan tersembunyi atau terang-terangan serta tidak meyakini sebaliknya (yakni lawan dari keyakinan yang disebutkan,pent), kalau ia menyembunyikan keyakinan itu (tidak berbai'at) lalu mati, maka matinya seperti keadaan jahiliyyah, karena ia tidak menjadikan pada lehernya bai'at. [dinukil dari fiqih siasah syariyyah:157]

Kepada Siapa Kita Berbai'at

Ini yang sangat perlu kita ketahui karena banyak terjadi kesalahpahaman sehingga demikian banyak bai'at-bai'at di dunia ini, banyak kelompok-kelompok menjadikan pimpinannya sebagai amir lalu membai'atnya dengan berdalil hadtis-hadits nabi tentang bai'at. Oleh karenanya akan kami nukilkan disini penjelasan sebagian ulama dalam hal ini.

Syekh Shaleh al Fauzan ditanya tentang bai'at, jawabnya: Bai'at tidak diberikan kecuali kepada waliyul amr-nya (penguasa) kaum muslimin adapun bai'at-baiat yang ada ini adalah bid'ah itu akibat dari adanya ikhtilaf, yang wajib dilakukan oleh kaum muslimin yang mereka berada di satu negara atau satu kerajaan hendaknya bai'at mereka cuma satu dan untuk satu pimpinan …[Fiqh as Siyasah as Syar'iyyah:281]

Syekh Abu Zaid mengatakan: Bahwa bai'at dalam Islam hanya satu, yaitu dari orang-orang yang memiliki kekuatan (ahlul hali wal 'aqdi) untuk waliyul amr/pimpinan dan penguasa kaum muslimin [Hukmul intima:163]

Nah, bagaimana jika kaum muslimin tidak punya khalifah yang menguasai mereka diseluruh dunia ini, lantas kepada siapa mereka berbai'at?
Jawabnya bahwa bai'at itu diberikan kepada pimpinan kaum muslimin yang muslim di masing-masing negara atau kerajaan mereka, yakni kita sebagai rakyat bisa berbai'at dengan cara meyakini berkewajiban untuk mentaati pemimpin tersebut serta mendengar dan taat padanya baik dalam keadaan tersembunyi atau terang-terangan serta tidak meyakini sebaliknya, semampu kita pada perkara yang baik menurut syari'at dan tidak mengandung maksiat.

Yang demikian ini dibenarkan karena ini keadaan darurat. Memang pada asalnya kaum muslimin mestinya punya satu pimpinan tapi jika itu tidak bisa terwujud di suatu saat maka hukumnya lain, sebagaimana keterangan para ulama berikut ini:
Ibnu Taimiyyah (wafat: 728 H) menjelaskan: Sunnahnya kaum muslimin itu memiliki satu imam (Yakni –Wallahu a'lam- khalifah yang memimpin kaum muslimin sedunia - pen) dan yang lain itu adalah para wakilnya. Seandainya jika sebuah umat keluar/memisah darinya karena perbuatan maksiat dari sebagian umat itu atau karena adaya kelemahan dari yang lain sehingga umat itu memiliki beberapa imam. (Sehingga kaum muslimin terpisah-pisah, masing-masing dengan pimpinan negaranya atau kerajaannya di negeri-negeri mereka. Wallahu a'lam. - pen) Maka wajib atas setiap imam (pimpinan negara) untuk menegakkan hukum-hukum had dan memenuhi hak-hak…ini di saat para amir/imam (pimpinan negara) itu berpecah dan berbilang. [Majmu' Fatawa :34/175]

As Shan'ani (wafat: 1182 H) mengatakan ketika menerangkan hadits: “Barangsiapa yang keluar dari ketaatan dan meninggalkan jama'ah lalu mati maka matinya seperti mati jahiliyyah.” [HR Muslim]
'keluar dari ketaatan' : Maksudnya ketaatan kepada khalifah yang disepakati, seolah-olah (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam) maksudkan khalifah/pimpinan daerah manapun dari daerah-daerah yang ada, karena manusia (sejak) di masa daulah Abbasiyyah tidak bersepakat pada satu orang khalifah diseluruh negeri-negeri Islam bahkan penduduk setiap daerah menyendiri dengan pimpinan yang mengurusi urusan mereka. Dimana kalau hadits itu dibawa/difahami kepada satu orang khalifah yang telah disepakati orang Islam (seluruhnya, pent) maka faedah hadits itu tentu menjadi kecil. [Subulussalam:3/499 dinukil dari buku Mu'amalatul hukkam:35]

Asy Syaukani (wafat: 1255 H) mengatakan: Adapun setelah tersebarnya Islam dan meluasnya daerahnya serta ujungnya berjauhan, maka dimaklumi bahwa jadilah kekuasaan di tiap daerah dari daerah-daerah untuk seorang Imam atau penguasa, demikian pula pada daerah yang lain. Dimana perintah dan larangan sebagian pimpinan itu tidak terlaksana pada selain wilayahnya atau beberapa wilayah yang dibawah kepemimpinannya. Oleh karenanya tidak mengapa berbilangnya pimpinan dan penguasa (bukan hanya satu pimpinan). Dan atas penduduk negeri yang terlaksana padanya perintah dan larangan (aturan-pent) pimpinan tersebut, wajib mentaati pimpinannya. Demikian pula keadaannya pada daerah yang lain. Serta tidak wajib bagi penduduk daerah lain untuk mentaatinya (selain pimpinannya) dan tidak pula (wajib) masuk dalam kepemimpinannya…ketahuilah hal ini! karena itulah yang sesuai dengan kaedah-kaedah syari'at dan sesuai dengan dalil-dalil [As Sailul Jarror:4/512 dinukil dari Mu'amalatul hukkam:37 dan ar Raudhatun Nadiyyah: 2/774-775]

Syaikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahhab (wafat:1206 H) juga mengatakan: Para Imam dari setiap madzhab bersepakat bahwa seseorang yang berhasil menguasai sebuah negeri atau beberapa negeri maka penguasa itu memperoleh hukum imam dalam segala hal. Kalaulah tidak demikian maka (urusan) dunia ini tidak akan tegak karena manusia sejak waktu yang lama sebelum Imam Ahmad sampai hari ini mereka tidak sepakat pada seorang imam/pimpinan. Demikian pula mereka tidak mengetahui seorangpun dari ulama menyatakan bahwa sesuatu dari sebuah hukum tidak akan sah kecuali dengan imam terbesar (khalifah seluruh kaum muslimin). [Ad Durar as Saniyyah:7/239 dinukil dari mu'amalatul hukkam:34 lihat pula dalam masalah ini iklilul karamah:127]

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Wartawan terkejut ramai penduduk Cina, India iringi calon PAS


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 13:05:49 11/28/05 Mon

Wartawan yang sedang menunggu untuk memasuki tempat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 terkejut dengan perarakan beramai-ramai penduduk Cina dan India yang membawa bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Madrasah An Nur di Kubang Bemban.

Mereka pada awalnya beranggapan perarakan calon PAS sudah bermula, sebaliknya kehadiran ribuan penyokong Barisan Alternatif itu sebenarnya untuk menyertai puluhan ribu penyokong PAS yang sudah berada di Kubang Bemban.

Ekoran itu jurugambar dari pelbagai media menghala kamera mereka kepada perarakan tersebut.

“Ini benar-benar mengejutkan, saya tidak pernah tengok orang Cina dan India begitu ramai mengiringi calon PAS pada pilihan raya kecil sebelum ini. Saya ingat perarakan calon PAS sudah bermula, kerana mereka berarak dalam jumlah yang begitu ramai,” kata seorang wartawan akhbar berbahasa Cina.

Perarakan penyokong bukan Muslim itu menghala ke Kubang Bemban melalui kawasan itu pada jam 8.25 pagi.

Jurugambar akhbar sekali lagi berkejar untuk merakam sudut menarik apabila seorang wanita tua sedang menjunjung bakal buluh yang bertindan-tindan di atas kepalanya ketika melalui kawasan tersebut.

Kawasan bandar Pasir Mas mulai sesak sejak jam 7.30 pagi, apabila penyokong dari dua parti dan calon bebas menuju ke tempat perarakan masing-masing. Kesesakan lebih ketara lagi apabila FRU datang bersama kenderaan termasuk trak ‘water-canon’, bas dan trak pengangkut di kawasan terbabit.

Peniaga-peniaga juga mengambil kesempatan membuka gerai perniagaan masing-masing di sekitar tempat penamaan calon. Peniaga makanan tidak ‘menang tangan’ melayan serbuan penyokong parti sejak awal pagi lagi.

Selain itu, Masjid Besar Pasir Mas menjadi ‘hotel’ bagi penyokong parti yang datang dari luar Kelantan sehingga tandas kekeringan air.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Pengundi perlu jadikan Pengkalan Pasir satu lonjakkan


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 14:19:24 11/28/05 Mon

Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir sebenarnya lebih hebat berbanding pilihan raya umum lalu, memandangkan semua jentera parti dan kerajaan dari seluruh negara bertumpu di kawasan terbabit sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu lagi.

“Malah setiap kawasan mengundi diletak di bawah kawalan menteri kabinet, menteri besar atau ketua menteri. Ini tentunya suatu pilihan raya yang cukup hebat dalam sejarah pilihan raya di negara ini,” kata anggota Jawatankuasa PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad.

Lebih mendebarkan lagi kata beliau apabila pilihan raya tersebut menjadi ‘isyarat’ awal untuk melihat pengaruh mana-mana parti yang bertanding bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Lonjakkan sebenarnya bermula di Pengkalan Pasir. Sekiranya PAS berjaya mengekalkan kemenangan kali ini sudah tentu ia memberi suatu kekuatan baru bagi meranapkan pihak lawan pada pilihan raya umum depan,” katanya pada majlis meraikan pengundi Cina di Kampung Tepi Sungai, Sakar.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Dato’ Annuar Tan Abdullah, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan pemimpin masyarakat Cina tempatan.

Program tersebut diadakan di rumah Pak Cu Seng, seorang penduduk berketurunan Cina yang disegani dan tersohor sebagai tukang urut. Orang ramai yang hadir diraikan dengan jamuan makan tengah hari. Kampung tersebut mempunyai lebih 500 penduduk dan seramai 200 adalah pengundi.

Pada majlis itu juga, seorang pemimpin masyarakat Cina, Khoo Boo Cheng menerima surat lantikan sebagai Penghulu Tanpa Mukim. Hanifa juga berkata, pilihan raya tersebut dianggap penganalisis politik sebagai ‘penyambung hayat’ bagi mana-mana parti yang bertanding.

Beliau juga berkeyakinan sokongan padu pengundi akan memberi satu loncatan baru kepada perjuangan Islam bagi mengukuhkan lagi kedudukan.

Anuar mengumumkan pada majlis tersebut kampung itu dijadikan 'kampung angkatnya’ untuk membolehkan beliau memberi perhatian secara langsung terhadap masalah penduduk.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Harga kami tidak ternilai - Kelab Penyokong Kerajaan


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 14:14:44 11/28/05 Mon

Kesemua wakil rakyat PAS menegaskan, pihak lawan tidak perlu menawarkan sebarang harga untuk membeli mereka kerana tidak ada sebarang nilai harga yang boleh membeli mereka.

Mereka berazam akan mempertahankan kerajaan Kelantan bagi memastikan penerusan kepada kepimpinan ulamak.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Haji Zakaria Yaacob (gambar), berkata biarpun pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan cuba ‘membeli’, mereka tetap akan mempertahankan kerajaan ini sedaya mungkin. Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.

Menurutnya lagi, biarpun berapa harga ditawarkan untuk mereka, kerajaan negeri akan dipertahankan dan kesemua 23 orang Adun PAS.

Zakaria yang juga Adun Kemuning bekata, semua Adun PAS tidak akan menerima tawaran berkenaan bukan kerana harga yang ditawarkan begitu rendah, sebaliknya perjuangan Islam adalah pilihan tepat yang tidak dapat dibandingkan dengan harga tertentu.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyelia Dun Kelantan, Wan Jamil Mahmud, pula berkata kesemua 21 orang Penyelia Dun Kelantan bersedia untuk bertanding semula dalam pilihan raya negeri sekiranya wakil-wakil BN letak jawatan.

Sambungnya, kesemua Penyelia Dun yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya sekiranya ia benar-benar diadakan apabila wakil-wakil BN meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

“Kita tidak ada masaalah, kita bersedia untuk bertanding kiranya mereka (Adun BN) berani letak jawatan, tapi saya yakin mereka tak berani berbuat demikian sebab SPR dah kata, kalau letak jawatan tak boleh bertanding selama lima tahun,” ujarnya

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Transformasi Masyarakat Melalui Aktiviti Politik


Author:
Pok Pek
[Edit]

Date Posted: 13:39:39 11/28/05 Mon

Secara umum, politik adalah memelihara urusan umat (As siyâsah hiya ri'âyatu syu`ûnil ummah). Sedangkan politik Islam bererti memelihara dan mengatur urusan masyarakat dengan hukum-hukum Islam dan dipecahkan sesuai dengan syariat Islam. Sirah Rasul saw dan banyak ayat Al Quran menunjukkan bahawa aktiviti dakwah beliau merupakan aktiviti yang bersifat politik. Beliau dalam segenap aktivitinya sentiasa memperhatikan dan memelihara urusan masyarakat agar sesuai dengan hukum-hukum syarak yang diturunkan Allah Swt. Di antara aktiviti politik yang beliau dan sahabatnya lakukan adalah:


Mendidik masyarakat dengan tsaqofah Islam supaya mereka dapat menyatu dengan Islam, agar mereka bebas dari akidah yang rosak, pemikiran yang salah, dan dari pemahaman yang keliru serta pengaruh idea-idea dan pandangan kufur. Setiap berjumpa dengan orang lain, Rasulullah selalu menawarkan Islam kepada mereka. Beliau saw mengirim para sahabat untuk mengajarkan Al Quran kepada orang-orang yang baru memeluk Islam. Beliau mengutus Khabab bin al-Art untuk mengajarkan Al Quran kepada Zainab bin al-Khathab dan Sa'id, suaminya. Begitu pula beliau menetapkan rumah Al Arqam bin Abil Arqam sebagai markas dakwah. Beliau membina mereka. Setiap sahabat pun terus menyebarkan dan membina orang yang menganut Islam. Demikianlah aktiviti pembinaan yang terus dilakukan Rasulullah.


Pergolakan pemikiran yang nampak dalam penentangannya terhadap pemikiran dan sistem kufur, pemikiran yang keliru, akidah yang rosak, dan pemahaman yang sesat dengan cara menjelaskan kerosakannya, menunjukkan kekeliruannya serta menjelaskan hukum Islam dalam masalah tersebut. Selain ayat-ayat yang sudah dipaparkan di atas, juga ada ayat-ayat yang menyerang kemusyrikan mereka, seperti firman Allah Swt :
"Mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sebagai sekutu bagi Allah, padahal Allah Yang menciptakan jin-jin itu. Mereka berbohong-dengan mengatakan bahawa Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan-tanpa mendasarkannya pada ilmu pengetahuan. Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari sifat-sifat yang mereka nisbatkan. (QS al-An'âm [6]: 100).

Dalam bidang sosial, Allah Swt. antara lain berfirman:
"Janganlah kalian memaksa hamba-hamba wanita kalian untuk melakukan pelacuran-sedangkan mereka sendiri menginginkan kesucian-dengan tujuan untuk meraih keuntungan duniawi. (QS an-Nûr [24]:33).

Sementara itu, dalam kaitannya dengan masalah ekonomi, Allah Swt. antara lain berfirman:
"Apa yang kalian berikan berupa riba untuk tujuan menambah harta-kekayaan manusia tidaklah menambah apa pun di sisi Allah". (QS ar-Rûm [30]: 39).


Penentangan terhadap penguasa yang menerapkan hukum kufur dan membongkar makar mereka.Allah SWT menyingkapkan persekongkolan ini kepada Rasulullah saw. dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan. Celakalah dia, bagaimana dia menetapkan? Celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan, lalu dia bermuka masam dan merengut. Dia lantas berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri. Selanjutnya dia berkata, "(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia."Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. (QS al-Mudatstsir [74]: 18-26).

Para pemimpin Quraisy itu pun satu persatu dilucuti jati diri mereka oleh Al Quran (lihat Ahmad Mahmud, Dakwah Islam, hal 119-120). Tentang Abu Lahab, Allah SWT berfirman:
"Binasalah kedua tangan Abi Lahab…" (QS al-Lahab [111]: 1).
Tentang penguasa Bani Makhzum, Walid bin Al Mughirah, Allah SWT berfirman:
"Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. Dan Aku jadikan baginya harta benda yang banyak". (QS Al Muddattsir [74]: 11-12).
Terhadap Abu Jahal, Allah SWT berfirman:
"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, iaitu ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka" (QS al-'Alaq [96]: 15-16).

Berdasarkan hal ini, dalam konteks kekinian, aktiviti politik yang dilakukan dalam usaha penerapan syariat Islam adalah perjuangan dan berinteraksi dalam lapangan politik untuk membongkar rencana jahat negara-negara besar yang memiliki pengaruh dan dominasi di negara-negara muslim untuk membebaskan umat dari belenggu penjajahan dan dominasinya serta mencabut akar-akarnya baik di bidang pemikiran, kebudayaan, politik, mahupun militer sekaligus mencabut perundangan mereka dari negara-negara kaum muslim. Juga, melakukan koreksi terhadap penguasa dengan mengungkap pengkhianatan mereka terhadap umat dan persekongkolan mereka dengan negara-negara kafir, melancarkan kritik dan kontrol kepada mereka.


Menapaki Kekuasaan Melalui Thalabun Nushrah


Setelah kita memahami bahawasanya perjuangan untuk penerapan sistem hukum Islam -yang dilakukan suatu jamaah/harakah/kutlah dakwah- harus dilakukan secara total dan tanpa melalui cara-cara fizikal (kekerasan/militer), muncul pertanyaan, bagaimana caranya untuk sampai ke tingkat kekuasaan atau pemerintahan? Khususnya jika umat dalam keadaan beku dan dikongkong oleh kekuasaan yang menolak syariat Islam. Sebab, penerapan sistem hukum Islam secara total harus berada dalam format institusi negara (kekuasaan), iaitu Daulah Islamiyah.


Rasulullah saw telah memberikan kepada kita seluruh langkah yang memungkinkan untuk mencapai jenjang kekuasaan/pemerintahan. Langkah-langkah Rasulullah saw yang demikian intens dan dilakukan secara terus menerus hingga memperolehi keberhasilan, menunjukkan bahawa apa yang dijalani oleh beliau merupakan method (manhaj/thariqah), bukan sekadar cara (uslub). Dan setiap orang yang bergerak dalam aktiviti dakwah, yang menghendaki pada usaha penerapan sistem hukum Islam secara total melalui format Daulah Islamiyah, wajib memahami dan mengambil langkah-langkah Rasulullah saw ini. Method ini disebut dengan thalabun nushrah (seruan untuk memperoleh pertolongan/perlindungan).


Thalabun nushrah dilakukan Rasulullah saw. setelah gangguan terhadap beliau semakin keras, iaitu setelah bapa saudara baginda saw meninggal dunia, Abu Thalib. Baginda pergi ke kota Thaif untuk meminta pertolongan dan perlindungan dari Bani Tsaqif, dengan harapan mereka mahu menerima seruan baginda. Ketika sampai di kota Thaif, baginda menemui sekelompok pemimpin dan orang-orang terkemuka dari Bani Tsaqif. Baginda mengajak mereka (untuk beriman) kepada Allah. Baginda juga menyatakan maksud kedatangannya untuk meminta perlindungan dan pembelaan mereka kepada Islam, agar mereka berdiri di pihak beliau dalam menghadapi siapapun dari kaumnya yang menentang baginda. Namun mereka menolak. Sekembali baginda ke kota Makkah -di saat-saat musim haji- baginda menemui kabilah-kabilah Arab yang hadir di kota Makkah. Baginda mengajak mereka untuk beriman kepada Allah dan menyampaikan kepada mereka bahawa baginda adalah Nabi yang diutus untuk mereka. Baginda meminta mereka untuk membenarkan sekaligus melindung baginda.


Fenomena ini menjelaskan bahawa Rasulullah saw menempuh manhaj baru yang belum pernah baginda lakukan sebelumnya. Baginda mengkhususkan dakwah untuk mendapatkan perlindungan dari kelompok-kelompok yang memiliki kemampuan untuk memberikan perlindungan. Dengan kata lain baginda menambahkan aktiviti dakwah pada Islam, dengan dakwah untuk mendapatkan perlindungan terhadap dakwah Islam. Fokus dakwahnya ditujukan pada kelompok-kelompok yang kuat guna mendapatkan perlindungan. Baginda terus berusaha mewujudkan perlindungan untuk dakwahnya, sejak baginda kembali dari kota Thaif sampai perlindungan tersebut diperolehnya dari penduduk kota Madinah. Aktiviti untuk memperoleh perlindungan bagi dakwahnya ini merupakan rangkaian dari hukum-hukum syarak yang menyangkut tata cara menyampaikan dakwah agar memperoleh perlindungan dari ancaman musuh-musuhnya. Sekaligus merupakan penjelasan mengenai tata cara mendirikan Daulah Islamiyah.


