VoyForums

VoyUser Login optional ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]


Forum Politik Nasional Idealis Mahasiswa ini hanya membicarakan politik negara, politik luar negara dan aspek-aspek yang diistilahkan sebagai 'pembangunan idea'.
Sila Lawat Laman Utama Idealis-Mahasiswa

SELAMAT BERFORUM !


Subject: attention


Author:
raaj karan
[Edit]

Date Posted: 12:10:36 09/23/09 Wed

pls abbreviate the passage so i can study in a short while

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Berita-berita mengenai Praktikal Pengasingan Kuasa yang dijalankan di Malaysia.


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 16:33:38 10/19/05 Wed

Petikan berita-berita berikut menyatakan Praktikal Pengasingan Kuasa yang dijalankan di Malaysia. Buat Muhazam dan gengnya... Berhati-hati kerana anda akan menjumpai makna yang tersirat yang sukar untuk kamu menterjemahkannya!!!


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun memegang enam portfolio penting kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau berkata, selama ini beliau sebenarnya secara tidak rasmi bertanggungjawab terhadap lebih daripada enam portfolio yang diumumkan.

``Sekarang ini pun, saya buat (pegang portfolio) lebih daripada enam,'' katanya ringkas pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis perasmian Jusco Seremban 2 di sini semalam.

Mohamad sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bagi Hal Ehwal Agama, Perancangan negeri, Pelaburan dan Perindustrian serta Tanah dan Sumber Asli.

Dalam rombakan portfolio yang diumumkan selepas mesyuarat Exco Rabu lalu, Mohamad mengambil alih tiga portfolio yang sebelum ini dipegang Exco berlainan iaitu pelajaran, penerangan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan serta pembangunan luar bandar dan wilayah.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohamad juga membidas sikap pembangkang khususnya DAP yang mendakwa rombakan yang dilakukannya menyalahi perlembagaan kerajaan negeri.

DAP menerusi wakilnya Loke Siew Fook, mendakwa, tindakan Mohamad melantik timbalan bagi setiap portfolio adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Dewan Undangan Negeri Sembilan diwakili dua wakil DAP.

``Dia (DAP) tak tahu apa. Dia (Loke Siew Fook) pergi kena belajar dulu. Kita bukan lantik timbalan exco, timbalan pengerusi portfolio sahaja.

``Timbalan pengerusi, tak salah dari segi perlembagaan,'' tegasnya.

Tegas Mohamad lagi, tindakannya menambah 16 portfolio daripada 11 sedia ada juga bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan.

Ia kata beliau, adalah soal pengurusan sesebuah kerajaan negeri.


``Saya tak nampak ia bercanggah dengan perlembagaan. Tak ada dalam perlembagaan pun mengenai berapa portfolio yang perlu ada.

``Cuma yang ada dalam perlembagaan, exco tidak lebih 10 orang termasuk saya. Portfolio ialah pengurusan.

``Beberapa portfolio saya buat, terpulang pada saya, ini pengurusan,'' tegasnya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra malam ini mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam dalam satu majlis penuh bersejarah di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini.

Berikutan perisytiharan tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI).

Dalam majlis itu, Tuanku Ismail Petra secara simbolik menerima watikah pemasyhuran yang dibawa dengan kereta kuda dan diiringi beca berhias daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Baginda kemudiannya menyerahkan watikah tersebut kepada Yang Dipertua MPKB, Ab. Aziz Ab. Rahman.

Ia disaksikan oleh lebih 40,000 penonton yang turut diasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Tengku Ampuan Mahkota Kelantan, Tengku Zubaidah Tengku Norudin.

Perisytiharan turut diserikan dengan persembahan artis popular masa kini, juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, M. Nasir, Kumpulan Rabbani dan bekas penyanyi rock, Akil Hayy serta dikir barat.

Ini merupakan persembahan kedua Mawi di Kelantan selepas mengadakan persembahan di Konsert Tautan Kasih di Padang Perdana, malam semalam yang juga turut dihadiri oleh lebih 40,000 penonton.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapan alu-aluan dalam buku cenderamata majlis berkata, falsafah dan konsep yang dipakai oleh MPKBBRI adalah berpaksikan kepada al-Quran dan Al-Sunnah bagi memastikan terpeliharanya lima keperluan asas kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

``Falsafah dan konsep Kota Bharu bandar raya Islam ialah iman dan takwa yang mana ia adalah sebuah bandar yang menghayati dengan menyeluruh ajaran al-Quran dan Al-Sunnah,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan dalam ucapan alu-aluannya berkata, bagi merealisasikan Kota Bharu bandar raya Islam pihaknya juga berpegang kepada lima `KAF' iaitu keilmuan, kepatuhan, kebersihan, kebajikan dan kesejahteraan.

``Sesungguhnya konsep Kota Bharu sebagai bandar raya Islam adalah manifestasi daripada dasar membangun bersama Islam yang telah diasaskan oleh kepimpinan kerajaan negeri Kelantan sejak 15 tahun lalu,'' ujarnya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Draf pindaan Akta Taska 1984 dirujuk kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Satu draf pindaan Akta Taska 1984 yang mengambil kira soal kualiti pengasuhan kanak-kanak akan dikemukakan untuk kelulusan Peguam Negara selepas Hari Raya nanti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sebaik diluluskan draf itu yang menghuraikan segala permasalahan golongan pengusaha taska akan dibawa ke pengetahuan Kabinet.

``Sejak enam bulan kebelakangan ini pihak kementerian sudah berjumpa dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan kalangan pengusaha taska di seluruh negara untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

``Sehingga kini, tinggal satu atau dua lagi kumpulan yang belum ditemui bagi tujuan tersebut,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong dan penyampaian bantuan hari raya kepada warga emas dan anak-anak yatim di Dewan Rekreasi Taman Sri Segambut di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua bahagian itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Pada majlis itu, 50 warga emas diberi duit raya RM100 seorang manakala 50 orang anak-anak yatim pula masing-masing mendapat RM50.

Menurut Shahrizat, masanya sudah tiba untuk meminda akta tersebut dengan memberi fokus kepada soal pengasuhan terutama anak-anak yang baru lahir hingga mereka mencapai usia empat tahun.

``Kita akan kaji semua masalah dan garis panduan pelaksanaan taska komuniti, taska tempat kerja, taska institusi dan taska di rumah akan dimasukkan ke dalam pindaan itu kelak.

``Sehubungan itu, pada Ogos lalu, pihak Perbendaharaan telah memperuntukkan RM1.19 juta kepada kementerian bagi melaksanakan projek perintis 10 buah taska komuniti di 10 buah negeri mulai Januari depan,'' katanya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Kami bukan cari publisiti'' - Kelantangan di Parlimen untuk suarakan kepentingan rakyat

APA yang berlaku di Dewan Rakyat sepanjang persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Kesebelas sejak penghujung September lalu menarik perhatian banyak orang. Persidangan kali ini hangat dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat, terutamanya di kalangan penyokong kerajaan yang menunjukkan kelantangan yang agak luar biasa.

Ada yang melihat apa yang berlaku ini sebagai petanda angin perubahan yang sedang bertiup di Dewan Rakyat - kesungguhan ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan memberikan pandangan yang berbeza dari kerajaan.

``Kami bukannya mencabar kerajaan. Kami hanya menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan isi hati rakyat,'' jelas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.

Isu permit import (AP) kereta dan kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke sidang Dewan Rakyat duduk di tangga pertama tumpuan mereka. Perbahasan di Dewan Rakyat tentang isu itu jadi menarik apabila dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diberi amaran kerana menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang. Mereka berdua kemudiannya meminta maaf atas keterlanjuran itu.

Belum reda isu AP kereta, timbul pula soal cadangan penyenaraian Tabung Haji Plantations di Bursa Malaysia. Sungguhpun diberikan taklimat oleh pihak pengurusan Tabung Haji, ahli-ahli Parlimen BN tidak berganjak membantah cadangan itu. Selain dua isu itu, projek pembinaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya yang memberikan kesan kepada rumah sebahagian penduduk di Bandar Baru Sri Petaling di pinggir ibu negara juga menjadi perhatian wakil rakyat BN.


Dalam wawancara dengan wartawan NOOR AZAM SHAIRI, ahli Parlimen Johor Bahru itu menjelaskan kelantangan wakil rakyat BN terhadap isu-isu itu.

Shahrir yang sebelum ini mengingatkan agar ``Dewan yang mulia ini jangan jadi macam kedai kopi'' melihat perkembangan yang sedang berlaku itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan martabat Parlimen - gerakan yang diusahakan sejak menerajui BNBBC penggal ini.

MINGGUAN: Dalam satu ucapan di Dewan Rakyat April lepas, Datuk mengingatkan agar Dewan yang mulia itu jangan jadi macam kedai kopi. Bagaimanakah keadaannya sekarang?

SHAHRIR: Perubahan itu sedang berlaku. Kita boleh melihat adanya perbincangan tentang perkara-perkara yang substantif dalam persidangan Dewan Rakyat sekarang. Malah apabila diumumkan pelantikan ketua pengarah untuk Jabatan Parlimen, kita lihat ada rasa cemburu di kalangan ahli-ahli Parlimen terhadap kedudukan Parlimen - macam ada sesuatu yang tidak kena.

Pengumuman itu menimbulkan reaksi yang kuat di kalangan semua ahli Parlimen, cuma tindakan masing-masing berlainan. Pihak pembangkang terus menyerang dan menyifatkannya sebagai tindakan yang boleh menggugat kedudukan Parlimen. Kami yang menjadi penyokong kerajaan sebaliknya mengambil sikap yang lebih halus dan berlapik.

Kami mengadakan satu pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Isnin lepas untuk menyuarakan kebimbangan kami. Kami mencadangkan supaya nama itu ditukar kepada sesuatu yang lebih sesuai dengan kedudukan Parlimen, supaya tidak mengikut acuan perkhidmatan awam. Timbalan Perdana Menteri kemudian bersetuju untuk membawa perkara itu kepada perhatian kabinet.


Tentang penubuhan pejabat pentadbiran Parlimen dan pelantikan ketua pentadbiran. Ada yang melihatnya sebagai campur tangan eksekutif ke dalam urusan Parlimen.

SHAHRIR: Tidak, ia sebenarnya satu proses membirokratikkan Parlimen kerana pada tahun 1992 telah dimansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Berikutan pemansuhan itu semua pegawai dan kakitangan Parlimen diserapkan ke dalam Jabatran Perkhidmatan Awam (JPA).

Jadi dalam tempoh 12 tahun ini acuan dan piawaian JPA telah digunakan untuk mengukur kerja-kerja Parlimen. Ini yang menjadikan masalah. Setahun yang lalu saya telah menyatakan bahawa Parlimen tidak sepatutnya diletakkan di bawah JPA, di mana jabatan itu menguasai segala urusan kakitangan dan pegawai Parlimen.

Kerja kita sudah bertambah dan kita perlu kepada sokongan daripada pentadbiran untuk membantu kerja-kerja itu. Tetapi JPA mempunyai ukurannya sendiri dan merasakan Parlimen tidak perlu ditambah dengan kakitangan dan pegawai.

Ini hanya soal pentadbiran, bukannya campur tangan ke dalam urusan Parlimen. Kita sudah memulakan kerja sebagai jawatankuasa pilihan, jawatankuasa kira-kira wang negara dan sebagainya dengan menggunakan kakitangan dan pegawai sedia ada. Kerja bertambah tetapi sokongan tidak bertambah. Itu yang kita minta janganlah JPA menggunakan acuannya untuk menilai keperluan Parlimen.

Istilah ketua pengarah yang menimbulkan kekecohan itu misalnya adalah takrif yang digunakan oleh JPA. Kita terperangkap dalam birokrasi JPA. Itu yang kita lihat tidak sesuai. Itu sebabnya juga kita meminta dihidupkan semula akta yang telah dimansuhkan itu supaya perkhidmatan Parlimen dapat dibezakan dan tidak mengikut birokrasi JPA. Itu saja isunya.

Ahli-ahli Parlimen khususnya penyokong kerajaan nampak lantang menyuarakan pandangan dalam beberapa isu. Apakah sekarang ini kerajaan tidak lagi boleh selesa dengan ahli-ahli Parlimen yang seperti ini?

SHAHRIR: Ini bukan soal keselesaan; kami bukannya mencabar kerajaan. Kami hanya menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan isi hati rakyat.

Dalam isu pembinaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya dekat Bandar Baru Sri Petaling misalnya, kami merasakan bahawa BNBBC harus mengambil sikap mendengar rintihan pihak yang berdepan dengan kebuntuan -Êsukar mendapat pembelaan dan ruang untuk menyuarakan rintihan. Kami mengatur lawatan ke tapak projek itu untuk menyatakan bahawa Parlimen bukan saja bertindak di dalam dewan tetapi sedia menerima pandangan dan permohonan daripada pihak luar.

Kami mahu menunjukkan keterbukaan Parlimen. Parlimen bukan saja mengenai perbahasan dan soal jawab. Parlimen juga terbuka untuk menerima petisyen dan memorandum daripada pihak yang terkilan. Ini sejajar dengan urusan Parlimen melalui jawatankuasa pilihan yang mendengar pandangan rakyat berhubung perkara-perkara tertentu. Untuk menjadikan Parlimen terus relevan dengan rakyat, ia juga harus boleh membuka pintunya kepada golongan yang terkilan untuk bersuara.

Ini bukan sesuatu yang baru tetapi prinsipnya sama seperti jawatankuasa pilihan iaitu ahli Parlimen boleh turun ke padang untuk mendengar pandangan dan aduan orang ramai serta menerima memorandum. Suara rakyat di Parlimen bukan hanya melalui pilihan raya tetapi boleh juga disampaikan semasa tempoh hidup Parlimen itu.