Dari penelaahan terhadap sirah ketika baginda memulai manhaj baru ini didapatkan hal-hal sebagai berikut:


Rasulullah saw tidak mencari pelindung/pertolongan kecuali setelah gangguan kepada baginda semakin keras, yaitu setelah Abu Thalib meninggal dunia. Rasulullah saw. pernah bersabda: "Orang-orang Quraisy tidak pernah melakukan apa yang aku benci sampai Abu Thalib meninggal" (Sirah Ibnu Hisyam bi Syarhi al-Wazir al-Maghribi, jilid I/282). Kerasnya gangguan itulah yang mendorong baginda untuk mencari jamaah/ kelompok yang mahu masuk Islam dan melindungi dakwah.


Orang-orang kafir Makkah yang sebelumnya bersikap keras terhadap dakwah Rasulullah mengajak kepada Islam, bersikap lebih keras lagi ketika mengetahui Rasulullah memulai dakwah kepada jamaah/kelompok untuk melindungi dakwah baginda. Ibnu Hisyam berkata, Kemudian Rasulullah kembali ke Mekah. Sedangkan kaumnya menjadi lebih keras pada baginda dalam menentang dan meninggalkan agama baginda (ibidem, jilid I/285).


Para sahabat baginda berjumlah sedikit dan merupakan orang-orang yang lemah, sehingga mereka tidak mampu melindungi dakwah. Berkata Ibnu Hisyam, Kecuali sedikit (orang) yang lemah dari orang-orang yang beriman kepadanya (ibidem, jilid I/285). Mereka adalah orang-orang lemah dan tidak ada di antara mereka jamaah/kelompok yang mampu melindungi dakwah. Sekalipun ada di antara mereka peribadi-peribadi yang kuat secara individual, seperti Hamzah dan Umar.


Rasulullah saw mencari pertolongan (thalabun nushrah) kepada jamaah/kelompok yang kuat dan memiliki kemampuan untuk melindungi dakwah, bukan kepada individu, bukan pula pada jamaah/kelompok yang lemah. Kalaupun beliau meminta pertolongan/perlindungan kepada individu-individu, individu tersebut dianggap representasi dari jamaah/kelompok. Baginda meminta pertolongan pada Bani Tsaqif, kerana Bani Tsaqif adalah kabilah yang kuat. Disamping itu baginda juga meminta pertolongan kepada sekelompok orang dari kabilah Kilab, yang juga merupakan jamaah/kelompok yang kuat. Demikian pula dengan kepada bani Hanifah. Baginda juga minta pertolongan pada Suwaid bin Shamit, yang merupakan tokoh terhormat dari kaumnya. Ibnu Hisyam berkata, Rasulullah berada di tempat-tempat istirehat para kabilah Arab (pada musim haji) kemudian baginda bersabda, Hai Bani Fulan Aku ini adalah Rasul Allah (yang diutus) kepada kalian…(ibidem, jilid I/285) dan seterusnya. Dan Ibnu Hisyam berkata lagi, Itulah yang dilakukan Rasulullah saw setiapkali menemui orang-orang (para kabilah arab). Ketika orang-orang berkumpul di saat musim haji, baginda mendatangi dan menyeru mereka untuk beriman kepada Allah dan kepada Islam, serta menawarkan diri baginda (untuk dilindungi) pada mereka dan menjelaskan (pada mereka) hal-hal yang baginda bawa dari Allah, berupa petunjuk dan rahmat. Dan apabila baginda mendengar seorang ternama dan terhormat datang ke Mekah, pasti baginda mendatanginya dan menyerunya kepada Allah, dan menawarkan Islam kepada mereka. Semua ini menunjukkan bahawa thalabun nushrah hanya diminta pada jamaah/kelompok yang kuat.


Bahawa Rasulullah saw meminta kepada jamaah/ kelompok yang kuat itu dua perkara secara bersamaan, iaitu pertama masuk Islam dan berpegang teguh padanya; kedua melindungi dakwah dan menolongnya. Ibnu Hisyam berkata, Rasulullah berada di tempat istiraeat kabilah-kabilah Arab dan baginda bersabda pada mereka, Hai Bani Fulan sesungguhnya aku ini adalah Rasul Allah pada kalian, yang memerintahkan kalian agar kalian menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan meninggalkan apa yang kalian sembah selain Dia. Iaitu, beragam sembahan ini. Hendaklah kalian beriman kepadaku, membenarkan aku, dan melindungi aku sehingga aku (mampu) menyampaikan dari Allah apa-apa yang aku diutus dengannya (ibidem, jilid I/285).

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Adakah pilihan raya benar-benar bebas???


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 13:01:31 11/28/05 Mon

Mursyidul Am PAS mahu pilihan raya DUN kecil Pengkalan Pasir berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar dan bukan seperti yang berlaku dalam banyak pilihan raya diadakan sebelum ini.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebebasan dalam erti kata sebenar hendaklah diterjemahkan pada pilihan raya kali ini.

“Tanpa kebebasan sebenar tentunya demokrasi yang dilaungkan sebelum ini menjadi tempang,” katanya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, suasana tidak seimbang dilihat berlaku pada pilihan raya kali ini.

Kata beliau, politik rasuah tidak dapat dinafikan lagi berlaku di kalangan pihak lawan bagi mencari sokongan pengundi. Selain itu menurutnya, media juga tidak menunjukkan keseimbangan mereka dalam laporan mengenai pilihan raya, seakan-akan menjadi alat kepada pihak tertentu.

“Bagaimanapun kita berharap pilihan raya ini berlangsung dalam suasana sihat dan bukan berat sebelah,” kata beliau.

Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak berkata, pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir akan memberi kesan besar kepada perkembangan politik Kelantan pada masa akan datang. Beliau turut berharap suasana yang berlaku sekarang dikekalkan sehingga hari mengundi.

Menurutnya, suasana tersebut menunjukkan semangat yang tinggi kedua-dua pihak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memuji semangat tinggi yang ditunjukkan penyokong pihak yang bertanding kerana tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Katanya, perjalanan pilihan raya berlaku secara lancar.

Selain itu beliau berharap pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan setiap undi adalah rahsia.

Calon Bebas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali berkata, beliau amat berharap pilihan raya kecil tersebut benar-benar bersih dan tidak ada unsur-unsur tidak sihat sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Parti yang mempunyai kerajaan hendaklah lebih ‘gentlement’ dan tidak menyalahgunakan jentera kerajaan bagi membolehkan pihak luar menghormati pilihan raya yang diadakan di negara ini.

"Tapi apa yang berlaku sekarang Umno menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan termasuk mengadakan rawatan percuma menggunakan agensi kerajaan.

“Sampai orang yang tidak sakit pun hendak dicucuk. Mereka perlu ingat dunia sekarang adalah era globalisasi dan rakyat mengetahui setiap apa yang berlaku,” ujarnya.

Pusat Khidmat Annuar Musa (Khadam) mengadakan rawatan percuma membabitkan Universiti Sains Malaysia bertempat di Bank Pertanian Malaysia di Jalan Pasir Pekan.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Umno parti rasuah


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 12:58:11 11/28/05 Mon

Sah sekarang politik bersalutkan rasuah menjadi teras kepada Umno bagi merampas Kelantan menggunakan kaedah yang bertentangan sama sekali dengan demokrasi yang dijunjung di negara ini sejak mencapai kemerdekaan.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud berkata, kaedah pemikiran itu perlu diperbetulkan dan rakyat di Pengkalan Pasir perlu membuktikan mereka tidak bersekongkong dengan agenda murahan pemimpin Umno Kelantan sekarang.
“Pada 6 Disember inilah yang menjadi detik terbaik kepada rakyat menolak pemimpin seperti itu daripada terus diberi ruang memimpin rakyat di negeri ini. Pemikiran seperti itu perlu diperbetulkan segera, sekiranya dibiarkan ia menjadi lebih teruk,” katanya di sini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa kelmarin dilaporkan berkata, parti itu bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat PAS yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang di Pengkalan Pasir.
Malah katanya, wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.
Sebelum ini, pemimpin yang sama mencabar kerajaan negeri membubarkan dewan dan menguar-uarkan kononnya 21 Adun BN akan meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan.
Bagaimanapun selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan kenyataan mana-mana wakil rakyat berhenti tanpa sebab akan hilang kelayakan menjadi calon dalam tempoh lima tahun.
Selepas kenyataan SPR tersebut Annuar dan pemimpin Umno lain ‘kelu bahasa’. Malah Mursyidul Am PAS menyifatkan kenyataan SPR itu benar-benar memalukan pemimpin Umno dan Pusat.
“Pemimpin Umno Kelantan sekarang menganggap jual beli wakil rakyat seperti barangan murah. Kalau Adun boleh dianggap sedemikian, tentunya terhadap rakyat lebih hebat lagi, boleh dibeli dengan harga lebih murah,” kata Nassuruddin yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.
Oleh itu, beliau menasihatkan rakyat tidak terpengaruh dengan kenyataan seumapama itu yang dikeluarkan mereka yang benar-benar bankrap modal untuk berdepan dengan PAS di Pengkalan Pasir.
Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menegaskan sekarang sudah benar-benar terserlah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ‘gila ‘ menjadi Menteri Besar menggunakan cara tidak halal.
Katanya, kenyataan seumpama itu menggambarkan pemimpin Umno di Kelantan tidak ada maruah diri.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: TERSIRATNYA SISWASISWI MULA MENERIMA HUKUM


Author:
PEMUDA
[Edit]

Date Posted: 17:02:25 10/21/05 Fri

Tiada parti pembangkang dalam kerajaan islam yang sah dari siswasiswi. Ini bukti pas adalah tidak syar'i tidak dituntut syarak. Menggelupur siswasiswi mencari artikel jakim tentang bughah. Amat menarik sekali apabila isu YDPA kembali bermain disini. Tersiratnya apabila siswasiswi mengemukakan kembali isu YDPA bermakna siswasiswi menerima hukum bughah pas haram seharam zina jika PM itu ulilamri yang sebenar. Lalu ditalakan kepada YDPA sebagai pemimpin yang wajar ditaati dalam konteks perlembagaannya. Terima kasih siswasiswi kerana menerima hukum. Hukum ini bukan hukum buatan sendiri. Semuanya berlidahkan rasulullah saw. Formula kami disini amat mudah saman sahaja profesor jayum muhazam jin dan pek dik yang telah menidakkan kekuasaan sebenar YDPA[pemimpin symbolic). Saman sahaja mereka. Itu pun kalau kamu benar dan merasa diri sudah cukup arif. Silakan







[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Kaum Bughah Bernama Pak Rampa ini Telah Membungkangkan Dalilnya Sendir


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 14:27:29 11/24/05 Thu

PAS Haram Sebagaimana Haramnya ZINA.

Dalil Sudah Diberikan.

Dengar dan Taatlah.

Hanya kaum bughah sahaja yang degil terhadap agama.


Sebelum kita jawap tulisan haprak daripada ahlul bughah bernama Pak Rampa (yang memanggil diri 'Pemerhati') ini, suka kita nyatakan kepada para pembaca sekalian, bahawa ini bukanlah kali pertama Pak Rampa mengemukakan athar daif yang kononnya berasal dari Ibnu Mas'ud itu. Kita sudah cabar Pak Rampa beberapa kali supaya dia mengemukakan rujukan penuh untuk athar itu. Untuk ke sekian kalinya Pak Rampa terus GAGAL.

Yang istimewanya Pak Rampa ini, dia akan mengulang semula dalil yang sudah kita jawap ini pada suatu masa akan datang setelah jawapan kita terkeluar dari arkib forum ini atau sekurang-kurangnya tiada pada muka hadapan. Tujuannya amat jelas: untuk menunjukkan seolah-olah kita tidak mampu menjawap, ATAU mungkin Pak Rampa semata-mata manusia GOBLOB TULEN BODOH ASLI seperti yang dipanggil oleh Rasulullah saw terhadap kaum sepertinya: bughah = jahiliyyah; yang tidak boleh diajar, yang kalau diajar pada pukul 12.00, pukul 12.01 dia lupa balik.

Ini yang Pak Rampa tulis:

Kita bawakan kata-kata Ibnu Mas'ud1, sama ada perawi daif atau tidak, sahih atau tidak itu adalah tangungjawab Muhazam2 untuk mengemukakan bukti-buktinya. Siapakah ulama yang telah membuktikan perawi-perwai itu daif juga adalah tanggungjawab Muhazam mengemukakannya untuk kita semua tahu. Kitan Musnab bukan kita Sahih juga, siapakah yg berautoriti berkata begitu,3 sila kemukakan.


Kita jawap:

1 Wahai Pak Rampa, kalau aku tulis kat sini: "Husam beritahu saya (Muhazam) bahawa Nik Aziz melancap 10 kali sehari" tentu kau nak suruh aku buktikan bahawa kata-kata itu sahih daripada Husam, bukan ? Jadi wahai Pak Rampa, sebelum kau sewenang-wenangnya mendakwa bahawa kata-kata itu dari Ibnu Mas'ud, kau perlu buktikan kesahihannya dulu. Selagi itu belum kau lakukan, maka setiap kali kau mengatakan kata-kata itu dari Ibnu Mas'ud maka setiap kali itulah kau BERBOHONG atas nama Ibnu Mas'ud.

2 Wahai manusia yang berotak haprak bernama Pak Rampa, KALAU KAU YANG INGIN MENGGUNAKAN DALIL ITU SEBAGAI HUJAH MILIK KAU, MAKA KAULAH YANG BERTANGGUNGJAWAP UNTUK MENGEMUKAKAN SEMUA PERINCIAN TENTANG DALIL ITU, bukan kami, gheti ?

Dalil itu bukan dalil kami, jadi kenapa kau minta kami kemukakan penjelasan tentang dalil itu ? Apalah BONGOK punya pemikiran bughah.

Apabila perincian sesuatu bukti itu cuba disembunyikan oleh pihak yang menggunakannya maka jelaslah terdapat sesuatu kepincangan pada bukti itu yang cuba disembunyikan oleh pihak berkenaan. Macam contohnya seorang suami yang mendakwa isterinya berzina kerana percayakan fitnah orang, yang dia sendiri tidak lihat isterinya berzina, tiba-tiba di hadapan hakim dia kata "saya lihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa isteri saya berzina." Kemudian si isteri yang teraniaya itu bertanya balik kepada si suami, "pukul berapa yang kau lihat aku berzina tu ?". Kemudian, kalau si suami itu bodoh macam Pak Rampa, dia tentunya akan jawap, "pukul berapa aku tengok kau berzina tu adalah tanggungjawap kau untuk berikan, tak kan kau tak tahu pukul berapa kau berzina ?".

Kepada pembaca secara umumnya saya yakin sudah faham dengan situasi ini, iaitu: Kalau kita ingin memberikan sesuatu bukti, maka kitalah yang bertanggungjawap penuh untuk membawa segala benda yang relevan untuk membuktikan keutuhan bukti kita, bukannya menyuruh lawan kita melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan itu. Kalau kita terpaksa bertahan dengan taktik ini, ia akan jelas menunjukkan kelemahan dalil kita dan kedangkalan ilmu kita. Walau bagaimanapun saya ini ingin juga mengemukakan satu analogi real life untuk lebih difahami situasi ini, terutama kepada puak-puak BODOH yang sekepala dengan Pak Rampa.

Seorang rakan saya pernah disaman oleh polis kerana membawa kereta yang lampu gear reversenya tidak padam. Sesampai di mahkamah, rakan saya bertanya, "Salahkah bawa kereta dengan lampu gear reverse tidak padam ? Kalau salah, mengikut seksyen mana ?". Majestrik minta polis kemukakan nombor seksyen itu (bukan minta rakan saya yang kemukakannya kerana polis yang ingin mendakwa, bukan rakan saya) tetapi polis gagal. Apa yang jadi ? Buang kes - semata-mata kerana gagal kemukakan seksyen berapa. Kalaulah polis itu sebodoh Pak Rampa tentu dia akan jawap, "Seksyen berapa itu tanggung jawap yang tertuduh untuk berikan." Nasib baik polis itu tidak bodoh dan akui kesilapannya.

3 Siapa yang bagi autoriti untuk kata kitab Musnad bukan kitab sahih ? Saudara-saudara sekalian, nampak sangat Pak Rampa terlalu jahil ilmu hadis. Dalil yang dia berikan itu cuma main rembat mana-mana yang terjumpa je. Sebab itu dia gagal berikan perincian dalil itu. Dia sendiri tidak pernah merujuk kepada kitab Imam Ahmad.

Wahai Pak Rampa mangkuk hayun, YANG MEMBERIKAN AUTORITI SAMA ADA KITAB ITU SAHIH ATAU TIDAK ADALAH PENULISNYA SENDIRI. Gheti Pak Rampa ? Imam Bukhari mengatakan dalam kitab sahihnya dia tuliskan setiap satunya adalah hadis-hadis yang dia fikirkan sebagai sahih, maka dia panggil kitabnya sahih. Begitu juga kitab Sahih Muslim, autoriti itu dari Imam Muslim sendiri. Kitab al-Musnad Imam Ahmad dan kitab-kitab sunan daripada Imam Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majjah, Abu Daud, dan lain-lain, tidak mengandungi semuanya hadis sahih. Penulis kitab tersebut sendiri yang akan tulis di akhir setiap hadis yang mereka bawakan itu sama ada hadis itu sahih, hasan, daif, mungkar, dan sebagainya. Disebabkan terdapatnya campuran pelbagai kategori hadis di dalam kitab-kitab berkenaan, maka imam-imam penulis hadis itu menurunkan taraf kitab tersebut sebagai kitab sunan atau musnad sahaja, bukan kitab sahih. Jadi siapa yang berikan autoriti untuk mengatakan kitab Musnad bukan kitab sahih ? Jawapnya: Imam Ahmad sendiri, sebab dia sendiri tidak menamakan kitabnya sebagai Kitab Sahih Ahmad.

Macam juga buku-buku peringkat UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Siapa yang beri autoriti untuk kata begitu ? Penulisnya sendiri. Sebabnya itulah tajuk buku yang diberikan oleh penulis sendiri. Siapa yang tentukan dalam kategori macam sesebuah lagu akan masuk dalam Juara Lagu TV3 ? Jawapnya komposer lagu itu sendiri (tak percaya ?), bukan TV3 atau hakim yang tentukan kategori lagi itu.

Aduhai, Pak Rampa memang MANGKUK HAYUN. Tak tahu sebanyak mana lagi dia nak telanjangkan kebodohannya.


Yang Allah, aku mohon kepadamu atas setiap huruf yang dituliskan oleh ahlul bughah yang digelar Pak Rampa ini untuk memutar-belitkan agama, hapuskanlah satu ilmu dari dadanya sehingga kau tinggalkan dia tanpa sedikitpun ilmu yang membezakan antara manusia dan haiwan. Demi sesungguhnya dia amat degil terhadap agamamu.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Pak Rampa....saya kenal cara Pak Rampa...zaman berzaman..sama jer..


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 22:26:48 11/27/05 Sun

Wahai Pak Rampa Rompeh Rompih Rompuh..


Pak Rampa....saya kenal cara Pak Rampa...zaman berzaman..sama jer.. Pak Rampa hanya boleh menipu segolongan yang tidak tahu sahaja. Tetapi tidak bagi kami disini. Pak Rampa hanya mengguakan taktik2 basi, busuk, hanyir dan berbau jijik. Hentikanlah menyoal benda2 orang dah jawab. Bukan saya sahaja yg membaca, malah orang2 kerajaan yang lain pun turut membaca. Bukan setekat kerajaan, orang PAS sendiri pun baca. Orang PAS nak kutuk Pak Rampa tak tergamak, member la konon. Buktinya, waktu saya PAS dulu pun saya dah meluat tengok cara Pak Rampa ni. Nak tegur, 'se-gu' atau 'se-geng'. Alah, paham2 jer lah. Kang kutuk kang, berjuih air liur marah telan monitor.

Ada paham??

Usahlah diulang2 benda2 karut dan marut. Mencacai macam pariya. Budak kepala tiga suku main steren kereta atas pokok jambu. Ada paham.


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Pak Habib turun ke Pengkalan Pasir sokong PAS


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 14:26:28 11/24/05 Thu

Penulis Syed Hussin Al-Attas atau lebih dikenali dengan nama ‘Pak Habib’ telah melakukan ‘kejutan’ apabila menyatakan secara terbuka untuk menyokong perjuangan PAS sama ada dalam bentuk penulisan atau ceramah.

Setelah menyokong perjuangan Umno khususnya dalam
penulisan selama 45 tahun, semalam beliau juga turut
menyatakan secara terbuka untuk menyokong PAS di
pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir. Beliau
berkata demikian ketika bercakap dalam sidang media di
kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) di sini.

Katanya lagi, perubahan pendiriannya itu bukan sahaja
mengejutkan para pimpinan Umno, rakan-rakan penulis
lain, sebaliknya beliau sendiri terkejut dengan
perubahan itu.

“Jangankan orang lain, saya sendiri terkejut dengan
perubahan saya ini, tetapi saya yakin saya tidak salah
melakukan perubahan,” ujarnya lagi.

Beliau turut berpendapat, tidak ada sebab perjuangan
PAS khususnya pemimpin mereka seperti Mursyidul Am,
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, harus
ditentang kerana parti itu satu-satunya yang
memperjuangkan Islam.

Pak Habib turut melahirkan rasa syukur di atas
perubahan pendiriannya untuk menyokong perjuangan PAS
terutama di penghujung kehidupan.

“Saya bersyukur banyak-banyak kerana Allah telah
membukakan pintu hati saya terutama di saat-saat akhir
kehidupan saya ini, saya harap penyokong Umno yang
lain juga berbuat demikian kerana hidup kita ni sudah
semakin hampir dengan Isyak,” katanya.

Tok Guru Nik Aziz sifu saya

"Dulu sifu saya adalah Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir
tetapi sekarang sifu saya adalah Tok Guru Nik Aziz,"
katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan belia
di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas malam kelmarin.