Kalau kita lihat isu-isu yang dibawa ke Parlimen, ahli-ahli Parlimen membawa suara yang mewakili perasaan dan pandangan orang ramai. Perbahasan mengenai pengapungan THP itu adalah satu contoh yang jelas. Ahli-ahli Parlimen menyampaikan pandangan yang dipungut daripada teguran orang ramai yang tidak ada tempat untuk menyuarakannya. Pendirian kami itu bukan mencabar kerajaan tetapi memberi teguran kepada keputusan yang dibuat oleh Tabung Haji.

Itu sebab saya tanya soal selesa tadi -Êkerajaan atau mana-mana agensi tidak lagi boleh bulldoze apa saja keputusan.

SHAHRIR: Mereka mungkin terlupa untuk mendengar semua pandangan. Mereka bukan hendak bulldoze tetapi mereka tidak terfikir bahawa adanya satu kumpulan lagi iaitu ahli-ahli Parlimen yang juga berminat dalam soal ini.

Sebagai satu kumpulan yang berpengaruh, ahli-ahli Parlimen harus juga diambil kira dengan cara memberikan taklimat dan mendapatkan sokongan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.

Dengan komitmen dan kesedaran yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Parlimen itu, bagaimanakah Datuk menggambarkan keadaan sekarang?

SHAHRIR: Ia adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Beliau mahu Parlimen sentiasa segar dan relevan kepada hasrat dan harapan rakyat yang telah memberikan mandat.

Mungkin ada pihak yang mengatakan cukuplah dengan mandat itu dan rakyat boleh menyerahkan segala-galanya kepada Parlimen. Apabila Parlimen menubuhkan kerajaan di situlah segala-galanya terhenti dan semua kuasa sepatutnya diserahkan kepada kerajaan.

Kepada saya, itu satu sikap yang mungkin boleh diguna pakai pada masa dahulu. Tetapi di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini, beliau mahukan Parlimen juga memainkan peranan untuk menyampaikan teguran dan sokongan, apabila perlu. Ini adalah untuk membina dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara.

Kami sebenarnya berpegang kepada pandangan Perdana Menteri yang disuarakannya semasa kami membincangkan mengenai teguran ahli-ahli Parlimen terhadap kerajaan.

Apa katanya?

SHAHRIR: Beliau menekankan bahawa sesuatu kritikan itu tidak harus diterima dengan sensitif. Jangan terlalu terasa ia sebagai teguran yang kritikal. Katanya, setiap teguran harus diterima dengan terbuka, mendengar dengan penuh prihatin. Bukannya terlalu sensitif apabila ditegur (dan menempelak) ``awak ahli Parlimen, saya menteri.'' Kalau ada teguran sepatutnya agensi kerajaan dan menteri bertindak dengan sikap merasakan mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Itu sikap Perdana Menteri; terbuka kepada kritikan dan teguran. Teguran bukannya sesuatu yang ditujukan kepada keperibadian pemimpin tetapi untuk mencari kebaikan. Kalau ada orang yang menegur mungkin kerana tidak faham tetapi apabila dijelaskan dia akan faham.

Kami menegur bukannya kerana ada kepentingan lain. Kami menegur kerana ada yang tidak kena. Teguran itu mewakili kepentingan rakyat, bukannya kerana mempunyai kepentingan politik atau matlamat lain.

Itu pesan Perdana Menteri dan itulah yang sedang berlaku. Tetapi dalam suasana itu masih ada segelintir menteri menunjukkan keangkuhan mengetepikan pandangan dan luahan rasa rakyat. Misalnya kata mereka, projek akan tetap dijalankan atau ``saya tidak bertanggungjawab kepada sesiapa.'' Kalau tidak mahu dengar pandangan wakil rakyat maknanya tidak mahu mendengar pandangan rakyat. Dalam keadaan itu, apakah peranan Parlimen?

SHAHRIR: Parlimen akan terus menegur. Soal keperibadian dan watak menteri, itu kita pulangkan kepada Perdana Menteri. Itu bukan hak ahli-ahli Parlimen.

Dalam pada itu, saya rasa kita tidak boleh keterlaluan menggunakan kuasa yang ada pada Parlimen untuk mendisiplinkan menteri, kecuali ia betul-betul bertentangan dengan kepentingan negara. Kepada kami, apa yang penting masih lagi jawapan yang diberikan di dalam Dewan.

Kita tidak boleh mengawal jawapan atau cara percakapan menteri-menteri di luar Parlimen. Kalau menteri berkata ``saya tidak perlu mendengar pandangan anda'' di dalam Parlimen, itu mungkin kita boleh bantah.

Tetapi sudah tentu mereka juga mempunyai kebebasan mengikut keperibadian dan watak masing-masing untuk bercakap mengikut tugas dan tanggungjawab mereka di luar dari Dewan. Kita juga membezakan apa yang berlaku di dalam dan di luar Dewan.

Berbangkit daripada tindakan dua wakil rakyat BN menyokong usul Ketua Pembangkang dalam isu AP, kita dimaklumkan bahawa dasarnya ialah ahli Parlimen penyokong kerajaan tidak boleh menyokong apa-apa usul daripada pembangkang. Tetapi bagaimana ceritanya kalau usul itu menyentuh kepentingan rakyat, dan tadi kita bincang tentang perlunya Parlimen menyuarakan kepentingan rakyat?

SHAHRIR: Penyokong kerajaan harus lebih teliti tentang usul yang dikeluarkan oleh pembangkang kerana asasnya mungkin berbeza daripada apa yang kita fikirkan. Kalau mereka membenarkan emosi mempengaruhi dan menyokong usul itu tanpa memahami asasnya, mereka akan terperangkap dalam tindakan pembangkang. Ia bukan ada kena-mengena dengan soal kepentingan negara. Ia sebenarnya datang daripada kepentingan pihak pembangkang sendiri.

Jadi kadang kala dalam keriuhan keadaan, kita tidak dapat menangkap dan memahami tujuan yang sebenar. Ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan harus faham bahawa sebagai parti pemerintah kita mempunyai agenda kita sendiri. Tindakan kita bukan saja di dalam Parlimen tetapi juga melalui kerajaan yang kita bentuk.

Dalam suasana persidangan Dewan wakil rakyat BN harus memahami bahawa tidak semua (daripada pembangkang) yang pada mata kasarnya nampak ada persamaan dengan pendapat mereka. Kalau ditinjau mereka sebenarnya hendak memerangkap kita dalam kepentingan politik mereka sendiri.

Dalam keadaan ahli-ahli Parlimen BN dilihat lebih lantang, ada yang melihat mereka senada dengan pembangkang. Tidak mustahil boleh berlaku lagi keadaan seperti yang berlaku kepada dua wakil rakyat BN itu - terikut-ikut rentak pembangkang?

SHAHRIR: Kita bukan terikut-ikut rentak pembangkang. Kita yang mendahului isu sebenarnya. Dalam soal pengapungan THP dan AP kita mendahului pembangkang.

Bolehkah wakil rakyat BN terus mendepani isu pada masa akan datang?

SHAHRIR: Kami mesti lebih memahami isu. Kalau tidak tahu, kami hanya akan mengikut-ikut orang. Kalau dari awal prihatin dan peka kepada kepentingan rakyat, maka kamilah yang akan lebih ke depan menyuarakannya.

Dalam isu AP misalnya, ahli-ahli Parlimen BN yang lebih ke depan tetapi dalam keadaan itu pihak pembangkang cuba mengambil alih dan menjadikan isu itu sebagai isu mereka tetapi atas kepentingan yang berlainan.

Pada masa akan datang untuk terus berada di hadapan ahli-ahli Parlimen BN mesti lebih peka, analitikal dan cekap berbanding pembangkang. Mereka harus memilih isu mengikut kepentingan rakyat sambil tidak pula bertentangan dengan dasar kerajaan. Mengkritik projek atau program kerajaan bukanlah bermakna bertentangan dengan kerajaan.

Dalam isu pengapungan THP misalnya, kami bukan menentang dasar kerajaan cuma mempersoalkan satu rancangan yang hendak dibuat oleh sebuah badan. Kami mempersoalkannya kerana hendak memelihara keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.

Dalam apa juga yang kami lakukan, kami sedar dan insaf bahawa kami ahli Parlimen BN. Apa yang utama ialah imej BN sebagai parti yang mewakili kepentingan rakyat. Kami mewakili kepentingan rakyat, dan itu selari dengan agenda dan falsafah BN.

Ada orang melihat perkembangan ini - wakil rakyat BN lebih lantang - kerana perubahan pucuk pimpinan. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Adakah ini boleh diteruskan?

SHAHRIR: Saya melihat kalau ia diteruskan selama penggal ini, mereka yang menjadi ahli Parlimen melalui pilihan raya yang akan datang selepas ini boleh merujuk kepada Parlimen ke-11 dan menjadikannya sebagai panduan.

Mereka boleh melihat bagaimana ahli Parlimen BN bertindak - sikap kami dalam menghadapi isu dan masalah serta keterbukaan kami menerima aduan dan pandangan rakyat. Ahli-ahli Parlimen BN dalam Parlimen ke-12 boleh juga memainkan peranan yang sama.

Dalam Parlimen yang ke-11 ini kita melihat satu kumpulan besar muka-muka baru, mereka yang pertama kali terpilih menjadi wakil rakyat. Adakah mereka ini akan muncul menjadi generasi baru ahli Parlimen yang lahir dalam suasana Parlimen yang berubah? Apakah ini satu proses pembelajaran untuk mereka?

SHAHRIR: Kalau mereka yang datang dari Parlimen penggal ini dan pada penggal akan datang dilantik pula sebagai timbalan menteri misalnya, mereka sudah tahu bahawa mereka akan berhadapan dengan ahli-ahli Parlimen biasa yang kritikal.

Mereka akan tahu dengan sendirinya bahawa mereka harus menguasai subjek dalam bidang tugas dan tanggungjawab kementerian dengan lebih cekap lagi. Apabila berdepan dengan ahli-ahli Parlimen mereka sudah mempunyai persiapan yang melebihi ahli-ahli Parlimen biasa.

Kalau ahli-ahli Parlimen biasa meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu rakyat dan negara, secara tidak langsung barisan menteri perlu juga meningkatkan tahapnya.

Secara tidak langsung, kita akhirnya akan meningkatkan mutu perbahasan dan perjalanan urusan di Parlimen. Ini kerana mereka yang ada dalam Parlimen yang ke-11 ini sudah melalui satu tempoh yang saudara katakan sebagai satu educational process.

Mereka tentunya akan menjadi menteri, timbalan menteri atau setiausaha Parlimen yang lebih cekap. Mereka akan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan ahli-ahli Parlimen, maksudnya lebih memahami tugas dan tanggungjawab.

Apabila kita dapat menaikkan tahap prestasi ahli-ahli Parlimen dan kerajaan, yang akan untung ialah negara. Inilah yang saya maksudkan dengan mempertahan dan mengembalikan martabat Parlimen sebagai sebuah Dewan yang mulia dalam ucapan saya di Dewan Rakyat, April lalu.

Ahli-ahli Parlimen tidak ramai, tidak sampai 200 orang yang mewakili penduduk 25 juta. Dalam keadaan itu, ahli-ahli Parlimen mesti menunjukkan satu sikap perwakilan yang munasabah dan boleh dihormati. Kalau tidak, apa gunanya ada Parlimen. Kita harus ada Parlimen dan kita harus ada ahli-ahli Parlimen yang berkualiti.

Kalau kita lihat Parlimen dari segi bangunannya memang indah dan cantik. Tetapi kalau bangunan saja cantik tetapi prestasi dan sikap ahli-ahli Parlimen tidak tinggi tahapnya, maka martabat Parlimen itu sendiri tidak tinggi.

Tetapi dalam keadaan begitu masih ada lagi ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu yang remeh. Nyanyian lagu Negaraku oleh Hattan itu satu contoh yang jelas, ketika ada banyak isu lain yang lebih penting -Êkos sara hidup dan harga barang yang meningkat misalnya.

SHAHRIR: (ketawa) Itu media yang ....

Saya sudah jangka Datuk akan kata media memilih untuk melaporkan isu-isu remeh itu. Tetapi kalau hal-hal remeh itu tidak dibangkitkan media tidak akan melaporkannya.

SHAHRIR: Betul, tetapi media juga ada pilihan untuk melaporkan berbagai-bagai isu yang dinyatakan di Parlimen sepanjang sehari itu. Saya tahu ada rakan-rakan saya ahli Parlimen yang mengambil masa berhari-hari menyiapkan perbahasan - membuat penyelidikan dan mengkaji sesuatu subjek.

Tetapi bukan mudah perbahasan mereka itu dilaporkan kerana pada pandangan media perkara-perkara yang mereka bangkitkan itu kurang menarik untuk dilaporkan, walaupun ia sebenarnya perbahasan yang mantap, lengkap dengan fakta dan penyelidikan yang mendalam. Ia tidak dilaporkan kerana media merasakan ia hanya cerita biasa.

Cerita harga barang naik, itu (kepada media) cerita biasa. Tetapi kalau cerita lagu Negaraku tidak pernah dibawa ke Parlimen. Kepada orang politik, dia tidak kisah kerana kalaupun publisiti kepadanya itu tidak baik, ia masih satu publisiti.

Ini terpulang kepada media sendiri. Media adalah satu kumpulan yang berpengaruh. Kalau ia salah menggunakan pengaruhnya, ia tidak akan membawa kesan yang baik.

Apakah peranan media dalam memartabatkan Parlimen?

SHAHRIR: Saya lihat dari segi liputan, akhbar berbahasa Cina lebih prihatin tentang perbahasan yang berlaku di Parlimen. Akhbar berbahasa Melayu tidak berapa reti bagaimana memilih isu yang hendak diberikan liputan. Akhbar berbahasa Inggeris pula mempunyai kepentingan tertentu. Hal ini berbeza-beza. (Media) yang paling banyak memberikan liputan sebenarnya ialah akhbar berbahasa Cina.