Turut berucap di majlis itu adalah Pengerusi
Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa
dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia
dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood.

Seramai 350 belia dari 14 kelab belia seluruh
Pengkalan Pasir berkumpul di majlis tersebut. Husam
Musa telah melancarkan Gabungan Kelab Belia Pengkalan
Pasir.

Setiap kelab menerima geran RM500 dari kerajaan negeri
untuk menjalankan aktiviti belia di kampung
masing-masing.

Antara aktiviti yang dirancang untuk mereka adalah
Bengkel Pemanduan Motosikal Berhemah dan Belia
Prihatin.

Juara Cub Prix Malaysia, Yasir Said akan menjadi
jurulatih kepada mereka tentang cara-cara menunggang
motosikal yang selamat.

Mereka juga akan masuk ke kampung-kampung untuk
bertemu dengan belia bagi mengajak mereka menjalankan
aktiviti yang sihat termasuk menunggang motosikal
secara berhemah.

Pak Habib turut menyampaikan geran kepada sebahagian
wakil kelab belia yang hadir.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: keh keh keh....kalau dah bebal memang takkan faham keSIMBOLIKan YDPA


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 11:33:44 11/08/05 Tue

Suatu hari kita tackle aweks, tetiba aweks tu cakap :

"Sori eh...i nak study dulu la". atau "...tunggulah 10 tahun lagi kerr.... atau "....seruan tak sampai lagi laaa..."

Ini bermakna secara SIMBOLIKnya awek tu dah tak ske kat kita. Atau dengan bahasa kasarnya :

"WOI TOLOL, TAKKAN TAK GHETI2 LAGI KOT?? AKU TAK SUKA KAT KO LAH. TAKKAN TAK PAHAM2 LAGI KOT?? KO NI BODOH KE APA?? TOLOL?? TAK GHETI BAHASA KER?? HEH?? KER KO NI BAGHAL??

Ada pahammm?? Tapi itu adalah kiasan ATAU simbolik yang perlu kita fahami.

Kita bagi contoh yg lain pula. Satu hari kita nak mintak tolong member buat kerja. Tetiba member kita jawab :

"Sori eh...ada keje ah." atau "...alamak, bz giler hari ni".

Sebagai member sejati, maka kita memahami situasi ini. Pandai menangkap yg tersirat. Kerana itu adalah kiasan yang berupa simbolik. Kita yakin, ramai yg tak dapat menangkapnya. Tapi 'action' jer lebih. Atau dengan cara kasarnya member kita boleh jawab macam ini :

"BAGHAL CELAKE KO. AKU TAK SKE KERJA DENGAN KO. PAHAM2 JER LAAAAA.....BODO. YANG TU PUN TAK PAHAM. TAKKAN TAK GHETI2 LAGI KOT?? HAH?? BAGHAL!"


Itulah dia SIMBOLIK atau KIASAN. Sepertimana KIASANNYA KEKUASAAN PM MENGATASI YDPA. Menyerlahkan bahawa YDPA hanyalah SIMBOLIK semata2.

Sila rujuk perkara 40(a) Perlembagaan Persekutuan dimana YDPA hendaklah bertindak mengikut nasihat PM.

So, SIMBOLIK atau KIASAN kat sini, YDPA adalah Pemimpin Raja Berperlembagaan, tapi Baginda TIADA KUASA dari segi apa2 pun. Kuasa sebenar pemerintahan adalah terletak dibahu Perdana Menteri.(sila ikuti tulisan Prof. Jayum A. Jawan)


Kita amat hairan dengan orang PAS. Mana yang mereka pilih, kita pun tidak tahu. Sama mereka memilih KEBENARAN ataupun KEMENANGAN. Bila kita bagi hujah, mereka mintak kita buat rujukan. Bila kita beri rujukan, mereka mengada2. Yang mana satu yang mereka hendak pun kita tak tahu. Tetapi boleh agak kot...asal ikut nafsu depa baru depa terima. Bila nafsu, kompem nak MENANG....bukan nakkan KEBENARAN.

keh keh keh keh... lawak...lawak... sepertimana yang diminta oleh SUITM. Dia nak perkataan SIMBOLIK. keh keh keh keh...kelakar kar kar kar giler. Tak perlu perkataan SIMBOLIK, dah benda tu memang simbolik. Lawak betul. Cuba aweks SUITM cakap camni bila SUITM ditolak oleh aweks dia, "Ni...saya nak cakap SIMBOLIK jer...saya nak study dulu la...simbolik jer. hehehehe...hehehehe...hehehehe...simbolik jer.... hehehehe...hehehehe....hehehehe....simbolik jer....".

Tak perlu cakap benda tu SIMBOLIK, kerana benda tu dah memang simbolik. keh keh keh keh.... ada pahammm.......

sekian harap maklum SUITM. Jangan cuba memperlekehkan PROFESOR JAYUM A. JAWAN. Dia lebih alim dari anda..... takbirr...takbirr...takkkkburr.......

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Wahai MANGKUK HAYUN ! Selesaikan tugas kau dulu


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 05:11:54 11/27/05 Sun

Wahai BENGONG, ini jawapan aku yang aku dah ulang beribu kali:

Ibnu Mas'ud TIDAK berpendapat begitu.

Kau hanya berbohong atas nama Ibnu Mas'ud apabila menggunakan hadis daif itu sebagaimana yang dikomentar oleh Imam Ahmad.

Selagi kau gagal membuktikan kesahihan hadis itu, selagi itulah kau berdosa BESAR kerana mengatakan Ibnu Mas'ud berpendapat demikian.

Aku ulangi, Ibnu Mas'ud TIDAK berpendapat bahawa hukum Islam itu bergantung kpd suara majoriti.

Kau memang terkapai-kapai cuba bernafas dgn hadis daif ini.


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Wahai MANGKUK HAYUN ! Selesaikan tugas kau dulu


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 05:06:02 11/27/05 Sun


Aku tidak menyanggah kata-kata Ibnu Mas'ud, tapi aku menyanggah kata-kata orang yang membawa kata-kata itu yang mendakwa KONONNYA ia berasal drp Ibnu Mas'ud, sebagaimana Imam Ahmad menyanggah kata-kata itu dengan cara meletakkannya sebagai hadis DAIF.

Faham ke ? Mangkuk hayun ?


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Wahai MANGKUK HAYUN ! Selesaikan tugas kau dulu


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 04:57:18 11/27/05 Sun

Selesaikan tanggungjawap kau dulu sebelum kau minta orang menjawap (in fact aku sudah jawap banyak kali persoalan kau tu). BUKTIKAN DAHULU BAHAWA IBNU MAS'UD BENAR-BENAR BERKATA BEGITU. Itu tanggungjawap kau sebelum kau mahu aku terima dalil kau itu. Aku sudah cakap berkali2 kpd kau yang BEBAL ni, bhw Imam Ahmad mangambil kata2 itu dan kemudian mengkomentarkan bahawa ianya DAIF dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAH. Kau ni gheti ke tidak ?

IMAM AHMAD SENDIRI YANG KATA BAHAWA KATA-KATA ITU DAIF. AUTORITINYA DARI IMAM AHMAD SENDIRI.

DAIF MAKNANYA KITA TIDAK YAKIN BAHAWA KATA2 ITU BENAR2 DARI IBNU MAS'UD. Besar kemungkinan Ibnu Mas'ud tidak pernah bercakap begitu.

Selagi kau gagal membukti bahawa hadis kau itu sahih, maka selagi itu hadis itu daif - mengikut kaedah Imam Syafei, setiap hadis adalah PALSU selama mana ia gagal dibuktikan sebagai sahih atau daif. Dan setiap yang daif kekal daif selagi ia tidak dibuktikan sebagai sahih.

AKU BUKAN MENOLAK KATA-KATA IBNU MAS'UD, TAPI YANG AKU KATA ADALAH: IBNU MAS'UD TIDAK BERKATA DEMIKIAN DAN KAU HANYA BERBOHONG ATAS NAMA IBNU MAS'UD.


Yang Allah, aku mohon kepadamu atas setiap huruf yang dituliskan oleh ahlul bughah yang digelar Pak Rampa ini untuk memutar-belitkan agama, dan menggunakan kata-kata yang tidak diyakini berasal daripada para sahabat, hapuskanlah satu ilmu dari dadanya sehingga kau tinggalkan dia tanpa sedikitpun ilmu yang membezakan antara manusia dan haiwan. Demi sesungguhnya dia amat degil terhadap agamamu.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: MUhazam Kena Jawab apa yang ditanya!


Author:
Pemerhati
[Edit]

Date Posted: 18:11:27 11/26/05 Sat

"Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil di sisi Allah".

Kita kemukakan apa yang dikatakan oleh Ibnu Mas'ud itu, dan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Muhazam kalau mahu menafikan kata-kata Ibnu Mas'ud itu; dengan kemukakan hujah-hujah yang berautoritatif!

Muhazam kena kemukakan pula:
(a) Ulama mana dan siapa namanya, serta dari Kitab apa namanya, yang berkata bahawa apa yang dikatakan oleh Ibnu Masud itu adalah tidak betul!
(b) Ulama mana dan siapa namanya, serta dari Kitab apa namanya, yang berkata bahawa perawi-perawinya adalah daif?

Justeru, selama mana Muhazam Mustapha tidak dapat menjawab soalan-soalan kita di atas itu, selama itulah bahawa mengikut majoriti ulama di Malaysia bahawa PAS adalah HALAL kewujudannya, kerna selama PAS telah ditubuhkan kita tidak pernah mendengar atau membaca dakwaan mana-mana ulama di Malaysia bahawa PAS adalah haram sebagaimana haramnya zina!

Selama mana tidak adanya majoriti ulama mengatakan PAS adalah haram seabagaimana haramnya zina, selama itulah Muhazam Muztapha menjadi jagoan memutarbelitkan agama dan mengajar bab Bugah secara sesat!

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Lagi KEBONGOKAN Pak Rampa didedahkan


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 15:04:50 11/24/05 Thu

Kita tengok apa yang Pak Rampa tulis lagi:

Dan adalah tanggungjawab Muhazam juga membuat kajian untuk tengok kata-kata asal Imam Ahmad itu supaya melengkapkan hujah kita, bukan sekadar membuat general statement saja begitu. Kita sengaja tak kemukakan apa yang ada dalam Kitab berkenaan nak tengok sejauh mana Muhazam dan Gurunya ada kitab tersebut dan sejauh mana Muhazam dapat menafikan kata-kata Ibnu Masud itu.


Aduhai..... BONGOKNYA Pak Rampa ni. Sila tengok saudara-saudara sekalian tulisannya yang saya gariskan itu. Dia minta saya yang lengkapkan dalilnya. Saya ulangi, DIA MINTA SAYA SUPAYA LENGKAPKAN DALIL YANG DIA BERIKAN. Maka sahlah dalilnya itu tidak lengkap dan tidak boleh dipakai. Apa jenis manusia BAHLOL ni.....

Wahai Pak Rampa, tak payah buat dalih murahan. Kalau kau jahil hadis, cakap saja kau tu jahil. Tak payah pusing-pusing kata nak uji kamilah, nak itulah, nak inilah. Tunjukkan saja ilmu kau. Aku nak tengok. Aku tidak pernah membuat general statement, tapi yang aku buat adalah PERSOALAN ASASI DAN PERTAMA-TAMA SEKALI YANG PERLU DISOAL DALAM MENGKAJI HADIS: HADIS ITU SAHIH ATAU DAIF ? Kalau hadis itu tidak sahih maka 90% kebarangkalian kata-kata itu cuma rekaan dan tidak pernah dituturkan oleh orang didakwa telah menuturkannya (dalam kes ini Ibnu Mas'ud), maka dengan itu HARAM berhujah dengan dalil sebegini kerana akan terjatuh kepada pembohongan atas nama orang yang didakwa telah menuturkan kata-kata itu. Yang membuat general statement adalah kau kerana kau yang main tibai ambil dalil ikut jumpa yang terpotong sana-sini.

Yang Allah, aku mohon kepadamu atas setiap huruf yang dituliskan oleh ahlul bughah yang digelar Pak Rampa ini untuk memutar-belitkan agama, hapuskanlah satu ilmu dari dadanya sehingga kau tinggalkan dia tanpa sedikitpun ilmu yang membezakan antara manusia dan haiwan. Demi sesungguhnya dia amat degil terhadap agamamu.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: 'kebodohan’ Muhazam Vs 'kebodohan’ pemimpin Umno


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:35:15 11/25/05 Fri

Pemimpin Umno Kelantan memperlihatkan kebodohan mereka apabila mendesak kerajaan Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengugut Adunnya mahu meletak jawatan secara beramai-ramai bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan.

Muhazam memperlihatkan kebodohannya dengan teori bughah yang dianuti dan difahami secara asing yang tidak mendapat sokongan melainkan sekelumit orang seperti Pek dik dan mereka membuat orang-orang virual bagi menutup-nutupi kegagalan mereka.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin Umno di negeri ini dan Pusat tidak merujuk kepada undang-undang pilihan raya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kenyataan mereka yang meletak jawatan hilang kelayakan menjadi calon dalam tempoh lima tahun, baru mereka diam. Ini menampakkan mereka tidak baca peraturan itu, hanya selepas SPR mengeluarkan kenyataan baru mereka berhenti,” katanya.

Beliau berkata, beliau juga yakin modal yang paling besar bagi Umno pada pilihan raya kecil ialah duit. Mereka menggunakan sebanyak-banyaknya duit untuk membeli pengundi.

Ini jelas rasuah dan ugutan menggunakan jentera kerajaan dan media. Kita yakin pilihan raya kali ini berlaku dalam keadaan tidak sama dan berat sebelah.

“Namun kita tetap akan bekerja keras untuk mempertahankan kerusi ini. Umno sebuah parti yang lemah dan hanya mampu mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Umno tidak mampu bergerak dengan jenteranya sendiri. Umno terpaksa menggunakan tongkat daripada jentera kerajaan,” ujarnya.

Ditanya mengenai Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman yang membuat kenyataan terbuka bagi memberi laluan kepada calon lain, katanya, keadaan itu berlaku mungkin kerana dia sudah awal-awal lagi tahu tidak akan dipilih.

“Mungkin pemimpin itu telah dipujuk. Bagaimanapun menjadi kebiasaan dalam Umno mereka akan berebut untuk menjadi calon, sedangkan kita memberi tanggungjawab kepada parti mengenai calon yang hendak dipilih.

"Calon kita perlu memikul tanggungjawab dan amanah. Namun Umno merebut peluang kerana terdapat banyak habuan kerajaan yang boleh direbut, sama ada kalah atau menang,” ujarnya.

Ketua Bahagian Umno Pasir Mas membuat kenyataan memberi laluan kepada calon lain bertanding pada pilihan raya kecil tersebut. Selain itu beliau berharap pemimpin Umno lain menerima mana-mana calon yang diputus Presiden Umno.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, calon PAS Insya Allah kita akan berjaya dengan pertolongan Allah Taala. Dan kita pernah kita menang dalam banyak pilihan raya yang diadakan sebelum ini.

“Kriteria calon kita adalah dipilih daripada orang yang berpengalaman, mampu menjalankan tugas di kawasan dan dalam Dewan. Calon itu mampu menolong rakyat dan membantu kerajaan. Apa yang penting ialah menegakkan Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan kita,” ujarnya.


Muhazam ternyata tidak mambaca perlembagaan Malaysia dan ternyata tidak memahaminya menyebabkan dia hanyut dalam teori bikinan asingnya. Sepatutnya dia sedar bahawa:

Malaysia adalah sebuah Negara Raja berperlembagaan secara demokrasi...
Negara demokrasi membolehkan wujudnya parti pembangkang...
= Mewujudkan parti pembangkang adalah dibolehkan @ mesti ada pembangkang
= Mengikuti Perlembagaan Malaysia

Malaysia adalah sebuah Negara Raja berperlembagaan secara demokrasi...
Negara demokrasi membolehkan wujudnya parti pembangkang..
Menganggap pembangkang sebagai pemberontak samalah seperti menghalang demokrasi.
= Penghalang demokrasi adalah pemberontak.
= Menentang Perlembagaan Malaysia @ Menghalang Perlembagaan Malaysia
= Kaum Bughah @ Penderhaka kepada Negara Malaysia

Kesimpulannya, sesiapa @ mana-mana orang UMNO yang menganggap PAS atau mana-mana parti pembangkang yang sah di sisi undang-undang Malaysia @ Perlembagaan Malaysia sebagai bughah, mereka itulah yang bughah. Mereka cuba memberontak terhadap pemerintah kerana cuba menghalang sistem demokrasi berjalan di Malaysia.


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: MUHAZAM JANGAN ALIHKAN PERKARA POKOK!


Author:
Pemerhati
[Edit]

Date Posted: 17:35:40 11/26/05 Sat

Kita punya stand ialah:
Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai): "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil di sisi Allah.".

Kita nak tanya Muhazam, apakah Muhazam bersetuju dengan pendapat Ibnu Mas'ud itu, atau tidak!

Solan kita mudah saja, Muhazam bersetuju atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Mas'ud itu?

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Sejenak kes janji PALSU buka universiti di Kelantan


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:48:54 11/25/05 Fri

BERNAMA melaporkan bahawa Timbalan Presiden Umno yang juga TPM, Najib Tun Razak bertegas bahawa BN akan tetap membina sebuah universiti di Kelantan jika berjaya menawan negeri tersebut dari tangan PAS.

Semasa berkempen di Pasir Mas baru-baru ini Najib telah berjanji membina sebuah universiti di Kelantan dengan syarat para pengundi di Pengkalan Pasir memberikan isyarat menolak PAS pada pilihanraya kecil 6 Disember ini. Kata beliau keupayaan menolak PAS adalah tanda awal kejatuhan kerajaan PAS Kelantan dan kembalinya kuasa ke tangan Umno.



Beberapa hari kemudian Menteri Pengajian Tinggi, Dr Shafie Mohd Salleh telah membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat tidak akan membina lagi univerisiti awam baru di mana-mana negeri. Kenyataan ini seolah-olah meletakkan janji Najib itu laksana sebuah janji kosong. Lalu dalam mesyuarat kabinet isu ini terpaksa dibangkitkan dan BERNAMA melaporkan:

The Barisan Nasional (BN) government will honour its promise to set up a public university in Kelantan if the party succeeds in wresting the state from Pas, Datuk Seri Najib Tun Razak said Wednesday.The Deputy Prime Minister said the Cabinet, in its weekly meeting Wednesday, decided to endorse a promise made by the BN in the last general election that if the coalition succeeds in forming the government in Kelantan, a public university would be built in the state, the only state under opposition control.

Kerajaan BN akan menunaikan janjinya untuk membina sebuah universiti awam di Kelantan jika parti tersebut berjaya menawan negeri itu dari PAS kata Najib.TPM berkata kabinet dalam mesyuarat mingguannya telah memutuskan untuk mengiktiraf janji BN dalam pilihanraya umum lalu bahawa jika parti tersebut berjaya membentuk kerajaan di Kelantan, sebuah universiti akan didirikan di negeri tersebut, satu-satunya negeri di bawah kuasa pembangkang.

Demikianlah hebat dan berpengaruhnya kuasa Najib dalam kerajaan BN hari ini. Segala janji dan gula-gula yang beliau taburkan tak kiralah samada beretika ataupun tidak, menyalahi undang-undang ataupun tidak, jika ada yang dipertikaikan maka ianya akan segera di bawa ke kabinet untuk di endorse. Najib selamat imej BN pun terpelihara.

Soalnya seorang rakan bertanya saya, dah penuhkah universiti-universiti awam ini dibuka di negeri-negeri lain khususnya yang di bawah kuasa BN? Sebelum Najib berjanji dan menggula-gulakan rakyat dan para pengundi di Kelantan sepatutnya beliau pastikan kesemua negeri-negeri BN masing-masing dah ada universiti sendiri yan beroperasi sepenuhnya, barulah patut.

Kasihan rakan-rakan kita yang kuat menyokokng Umno di Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan. Tak tergiurkah air lior mereka apabila melihat janji Najib untuk orang Kelantan tu? Berpuluh tahun sejak Umno berkuasa, sampai sekarang tak berbunyi pun akan dibina universiti di negeri-negeri ini.

Aduhai Najib, Pahang Darul Makmur, negeri mu sendiri pun tak ada universiti awam sendiri, yang sibuk nak janji pada orang Kelantan tu apahal? (Kalau sekadar nak ambil kira cawangan UITM di Jengka itu, di Machang, Kelantan pun ada cawangan) (Dan jangan ambil kiralah KUKTEM, KUKUM - itu bukan universiti penuh)

Begitulah kisah janji Mat Jenin, Pak Kadok dan apa sahaja nama yang boleh kita berikan kepada pemimpin yang seumpama ini. Jentera Umno dari Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan yang menyesakkan Pekan Pasir Mas tu sepatutnya bertanya Timbalan Presiden mereka, takkan Kelantan je kot, kami ni habuk pun tarak!

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Polis hanya perlu jaga keselamatan sahaja - SPR


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:44:29 11/25/05 Fri

"Ini SPR punya tanggungjawab.Kita minta polis jaga keselamatan sahaja, lain hal kita jaga, kita boleh jaga kerana kita ada kemampuanlah," SPR


Pasukan Polis dinasihati agar hanya menjaga aspek keselamatan sahaja semasa perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir dan selebihnya adalah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Saya dah beritahu polis jangan berlebihan, supaya tidak akan jadi negara polis," kata Abdul Rashid ketika ditemui selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di pejabatnya di Putrajaya.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Takiyuddin Hassan, mantan Ahli Parlimen Kuala Krai, Nasir Daud dan Peguam, Hanipa Maiden.