Rakan-rakan saya (ahli Parlimen) terperanjat apabila masyarakat Cina lebih mengenalinya kerana isu yang dia bahaskan ada dilaporkan dalam akhbar Cina, sedang isu yang sama tidak dilaporkan dalam media lain.

Ini sebenarnya menunjukkan masyarakat Tionghoa lebih memahami kepentingan Parlimen dan perbahasan di Parlimen. Masyarakat Melayu dan kelas menengah yang membaca akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris mempunyai sikap ada banyak perkara lain yang lebih penting daripada Parlimen. Maka hal-hal itu tidak ditonjolkan dalam medianya.

Orang umumnya bersetuju bahawa ada perubahan yang sedang berlaku di Parlimen. Apakah maknanya ini kepada kita semua?

SHAHRIR: Apa yang paling mustahak ialah ia akan membawa kepada satu kestabilan politik pada masa depan. Kalau kita tidak mempunyai sistem politik yang terbuka, segar dan relevan kepada masyarakat, mereka akan mencari ruang dan cara yang lain.

Kalau Parlimen dihidupkan dan menjadi medan suara dan kepentingan rakyat diutarakan - masalah dicari penyelesaiannya melalui Parlimen dan kepincangan ditegur melalui Parlimen, ia akan memantapkan sistem politik demokrasi berparlimen itu sendiri.

Ia akan membuktikan bahawa sistem kita itu tidak dikuasai oleh kerajaan, sebaliknya (Parlimen) menjadi rakan yang menyokong tetapi pada masa yang sama menegur.

Tetapi kalau kita sebut Parlimen masih ada persepsi ia rubber-stamp, hanya tahu meluluskan saja. Susahkah hendak mengubah persepsi itu?

SHAHRIR: Pendapat seperti itu datangnya daripada golongan kelas pertengahan dan intelektual. Mereka ini melihat ahli-ahli Parlimen secara individunya, dari segi kelayakan, gaya pemikiran dan kelulusan, tidak sama dengan mereka. Mungkin itu menyebabkan mereka rasa ``eh, takkanlah boleh mereka (ahli-ahli Parlimen) ini menyuarakan pendapat kita.''

Tetapi negara kita ini masyarakatnya pelbagai lapisan dan latar belakang, dan ahli-ahli Parlimen pun begitu juga. Soal rubber-stamp tidak boleh dijadikan sebagai satu tuduhan kerana Parlimen tidak seperti sesetengah Dewan perundangan di negara lain yang agak berbeza. Di sini, sistem kita ialah Parlimen menimbang perundangan yang terbit dari kerajaan.

Satu kritikan mengatakan kita ini rubber-stamp kerana Parlimen sendiri tidak boleh mengemukakan sendiri undang-undang, tidak ada private bill. Tetapi saya rasa itu bukan satu kritikan yang serius kerana urusan kerajaan masih lagi di bawah kerajaan. Parlimen hanya memantau undang-undang itu, menelitinya semasa ia dibahaskan. Kritikan yang biasa kita dengar ialah masa yang diberikan terlalu singkat.

Itu sebabnya kami telah meminta kepada pihak menteri yang mempunyai kesempatan supaya memberikan taklimat dan penjelasan mengenai sesuatu rang undang-undang yang hendak dikemukakan supaya ahli-ahli Parlimen memahami dan menelitinya, dan kemudian membuat apa-apa teguran.

Hanya kerana Parlimen tidak boleh menghasilkan rang undang-undangnya sendiri tidak bermakna bahawa kita ini rubber-stamp. Sistem kita hari ini ialah kerajaan menguruskan pentadbiran, dan menghasilkan undang-undang. Kita hanya meneliti dan menimbang undang-undang itu.

Apakah ahli-ahli Parlimen sekarang sudah lebih bersedia untuk ke prime time?

SHAHRIR: (ketawa) Kita bukan minat sangat hendak ke prime time. Kita bukan lakukan sesuatu itu untuk publisiti. Kalau tidak masuk prime time pun tidak jadi hal; ada dalam liputan media sudah memadai. Kita bukan minta media melaporkan tetapi kalau hendak melaporkan, laporkanlah hal-hal yang patut. Jangan beri gambaran yang berlainan.

Ahli-ahli Parlimen bersuara atas kepentingan ramai, bukannya untuk mencari publisiti.

P/S Jangan sampahkan parlimen dan melantik Menteri Tandas kerana ia adalah satu pembaziran WANG rakyat, tak gitu Muhazam dan geng???

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Demokrasi juga haram sebagaimana Zina???


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 14:01:33 10/19/05 Wed

Dalam perlembagaan dinyatakan amalan demokrasi iaitu melalui parti-parti politik yang bertanding dan ini tidak BERTENTANGAN dengan hukum bughah kerana perlembagaan adalah yang terATAS dan mengatasi segala sesuatu di Malaysia ini HATTA hukum daripada AlQuran dan Hadis sekalipun jika bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adalah terbatal. Sekali lagi dipersoalkan adakah Malaysia merupakan sebuah negara Islam? Mufti Terengganu telah menarik balik pengakuan yang Malaysia adalah sebuah negara Islam yakni Malaysia bukan negara Islam.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Sekadar halwa mata


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 12:21:18 10/18/05 Tue

Maaflah jika saya terpaksa mengutuk pengendali laman ni kerana pada saya ia tak betul iaitu secara matematiknya salah, fail ataukah ini yang diikuti oleh Muhazam dan gengnya... betul pada dia dan kelompoknya sendiri-sendiri!!! (biarkan...biarkan... biarkan...) Memang sampah!!!

###################################################

STATISTIK KEAKTIFAN PENDEBAT

10 TERATAS

DALAM FORUM POLITIK NASIONAL

bil. posting
10 Oktober 2005
hingga
16 Oktober 2005

Muhazam Mustapha 21
Siswa UiTM 20
Aku Tak Puas Hati 8
Pemerhati 8
Pek Dik 6
Kak Sampah 5
Renungkan 2
Malikil Maut 2
Aaaa 1
Kak Peah 1
Musuh Kebodohan Pek Dik 1
Musuh Kebodohan Muhazam Pulak 1
Seruan 1
Mind Reader 1
Musuh Kebodohan Muhazam Datang Lagi 1



STATISTIK KEAKTIFAN PENDEBAT

10 TERATAS

DALAM FORUM POLITIK KAMPUS

bil. posting
10 Oktober 2005
hingga
16 Oktober 2005

Aspirasi Olay 7
Kitaro Minami 6
Taeki 2005 6
Ahli Puspita 4
Sinki 4
Chopstick 3
King Zulu Apachee 2
Ahli Fikir 1
Antikalam 1
Pronwar 1
Penembak Curi 1
Songkok Hitam 1
Kingzulu Apachee 1
Harun 1
Ros Merah 1
Sinchan 1
TunLanang 1
Awan 1
Panglima Perang Kolej Ke-8 1
Teratai 1
Pedang_mujahid 1
Kitaro Minami3 1
Masae 1
KINGZULU 1
Kitaro_Minami 1
Benci Angkuh 1
Adik 1
KALAM AZAD 1
Anti Kalam 1
Zakaria Muda 1
Hehe 1
Budak_tolol 1
Karim 1

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: PEMBOHONG Cuba Lari dari Skop Hadis


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 09:19:29 10/19/05 Wed

Kaum Bughah Tegar Sudah Kehabisan Modal Berhujah

Tak Keruan Mereka Melarikan Diri Hakikat Yang Jelas iaitu,

PAS HARAM Sebagaimana Haramnya ZINA



Setelah mengemukakan hujah bodoh kebudak-budakan tentang kononnya tiada bukti PAS memecahbelahkan ummat, kini Siswa UiTM mendapat idea baru yang paling kreatif untuk terus menjuarai gerak kerja memalukan diri sendiri.

YA, Siswa UiTM dalam beberapa posting terkininya telah menggunakan pelbagai hujah yang tiada hubungkait dengan kesatuan ummah semasa dia berdalih kononnya PAS tidak memecahbelahkan ummat.

Wahai Siswa UiTM, kalau pasal Imam Nawawi kau sebok pasal skop itu, skop ini, tapi pasal takrif memecahbelahkan ummat ni mana pegi skop-skop kau tu ? Imam Nawawi je ada skop ?

Cuba lihat hujah makhluk BENGONG yang desprate nak menghalalkan yg haram ini:

Bawak mengucap banyak2 Muhazam... Bawak istighfar... Bawak bertenang... Usah menggelabi...

Kami tak makan org2 UMNO, kami tak aniaya org2 UMNO & kami juga tak bunuh pun org2 UMNO... So, tak payahlah hang menggelabi tak tentu pasal sampai tulisan hang tu jadi makin tak tentu arah pulak..


Kita jawap:

Irony. Nampak teramat jelas mamat pendusta ini yang desprate dan teraba-raba nak cari barang sekelumit bukti kehalalan PAS. Satu dunia bukti dicarinya demi usahanya untuk meludah Al-Qur'an dan Hadith.

Kau tak bunuh UMNO ? Kau tak aniaya UMNO ? So What ? What's yr point ? And may I remind you that, should hudud be enforced in Malaysia (apparently by UMNO), I would like to make sure that the first hudud to take effect is to chop off all PAS people's head.


Dia tulis lagi:

Okaylah, pertama sekali, sudah jelaslah bahawa hadith yg menyentuh mengenai mati jahiliyah itu HANYA mensasarkan golongan yg BETUL-BETUL TERBUKTI hendak memecahkan kedaulatan ummah bukannya sesuka hati kita nak mendakwa golongan itu & golongan ini sbg penghakis kedaulatan ummah...


Kita jawap:

BUKTI TERLALU JELAS WAHAI SISWA UITM. Bukti yang wujud tetap wujud walaupun sejuta kali manusia hipokrit spt kau menafikannya.

Hadis itu bercerita tentang kesatuan jemaah di bawah satu 'imamah'. Apabila ada walau apapun usaha untuk menjejaskan kedudukan imam yang satu itu, maka itulah bukti pemecahbelahan ummah. Apabila terserpihnya PAS dari UMNO pada 1951, maka wujudlah dua jemaah yang diketuai oleh dua imam, maka cukuplah ciri perpecahan yang diperlukan oleh hadis yang kami kemukakan itu. Full stop. Dalam hadis lain disebutkan: apabila dilantik dua imam dalam ummah, BUNUHLAH imam yang kedua itu. Skrg, imam mana yang muncul pertama, imam mana yang muncul kedua, UMNO atau PAS ?


Dia reka cerita lagi:

Apa yg Muhazam nukilkan sbg bukti kononnya kehadiran PMIP atau PAS menjadi punca kedaulatan ummah terhakis tadi sememangnya TIDAK MUNASABAH jika kita renungkan sedalam2nya bhw benarkah perkara2 itu menjadi penyumbang dominan kpd terhakisnya kedaulatan umat Islam di Malaysia hari ini spt dlm bidang ekonomi, pendidikan, sosial dsb~


Kita jawap:

Wahai DAJAL PENDUSTA AGAMA, aku tidak pernah tulis bahawa PAS itu "punca kedaulatan ummah terhakis". Aku bercerita pasal KESATUAN UMMAH. "Kesatuan" dan "kedaulatan" jauh bezanya. Amat jelas kau cuba mengubah perkataan itu kerana kau sedang merancang untuk menggunakan hujah-hujah yang tiada hubungkait dgn kesatuan ummah dlm pendajalan yang kau rencanakan. Kau ingin membawa penonton di sini kpd arah yang kau nak bawa untuk lari dari hakikat bahawa PAS telah memecahbelahkan kesatuan ummah.

Wahai DAJAL PEMBOHONG YANG BERBOHONG MENGGUNAKAN ELEMEN-ELEMEN AGAMA, aku malahan sama sekali tidak perlu menulis bahawa "PAS punca perpecahan" kerana PAS bukan punca perpecahan, tetapi PAS ITULAH PERPECAHAN. Ingat ! PAS muncul drp UMNO pada tahun 1951.

Apa ni ekonomi, sosial, pendidikan ? Hadis tu cuma cerita pasal kesatuan di bawah satu imam. 'Imam' maknanya POLITIK. Apa kena-mengena dgn sosial, pendidikan, ekonomi ? Mana skop kau ? Kalau pasal Imam Nawawi kau sebok pasal skop. Skrg kau kupas hadis ni pakai skop apa ? PUTAR-BELIT jenis apa yang kau nak bawa ni, hah Siswa UiTM ?


Dia reka cerita lagi:

KEKALUTAN EKONOMI UMAT ISLAM DI MALAYSIA: SIAPA PENYEBABNYA YG DOMINAN??

Jika kita perhatikan dlm bidang ekonomi, PMIP tidak merangsang kpd kekalutan ekonomi umat Islam di Malaysia...

Sebaliknya, umat Islam di Malaysia mendapati parti politik yg disanjungi Muhazam telah banyak merangsang kpd kekalutan berkenaan krn amalan korupsi & kronisme yg berleluasa di kalangan kelompok elit parti berkenaan...

Amalan korupsi & kronisme yg semakin berleluasa serta semakin menghantui masyarakat Islam tersebut telah banyak menyebabkan ramai individu atau organisasi Muslim yg mempunyai potensi besar utk menyumbang ke arah ekonomi umat Islam yg lebih lestari & dihormati terperosok mentah-mentah ke tepi begitu sahaja...

Penyuburan amalan korupsi & kronisme ini telah banyak memalukan umat Islam sehingga menjadi modal kpd non-Muslim spt Datuk Seri Lim Keng Yaik utk menghentam masyarakat Islam misalnya dlm isu DEB baru2 ini...

Dan, pihak parti sanjungan Muhazam sepatutnya mengambil iktibar dpd perkembangan ini seterusnya memperbaikinya semula tetapi HANYA gheti melatah shj, sekaligus menambahkan lagi aib pd umat Islam Malaysia!