"Ini SPR punya tanggungjawab.Kita minta polis jaga keselamatan sahaja, lain hal kita jaga, kita boleh jaga kerana kita ada kemampuanlah," katanya.

Selain itu dalam hal yang sama beliau juga menyeru pemimpin setiap parti yang bertanding menasihati penyokong supaya mengawal perasaan mereka di sepanjang perjalanan pilihan raya.

Menurut beliau, kebiasaanya pilihan raya kecil akan berlaku pergaduhan antara penyokong akibat permainan sentimen.

Beliau berharap semua pemimpin yang matang mampu mengawal kerana bagi SPR dalam perjalana pilihan raya kali ini mereka akan memastikan perjalanan lebih baik dengan kebebasan diberi seluas mungkin, katanya.

"Saya dah bincang dengan pihak polis saya nak jangan ada syarat yang membantut perjalanan pilihan raya sebab ianya melangar prinsip demokrasi," katanya.

Menurut Abdul Rashid, SPR akan memainkan peranannya sebagai sebuah badan bebas yang telus dan memastikan kecelaruan yang pernah berlaku dalam pilihan raya 2004 yang lalu tidak berulang, katanya.

"Kita akan cuba tetapi kita tak boleh jamin 100 peratus kerana aspek demokrasi ini luas, SPR hanya berhak dalam aspek pilihan raya, yang lainnya itu semuanya kerajaan yang lebih berhak," katanya.

Beliau juga berkata, SPR kini dalam proses akhir menyemak dan memperkemaskini daftar pengundi bagi memastikan daftar pengundi pada kali ini bersih dan tidak akan diragui.

Sementara itu Mustafa yang bercakap bagi pihak PAS pula bersetuju dengan seruan SPR supaya pemimpin parti menjaga ahli atau jentera masing-masing.

"PAS sendiri akan memastikan ahli dan jenteranya menjaga keharmonian dan emosi mereka," katanya.

Dalam hal yang berkaitan, Mustafa juga menghargai kesudian SPR untuk bertemu dengan PAS selepas pertemuan ini sekiranya ada kesulitan berlaku ditengah-tengah perjalanan pilihan raya DUN Pengkalan Pasir.

PAS akan sentiasa bertemu dengan SPR dalam memastikan perjalanan pilihan raya mengikut lunas demokrasi yang sebenar, katanya.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: SPR malukan Umno


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:40:10 11/25/05 Fri

Pemimpin Umno yang mendesak Kerajaan PAS membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sepatutnya menanggung malu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan Adun meletakkan jawatan tidak boleh jadi calon lima tahun.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar mengenai perkara itu benar-benar memberi tamparan kepada pemimpin Umno.

“Alhamdulillah menjadi rezeki kepada pejuang Islam. Cubalah kalau berani letak jawatan. Ini menandakan Umno seolah-olah tidak tahu langsung ada undang-undang tersebut sedangkan mereka juga yang membuatnya.
“Atau mungkin juga mereka sengaja hendak melawan undang-undang. Itu mungkin semangat keris telanjang yang menjadi simbol kepada perjuangan Umno.
“SPR sudah mengajar Umno, jangan cakap besar kerana dunia ini ada undang-undang. Bukan Umno yang berkuasa tetapi undang-undang yang lebih berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR menjelaskan Adun Kelantan yang meletak jawatan tanpa sebab akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.
Perkara 48(6), Perlembagaan Persekutuan menyebut, seseorang yang meletak keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh perletakan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat.

Menurut Wan Ahmad, Kelantan juga memakai peraturan yang sama.

Sebelum itu, banyak pemimpin Umno mendesak kerajaan Kelantan membubar DUN termasuk gesaan oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah lebih mengaibkan lagi apabila Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak merestui hasrat 21 Adun BN mengosongkan kerusi mulai 1 Disember ini.

“Selagi manusia menggunakan sekular, selagi itulah akan timbul isu selama-lamanya. Contoh Ikhwan Muslimin di Mesir, sejak zaman Jamal Abdul Nasser ditekan, tetapi dalam pilihan raya di Mesir sekarang, Ikhwan sudah dapat sokongan, sebaliknya parti Hosni Mubarak menurun.
“Ini juga akan berlaku terhadap Umno. Umno akan runtuh sedikit masa lagi kerana dasarnya tidak jelas. Cuma apa yang ditekan parti itu adalah pembangunan. Tidak ada hala tuju jelas,” ujarnya.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Wanita Umno Sabah Bantu BN Berkempen


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:17:31 11/24/05 Thu

KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Pergerakan Wanita Umno Sabah akan turun padang bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Pasir, Kelantan, kata Ketua Wanita Umno negeri Datuk Armani Mahiruddin.

Wanita Umno Sabah akan berlepas ke Kelantan pada 26 Nov dan berada di sana sehingga hari pengundian 6 Dis ini, katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah di Bangunan Kuwasa di sini.

Selain Armani yang juga Exco Pergerakan Wanita Umno, turut serta dalam rombongan itu ialah beberapa Ketua Wanita bahagian iaitu Ketua Wanita Ranau Datuk Amisah Yassin, Hamisah Samat (Kalabakan), Datin Rahmah Jan Sulaiman Khan (Tenom) dan Aminah Johan (Kinabatangan).

Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya Wan Abdul Aziz Wan Jaafar pada 31 Okt lepas.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=166611


Sepatutnya, sebelum wanita umno Sabah nak datang ke Kelantan, mereka patut rujuk dahulu kepada:

Aturan Urusan Mesyuarat, Dewan Rakyat, 4-Oktober-2005, Bil 48:
yang boleh didapati di laman berikut:
www.parlimen.gov.my/op/2005/AUM%20DR%2004102005.pdf

mukasurat 13;

20. 150-100233
Datuk Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan meminta PETRONAS membuat pelaburan di pelbagai sektor di Sabah sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai salah satu daripada pengeluar minyak petroleum negara. Pelaburan yang dimaksudkan termasuklah industri hiliran minyak petroleum dan gas, bidang pelancongan, pembangunan hartanah, pembangunan pendidikan untuk membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang mampan ke arah mencapai status negeri maju bagi Sabah sejajar dengan Wawasan 2020. Dewan ini juga harus membuat perakuan bahawa adalah tidak munasabah bagi negara Malaysia melihat negeri SABAH TERUS MENERUS MENJADI NEGERI YANG MEMPUNYAI KADAR KEMISKINAN YANG TERTINGGI sedangkan Sabah adalah salah satu daripada pengeluar minyak petroleum, negara yang telah banyak memberi sumbangan kepada kekayaan negara."

mukasurat 17;
32. 150-100253
Datuk Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kewujudan begitu banyak kampung-kampung di negeri Sabah yang belum lagi mendapat kemudahan asas terutama sekali bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan kampung serta prasarana sekolah rendah yang serba daif dan kekurangan termasuklah ketidak wujudan kemudahan tadika setelah lebih 40 tahun merdeka melalui pembentukan Persekutuan Malaysia. Dewan ini juga memperakui bahawa keadilan sosial harus ditegakkan dengan segera dengan memberi peruntukan kewangan yang mencukupi dan melaksanakan peruntukan pembangunan luar bandar dengan penuh berhemah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jadi, lepas tu Wanita Umno Sabah boleh la tolong kempen bahawa dgn dibawah pentadbiran BN di Sabah, Sabah masih BERJAYA MENJUARAI SEBAGAI NEGERI YANG MEMPUNYAI KADAR KEMISKINAN TERTINGGI sungguh pun Sabah juga kaya dgn minyak, serta masih banyak kawasan di Sabah yg ketinggalan daripada menikmati kemudahan asas.

Jadi, boleh percaya ke janji2 pemimpin Umno sedangkan Sabah yg dikuasai BN (yg juga kaya dgn sumber hasil bumi spt minyak & balak) masih jauh ketinggalan, malah lebih parah dari Kelantan yg dikuasai Pas???

Sepatutnya pemimpin2 umno cermin2 diri dulu sebelum nak tabur janji2 yg hebat2...

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Muhazam salah tafsir


Author:
Pemerhati
[Edit]

Date Posted: 23:49:26 11/21/05 Mon

Kita bawakan kata-kata Ibnu Mas'ud, sama ada perawi daif atau tidak, sahih atau tidak itu adalah tangungjawab Muhazam untuk mengemukakan bukti-buktinya. Siapakah ulama yang telah membuktikan perawi-perwai itu daif juga adalah tanggungjawab Muhazam mengemukakannya untuk kita semua tahu. Kitan Musnab bukan kita Sahih juga, siapakah yg berautoriti berkata begitu, sila kemukakan.

Dan adalah tanggungjawab Muhazam juga membuat kajian untuk tengok kata-kata asal Imam Ahmad itu supaya melengkapkan hujah kita, bukan sekadar membuat general statement saja begitu. Kita sengaja tak kemukakan apa yang ada dalam Kitab berkenaan nak tengok sejauh mana Muhazam dan Gurunya ada kitab tersebut dan sejauh mana Muhazam dapat menafikan kata-kata Ibnu Masud itu.

Hanya Muhazam yang pandai mengalihkan maksud Imam Masud yang kita kemukakan itu sebagai pihak kita mengdemokrasikan agama, sedangkan kita tidak bermaksud pun untuk mengdemokrasikan agama. Yang kita kemukakan ialah apa yang Ibnu Mausud itu maksudkan, iaitu sebagahian besar umat Islam (tentulah ulama) kata boleh, maka tentulah kita juga tidak boleh mengatakan tidak boleh. Kita tidak maksudkan sebagahian umat Islam itu termasuk juga umat Islam yg dah sekular.

Dengan sebab itu kesimpulan hujjah Muhazam yang terakhir adalah tidak relevan, sebab bercanggah dengan apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Maud itu. Ini adalah kerana apa yg dimaksudkan oleh Ibnu Maud itu sudah tentulah dia merujuk kepada sebagahian besar para ulama (umat Islam), bukannya bermasud sebahagian besar pengundi sekular.

Muhazam pandai hanya bercakap bab agama, hadis-hadis mengenai bughah, tetapi Muhazam sendiri menghalalkan mengutuk dan mencerca dalam postingsnya; ini amat bercanggah dengan maksud Al-Hadis yang menegah suka mencera orang kerana seseorang yang suka mencerca orang itu ialah bukan mu'min. Muhazam langsung tak mahu pakai maksud Al-Hadis tersebut. Dari dulu lagi kita kemkukakan kepada Muhazam, berhujah, berhujah sajalah, jangan melabel dan jangan mencerca; tetapi Muhazam tidak pernah peduli, kenapa?

Berani Muhazam mencerca PAS adalah haram sebagaimana haramnya zina, apa nas dan dalilnya? Kata nak terbitkan buku nak buktikan PAS adalah bughah, sudah berapa tahun, tunggu apa lagi? Selama mana buku yang Muhazam maksudkan itu tidak diterbitkan, selama itulah hujah-hujah Muhazam selama itu adalah hujah machiavellisme, memfitnah PAS dan berbohong dalam laman Forum Politik Nasional Idealis Mahasiswa ini!

Kita kemukakan maksud kata-kata Ibnu Masud, tetapi Muhazam mentafsirkannya sebagai mengdemokrasikan Agama!

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Kita Peringatkan Semula


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 01:14:01 11/21/05 Mon

PAS Haram Sebagaimana Haramnya ZINA

Undi PAS masuk syurga ?
Noooooo..... Undi PAS, kalau tak bertaubat, gerenti masuk neraka.

Undi UMNO masuk syurga ?
Noooooo..... Nak masuk syurga perlu banyak faktor lain. Bukan setakat bebas dari bughah sahaja.


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Pak Rampa Yang BAGHAL Terus Mendemokrasikan Agama


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 01:07:01 11/21/05 Mon

Wahai Pak BAGHAL,

Yang kau tulis itu BUKAN hadis. Ia hanya kata-kata Ibnu Mas'ud yang amat daif. Daif di sini bukan kerana Ibnu Mas'ud yang daif, tetapi kerana perawi-perawi yang membawa kata-kata itu adalah daif (lemah). Kata-kata spt ini TIDAK boleh, malah HARAM digunakan untuk berhujah dlm soal agama. Kita tengok sajalah Pak Rampa sendiri malu dgn hujah itu sehingga dia terpaksa merahsiakan nama-nama perawi tersebut dgn sewenang2 shj menuliskannya sebagai "yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai".

Wahai Pak BONGOK !

Kitab Musnab BUKAN kitab sahih. Di dlm kitab2 spt ini penulisnya menuliskan kata2 spt itu dan kemudiannya mengkomentarkan sebagai lemah. Oleh itu kita mahu Pak Rampa memberikan nombor bagi hadis itu dlm kitab Musnab supaya kita boleh tengok kata2 asal Imam Ahmad, bukan kata2 putar belit puak2 bughah macam Pak Rampa ini.

ATAU,

Kita boleh juga ikut formula Pak Rampa: Majoriti penduduk Islam Malaysia telah memilih BN/UMNO yang mereka yakini lebih baik. Dgn itu BN/UMNO lebih baik dan lebih Islam drp PAS. Majoriti pengundi Trengganu telah menolak Hadi Awang - nah maka terbuktilah bahawa Hadi Awang telah menyeleweng mengikut formula Pak Rampa.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Secara Matematik dan Saintifik


Author:
Pok Pek
[Edit]

Date Posted: 10:39:01 10/26/05 Wed

Malaysia adalah sebuah Negara Raja berperlembagaan secara demokrasi...
Negara demokrasi membolehkan wujudnya parti pembangkang...
= Mewujudkan parti pembangkang adalah dibolehkan @ mesti ada pembangkang
= Mengikuti Perlembagaan Malaysia

Malaysia adalah sebuah Negara Raja berperlembagaan secara demokrasi...
Negara demokrasi membolehkan wujudnya parti pembangkang..
Menganggap pembangkang sebagai pemberontak samalah seperti menghalang demokrasi.
= Penghalang demokrasi adalah pemberontak.
= Menentang Perlembagaan Malaysia @ Menghalang Perlembagaan Malaysia
= Kaum Bughah @ Penderhaka kepada Negara Malaysia

Kesimpulannya, sesiapa @ mana-mana orang UMNO yang menganggap PAS atau mana-mana parti pembangkang yang sah di sisi undang-undang Malaysia @ Perlembagaan Malaysia sebagai bughah, mereka itulah yang bughah. Mereka cuba memberontak terhadap pemerintah kerana cuba menghalang sistem demokrasi berjalan di Malaysia.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Mufti Terengganu yang bertaubat di pecat oleh Dato' Seri Idris Jusoh?


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 09:31:05 11/18/05 Fri

Oleh Anak Hadhari
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Mufti Terengganu
Dato' Dr Mohamad Zubir Awang yang bertaubat dan
menarik balik buku-buku karangnya berkaitan dengan
hukum Hudud telah dipecat oleh Dato' Seri Idris Jusoh.

Saya bergegas ke Kompleks Seri Iman setelah mendapat
panggilan telefon seorang kawan yang mengatakan Mufti
akan keluar hari ini (17 November).

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Mufti Terengganu, Dato'
Dr Mohamad Zubir Awang kelihatan keluar dari Pejabat
Mufti di Kompleks Seri Iman.

Beliau hanya berpakaian baju Melayu dan berkain
pelikat dengan serban tersangkut di bahu meninggalkan
Pejabat Mufti bersama-sama barang-barang peribadinya.

Bagaimanapun saya tidak dapat memastikan dia
benar-benar dipecat kerana saya tak sempat untuk
menghampiri beliau.

Ada juga cakap-cakap angin mengatakan dia ditamatkan
kontrak, tetapi cakap-cakap angin ini tidak logik
kerana kontrak 2 tahun takkan habis tak cukup 'edah'?

Lagipun umur kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu
yang mengambil-alih pemerintahan ini belum pun sampai
dua tahun.

Tetapi cakap-cakap angin yang heboh kerana sikap
beliau yang 'bertaubat dan tak menyokong Islam
Hadhari' adalah faktor utama'. Isu beliau bertaubat
menjadi panas pada September lalu apabila beliau
mengeluarkan kenyataan menarik balik buku-buku
karangannya berkait negara Islam dan hukum Islam.

Orang ramai yang yang saya hubungi berkata kami masih
menunggu reaksi dan kenyataan dari pihak kerajaan
negeri berhubung pemberhentian Mufti ini.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: KALAU DAH MAKHLUK, MAKHLUK JUA


Author:
PEMUDA
[Edit]

Date Posted: 14:02:32 10/20/05 Thu

KITA SUDAH SEDIA MAKLUM DENGAN PAS. KEPADA PAS, JANGAN SUKA MELIHAT KEJELEKAN ORANG SAHAJA. SEKALI SEKALA LIHAT DIRI SENDIRI PUN BAGUS JUGA. Bulan puasa yang baik pelbetulkan niat. Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui dibenak hati sekalian hambaNya. Makhluk yang tak tahu apa. UMNO dan juga PAS berdiri sama tinggi diatas gelaran makhlukNya. Walau hebat menongkat langit, tetap jua bernama makhluk, yang tidak akan tahu niat sesamanya.

Indahnya jalan yang Allah bawa. Walau pahit, walau pedih, itulah hikmah yang pasti berguna. Walau marah setinggi mana pun, inilah cara yang terbaik untuk kita memanfaatkannya. Sebelum tiba saat perpecahan sebenar berlaku. Cukuplah Allah SWT sebagai pelindung. Takut hanyalah kepada Allah, bukan kepada makhlukNya. Proses pembelajaran akan terus berlaku sepanjang hayat, sehinggalah ke anak cucu. Berkata benar walaupun pahit, walau diri sendiri sentiasa berbuat maksiat kepada Allah. Dan tak akan terlepas dari dosa. Pengalaman bergaduh, bergaduhnya suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit. Malam bertengkar pulau memulau. Esok pagi senyum bermesra mesra kembali disisi. Itulah dia pergaduhan fitrah. Bila saja marah itu hilang, rasional yang datang, minda pun sihat, masyarakat turut mengecapi kebahagian. Yang penting, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.

ITULAH YANG DIKEHENDAKI DALAM MASYARAKAT.

Berjumpa dengan kelompok yang kita tidak suka, carilah kelompok lain, atau asingkan diri dari mereka. Tidak salah. Yang penting, hormat terus berlansung. Hormat selagi diri dihormati. Sudah tersurat dn tersirat, masih ada kelompok yang lebih besar yaitu pemerintah. Yang ini jangan sesekali kita tinggalkan. Tidak boleh tidak, wajib bersama mereka dalam menegakkan kebajikan.

Buat PAS, terima kasih kerana ikhlas berjuang dijalan Allah. Teliti Al-Quran dan Hadis. Itulah sebaik2 tempat rujukan. Tetapkanlah pendirian kebenaran sunnah Rasulullah SAW. Bahawa PAS adalah tidak syar'i dan tidak dituntut oleh Syarak. Tidak ada penyelewangan disini melainkan segalanya terbukti.

Sekadar tambahan, hal ini juga penting. Ucapan takziah kepada Isteri Pak Lah, Datin Seri Endon yang telah kembali kerahmatullah. Alfatihah.


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: woi bodoh lah korang bincanglah isu pengkalan pasir ker pulak


Author:
mamat bosan
[Edit]

Date Posted: 19:00:11 11/14/05 Mon


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: jangan duduk bawah tempurung YDPA sahaja. Dunia masih luas. Buka buka buka


Author:
mamat bosan
[Edit]

Date Posted: 19:02:38 11/14/05 Mon


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: dan kalah tetap kalah.


Author:
limau
[Edit]

Date Posted: 13:14:46 11/07/05 Mon

DALAM DEMOKRASI DAN RAJA BERPELBAGAAN JIKA RAKYAT TIDAK MEMILIH TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA,USAHLAH SIBUK-SIBUK MENGGANGU DASAR KERAJAAN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT,TUNGGULAH MUSIM PILIHAN RAYA BARULAH BERKEMPEN ITU PUN JIKA MEMBERIKAN HARAPAN HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA KEPADA RAKYAT.RAKYAT BIJAK MEMILIH,KEPADA PASTI PAS YANG SEMAKIN SONGSANG YANG LEBIH TERBIBUR DENGAN MAWI SILAKANLAH,RAKYAT TIDAK MAHU MEMILIH PARTI YANG CAKAPM TIDAK SERUPA BIKIN,PARTI YANG MEMPERMAINKAN HUKUM HUDUD.PAS PARTI YANG KECUNDANG DAN LEBIH PARAH ALLAH AKAN INGAT PAS DAN ORANG-ORANG PAS INI,TUNGGULAH DI KUBUR NANTI.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: a


Author:
a
[Edit]

Date Posted: 21:04:52 11/05/05 Sat

http://www.1jemaah.org/scandalil/pemimpintertinggi-display.gif

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
  • a -- a, 21:06:18 11/05/05 Sat
  • a -- a, 21:07:10 11/05/05 Sat
  • a -- a, 21:07:48 11/05/05 Sat
Subject: Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 14:27:36 10/31/05 Mon

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

Saya dengan ini, ingin mengucapkan seperti yg telah tertera diatas(keh keh keh keh..) kepada semua peforum2 yg dikasihi. Wahai Pak Rampa, sudah lah tu. Nyanyuk ker apa. Hujah hang tu dah basi..jijik. Takleh dipakai lagi. Elok2lah dok dengan anak bini, cucu(? ecececehh...dah dapat cucu siut! hehehehe gurau ajja!). Betul Pak Rampa, daripada mengganggu orang, lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah lagi. Lebih baik fokus kepada masa depan. Akhirat dah kata mai. Ready from now. Saya datang kesini atas rela hati, tak dak nak ganggu sapa2. Hope Pak Rampa tidak mengganggu peforum2 disini. Biasanya bila kita buat jahat kat orang, kejahatan tu akan kembali kepada diri sendiri. Sempena hari raya ni, sendiri mau ingatlah. Dok gitu Pak Rompaa?? hehehehehe...