Kita jawap:

Hah ! Skrg dia yang sedap menuduh orang.

Pertama: INI ISU EKONOMI YANG TIADA KENA-MENGENA DGN KESATUAN POLITIK. KAU SEKADAR CUBA MENGALIH TOPIK KERANA TAKUTNYA KAU KPD HADIS "BUNUH KAUM BUGHAH" ITU.

PAS Kelantan tidak berbuat apa-apa utk membangun ekonomi Kelantan sehingga penduduknya terpaksa berhijrah ke luar utk cari rezeki (baca: sorry la Mawi, kau baru sekali ke Kelantan, tak payah pandai2 komen la) - satu bukti jelas PAS terlibat secara direct menghancurkan ekonomi ummah dgn cara TIDAK BERBUAT APA-APA.

Kronisme ? Jgn lupa, semasa Trengganu di bawah pemerintahan rejim ZALIM HADI AWANG, duit zakat masuk poket anak-beranak PAS semata-mata. Manakah kronist yang lebih dahsyat drp orang yang cronisized wang agama (zakat) ? Nak suruh aku cerita pasal balak di Kelantan ? Tak payah la... teruk kau kena nanti.

Kalau ada penyelewengan dlm UMNO, UMNO akan bersihkannya sendiri: Anwar (datuk segala kroni dlm UMNO) telah ditendang, Isa telah terbungkang, Rafidah menunggu masa. PAS ? Huh ! Kes kehilangan duit RM1 juta dari tabung Syuhada' Memali kini selamat disapu ke bawah karpet. Kes kehilangan duit 'pelaburan' PAS Selangor untuk bail-out Hasan Ali juga selamat disimpan bawah permaidani.

Siapa juara kronisme ?


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Betapa lemahnya bukti Muhazam...


Author:
Siswa UiTM
[Edit]

Date Posted: 00:55:35 10/17/05 Mon

    Pembughah GAGAL Buktikan Kehadiran PMIP Punca Terhakisnya Kedaulatan Ummah~



Bawak mengucap banyak2 Muhazam... Bawak istighfar... Bawak bertenang... Usah menggelabi...

Kami tak makan org2 UMNO, kami tak aniaya org2 UMNO & kami juga tak bunuh pun org2 UMNO... So, tak payahlah hang menggelabi tak tentu pasal sampai tulisan hang tu jadi makin tak tentu arah pulak...

Okaylah, pertama sekali, sudah jelaslah bahawa hadith yg menyentuh mengenai mati jahiliyah itu HANYA mensasarkan golongan yg BETUL-BETUL TERBUKTI hendak memecahkan kedaulatan ummah bukannya sesuka hati kita nak mendakwa golongan itu & golongan ini sbg penghakis kedaulatan ummah...

Apa yg Muhazam nukilkan sbg bukti kononnya kehadiran PMIP atau PAS menjadi punca kedaulatan ummah terhakis tadi sememangnya TIDAK MUNASABAH jika kita renungkan sedalam2nya bhw benarkah perkara2 itu menjadi penyumbang dominan kpd terhakisnya kedaulatan umat Islam di Malaysia hari ini spt dlm bidang ekonomi, pendidikan, sosial dsb~


KEKALUTAN EKONOMI UMAT ISLAM DI MALAYSIA: SIAPA PENYEBABNYA YG DOMINAN??

Jika kita perhatikan dlm bidang ekonomi, PMIP tidak merangsang kpd kekalutan ekonomi umat Islam di Malaysia...

Sebaliknya, umat Islam di Malaysia mendapati parti politik yg disanjungi Muhazam telah banyak merangsang kpd kekalutan berkenaan krn amalan korupsi & kronisme yg berleluasa di kalangan kelompok elit parti berkenaan...

Amalan korupsi & kronisme yg semakin berleluasa serta semakin menghantui masyarakat Islam tersebut telah banyak menyebabkan ramai individu atau organisasi Muslim yg mempunyai potensi besar utk menyumbang ke arah ekonomi umat Islam yg lebih lestari & dihormati terperosok mentah-mentah ke tepi begitu sahaja...

Penyuburan amalan korupsi & kronisme ini telah banyak memalukan umat Islam sehingga menjadi modal kpd non-Muslim spt Datuk Seri Lim Keng Yaik utk menghentam masyarakat Islam misalnya dlm isu DEB baru2 ini...

Dan, pihak parti sanjungan Muhazam sepatutnya mengambil iktibar dpd perkembangan ini seterusnya memperbaikinya semula tetapi HANYA gheti melatah shj, sekaligus menambahkan lagi aib pd umat Islam Malaysia!

Begitu juga dlm masalah amalan riba', campuraduk hasil sumber haram & halal dlm bajet negara, kos penganjuran lambakan program2 lagha, hutang negara TIDAK setimpal dgn pencapaian kemajuan negara yg mana semuanya menyebabkan Berkat Allah SWT terhakis serta menambahkan lagi kekalutan ekonomi ummah yg sudah sedia lemah ini!

Dlm hal-ehwal ekonomi shj sudah lebih dpd cukup utk menggambarkan bhw membiarkan parti berkenaan terus berkuasa hanya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi ummah~


KEKALUTAN PENDIDIKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Kita perhatikan pelaksanaan Bahasa Inggeris, penindasan terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR), pinjaman PTPTN, penyelewengan dlm melantik pentadbir IPT, pelajar yg terhasil banyak terlibat dgn perkara2 yg memalukan ummah & the list goes on...

So, sekali lagi, adalah TIDAK munasabah utk mendakwa kehadiran PMIP yg berjuang utk menghentikan perkara tadi sbg penghakis kedaulatan ummah!!


KEKALUTAN SOSIAL UMAT ISLAM

Kita lihat program2 yg dominan di media elektronik yg mana sudah lebih dpd cukup sbg saksi bhw pihak berwajib banyak menyumbang kpd kelemahan jiwa & akal ummah yg sudah sedia lemah... Mereka telah menjadikan ummah semakin leka & gilakan budaya hedonisme!

Mereka juga banyak menyuburkan budaya percampuran lelaki-perempuan, budaya berpakaian yg entah hape2, merangsang gila cinta di kalangan pelajar & list goes on! Terlalu banyak benda yg bukan2 dibawa masuk sampai ramai umat Islam di Malaysia yg TAK peka dgn masalah yg menimpa ummah disebabkan dibuai dgn benda2 tersebut yg dibawa masuk oleh parti sanjungan Muhazam...

Sekali lagi, PMIP menentang perkara ini & mahu membanterasnya dpd terus mengalir masuk menghancurkan kedaulatan ummah... Sungguh keji mereka yg menohmah PMIP sbg penghakis kedaulatan ummah sedangkan si penohmah itu yg byk menggunakan kuasa dgn menyogok benda2 keji itu kpd rakyat!


KESIMPULANNYA

Kehadiran PMIP utk mengambil alih kuasa dpd UMNO secara aman dgn matlamat memulihkan kekalutan tersebut (nak harapkan UMNO, tapi tak boleh harap, hanya tahu menjahanamkan lagi ummah yg sedia lemah ini) akan menyumbang kpd pemulihan kedaulatan ummah di Malaysia...