Sekali lagi, kepada peforum2 PAS yang lain, kalau ada terkasar bahasa, mohon maaf dipinta, yang jauh terlanjur jangan disimpan didalam hati. Mari kita berforum secara sihat dan membina, bukan menghancur dan mentragiskan keadaan forum ini dok gitu............. sayang seribu kali sayang, skala kebenaran jangan disisihkan... tetapkan dengan al Quran dan Hadith.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: selamat berpuasa...


Author:
tomatoinc
[Edit]

Date Posted: 23:18:48 10/29/05 Sat

Hi kekawan...selamat berpuasa..dan tak lama lagi..selamat beraya..

moga2 di bulan Ramadhan ni, kita semua boleh melupakan segala ketaksefahaman dan mengingati bahawa kita semua rakyat malaysia...

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Makan sampah lagi...


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 16:49:17 10/27/05 Thu

Angka rasmi dan angka yang disiarkan media bersimpang siur dan bertentangan antara satu sama lain.

Sungguh mengelirukan. Amat memalukan. Bagaimana statistik yang dibuat oleh kerajaan kemudiannya disanggah oleh kerajaan sendiri. Semasa Umno/BN menghentam pembangkang khususnya Kerajaan PAS di Kelantan, isu kemiskinanlah yang menjadi modalnya.

Kerajaan PAS Kelantan didakwa tidak melakukan apa-apa untuk membebaskan kemiskinan rakyatnya. Rakyat Kelantan makin miskin di bawah pemerintahan PAS. Bahkan tuduhan sehingga kepada seolah-olah yang menjadikan rakyat miskin itu adalah kuasa dan hasrat PAS.

Inilah sikap bebal dan babilnya Umno/BN. Semua jari yang ada di tangan mereka menghalakan kepada PAS yang menjadi penyebabnya rakyat menjadi miskin.

Di masa yang sama, yang mampu membasmi kemiskinan adalah UMNO/BN sahaja. Samada semasa kerajaan Pusat di pimpin oleh Dr Mahathir mahupun Abdullah Badawi atau kalau ditoleh ke belakang lagi mahupun Perdana Menteri yang sebelumnya dan sebelumnya.

Apa sudah jadi dengan statistik kemiskinan mengikut negeri-negeri yang menjadi senjata paling tajam yang selalu digunakan dalam peperangan isu antara UMNO/BN dengan PAS/BA. Senjata yang diagung-agungkan oleh pemimpin Umno/BN, sekarang ini terserlah dengan memuntahkan segala kecelaruan dan kekeliruannya.

Di kawasan Parlimen Pekan, yang menjadi wakil rakyat adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, didapati jumlah orang miskin yang mendiami kawasan tersebut adalah seramai 1,047 orang. Dengan tidak mengubah walaupun sehuruf perkataan, BERNAMA melapurkan “Terdahulu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, menyampaikan bantuan sumbangan kepada 1,047 penduduk miskin daerah Pekan”.(22 Oktober, 2005 14.42 PM)

Sekiranya, inilah yang terjadi dan benarlah sebagaimana lapuran BERNAMA, maka betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang menimpa rakyat dan bangsa Melayu di Pekan yang bukan sahaja mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka akan tetapi pernah juga mempunyai Perdana Menteri.

Apakah sebab “bala jentaka”nya sehingga kemiskinan Bandar D’Raja itu tidak mampu dihapuskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kalaulah Pekan yang pernah mempunyai dua orang yang berada di peringkat “kayangan” itupun tidak mampu untuk membasmikannya, maka apalah taruhan dan harapan nasib rakyat yang ada di Kelantan kerana mereka tidak ada Perdana Menteri dan Timbalannya.

Angka 1047 orang bukanlah sedikit. Dan dirasakan mungkin lebih daripada itu jumlah sebenarnya. Mengikut statistik 2002/2003 yang dikeluarkan kerajaan, di Pahang hanya mempunyai 1714 orang sahaja yang miskin.

Bererti setelah ditolak orang miskin dari Pekan, hanya tinggal seramai 697 orang sahaja lagi bagi 13 parlimen(Pahang ada 14 parlimen). Sekiranya dibahagi sama rata 697 orang itu kepada setiap parlimen maka jumlahnya adalah seramai lebih kuang 53 orang sahaja yang miskin di setiap parlimen. Benarkah begitu???? Wallahu A’lam.

Walau bagaimanapun Pahang bukanlah sebuah negeri yang disenaraikan sebagai maju. Pahang sama sahaja dengan Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Sarawak.

Di utara, mengikut statistik pada tahun yang sama Perlis mempunyai 822 orang miskin. Mungkin betul dan benar kerana Perlis negeri kecil. Sudah tentu apabila negeri kecil maka rakyatnyapun sedikit. Apatah lagi Exconya hampir sama ramai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri. Boleh jaga rakyat dengan begitu teliti sekali. Apatah lagi Menteri Besarnya juga seorang yang aktif??.

Walau bagaimanapun, semuanya macam kisah seribu satu malam. Macam angan-angan Mat Jenin. Akhbar Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Utara melapurkan, tanpa prajudis

“Shahidan berkata, kira-kira 40,000 penduduk miskin akan menerima bantuan kerajaan negeri pada Ramadan ini dan sumbangan itu dilakukan secara berperingkat”.

Jumlah 40,000 orang bukan 40 orang!! Tidak tahulah kalau-kalau Shahidan tersalah sebut atau wartawan tersalah lapur. Harap-harap begitulah. Sebab sukar mempercayai antara angka yang dinobatkan di dalam statistik negara dengan apa yang berlaku di Perlis. Sungguh menyayat hati sekali. Walau bagaimanapun diingatkan sekali lagi bahawa Perlis juga bukan dikategorikan sebagai negeri maju.

Akan tetapi, terkejut dan amat terkejut sekali apabila negeri yang diistiharkan negeri maju seperti Selangor akhirnya “melondehkan kainnya” apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) dalam websitenya mendedahkan bahawa tanpa syak wasangka

“Shah Alam – Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM7,418,750 kepada asnaf fakir dan miskin serta anak yatim sempena persiapan Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,834,800 diperuntukkan kepada 9,909 orang asnaf miskin dan RM392,250 kepada 529 orang golongan fakir. Manakala anak yatim fakir miskin pula diperuntukkan sebanyak RM191,700.



Sabak Bernam merupakan daerah yang paling tinggi menerima peruntukan iaitu sebanyak RM5.1 juta yang melibatkan 2,453 orang miskin diikuti daerah Hulu Langat sebanyak RM1.050 juta untuk 1563 orang dan Kuala Selangor berjumlah RM1.095 juta untuk 1563 orang fakir dan miskin”. Tajuk Berita: PZS (MAIS) Agih RM7.4 juta sempena Ramadhan dan Syawal

(Tarikh: 06/10/2005 Penulis: zool; http://www.e-zakat.com.my/).

Terkedu hati dan terkelu lidah. Lemah seluruh anggota badan. Bahasa yang macam mana lagi mahu diungkapkan Bagaimana mahu dibuat penjelasan terhadap apa yang di lapurkan oleh PZS itu. Apakah institusi agama itu sanggup membohongi kenyataan sebenar? Atau siapakah yang sebenarnya berbohong?. PZS kah atau Khir kah atau statistik negarakah?.

Dengan apa yang dicatatkan oleh Daftar Profil Miskin Tegar 2002/2003 Mengikut Daerah, Bahagian PK, KKLW, Selangor hanya mempunyai seramai 489 orang miskin sahaja. Siapa yang benar dalam hal ini. Sekali lagi Wallahu A’lam.

Menurut sumber Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2004, dimana pertanyaan mulut daripada Y.B TUAN LIM CHOON KIN (DAMANSARA UTAMA), mengenai orang miskin di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAH JUMLAH PENDUDUK MISKIN

Sabak Bernam 799
Kuala Selangor 618
Hulu Selangor 705
Petaling 345
Gombak 545
Kuala Langat 510
Hulu Langat 192
Sepang 356
Klang 319
JUMLAH KESELURUHAN 4,389


Apapun alasannya, Kerajaan Kelantan dan rakyatnya tidak perlu bersedih di atas segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka baik dari pemimpin Umno di luar mahupun pemimpin Umno di dalam negeri sendiri. Kalau diambil kira dengan hujah Pak Pandir “bukan anak aku sorang mati, anak orang lainpun mati juga” sudah cukup menggambarkan segala-galanya.




Mengikut Satistik 2002/2003, Kelantan mempunyai isi rumah miskin seramai 12,826 orang. Akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor yang orang miskinnya berjumlah 10,043 orang apalah sangat gahnya pemimpin Umno Selangor. Kadar zakat fitrahpun sama sahaja Kelantan dengan Selangor iaitu RM4.70. Apalah hebat sangatnya negeri yang dipimpin oleh Umno jika dibandingkan dengan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Begitu juga dengan Sabah yang sering menjadi negeri contoh dalam ceramah-ceramah pemimpin Umno Kelantan kerana kemajuannya hasil dari BN memerintah. Menurut sumber Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Sabah & Sarawak, orang miskin tegar sahaja sudah berjumlah 20,000 orang. Tidak termasuk lagi dengan yang dikategorikan sebagai miskin.

Siapa yang harus dipersalahkan tentang statisti yang bercelaru ini. Pemimpin Umno Kelantan, Selangor, Pahang dan Perlis perlu menilai semula sikap “cerdik tak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar” yang bersarang dalam benak hati mereka.

Walau bagaimanapun itulah hakikat sebenarnya. Bukan mencari kesalahan sesiapa cuma memohon sedikit keikhlasan dalam percakapan dan berhujah. Mungkin juga di masa-masa akan datang sesuatu yang bersabit dengan statistik perlu diperhalusi tanpa mempunyai agenda politik dan kepentingan parti.

Yang hitam katalah hitam dan yang putih sebutlah putih. Buai laju-laju sampai pokok sena, janganlah rasa malu, sekiranya kita sendiri yang kena”.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Sokonglah Parti Penyamun


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 16:43:16 10/27/05 Thu

"Kita habis RM800 bilion untuk majukan orang Melayu dalam DEB dan Dasar Pembangunan Nasional tetapi tak dapat nak lompat 30 peratus ekuiti bumiputera. Macam mana nak capai, pemimpin Umno yang jadi penyamun."

Pemimpin Umno yang korupsi dalam parti dan pemerintahan sehingga digantung jawatan memalu dan menjatuhkan maruah bangsa Melayu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, berkata amalan rasuah dalam Umno menyebabkan negara mengalami masalah ketidakadilan terutama dalam usaha pengagihan ekonomi secara adil untuk semua rakyat.

Menurutnya lagi, rakyat perlu sedar kepincangan dalam negara sehingga berlakunya kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional yang membabitkan sejumlah RM800 bilion.

"Kita habis RM800 bilion untuk majukan orang Melayu dalam DEB dan Dasar Pembangunan Nasional tetapi tak dapat nak lompat 30 peratus ekuiti bumiputera. Macam mana nak capai pemimpin Umno jadi penyamun.

“DEB dan Dasar Pembangunan Nasional bukan diguna untuk majukan orang Melayu tetapi menambah jurang kekayaan di kalangan bangsa Melayu. Orang Melayu yang kaya bertambah kaya, orang Melayu yang miskin terbiar. Kita tengoklah apa yang berlaku dalam isu AP.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno, Ketua Pergerakan Pemuda, Dato’ Hishammuddin cabut keris untuk selamatkan orang Melayu. 'Pegi'lah, mana ada seorang menteri Umno yang berani lawan bagi mempertahankan hak orang Melayu sehingga digantung jawatan.

“Yang ada pemimpin Umno digantung kerana rasuah. Orang lain digantung kerana nak jaga anak bangsa, orang Umno digantung kerana rasuah. Pemimpin Umno memang tak malu, mereka memalukan bangsa Melayu menjatuhkan maruah,” katanya

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Kita Tengok kes Saman yg ini


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 16:39:13 10/27/05 Thu

Kalau betul nak saman menyaman kena buat macam ni.

Setiausaha PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Ramli, hari ini mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Kemaman untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM1.5 juta.

Writ saman difailkan melalui firma guaman yang mewakili Hanafiah, Tetuan Wan Abd Muttalib & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Hanafiah turut menamakan Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Dalam saman itu, beliau mendakwa penahanannya oleh pihak polis Kemaman pada 19 Julai lalu sehingga dibebaskan pada jam 4 petang 22 Julai adalah suatu perbuatan salah iaitu penahanan tidak sah, bertentangan dengan undang-undang dan prosedur undang-undang semasa dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, penahanan itu telah menyebabkan beliau mengalami penderitaan jiwa, tekanan perasaan, kehilangan maruah, kehilangan kebebasan dan hak-hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya mengalami kerugian dan kehilangan khas dan am.

Sehubungan itu, beliau menuntut defendan-defendan membayar ganti rugi tauladan tidak kurang daripada RM1 juta, ganti rugi am tidak kurang daripada RM500,000 dan ganti rugi khas yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah satu deklarasi bahawa tangkapan pada 19 Julai dan tahanan seterusnya ke atasnya sehingga 22 Julai adalah tidak sah, salah, tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang dan undang-undang prosedur.

Di samping itu, satu deklarasi bahawa beliau sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sebuah parti politik yang berdaftar dan sah adalah berhak untuk mengadakan majlis dan program kepartian di tempat persendirian selain deklarasi bahawa beliau sebagai setiausaha parti politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, tidak terikat dan tidak boleh dikawal oleh Seksyen 27 Akta Polis 1967 dalam mengadakan majlis dan program kepartian di tempat persendirian.

Di mahkamah sama, seramai 45 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pengkalan Merbau, Setiu turut mengemukakan saman terhadap Pentadbir Tanah Daerah Setiu, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dan kerajaan negeri.

Mereka menuntut satu pengisytiharan bahawa mereka adalah pemilik yang sah ke atas lot masing-masing mengikut Jadual A dan seterusnya diberi pemilikan semula tanpa apa-apa gangguan.

Mereka juga menuntut defendan-defendan membayar ganti rugi khas, ganti rugi am dan ganti rugi tauladan.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Tak perlu Merayu!!!


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 16:26:31 10/27/05 Thu

Pembangunan yang diimpikan... biarkan, biarkan janganlah mengeluh ikut ajela!!!

MEMORANDUM
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
KEPADA Y.A.B DATO SERI HAJI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI
, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sesungguhnya kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Jelutong amat sedih dan bimbang dengan pembangunan
yang begitu pesat dan cepat keatas tanah milik
persendirian ataupun milik syarikat yang melibatkan
orang orang Melayu khususnya di persikataran Jelutong.
Mengintai kembali sejarah yang membabitkan lot 326
hingga 332 Sek 1 dan lot 581,586 & 589 Sek 14 Bandar
Jelutong ini adalah dari tahun 1997 lagi . Pihak
Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sepucuk
surat kepada YB Dato Mohd Shariff Bin Haji Omar yang
ketika itu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
serta Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang
(MAIPP) untuk mengambil tindakan selanjutnya
.Malangnya surat itu tidak mendapat sebarang jawapan
serta reaksi daripada pihak YB Dato Timbalan Ketua
Menteri . Tidak dengan itu sahaja , malah pada tahun
2000 pula , sepucuk surat telah dihantar kepada YAB
Dato Seri yang pada masa itu sebagai Timbalan Perdana
Menteri . Alhamdullilah , salinan sepucuk surat kepada
YB Dato Dr Helmi Haji Yahaya selaku Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang merangkap Yang DiPertua Majlis
Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah diterima
daripada pihak YAB Dato Seri agar permohonan
Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Jelutong ini diteliti
dan diambil tindakan segera .Walaupun pahit juga
hendak ditelan , namun semangat untuk tidak mengaku
kalah daripada melihat nasib nasib bangsa Melayu terus
dihalau dan merempat , sekali lagi pihak Jawatankuasa
Qaryah Masjid Jamek Jelutong telah menghantar sekali
lagi sepucuk surat kepada YAB Dato Seri pada 10hb
April 2004 . Walaupun sehingga sekarang tiada tindakan
serta reaksi daripada pihak YAB Dato Seri , tetapi
kami percaya bahawa YAB Dato Seri akan terus membela
nasib orang orang Islam serta Melayu Bandar dengan
ikhlas dan bijaksana .

Untuk pengetahuan YAB Dato Seri juga , diantara projek
projek pembangunan yang akan dibangunkan disekitar
kawasan setempat adalah seperti berikut :

1. Projek Pembangunan oleh Concorde Land Sdn Bhd
diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar Jelutong & Lot
581,586,588 dan 589 Sek 4 Bandar Jelutong , terletak
bersebelahan dengan Masjid Jamek Jelutong.

2. Projek Pembangunan Syarikat Lim Kheng Kim (yang
melibatkan lebih kurang 70 hingga 80 buah rumah
terletak di Jalan Mohd Taib dan Jalan Tengku yang mana
tanah pemilik asalnya ialah Allahyarhamah Shariffah
Aloyah.

3. Projek Pembangunan Syarikat Kobay Properties Sdn
Bhd yang melibatkan pembangunan di Jalan Kota Giam .

4. Projek Pembangunan Bendwind Sdn Bhd yang melibatkan
pembangunan di Jalan Kota Giam.

5. Projek Pembangunan Kampung Tengah , Jelutong oleh
Syarikat Udabina Sdn Bhd bersama JKP yang
terbelangkalai melebihi 3 tahun . JKP hendaklah
memastikan serta menumpu pembangunan di kawasan
tersebut dengan segera dan perlu bertegas dan
meletakkan noktah dalam menyelesaikan masalahnya

Menyedari tentang keupayaan dan kemampuan yang ada,
maka seharusnya golongan warga Melayu bandar tidak
sepatutnya dipinggirkan malah perlu dibela dan diberi
perhatian khusus dalam pelbagai aspek kerana warga
Melayu bandar adalah golongan yang bakal melahirkan
serta membentuk remaja yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara suatu hari nanti.

Justeru, kami mewakili seluruh warga Melayu Bandar
Jelutong mengharapkan agar YAB Dato Seri dapat memberi
perhatian dan akan terus membela nasib warga Melayu
Bandar di Jelutong. Menerusi memorandum ini juga ,
kami ingin merayu dan memohon simpati daripada YAB
Dato Seri supaya masalah pembangunan di kawasan
Jelutong diberikan perhatian yang sewajarnya dan
serius agar orang orang Melayu Bandar tidak lari
meninggalkan kawasan Jelutong dalam arus pembangunan
.Kami juga sedar bahawa pembangunan yang akan datang
dikawasan ini tidak dapat dielakkan , tetapi ianya
akan tetap berlaku . Tetapi biarlah pembangunan ini
terus dan memberi manfaat kepada semua penduduk asal
Jelutong.

Maka dengan ini kami :

1. Ingin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
mengambil alih tanah diatas lot 326 hingga 332 Sek 1
Bandar Jelutong & Lot 581,586,588 dan 589 Sek 4 ,
Bandar Jelutong – terletak bersebelahan dengan Masjid
Jamek Jelutong dari dijadikan kawasan komersial oleh
Concord Land Sdn Bhd.Dengan pengambilan tanah itu ,
pembangunan yang dirancangkan terdahulu dapat
dihentikan dan mengelak masalah masalah social
bersebelahan masjid . Pengambilan tanah ini oleh
Majlis Agama Islam Pulau Pinang ini akan mengelak
kejadian kejadian serta suasana yang tidak diingini
sepertimana berlakunya keatas Masjid Bayan Baru baru
baru ini . Laungan azan masjid telah menyebabkan
penghuni penghuni bersebelahan Masjid kurang selesa
dan membuat aduan masalah laungan azan tadi . Ini
secara tidak langsung boleh mengakibatkan perasaan
marah oleh orang orang Islam yang mana isu ini amat
sensitive dan tidak perlu ada pertikaian. Bersempena
dengan kempen ISLAM HADHARI yang diperkenalkan oleh
YAB Dato Seri sendiri . Tanah tanah lapang
bersebelahan Masjid Jamek Jelutong ini perlu diambil
alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
untuk pembesaran masjid yang sudah tidak dapat
menampung jemaah di persekitaran Jelutong.

2. Oleh yang demikian, kami memohon keprihatinan,
kesunguhan dan kebijaksanaan Majlis Agama Islam Pulau
Pinang agar dapat bertindak dan menjadi sebuah badan
yang membela bangsa Melayu dari faktor pembanguan
khususnya di Pulau Pinang. Adalah menjadi harapan
Pemuda UMNO dan seluruh warga Melayu Bandar agar
Majlis Agama Islam Pulau Pinang dapat melaksanakan
segala amanah yang dipertanggungjawabkan dalam membela
Agama, Bangsa dan Negara.

Akhirnya , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong
menaruh setinggi tinggi harapan kepada pucuk pimpinan
UMNO dan kerajaan pimpinan UMNO untuk terus peka dalam
menangani isu serta masalah pembangunan di Jelutong
yang menghimpit serta mengeksploitasi orang orang
Melayu akan dapat diatasi dengan kadar segera .
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong amat
mengharapkan campur tangan YAB Dato Seri dengan segera
untuk menimbangkan agar tanah disebelah Masjid Jamek
Jelutong diatas Lot 326 hingga 332 Sek 1 Bandar
Jelutong dan Lot 581,586,588 & 589 Sek 4 Bandar
Jelutong dihentikan sebarang pembangunan sehingga
semua perundingan bersama Qaryah Masjid Jamek Jelutong
dipersetujui .Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong
juga memohon simpati YAB Dato Seri supaya masalah
pembangunan di Jelutong diberikan perhatian yang
serius agar orang orang Melayu tidak lari meninggalkan
kawasan asalnya Sekiranya tiada tindakan segera
diambil atau ditangani , maka Melayu hanya akan
menjadi tinggalan sejarah dikawasan Jelutong.

HIDUP ISLAM - HIDUP MELAYU - HIDUP MALAYSIA
Yang benar,

(ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Jelutong

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Islam Hadhari dari Kacamata Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 13:35:44 10/26/05 Wed

Inilah yang dimaksudkan Islam Hadhari yang dikatakan oleh Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.


Kita sangat boleh bersetujulah dengan kenyataan Dr. Ismail Ibrahim yang berbunyi, “Islam itu satu, iaitu satu agama yang datangnya daripada Allah untuk umat manusia seluruhnya, bukan untuk orang Inggeris atau Melayu, atau Arab dan orang Afrika, bukan untuk orang UMNO atau PAS.” (Mingguan Malaysia 4 Julai 2004). Inilah pun yang selalu saya tegaskan. Saya boleh sahkan juga di sini bahawa apa yang dipetik oleh Dr. Ismail dengan mengambil kata-kata saya yang berbunyi, “Islam itu merangkumi Islam dan iman iaitu Islam di luar dan iman di dalam”adalah benar. Kata-kata saya yang berbunyi, “Islam yang tidak menyebut soal pegangan kepada Al-Quran dan Hadith adalah ditolak” seperti yang dipetik oleh Dr. Ismail selanjutnya juga adalah benar.


Jika semua kenyataan ini adalah benar, maka Islam dari jenis lain, yang tidak mahu sebut Al-Quran dan Hadith tentunya Islam kosmetik. Islam Hadhari cuma bercelak dan berbedak seperti yang diumpamakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu.


Namun, pendapat saya mungkin berbeza sedikit apabila melihat anjuran Dr. Ismail supaya umat Islam menghentikan perbincangan atau perdebatan mengenai Islam Hadhari. Tidakkah berbincang, berbahas dan bermuzakarah adalah semangat Islam? Allah S.W.T. mengizinkan manusia berdebat dan bermuzakarah dalam apa jua perkara. Cuma hakimnya ialah dengan merujuk kepada Al-Quran dan Hadith sebagai sumber pemutus yang qat’in.


Dalam semangat menjelas dan memberikan keterangan, apa yang PAS jadikan motto cuma berbunyi “Membangun Bersama Islam”. Kami tidak berhajat sedikitpun untuk mendefinisi semula Islam. Ia adalah Islam yang satu. Ia wajib asli. Ia mesti original seperti yang dilancarkan oleh Rasulullah S.A.W. kira-kira 1,425 tahun dahulu tanpa tokok tambah. Kita berpuas hati dan redha dengan Islam yang syumul, kamil dan komprehensif dan biar ianya kekal begitu sampai bila-bila. Jika kita perlu bangun, kita perlu bangun bersama dengan Islam. Jika saya pinjam kata-kata Dr. Ismail, “Islam yang hendak diberi kefahaman itu adalah Islam hakiki dan fundamental dimana asas komponennya terdiri dari akidah, syariah dan akhlak.” Inilahpun yang PAS sedang berikhtiar.


Buktinya, Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkan akaun Kerajaan ke dalam Bank Islam. Kerajaan Negeri juga mengeluarkan pekeliling dan kempen bagi menggalakkan amalan penutupan aurat. Kita juga menyediakan sistem pajakan alternatif secara Ar-Rahn. Kita wajibkan semua Rumah Awam Kos Rendah dibina dengan 3 bilik. Kita kawal premis penjualan arak. Kita tutup semua premis judi. Kita adakan kawalan hiburan melalui Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998. Kita adakan Yayasan Islam Kelantan dan asaskan sistem pendidikan yang berpaksikan adab, akhlak, ilmu dan amal. Tidakkah usaha-usaha ini di asaskan di atas kesedaran akidah, syariah dan akhlak? Semuanya ini telah kita laku dan akan terus kita ikhtiarkan. Inilah membangun bersama Islam. Kami tidak ‘modify’ Islam atau mengistilahkan Islam dengan tokok tambah yang lain. Islam adalah Islam. Kami cuma menurut, patuh dan mengikut kehendak Islam untuk membangun.


Apa yang menimbulkan kesangsian ialah apabila Islam itu pandai-pandai dijenamakan dengan Islam Madani dan kini Islam Hadhari. Lepas satu jenama ke satu jenama; Islam itu diarak. Islam dibawa berpindah randah tanpa diketahui akan kepentingannya.


Tentunya apa yang mustahak ialah soal amalnya. Sekali lagi saya boleh bersetuju dengan Dr. Ismail yang menekankan faktor ilmu dan pengisiannya. Jika begitu, apa perlunya dipecah-pecahkan Islam kepada hadhari atau non-hadhari? Perlu apa pula dicerai-ceraikan Islam itu kepada pecahan-pecahan yang menyerupai sub-budaya (sub-culture) seperti Islam toleransi, Islam hikmah, Islam dinamik dan Islam Pembangunan. Inipun juga telah dipersoalkan oleh Dr. Ismail dengan kata-kata, apalah bezanya Islam Hadhari dengan Islam dinamik, Islam tamadun dan Islam toleransi?


Kita perlu faham yang setiap sesuatu perlu betul niatnya. Biar ada usul ‘zukhrina’ yang bererti cagaran. Jika suntuk dan kesukaran di akhirat, amal yang dilaksanakan di dunia boleh dijadikan cagaran di hadapan Allah. Islam Hadhari Umno dan negara Islam yang diisytiharkan Umno ini bolehkah dijadikan cagaran? Negara Islam bagaimana jika tanpa apa-apa perubahan? Islam jenis ini yang menghalalkan arak, judi dan tiada halangan untuk bergaula bebas dan mendedahkan aurat dapatkah dijadikan cagaran di akhirat?


Hatta jika di dalam sembahyang yang riak pun tidak diterima oleh Allah kerana rosak niatnya maka bagaimana Islam Hadhari boleh dijadikan sandaran dan tempat bergantung untuk berhujah di hadapan Allah kelak? Niat mesti betul. Struktur mesti betul. Jangan main suka-suka.


Keadaan menjadi semakin kalut apabila Pemimpin UMNO mula di asak dengan pertanyaan. Mereka kelihatan mulai lemas. Mereka cuba mencari ulama’ setempat termasuk dari timur dan barat untuk menghalalkan konsep “hadhari”nya. Kalau hadhari itu bermakna tamadun, maka Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS telah membinanya dalam bentuk tindakan. Sementara UMNO baru diperingkat cuba menjaja pakej Islam Hadharinya secara “direct selling”di tahun 2004, kami telah jauh berada beratus kilometer di hadapan dalam usaha-usaha pelaksanaan. Tunjukkanlah mana satukah diantara usaha yang dibuat oleh kami bersifat anti tamadun sebagaimana tamadun akhlak yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. Saya tidak ada masalah untuk mendengar kritikan jika ada bukti yang kami membangun dengan mengkhianati sifat-sifat akhlak seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Jika mahu bertahan sangat dengan Islam Hadhari atau Islam tamadun yang kelihatan cuba dipaksa masuk ke kerongkong rakyat, maka kami tidak ada masalah. Kami telah menjadi pelopor sekurang-kurannya sejak dari tahun 1990 lagi. Di masa itu, saya kurang pasti pemimpin UMNO sedang berada di mana! Kini, setelah 15 tahun berlalu, mereka sibuk berhadhari pula. Belumpun selesai melumatkan usaha penerapan nilai-nilai Islam, dan belumpun reda nafas kerana masih mengah mahu mengislamkan negara yang tidak juga-juga menjadi Islam; kini mereka mahu menjual jenis Islam dalam peket bedak hadhari! Yang kelirunya ialah rakyat. Mereka seakan-akan sengaja melontar bom asap dan dalam kelam asap itulah mereka melakar semula wajah Islam supaya selaras dengan nafsu sekular. Pada saya,Islam Hadhari itu adalah Islam sekular. Ia sejenis Islam yang di bancuh semula oleh Umno untuk memisahkan dunia dari akhirat.


Dalam hal ini, kita sesungguhnya amat kesiankan rakyat khususnya para penjawat awam. Merekalah yang sering menjadi mangsa dan kumpulan sasar untuk disyarahkan. Faham tak faham, itu perkara kedua. Mereka dikurung dalam kem latihan dan pelbagai dewan dan institut kefahaman di segenap ceruk rantau untuk disogok dengan Islam berbaju baru. Debat tidak perlu. Terima saja! Saya sesungguhnya khuatir. Jangan-jangan rakyat lebih faham apa itu Islam sebenar. Mereka lebih arif dari pemimpin Umno. Mereka lebih kenal jenis Islam saduran yang berwajah pepat mainan Umno. Bunganya lebat, wanginya tidak. Pisangnya hangus, masaknya tidak !

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Islam Hadhari dicipta bertujuan capai impian politik


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 13:18:41 10/26/05 Wed

Inilah kesinambungan atau counterback UMNO terhadap perjuangan PAS di Malaysia selama ini. Kami amat bersyukur kepada Allah (Alhamdulillah) kerana usaha PAS yang selama ini telah berjaya menyedarkan UMNO kepada perjuangan Islam, walaupun Islam Hadhari tidak pernah wujud di dalam lipatan Sejarah Islam (saya tidak menyokong Islam Hadhari tetapi tujuan penulisan ini ialah untuk menunjukkan bahawa UMNO telah mula berubah daripada menentang perjuangan PAS secara terang-terangan suatu masa dahulu kepada mengikuti sedikit demi sedikit [seperti kerja 5 hari seminggu]tetapi mengikut selera UMNO).

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan terpaksa mencipta pendekatan Islam Hadhari selepas mendapati perjuangan Islam yang dibawa PAS semakin mendapat tempat di kalangan penduduk Melayu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, slogan itu menjadi strategi terbaik dicipta Umno untuk berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum lalu.
“Jelas Islam Hadhari diperkenalkan Umno adalah untuk menghadapi PAS sahaja dan bukannya ikhlas untuk laksana Islam dalam pentadbiran negara. Dulu Umno selalu melaungkan Islam tidak boleh berpolitik, tetapi sekarang masyarakat tidak boleh lagi menerima konsep politik lain agama lain.

“Kita lihat hari ini hampir tidak ada lagi pemimpin Umno yang berani mengatakan Islam lain politik lain. Ini membuktikan kita berjaya mengubah minda rakyat,” katanya pada ceramah Ghuzwatul Badar.

Mohd Amar juga berkata, bekas Gabenor Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pernah mengiktiraf pentingnya PAS dalam perjuangan Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Kata beliau, PAS telah banyak menegur dan memperbetulkan kerajaan dalam membela Islam dan menjaga kepentingan bangsa Melayu. “Kerana itu amat penting memastikan Kelantan terus dipimpin PAS kerana di sinilah merupakan kubu dan benteng terakhir perjuangan Islam di Malaysia,” ujarnya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya melalui kuasa politik tuntutan Islam dapat dilaksanakan di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Katanya, politik yang dimaksudkan ialah politik Islam, yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai teras. “Politik kebangsaan yang tidak berteraskan Islam seperti Umno tidak akan diterima, malah menyimpang daripada Islam sebenar,” ujarnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, memperingati peristiwa peperangan Badar sangat penting bagi mereka yang berada dalam jemaah Islam.

Kata beliau, peristiwa Badar mengajar kita erti kesabaran, keyakinan dan pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob, Setiausaha Badan Perhubungan, Takiyuddin Hassan, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat, Ustaz Muhammad Mustafa dan wakil-wakil rakyat.

Sebelum itu, program tadarus al-Quran diadakan menjelang majlis berbuka puasa. Solat Tarawih yang diadakan di dewan itu diimamkan Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Menelan Sampah Sendiri


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 11:30:06 10/26/05 Wed

Dulu kata ulama bodoh dan tak reti nak mengurus dan sejuta macam tomahan, kata-kata nista, cacian, fitnahan dan segala macam yang buruk-buruk tetapi nyatanya sekarang mereka sudah insaf (Alhamdulillah) dan mengakui ulamalah yang paling layak mengurus. Inilah dasar golongan sampah sarap!!!


Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) disaran melantik ulama dan golongan berpendidikan tinggi yang memiliki latar belakang agama untuk menerajui agensi itu bagi mengatasi kelemahan pengurusannya.

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) berkata, tidak salah jika Tabung Haji melantik ulama menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala siswazah muda diambil menguruskan pelaburan.

“Janganlah asyik sambung kontrak orang Tabung Haji sekarang. Apa salahnya kita bagi peluang pada orang lain yang turut bekerja keras memastikan kejayaan Tabung Haji.

“Saya harap tiada pihak salah anggap kerana kami bukan marah menteri, malah lebih baik kami yang bercakap hal ini berbanding kalau pembangkang yang bangkitkan.

“Kita ada ramai anak muda belajar dari luar negara, semua pandai... lantiklah mereka. Yang pandai hal ehwal pelaburan kita letak jaga pelaburan, manakala yang cekap pengurusan kita berikan kepercayaan mengurus,” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006 peringkat jawatankuasa.

Beliau berkata, Tabung Haji perlu memperincikan tindakannya dan menyuntik perubahan yang membawa kebaikan dalam menjamin pelaburan umat Islam kerana kalau Tabung Haji buat silap, tempiasnya bukan pada Tabung Haji tetapi kerajaan.

Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) ketika mencelah, menyokong supaya CEO Tabung Haji ditukar dengan individu yang benar-benar memahami tugasnya menjaga harta, pelaburan serta kepercayaan orang ramai terutama umat Islam.

Raja Ahmad juga membangkitkan isu pegawai dan kakitangan Tabung Haji yang pertama kali dihantar menguruskan jemaah haji di Makkah tetapi turut mengerjakan haji sehingga menjejaskan tanggungjawab

Mohd Said dalam perbahasannya berkata, Ahli Parlimen akan menyokong tindakan kerajaan mengubah teraju pengurusan Tabung Haji jika langkah itu mampu mengembalikan keutuhannya.

“Kami mengharapkan perubahan besar Tabung Haji dan mana yang dah lama serta berkarat kalau nak diketepikan, ketepikanlah demi kebaikan bersama.

"Minggu lalu saya bersama Larut (Raja Ahmad Zainuddin) mengikut rombongan menteri ke Jakarta dan ahli politik di sana berminat mengetahui mengenai Tabung Haji dan Bank Islam sebab mereka nak tiru usaha kita dan rujukan yang ada cuma Malaysia.

“Saya jadi serba salah juga nak bercakap sebab Tabung Haji tengah huru-hara manakala Bank Islam pula rugi besar, jadi kerajaan perlu bertindak cepat supaya nama baik dan maruah orang Islam terpelihara," katanya.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Bughah yang tak wujud di Malaysia


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 17:35:20 10/25/05 Tue

Kalau ikut logik setiap parti pembangkang adalah bughah, jadinya begini:
- Di kebanyakan negeri di Malaysia, PAS adalah bughah.
- Di Kelantan UMNO adalah bughah
- Di Terengganu masa PAS memerintah UMNO adalah bughah.

Paling mudah nak faham macam ni. UMNO yang mengamal dan penganut demokrasi barat. Pemilihan pemerintah berdasarkan suara ramai. Ada parti pemerintah, ada pula parti pembangkang. Orang yang menganut demokrasi itulah yang membenarkan sistem begini wujud.

Kalaulah orang UMNO juga yang mengatakan parti pembangkang itu sebagai bughah, maka orang itu sudah tidak betul otaknya. Dia yang benarkan wujudnya sistem parti pemerintah dan parti pembangkang, tiba-tiba dia pula yang mengisytiharkan parti pembangkang sebagai bughah.

- Kalau nak isytihar parti pembangkang sebagai bughah, dua perkara terpaksa dilakukan:
1. Mansuhkan sahaja amalan demokrasi. Di mana selepas itu siapa yang menubuhkan parti pembangkang sebagai bughah. Atau...

2. Kekalkan demokrasi, tangkap orang yang fatwa parti pembangkang sebagai bughah. Kerana dia telah mengkhianati mazhab demokrasi barat yang diamalkan dan menjadi prinsip negara ini.


Kesimpulannya:
- Isu Bughah adalah satu topik yang amat tak masuk akal untuk dibincangkan dalam keadaan negara kita masih beramal dengan prinsip demokrasi. Kalau demokrasi dah lenyap, itu soal lain..

- Nak buka kitab-kitab feqh untuk kaji PAS itu bughah ataupun tidak, hanya kerja sia-sia sahaja. Kerana ia adalah perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah bughah.



Cuba kembalikan kepada pokok persoalannya.

Sebab itu saya kata, tidak ada gunanya merujuk kepada sumber syarak, sama ada al-Quran, alSunnah mahupun penafsiran dari para ulama. Sebab PAS tidak ada kena mengena dengan bughah sejak dari asal lagi. Mudah ceritanya, asas kes tak ada langsung dalam hal ini.

Ibaratnya begini. Kerajaan UMNO membuat undang-undang bahawa akhbar Utusan Rakyat adalah percuma. Namun bila ada sebahagian rakyat yang mengambil akhbar yang percuma itu, tiba-tiba ada orang-orang UMNO yang menuduh mereka ini sebagai pencuri.

Lalu yang menuduh itu membawa hujah begitu dan begini. Adalah salah jika kita melayan hujah-hujah mereka tanpa merujuk atau mengembalikan kepada asas kes/permasalahan.

Hujah-hujahnya itu sia-sia @sampah kerana asas permasalahan tidak ada. Kita berlawan juga jadi sia-sia @sampah juga.

Tentu semua orang bersetuju jika kita katakan orang yang menuduh itu sebagai orang yang ada masalah dalam otak mereka. Barangkali kerana mengalami sedikit gegaran. Atau tidak cukup oksigen kerana disekat oleh sampah sarap.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: SISWASISWI vs KAK SAMPAH


Author:
PEMUDA
[Edit]

Date Posted: 18:22:09 10/19/05 Wed

Subject: Demokrasi juga haram sebagaimana Zina???

Author:
Kak sampah

Date Posted: 14:01:33 10/19/05 Wed

Dalam perlembagaan dinyatakan amalan demokrasi iaitu melalui parti-parti politik yang bertanding dan ini tidak BERTENTANGAN dengan hukum bughah kerana
perlembagaan adalah yang terATAS dan mengatasi segala sesuatu di Malaysia ini HATTA hukum daripada AlQuran dan Hadis sekalipun jika bertentangan dengan
Perlembagaan Malaysia adalah terbatal. Sekali lagi dipersoalkan adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam? Mufti Terengganu telah menarik balik pengakuan
yang Malaysia adalah sebuah negara Islam yakni Malaysia bukan negara Islam.


Dalih2 yang akhirnya menjerat diri. Kali ini bertindak dan cuba lari. Bertuhankan nafsu sendiri, Al-Quran dan Hadis dibiarkan dari sisi. Si jahil berhujah berlagak berilmu. Berpanjikan bodoh, sombong, serta besar diri, tanpa sedikit pun wujud perasaan malu. Tidak disedari amarah sedang menguasai diri. Hilang pedoman dewasa kini, hilang juga harga diri. Nyatalah hujah tetap memakan diri. Dulu dijunjung, kali ini disisih jauh ke hujung bumi. Tubuh mengeluh, kubur menanti.

Hadirin penonton yang dikasihi, beginilah keadaan pengikut2 dari golongan yg menyangka merekalah pendokong Al-Quran dan As-Sunnah. Setelah bersuluhnya kegagalan penyokong PAS untuk menyangkal hujah sesama sendiri dari siswasisiwi. Terbelit terbeliak mencari lompang untuk meloloskan diri. Melompat isu baru yang sudah lama terungkai berbangkai. Persoalan terbaru yang sudah lama terjawab di forum politik nasional. Disegani laman web pembughah PAS Harakahdaily. Laman Web Idealis Mahasiswa cukup menjadi topik perbincangan dalam akhbar Harakah. Remuk retung para penulis harakah dengan tembakan berbisa Idealis Mahasiswa. Tulisan Tuan Guru Nik Aziz juga mereka tatap. Ber-artikel-kan 'tiada ketaatan kepada perkara maksiat'. Andai kata dibawa kesini, tidak jauh bezanya hujah siswa uitm dan sekutunya.

Persoalan dari Kak Sampah : Adakah Malaysia Negara
Islam ataupun tidak
.

Hadirin yang bijaksana, saya suka citanya menyediakan link buat semua penonton. Membincangkan Malaysia Negara Islam. Perdebatan para ulamak yang terkemuka di Malaysia. Mari membaca, dan sama2 menilai debat ilmiah yang bersumberkan hujah2 para ulama. Debat yang bukan sia2. Debat dari kalangan cerdik pandai yang bersedia mental, fizikal dan spiritual dalam mencari al haq. Dapat kita simpulakan, hujah2 PAS lebih kearah 'Mujahalah' yang hanya ingin 'mencantikkan' sahaja. Berbanding dengan hujah kerajaan adalah lebih tepat, lebih menjurus kepada asas terpenting sesebuah Negara Islam. Asas2 yang dimaksudkan ialah :-

1.)Pemimpin yang berdaulat.
2.)Rakyatnya(pengikut) yang beragama Islam.


PAS HARAM SEBAGAIMANA HARAMNYA ZINA, LIWAT, MUT'AH, JURI ARAK SERTA MEROMPAK. MALAYSIA NEGARA ISLAM. PELURU SISWASISWI MEMAKAN KAK SAMPAH. MARI SAKSIKAN TENGGOLOK SELEWENG MEREKA. MENJILAT KEMBALI HUKUM KAFIR LORD REID MENGGAGAHI DARI AL-QURAN DAN HADIS

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: PEMERHATI DENGAN KELAPUKANNYA


Author:
PEMUDA
[Edit]

Date Posted: 22:30:06 10/23/05 Sun

Subject: Betul ke tu?

Author:
Pemerhati

Date Posted: 19:36:08 10/22/05 Sat

Nak saman di negara Malaysia yg mengamalkan demokrasi? Itulah caranya Muhazam@PEMUDA berhujah, suruh saman, suruh bersumpah! Ini laman Forum le, bukan laman saman-menyaman dan laman untuk bersumpah! PERSOALAN ASASNYA ialah adakah majoriti ulama PAS itu Bughah? Adaah Majlis Fatwa Kebangsaan,atau mana-mana Majlis Fatwa Negeri pernah isytiharkan PAS adalah Bughah sejak PAS ditubuhkan? Kalau majoriti ulama di Malaysia sendiri tidak mengatakan PAS adalah Bughah, bagaimana? Kalau majoriti ulama di Dunia tidak menghukumkan bahawa PAS adalah haram sebagaimana haramnya zina, apa pula hukumnya yang jatuh kepada Muhazam, Pek Dik dan PEMUDA?


Al-Quran dijunjung untuk penyedap bicara, hukum yang terang dibiar tanpa terjaga. Persoalan majoriti ulama jadi pokok utama, hukum yang qat'i sudah jelas sempurna. Kepada pemerhati yang setia dengan ke-PAS-annya, majoriti ulama sepakat Malaysia Negara Islam. Bukan bersumberkan para rakyat yang jahil tak terkira, tapi para mufti yang bijaksana. Hukum Al-Quran dan Hadis tiada sepakat, melainkan wajib diterima tanpa digugat. Hanya golongan bid'ah yang masih keras membuta, menidakkan hukum yang sudah nyata. Muzakarah para ulama Kerajaan sudah terang mengatakan PAS sudah keluar dari Jemaah Amir, HARAM HUKUMNYA. Hukum bukan buatan manusia tapi berlidahkan Nabi SAW yang tercinta. Meminta dalil senang nampaknya, kali ini tiba giliran kami keatas kamu pula. Tolong berikan hujah majoriti ulama yang menghalalkan penubuhan PAS di dunia ini. Silakan hai sang pendokong totok PAS yang sudah berusia.

Mari saman kami jika benar kamu arif tentangnya. Berkata orang tidak betul tiada gunanya andaikata diri sendiri masih tidak tahu apa. Orang ini tidak betul, orang itu tidak betul, tidak betul lagi orang yang bercakap nampaknya. Silakan pemerhati jawab soalan kami pula, berikan pendapat majoriti ulama yang membenarkan penubuhan PAS berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Silakan


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: berapa lama lagi??


Author:
sakdj
[Edit]

Date Posted: 17:27:25 10/24/05 Mon

aku nak tanya siswa siswi yang berpandangan jauh nie.. brape lama lagi korang nak bertegang lidah cakap pasang bughah nie?? korang nie takde misi ke?? takde wawasan ke? sudah tiga tahun aku tgk benda yg sama jer.. btul la.. terutamannya skali tutor MMU tuh(penulis tetap kat idealis-mahasiswa nih).. mmg takde wawasan langsung..

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: MENGAPA NIK AZIZ TAK MATI DULU?


Author:
Awang Sulong
[Edit]

Date Posted: 13:02:18 10/24/05 Mon


 


MENGAPA NIK AZIZ TAK MATI DULU?



Awang Sulong




Pertama Awang ucapkan Takziah kepada YAB PM di atas kepergian Datin Seri Paduka Endon Mahmood ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Awang diberitahu begitu ramai orang yang berkunjung semasa pengebumian Datin seri Endon. Semua rakyat Malaysia berhiba. Semua parti politik pun masing-masing memberikan ucapan takziah.

Perang PAS sepanjang Masa

Bagaimanapun perang PAS terhadap kerajaan dan pemimpin UMNO nampaknya tidak pernah mengenal tempat dan masa. Yang paling mereka seronok ialah hentam, sindir dan tembak pemimpin UMNO dan kerajaan. Itulah PAS....parti taksub di Malaysia.

Menyindir Pak Lah

Apabila Awang membaca tulisan Roslan SMS yang ditulis dalam bloggernya malah disiarkan secara rasmi dalam media PAS harakahdaily.net bertajuk Antara kesedihan Pak Lah dan pilu Tok Guru sudah cukup menggambarkan wajah-wajah teruknya penyokong PAS ini. Dalam saat berhiba puak-pauk PAS ini masih sempat untuk mengutuk Pak Lah. Begitu licik tulisan itu untuk menawan hati orang lain betapa jahatnya Pak Lah kerana menahan anak Nik Aziz Nik adli dalam ISA. Nik aziz katanya sekarang ini lebih berhiba dan pilu. Pak Lah mesti ambil iktibar daripada peristiwa ini.

Nampaknya Roslan terlupa betapa di saat Nik Aziz hampir nazak kerana penyakit jantung Pak Lah dan Endon masih sempat melawatnya di hospital. Nik Aziz hanya sempat melawatnya ketika Endon meninggal dunia. Itulah Pak Lah dan Endon. Malah Pak Lah sendiri meminta kepakaran IJN bagi menyelamatkan Nik Aziz. Rasanya kerendahan hati Pak Lah itu menunjukkan betapa Pak Lah tidak memilih sesiapa untuk membantu.

Kekuasaan Allah dan kerendahan hati Pak Lah membantu Nik Aziz telah menyelamatkan mursyidul am itu. Kepulangannya dari IJN pun dilayan seperti seorang Perdana Menteri. Rasanya Pak Lah tidak pernah mengungkit semua ini. Itulah Pak Lah. Awang masih ingat lagi apabila Pemimpin PAS seperti Allahyarham Fadhil Noor mengutuk Pak Lah sebagai BADWI pemelihara babi. Pak Lah hanya berdiam sedikitpun tidak membalasnya jauh dari meminta pengikutnya dari UMNO untuk membalas kenyataan pemimpin PAS itu. Tuhan itu maha kaya, Fadhil Noor pergi dulu ke rahmatullah tetapi Pak Lah juga yang hadir dan membacakan doa kepada jenazah Allahyarham itu. Pak Lah sedikit pun tak marah dan mengungkit. Itu tidak termasuk Hadi Awang yang mengecam idea Islam hadhari Pak Lah. Pak Lah masih ok dan bertahan.

Kehadiran Nik Aziz ke kediaman rasmi ditatang dan dipuja sebagai ziarah yang ikhlas dari pemimpin. Tengok PAS buat baik. Kata mereka contohilah Nik Aziz. Yang mereka lupa ialah bagaimana Pak Lah dan endon melawat Nik Aziz dan membantu sedaya yang mungkin terhadap Nik Aziz. Siapa pemimpin PAS yang mampu mengurus dan mengarahkan segala bantuan perlu dilakukan kepada Nik Aziz? Awang rasa lebih baik Nik Aziz mati sahaja pada masa itu. Habis cerita perang politik PAS dan UMNO ini. Penulis sangat tidak bersetuju dengan cara PAS mengaitkan kematian Datin Seri Endon ini dengan pilu dan hiba tahanan ISA.



Jangan lupa pesalah ISA ditahan atas sebab keselamatan dalam negara. Nik Adli, siapa tidak kenal Nik Adli adalah sebagai pemimpin Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Pernah dilatih di Afghanistan bersama pemimpin KMM yang lain. Lihat sahaja segala kekejaman yang KMM lakukan seperti

1. Rompakan Southern Bank (18 Mei 2001)

2. Serangan ke atas Balai Polis Guar Chempedak

3. Latihan perang dan pengukuhan indoktrinisasi
jihad di Afghanistan

4. Pengeboman Plaza Atrium di Jakarta

5. Pengeboman di Gereja Santa Anna, Jakarta Timur

6. Rompakan Hong Leong Bank, Petaling Jaya

7. Mastermind dalam pembunuhan Dr. Joe Fernandez,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kehilangan Endon tidak sama dengan penghianat negara bernama Nik Adli Nik Aziz ini. Dulu kecik-kecik mengapa tidak dinasihatkan sahaja Nik Adli ini agar berbuat baik. Sekarang dah ditangkap baru nak kata baik dan rasa hiba apabila tiada di mata. Tiada di mata kerana berlatih senjata di Afghanistan semuanya tak apa ini jihad. Tiada di mata kerana melaksanakan serangan bunuh atau merompak tak apa, semua ok, tapi kena sumbat di penjara...oh tidak anak ku baik belaka. Tuan Guru Nik Aziz dan konco-konco PAS sekalian, “Biar mati anak jangan mati adat” Anak yang mati kerana melakukan tindakan melanggar undang-undang adalah lebih baik dari membelanya dari memusnahkan negara dan undang-undanng negara ini.

Sekadar mengucapkan Takziah dan kunjung-mengunjung adalah amalan biasa. Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dipolemikkan sebagai kejujuran dalam politik. Sudah tentu Takziah akan diucapkan jika Nik Aziz mati selepas ini kerana sakit jantung itu. Pak Lahlah orang yang pertama datang ke rumah Nik aziz nanti.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Isu Bughah yang diputarbelitkan oleh Muhazam dan Gengnya


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 15:48:14 10/20/05 Thu

Sekarang marilah kita sama-samah merujuk artikel daripada JAKIM mengenai KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM Oleh : Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dan kita buat analisis, di manakah ada bukti-buktinya terhadap pertuduhan Muhazam Mustapha dan gengnya kononnya bahawa PAS adalah BUGHAH dan Nik Aziz dan Hj Hadi adalah Ketua Bughah.

1. Pengertian Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122).

[ Apakah maksud melawan dan menderhaka? Bilakah PAS ada dan pernah melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amrai (iman) iaitu pemerintah atau kerajaan? Dan adakah kerajaan atau pemerintah menjalankan hukum-hukum syariat Islam termasuk Hukum Hudud? Bukankah dalam konteks negara Malaysia, Pemerintah sendiri yang tidak menjalankan hukum-hukum syariat Islam, di sebaliknya menuduh DSAI melakukan liwat menggunakan undang-undang kaum kufar, bukannya menggunakan Mahkamah Syariah?].

2. Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

[ Bilakah PAS sejak tahun 1951 ia ditubuhkan hingga kini ada pernah meberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri (Yang DiPeruan Agong) yang dinamakan jarimah siyasah iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.?]

3. Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

[ Bilakah PAS pernah saling berperang dengan UMNO? Apakah maksud "peperangan" yang terdapat dalam hadis tersebut? Bilakah pernah PAS menceroboh UMNO? Di sebaliknya, bagaimanakah dengan UMNO melalui Kerajaan Pusat menukarkan wang Royalti Petronas kepada Wang Ehsan, sedangkan Perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu telah dimeterai? Pihak manakah yang sebenarnya menceroboh hak?]

4. Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim.

[ Bilakah Pemimpin PAS telah memberi bai’ah atau kesetiaan kepada Pemimpin UMNO? Bilakah pula Pemimpin PAS memberi bai’ah atau kesetiaan kepada Perdana Menteri misalnya mengangkat Sumpah menerima jawatan mengaku setia kepada Perdana Menteri selaku Pemimpin atau menerima jawatan Menteri Besar? yang ada hanyalah kepada Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan atau Raja bahkan bagi negeri-negeri yang tidak beraja adalah kepada Tuan Yang Terutama atau Yang Dipertua Negeri.].

2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim .

[ Apakah yang dimaksudkan dengan “jemaah” dalam Hadis tersebut? Adakah UMNO itu layak dikatakan sebagai “jemaah” sedangkan ahli-ahlinya terdiri juga daripada mereka yang menganut kristian dan buddha?

Dalam tahun 1951 apabila ulama tersohor Haji Abdullah Fahim bersama Haji Ahmad Fuad Hassan menubuhkan PAS, apakah Haji Abdullah Fahim seorang ulama tidak mengetahui adanya hadis tersebut di atas? Mustahil beliau seorang ulama tidak mengetahuinya. Tetapi kenapakah beliau menubuhkan PAS juga? Sudah tentulah pada ilmu beliau ketika itu bahawa bagi beliau UMNO bukannya “jemaah”, dan beliau sendiri juga tidak menganggotai sebagai ahli dalam UMNO sewaktu beliau menubuhkan PAS. Dengan sebab itu, tidak boleh diterima adanya perbuatan Haji Abdullah Fahim sebagai melakukan dosa kerana berpisah daripada “jemaah” kerana menubuhkan PAS. ]


3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

[ Dalam maksud hadis di atas adanya ungkapan “bolehkah kami memerangi mereka”. Apakah maksud “memerangi”? Bilakah PAS telah memerangi YDPA atau pun PM?].

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain).

[ Hadis ini tidak boleh semudahnya ditafsirkan oleh sebarang orang yang tidak berilmu dalam bidang ilmu penafsiran Al-Hadis. Hadis tersebut tentunya merujuk kepada situasi dan keadaan sistem pemerintahan di zaman Rasulullah (saw) di mana tidak adanya sistem pemerintahan negara yang mempunyai pelbagai parti politik.

Di Malaysia, Pemerintah Negara sendiri, iaitu YDPA dengan kuasa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan negara, YDPA sendiri bersetuju dengan sistem pemerintahan negara berparlimen berdasarkan kepada kepelbagaian parti politik. Maka dengan sebab itu Hadis tersebut adalah di luar konteks situasi dan keperihalan keadaan bagi Malaysia.

Persoalannya bolehkah atau tidak Hadis tersebut tidak diguna-pakai dalam konteks negara Malaysia? Jawapannya: Boleh! Buktinya boleh ialah dalam Al-Qur’an Allah memerintahkan harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut Hukum Faraid, anak lelaki menerima lebih banyak daripada anak perempuan. Tetapi di Negeri Sembilan dalam Adat Perpatih, kenapa pula boleh anak lelaki tidak menerima harta pusaka? Apakah ini tidak merupakan adanya perbuatan tidak mematuhi Perintah Allah? Kenapakah Majlis Fatwa atau Mufti tidak mengisytiharkan bahawa haram hukumnya adat Perpatih itu? Mestilah ada sebab-sebabnya yang membenarkan dari segi ajaran Islam, sesuatu perintah Allah itu, atau Perintah Nabi (saw) tidak dipatuhi.

Saya sendiri tidak faham mengenai perkara tersebut. Diharap mereka yang memaahami Adat Perpatih dapat membantu memberikan penjelasannya.

Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah jelas bahawa di Malaysia, adanya segolongan Masyarakat Islam sendiri, iaitu yang mendokong Adat Perpatih telah tidak mengikuti Perintah Allah mengenai harta pusaka, iaitu hukum Fariad. Sudah tentulah para ulama mempunyai kesepakatan berpendapat bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu, ada Perintah Allah dan Rasul-Nya tidak mengapa tidak dipatuhi, sekiranya Pemerintah Tertinggi Negeri atau Negara merestuinya.

Dalam konteks Malaysia, pemerintah Tertinggi Malaysia, iaitu YDPA sendiri merestui adanya kepelbagai parti politik wujud. Masing-masing parti politik ada pemimpinnya. Dalam konteks KERAJAAN MALAYSIA, Perdana Menteri bukanlah satu-sanya Pemimpin saja, kerana ada lagi Pemimpin yang lebih tinggi darjat dan Kuasanya drpd Perdana Menteri, iaitu YDPA. Maka yang dimaksudkan sebagai Pemimpin dalam Hadis tersebut ialah YDPA, iaitu Pemerintah Negara; bukannya Perdana Menteri. Persoalannya bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah tidak taat kepada YDPA selaku Pemimpin?].


5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

[ Yang dimaksudkan sebagai Pemimpin dalam Hadis tersebut (No. 4) ialah YDPA, bukannya Perdana Menteri.

Walaupun Pemimpin UMNO atau Perdana Menteri selau Pemimpin tidak suka rakyat menyokong PAS tetapi pada masa yang sama YDPA (yang juga Pemimpin) merestui diadakan pilihanraya dan membenarkan PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya, maka di sini kelihatannya sudah ada percanggahan kuasa.

Kuasa siapakah yang rakyat kena patuhi dan berdosa jika tidak mematuhinya sebagai ketaatan kepada Pemimpin? Perlu diingat bahawa ada Al-Hadis yang maksudnya: "Tidak boleh adanya dua Pemimpin atau Pemerintah bagi satu Daulah yang memiliki Kuasa Tertinggi yang sama [Hadis riwayat Bukhari-Muslim). Maka di sini, Kuasa yang wajib ditaati oleh rakyat ialah YDPA, bukannya PM. Buktinya YDPA mempunyai Kuasa Teringgi mengatasi kuasa PM ialah untuk membubarkan Parlimen pun mesti mendapat perkenan dan tandatangan Baginda YDPA. Tanpa perkenan Baginda, Parlimen tidak boleh dibubarkan dan pilihanraya pun tidak boleh diadakan.

Persoalannya bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah tidak mengutamakan YDPA dan menentang YDPA? Mengambil bahagian dalam Pilihanraya oleh PAS, apakah itu sebagai menentang bagi menjatuhkan YDPA?].


6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul) .

[ Bilakah ada PAS dan Pemimpin PAS memikul pedang atau senjata dan memerangi Pemerintah, iaitu YDPA?].


Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah...”

[ Apakah maksud “pertentangan” mengikut maksud Imam Ghazali r.h. itu? Apakah penubuhan parti-parti politik yang Kerajaan sendiri yang meluluskan pendaftarannya dan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara, serta pilihanraya itu sendiri adalah sah dari segi undang-undang PAS mengambil bahagian, adalah sebagai “pertentangan” yang tidak diingini oleh Keraajaan sendiri?

Dalam perlawanan bola sepak juga perkataan “pertentangan” juga ada disebut, tetapi apakah ia sesuatu yang tidak diingini? Demikianlah juga dengan pilihanraya yang sememangnya wujud “pertentangan” antara parti-parti politik yang Kerajaan sendiri luluskan pendaftrananya dan diizin sendiri oleh SPR untuk bertanding. Apakah itu termasuk sebagai apa yang dimaksudkan oleh “pertentangan” dalam kata-kata Imam Ghazli r.h. itu?

Persoalannya, bilakah PAS dan Pemimpin PAS mewujudkan “pertentangan” dengan memilih jalan yang salah dari segi undang-undang? ].


2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”. Ali Imran ayat 165.

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak mentaati YDPA yang mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman oleh YDPA atau Pemerintah? ].

Dan Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”. Al-An`am ayat 129


Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah menganggp YDPA selaku Pemerintah adalah zalim? ]

3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “...kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS pernah menganggp YDPA selaku Pemerintah adalah zalim? Bilakah PAS dan Pemimpin PAS bangun menentang Baginda dan menggugurkan ketaatan terhadap YDPA selaku Pemerintah Negara? Bukankah Mahathir dengan direstui oleh UMNO-lah yang (melalui SEMARAK) pernah bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan terhadap YDPA yang sepatutnya dibunuh kerana telah melakukan BUGHAH?].

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.” . Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

[ Apakah yang dimaksudkan oleh Baginda (saw) mengenai “kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan” itu? Bilakah PAS dan Pemimpin PAS telah bertindak melakukan kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan rakyat atau YDPA ?

Al-Nawawiberkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepadaAllah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan danmenjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12,hlm. 232)

Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak memberikan ketaatan kepada YDPA selaku Pemerintah Negara dan menentangnya serta melucutkan jawatan Baginda?.

Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak memberikan ketaatan kepada YDPA selaku Pemerintah Negara dan menentangnya serta melucutkan jawatan Baginda?].

5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ ... manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”.(al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260).

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS tidak membesarkan YDPA selaku Pemerintah Negara dan tidak membesarkan ulama? Bukankah Mahathir yang direstui oleh UMNO melalui SEMARAK yang tidak membesarkan YDPA? Bukankah UMNO yang menerajui pentadbiran Negara yang pernah melucutkan Mufti (Dato’ Ishak) seorang ulama yang menjalankan tugas bagi mencegah dan bertindak menentang kemungkaran? ]


Kesimpulan

Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

[ Bilakah PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan:
(a) Pemberontakan?
(b) merosakan keharmonian hidup?
(c) mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah?]


Daripada keseluruhan debat mengenai BUGHAH di mana Muhazam Mustapha dan gengnya menuduh kononnya PAS adalah Bughah dan Nik Aziz dan Haji Hadi adalah Ketua Bughah di Malaysia, adalah jelas bahawa Muhazam Mustapha dan gengnya mengaplikasikan jenayah-jenayah yang dimaksudkan oleh hadis-hadis mengenai Bughah itu dengan pertuduhan bahawa PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan jenayah-jenayah tersebut. Bilakah bahawa PAS dan Pemimpin PAS telah melakukan jenayah-jenayah tersebut? Muhazam Mustapha dan gengnya tidak pernah dapat membuktikannya.

Kesalahan yang paling besar yang telah dilakukan oleh Muhazam Mustapha dalam usaha mereka bagi mempengaruhi para mahasiswa dan pembaca Forum ini ialah mereka mengaplikasikan hadis-hadis tersebut secara luar konteks. Misalnya, mereka telah menipu dengan mengatakan Perdana Menteri adalah Pemerintah Negara, dan bukannya YDPA sebagai Pemerintah Negara bagi menjustifikasikan hadis-hadis bahawa kononnya PAS tidak taat kepada Pemerintah.

Mereka telah mengelirukan audian dengan sewenang-wenangnya mengatakan Perdana Menteri adalah Pemerintah Negara, pada hal hakikat sebenarnya dari segi Perlembagaan Negara, Perdana Menteri hanyalah Esekutif, iaitu sebagai Pentadbir bagi pemerintahan Negara.

Pemerintah Negara dengan Pentadbir pemerintahan Negara adalah dua individu yang berbeza, di mana Pemerintah Negara (YDPA) adalah memiliki Kuasa Tertinggi yang mengatasi kuasa Perdama Menteri selaku Pentadbir bagi pemerintahan Negara.

Kesalahan Muhazam Mustapha dan gengnya juga adalah jelas menyelewengkan fakta yang terdapat dalam hadis-hadis itu, iaitu yang banyak menyebutkan perkataan “Pemerintah” yang telah diputarbelitkan oleh mereka maksudnya adalah “Perdana Menteri” dan bukannya YDPA., yang mereka mahu para mahasiswa dan pembaca Forum ini turut bersama mereka membenarkan persepsi mereka yang salah itu sebagai benar; iaitu kononnya Perdana Menterilah Pemerintah Negara yang ingin dilucutkan oleh PAS melalui pilihanraya.

Mereka juga dengan nawaitu yang amat jahat sekali mempergunakan hadis-hadis bagi tujuan membuktikan kononnya “pilihanraya” itu sebagai bermaksud satu saluran bagi PAS melucutkan jawatan Perdana Menteri, bagi menyesuaikan dengan maksud hadis bahawa perbuatan melucutkan jawatan itu adalah sebagai Bughah.

Persoalannya ialah adakah pilihanraya itu sendiri konsepnya adalah untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri Pemerintah Negara (YDPA)? Sama sekali adalah tidak! Pilihanraya adalah saluran bagi MEMILIH Pemimpin, bukanya untuk rakyat MELUCUTKAN jawatan Pemimpin atau Pemerintah Negara. Yang melucutkan jawatan penyandang Jawatan Perdana menteri ialah undang-undang itu sendiri sekiranya parti politik pimpinan Perdana Menteri kalah dalam pilihanraya, kalah dalam pemilihan oleh , bukannya kalah dalam peperangan pun.

Justeru tidak ada bukti menunjukkan PAS dan Pemimpin PAS telah bertindak untuk melucutkan jawatan Pemimpin atau Pemerintah Negara.

Dalam teks di atas, kita kemukakan persoalan-persoalan dalam kurungan [ ] untuk Muhazam Mustapha gengnya berikan jawapan-jawapan supaya mereka dan para mahasiswa dan pembaca memahami maksud BUKTI yang diminta Muhazam Mustapha dan gengnya mengemukakannya. Sila berikan bukti-bukti bagi pertuduhan mereka yang kononnya bahawa PAS adalah Bughah dan Nik Aziz dan Hj. Hadi adalah Ketua Bughah, dengan mereka kena menjawab satu persatu persoalan yang terkandung di dalam kurungan [ ] itu.

Jika Muhazam Mustapha dan gengnya tidak dapat menjawabnya satu persatu, adalah jelas bahawa Muhazam Mustapha dan gengnya telah menggunakan laman Forum ini untuk mengkhianati minda para mahasiswa dan para pembaca kerana telah menyelewengkan pengaplikasian penafsiran mereka terhadap hadis-hadis mengenai Bughah dalam usaha mereka bagi motif memburuk-burukan PAS tanpa haq, dengan sanggup melakukan FITNAH.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Hukum bughah mengikut Dr. Yusuf Al-Qardhawi


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:58:48 10/20/05 Thu

Saya memerhatikan PEMUDA mengambil jalan "potong dan tampal" posting saya yang kononnya saya mengatakan PAS adalah bughah atau dengan kata lain kononnya sebagai "senjata makan tuan". Saya amat memahami akan golongan ini yang akan menggunakan apa saja cara dan tindakan yang boleh memberikan kredit kepada mereka. Tapi NYATANYA jika beliau membaca posting itu dengan jujur beliau akan ketemu jawapan disebaliknya. Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Kak Sampah bahawa golongan ini mempunyai masalah pemahaman yang kronik atau kritikal sekali.

Di sini saya kemukakan maksud bughah yang sebenar mengikut pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi.


DALAM PERTEMPURAN (PEPERANGAN)TIDAK ADA SAHABAT YANG DIKAFIRKAN
- Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:

Dalam pertempuran sahabat, apakah ada yang dikafirkan?

Jawab:

Di dalam peperangan (Shiffin atau Al-Jamal) Ali bin Abi Thalib r.a. ,tidak menganggap orang-orang yang melawannya telah keluar dari Islam dan kafir, tetapi hanya dikatakan mereka itu Bughah(berbuat kebatilan). Sebagaimana sabda Nabi saw. kepada seorang sahabat yang bernama Ammar, sabda beliau,"Kamu akan dibunuh oleh golongan Al-Bughah, orang-orang yang zalim, atau orang-orang yang berontak (tidak taat kepada penguasa)."

Erti kufur dalam hadis atau As-Sunnah bukan keluar dari
Islam dan bukan menjadi kafir, sebagaimana yang difahami
oleh sebahagian orang-orang pada saat ini yang tidak tepat.


Dalam huraiannya, Nabi saw. telah bersabda:

"Barangsiapa melakukan sumpah selain kepada Allah, maka orang itu kafir atau musyrik."

Nabi saw. juga bersabda:

"Barangsiapa yang mendatangi (berubat) kepada dukun dan
percaya pada apa yang dikatakannya, maka dia kafir atau
mengingkari apa yang dibawa oleh Rasul."

Hal-hal yang demikian itu selalu dilakukan oleh orang-orang Islam, seakan-akan menjadi tradisi mengunjungi dukun-dukun dan bersumpah atas nama orang, tidak atas nama Allah, tetapi tidak ada satu pun di antara ulama yang memvonis mereka kafir.

Jadi, kata "kufur" itu dapat diertikan mengingkari nikmat,tidak bersyukur kepada Allah, tidak kenal budi dan
sebagainya. Dengan kata lain, "kufur" mempunyai erti yang
luas dan berbeza-beza.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Kuasa PM disekat oleh Perlembagaan Malaysia


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 15:26:22 09/07/05 Wed

Ingin saya bawakan satu contoh lagi mengenai keterbatasan kuasa yang ada pada PM. Perkara ini adalah mengenai pindaan perlembagaan mengenai Kerajaan Persekutuan mengambilalih bidang kuasa pengurusan air daripada kerajaan-kerajaan negeri.


Pemindaan Senarai Negeri i untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan mengambilalih bidang kuasa pengurusan air daripada kerajaan-kerajaan negeri didapati tidak sesuai, luar aturan, tidak menurut peraturan-peraturan Parlimen dan tidak mengikut Perlembagaan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad telah memohon kepada Yang diPertua Dewan Rakyat supaya meminda Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mengenai pengurusan bekalan air di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub dalam Senarai Negeri, dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam Butiran 6.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sama ada wujudnya agenda yang terselindung di sebalik sikap terburu-buru untuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 ini.

Dalam hujahnya, Lim Kit Siang menjelaskan, pemberitahuan atau notis bertarikh 22 Disember 2004 untuk Mesyuarat Khas Parlimen selama dua hari dan dihantar kepada semua Ahli-ahli Parlimen telah ditandatangani oleh Yang di-Pertua Tan Sri, sedangkan notis tersebut sepatutnya ditandatangani oleh Setiausaha Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 91, Dewan Rakyat.

Kedua, Kit Siang memberitahu bahawa ahli-ahli Parlimen telah diberitahu dalam notis itu bahawa Persidangan Khas Parlimen diadakan menurut Peraturan Mesyuarat 11(3) yang mana berbunyi,

”Pada masa Majlis dalam penangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahuan menyatakan berapa haribulan hendak mengadakan mesyuarat itu dan majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu.”

Dalam hal ini, pernyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk sebuah Parlimen Khas tidak mungkin dilakukan semasa Majlis dalam penangguhan selepas Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004. Oleh sebab keputusan untuk mengadakan sebuah Persidangan Khas untuk Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 telah dibuat dan diumumkan sebelum penangguhan Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004. Walau bagaimanapun, bantahan paling serius dan utama adalah sebab ketiga iaitu perlanggaran Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Parlimen untuk menceroboh dan melampaui kuasa dan prerogatif kerajaan negeri dan dewan-dewan undangan negeri. Perkara 76(1), Perlembagaan Persekutuan menyebut tiga keadaan di mana Parlimen boleh meminda Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu 76(1) yang berbunyi;

”Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri tetapi hanya seperti berikut sahaja:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian atau convention antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain atau apa-apa keputusan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau

(b) bagi maksud menghadkan persamaan undang-undang di antara dua buah negeri atau lebih: atau

(c) jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri.”


Memandangkan peruntukan-peruntukan perkara 76(1) (a) dan (b) tidak terpakai di sini, Kit Siang telah mempersoalkan sama ada perkara 76(1)(c) telah dipatuhi atau tidak iaitu adakah mana-mana Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia telah meminta Parlimen meminda Senarai Negeri supaya satu-satu kuasa prerogative negeri ke atas air diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan membenarkan pengurusan sumber air 'dipersekutuankan' atau di federalise. Dewan Undangan Negeri Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang tidak pernah bermesyuarat untuk menyerahkan satu-satunya kuasa prerogative mereka ke atas air ataupun meminta Parlimen meminda Senarai Negeri untuk mempersekutuankan pengurusan air.

"Setakat yang saya ketahui tiada satu pun Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia sama ada yang dikuasai oleh Barisan Nasional atau Pas telah meminta Parlimen untuk melakukan apa-apa pindaan Perlembagaan ke atas senarai negeri untuk membolehkan Kerajaan Pusat mengambil bidang kuasa ke atas air daripada Kerajaan-kerajaan Negeri.

Parlimen sebenarnya tidak mengikut prosedur sekiranya ia meneruskan Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan tanpa sebarang permintaan daripada Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu yang jelas tidak mengikut Perlembagaan oleh sebab ia melanggar perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan sebabnya itu saya telah membuat seruan umum kepada Peguam Negara untuk menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 untuk meminda Senarai Negeri tidak patut diteruskan pada Persidangan Parlimen Khas ini melainkan perkara 76(1)(c) telah dipatuhi terlebih dahulu dan adanya permintaan dari Dewan Undang Negeri untuk pindaan Perlembagaan sedemikian," kata Kit Siang di Dewan Rakyat.

"Saya merasa bingung mengapa perlunya diadakan Mesyuarat Khas Parlimen untuk membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 ini untuk melaksanakan proses mempersekutukan sumber-sumber air, satu tindakan yang melanggar Perlembagaan dan mengapakah ia tidak boleh tunggu dua bulan nanti dan dibincangkan di dalam mesyuarat Parlimen yang biasa yang telah dijadualkan pada 21 Mac 2005 hingga 28 April 2005, tambahnya lagi.


Dalam hal ini jelas membuktikan kuasa yang ada pada PM cukup terbatas dan dikongkong oleh Perlembagaan Malaysia. Jika hanya isu air yang sebegitu kecilpun PM tidak boleh meminda atau membuat sesuka hati bagaimanakah nak membuktikan yang PM mempunyai kuasa yang besar dan menandingi YDPA. Sedangkan adalah jelas keputusan PM perlu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia sebelum meminta Parlimen meminda Senarai Negeri supaya satu-satu kuasa prerogative negeri ke atas air diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan membenarkan pengurusan sumber air 'dipersekutuankan' atau di federalise. Saya harap perkara ini dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenai kuasa yang ada pada PM.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Muhazam dan kawan-kawan bila lagi nak bertaubat???


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 12:22:35 09/13/05 Tue

Jika seorang mufti ada membuat kesilapan dalam menulis buku dan telah insaf dan bertaubat, inikan pula seorang insan yang bernama Muhazam. Saya amat berharap agar Muhazam dapat menyemak kenyataan daripada Mufti Islam Hadhari Terengganu Bestari, Dato' Dr. Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang ini dengan lebih lanjut.

Mufti Terengganu bertaubat dan menarik balik buku-bukunya

Mufti Islam Hadhari Terengganu Bestari, Dato' Dr. Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang telah mengulangi kenyataan beliau bertaubat dan menarik semua buku-buku karangan beliau mengenai Hudud dan Negara Islam pada Majlis Penyampaian Elaun Imam dan Bilai di Masjid Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu.


Semasa beliau berucap ada usaha-usaha untuk menghalang ucapan ini yang dipercayai mereka ini adalah antara orang kuat Dato' Idris Jusoh.

Antara kenyataan beliau, beliau bertaubat dan mengaku silap dalam karangan beliau berhubung buku "Negara Islam" atau "Pemerintahan Islam".

Beliau juga mengaku silap dalam tulisan berkaitan dengan peratusan masyarakat Islam untuk melaksanakan hukum hudud.

Dalam akhir kenyataan beliau, beliau memohon keampunan daripada Allah s.w.t. dan tidak mahu lagi bertanggungjawab dengan buku-buku berkenaan dan mengaku kesilapan serta bertaubat kepada Allah Taala.

Berikut adalah petikan daripada edaran surat kenyataan yang dikeluar oleh beliau sendiri sebelum ini.

1 - Edaran 5/9/2005 - Muka 1

2 - Edaran 5/9/2005 - Muka 2

3 - Edaran 7/9/2005 - Muka 1


Antara perkara yang dibetulkan ialah:-

"Hukum-hukum Hudud Islam ini adalah termasuk di dalam perkara-perkara Hukum Allah dan syari'at Nabi Muhammad saw yang wajib di atas umat Islam mematuhinya dan menerima pakainya. Perkataan selepasnya ialah "selagi mereka mampu" itu wajiblah digugurkan dan saya mengaku kesilapan itu berlaku kerana kurang teliti".

"Negara Islam yang cukup syaratnya, ialah negara Islam yang diperintah dengan hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah, termasuk di dalamnya hukum hudud, yang mana dinamakan negara Islam yang adil".

Secara jelasnya beliau menarik balik buku-buku tersebut dan mengaku tersilap dan tersalah seta sesiapa yang memilikinya, janganlah lagi berpegang kepada buku-buku tersebut kerana beliau tidak lagi bertanggungjawab terhadap buiku-buku tersebut.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Negara Islam yang menghalalkan judi


Author:
Minah thread
[Edit]

Date Posted: 10:27:39 10/20/05 Thu

Kita sudahpun sampai ke pertengahan Ramadhan. Fasa ini dikira sebagai fasa Maghfirah ataupun keampunan. Sepatutunya disaat inilah kita sudah bersedia menzahirkan keimanan dan ketaqwaan kita dalam apa sahaja aktiviti dan tindak-tanduk kita.

Tambahan pula sekiranya kita diberikan peluang oleh Allah swt memimpin hamba-hamba Nya. Dengan tanggungjawab itu sebagai seorang Muslim sepatutnya kita tunduk pada ketentuan dan peraturan Allah swt, sebagaimana firman Nya dalam surah al Baqarah 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Tiada lagi keraguan dalam hal ini tambah-tambah dalam bulan puasa ini, tak kiralah samada kita PM, MB, Menteri mahupun ahli parlimen ataupun ADUN.

Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli parlimen Umno kawasan Yan, Badruddin Amiruldin bertanya di dalam dewan rakyat semalam adakah sebagai sebuah negara Islam, Malaysia akan terus menggalakkan perjudian?

Kata beliau lagi berjudi ini boleh membawa manusia ke kancah amalan syirik, THE STAR melaporkan:

In the kampong, when people want to win numbers games, they go to see the bomoh and even make offerings to trees so that their numbers will come out winners. All this shows that gambling can make people carry out deviationist practices.

Di kampung, apabila seseorang ghairah mahu menang judi tikam nombor, mereka sanggup berjumpa bomoh dan sanggup membawa persembahan ke pokok-pokok, dengan harapan nombor yang mereka tikam akan naik. Semua ini membuktikan yang amalan berjudi itu boleh membawa kepada amalan-amalan sesat (syirik).

Badruddin tidak perlu membawa contoh amalan di kampung beliau, dalam hal ini cukup ayat-ayat Allah swt sebagai hujah dimana Allah telah berfirman dalam surah al Maaidah 90-91:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Perbuatan terkutuk ini adalah dosa besar dan sudah pastilah berdosa juga mereka yang membenarkan amalannya samada secara langsung mahupun tidak langsung. Dan sebagaimana yang diduga Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hilmi Yahya telah menjawab dengan mengatakan:

Gambling was a matter of individual choice.

Judi ini terpulang kepada pilihan individu.

Bermakna benar (sebagaimana yang Umno dakwa) negara ini adalah Negara Islam akan tetapi jenis negara Islam Malaysia ini adalah yang anjal sehingga ia membenarkan judi walaupun berdosa kerana ianya pilihan individu!

Dalam hal ini Badruddin, Hilmi termasuklah Pak Lah dan rakan-rakan, yang beragama Islam dan yang menjunjung dan mendaulatkan al Quran sebagai kalam Allah perlulah akur kepada firman Nya (al Baqarah 219):

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Bersedialah untuk memikul beban ini sebagai pemimpin bila berhadapan dengan Allah swt di Hari Pengadilan kelak.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Konsep Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:19:32 09/16/05 Fri

Sudah jelas dan tanpa perlu berdolak-dalik lagi Muhazam dan kaum kerabatnya telah gagal memberikan jawapan di dalam perlembagaan yang membuktikan YDPA mempunyai kuasa simbolik. Nyatanya hujah daripada mereka hanyalah simbolik semata-mata tanpa ada sandaran yang kukuh bahkan tiada apa-apapun. Sudah dijelaskan bahawa perlembagaan Malaysia ialah yang terperinci (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual. Nyatanya Kesemua perkara telah dijelaskan dengan terperinci di dalam perlembagaan Malaysia.



Maksud Perlembagaan

Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.


Tujuan perlembagaan ialah:
i. menentukan cara sesebuah negara diperintah.
ii. menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya.
iii. menjamin kebebasan.

Perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual. Berbeza dengan Amerika Syarikat yang perlembagaannya bersifat umum, perlembagaan kita adalah terperinci dan perlu dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak dan perubahan.

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (bukan PM semata-mata).


Sebahagian besar daripada rakyat negara ini kelihatan beranggapan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen undang-undang yang bersifat teknikal dan hanya difahami oleh mereka yang terdidik di dalam bidang perundangan. Meskipun ini adalah sesuatu yang kurang tepat dan tidak sepatutnya berlaku adalah sukar untuk mengharapkan masyarakat memahami isi kandungannya, apatah lagi mengetahui asas-asas penting Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini Perlembagaan hanya dilihat sebagai sebuah dokumen perundangan yang hanya berkaitan untuk menjadi bahan pertikaian di mahkamah. Pada asasnya perlembagaan merujuk kepada doktrin dan prinsip yang membentuk asas pemerintahan dan pengendalian sesebuah negara.

Sementara itu mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang sendiri kebanyakannya masih melihat dan memahami perlembagaan melalui pendekatan yang terlalu legalistic. Mereka tidak melihat sebagai sebuah dokumen yang merakamkan perkembangan dan perubahan sistem bernegara sejak zaman berzaman. Perbincangan ini cuba melihat bahawa Perlembagaan Pessekutuaan adalah sebuah dokumen yang tidak terpisah dari sejarah, perkembangan dan tradisi negara. Ia juga cuba menghujah bahawa meskipun bentuk perlembagaan kelihatan asing, intisari pentingnya sebenarnya berasal dari negara ini sendiri.


Peranan mahkamah penting kerana ia menduduki tempat yang penting dalam konsep perasingan kuasa. Ia telah diamanahkan untuk mentafsirkan perlembagaan dan memelihara undang-undang. Dalam konteks pemisahan kuasa, mahkamah (judiciary) memainkan peranan yang amat penting selain daripada dewan perundangan (legislatures; Parlimen dan dewan undangan negeri) dan eksekutif.

Dalam pentadbiran sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin, tiga cabang utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman memainkan peranan yang amat penting. Institusi Legislatif merupakan institusi yang tertinggi di antara dua institusi lainnya, tugas institusi ini adalah untuk mengubal dan meminda undang-undang yang dibawa kepadanya oleh pihak Eksekutif dan tidak boleh mencampuri urusan institusi-institusi lain [Eksekutif dan Kehakiman]. Begitu juga institusi ada peranan masing-masing tidak boleh mencampuri urusan institusi lain. Pengasingan kuasa ini jelas ditetapkan oleh Perlembagaan bab 3, bab 4 dan Bahagian ix perkara 121.



Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA yang merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam perlembagaan.

Secara jelasnya konsep pengasingan kuasa telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia dan ia tidak bersifat simbolik seperti yang didakwa oleh Muhazam dan kaum kerabatnya. Apakah tafsiran tepat yang boleh didapati selain daripada apa yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Muhazam dan kaum kerabatnya mendakwa mempunyai hujah dan bukti tapi nyatanya semua itu hanyalah simbolik semata-mata dan mereka sendiri tidak memahaminya secara jelas hatta daripada apa yang telah diterangkan oleh Prof Jayum dan lawyer seperti yang didakwa kerana konsep pengasingan kuasa telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia masakan mereka tidak menjumpainya. Simbolik sungguh Muhazam dan kaum kerabatnya!!!

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a new public message:
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.


Terima kasih kerana mengikut halaman ini
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.