Bagaimanapun, PMIP tak boleh duduk diam menunggunya datang bergolek ke tgn PMIP tanpa berusaha utk mendapatkannya agar usaha islah dpt dibuat dgn lebih berkesan krn Allah takkan Mengubah nasib sesuatu ummah itu melainkan mereka berusaha mengubahnya dgn sewajarnya...

Justeru, kempen2 yg PMIP gerakkan adalah sebahagian dpd usaha berterusan utk mencapainya & ia TIDAK melanggar larangan menghakis kedaulatan ummah serta penentangan bersenjata oleh Rasulullah SAW...

Maka, terbuktilah Muhazam GAGAL membentangkan bukti yg konkrit dlm pendakwaan berani matinya terhadap PMIP yg menjadi ancaman kpd UMNO yg byk merangsang penghakisan kedaulatan ummah di Malaysia!


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Siswa UiTM Berdusta Atas Nama Imam Nawawi Pula


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 11:12:57 10/15/05 Sat

PAS Haram Sebagaimana Haramnya ZINA

Zina - sebat dan rejam hukumannya

PAS (Bughah) - Pancung/tebas shj leher2 mereka tanpa belas kasihan


Fitnah Siswa UiTM ke atas Imam Nawawi:

Maka, Imam An-Nawawi rah.a pun memfatwakan larangan ke atasnya kerana ia melibatkan 2 perkara tersebut bukannya1 kerana Rasulullah SAW melarang sebarang cubaan melucutkan jawatan ulil-amri spt yg ditohmah oleh sesetengah pihak di sini (baca: hanya gerakan persenjataan yg dirujukkan sbg HARAM oleh Rasulullah SAW2)~~~


Kita jawap:

1 Wahai pendusta atas nama Imam Nawawi, sila tunjukkan dengan ayat dan kalimah apa Imam Nawawi telah mengatakan yang dia BUKAN berfatwa kerana Nabi melarang sebarang cubaan melucutkan jawatan ulil-amri. Sila nyatakan kitab apa dan bab mana. Aku nak tengok butir-butir perkataannya. Jangan hanya pandai buat andaian atas tulisan Imam Nawawi spt mana kau telah membuat andaian "nota kaki" terhadap Kitab Imam Bukhari.

2 Wahai Pendusta Agama, sebelum kau kata bahawa Nabi hanya rujuk kepada gerakan bersenjata shj, sila buktikan bahagian mana dlm hadis sahih ini yg kata hanya gerakan bersenjata shj dirujuk oleh Nabi saw:



Sila berikan manakah perkataan yg hampir membawa kpd makna pemberontakan itu. Kalau kau gagal, baik kau hentikan menjaja slogan kedajalan kau itu yang berbunyi "semua nas merujuk kpd gerakan bersenjata" atau "tiada nas yg haramkan menukar pemimpin secara aman".


Cacaian Siswa UiTM:

Justeru, barangkali di negara2 yg masih mengekalkan sistem monarki tersebut spt Arab Saudi & Brunei Darussalam, fatwa Imam An-Nawawi itu masih tertakluk kerana perlucutan jawatan ulil-amri di sana melibatkan 2 perkara asas yg dinyatakan sebentar tadi...


Kita jawap:

Nah lihatlah Siswa UiTM telah mengatakan hukum Allah (bughah) hanya sesuai di Saudi dan Brunei shj kerana sistem monarki, maka jelaslah dgn formulanya ini bahawa hukum potong tangan pencuri dan sebat penzina juga hanya sesuai di Saudi dan Brunei shj kerana rakyatnya hampir homogeneus Islam, tetapi tidak sesuai di Malaysia kerana rakyat Malayasia pelbagai agama.

Terima kasih Siswa UiTM kerana telah menjelaskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana tidak melaksanakan hudud. Sila panjangkan penjelasan ini kpd pemimpin atas PAS.


Fitnah Siswa UiTM ke atas Imam Nawawi lagi:

Mudah-mudahan pihak yg berkenaan itu TIDAK lagi lari atau terkeluar dpd skop yg ada dlm tulisan Imam An-Nawawi rah.a itu apabila membuat huraian...


Kita jawap:

Skop apa ? Hah, BAHALUL ? Skop yang kau sendiri cipta macam kau cipta nota kaki Imam Bukhari ?

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Aku Tergelak Besar


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 20:44:01 10/16/05 Sun

Maka Terbuktilah Bahawa PAS HARAM Sebagaimana haramnya ZINA



Cuba lihat hujah makhluk tolol yang desprate nak menghalalkan yg haram ini:

Amboiii, dia hanya gheti gariskan ungkapan yg berbunyi, ".....urusan kamu semuanya dalam tangan seorang laki-laki sahaja....."

Tak gheti ke nak baca bersama ungkapan yg berbunyi, ".....hendak memecahkan kekuatan masyarakat kamu (Islam)....."

Wahai Muhazam yg sedang terdesak sampai hilang kewarasan sehingga gemar menjadikan perkataan bahlol sbg zikir harian,

Dalam hadith itu merujuk kpd golongan yg mahu memecahkan kekuatan ummah agama Islam, bukannya golongan yg mahu mengembalikan kekuatan yg telah dihapuskan oleh puak2 nasionalis berkecenderungan sekular spt UMNO itu...

Gerakan2 Islam yg established di serata dunia spt Pan-Malaysian Islamic Party (PMIP) itu diwujudkan adalah untuk sedaya-upaya mengembalikan semula kedaulatan ummah yg terhakis akibat kemunculan golongan nasionalis berkecenderungan sekular yg telah membantu penjajah kuffar memecahkan sempadan2 wilayah Islam kpd negara2 bangsa...

Gerakan2 Islam tersebut juga ditubuhkan untuk sedaya-upaya membendung peresapan gejala negatif asing spt cara hidup Barat & amalan2 khurafat yg sedang mengikis dgn cepat kekuatan ummah yg sudah sedia lemah ini TETAPI golongan nasionalis berkecenderungan sekular spt parti dicintai Muhazam itu telah membawa masuk budaya2 kuning yg ditentang oleh mana2 gerakan Islam spt PMIP atau PAS tadi~

Memandangkan usaha secara bersatu dgn UMNO spt sebelum kewujudan PAS & ketika kerajaan campuran pd tahun 70-an utk melaksanakan misi tersebut didapati bagaikan mencurah air ke atas daun keladi sahaja, maka tindakan mana2 pihak utk terus bersama dgn UMNO itu hanya membawa kpd pengikisan kekuatan masyarakat Islam yg sudah sedia lemah krn mereka enggan menolak kemasukan gejala2 kuning ke dlm negara kita...

Justeru, tradisi zikir membahalolkan umat Islam lain oleh Muhazam telah memakan dirinya sendiri krn TIDAK terbukti PMIP hadir utk memecahkan kekuatan ummah...

Sebaliknya, PMIP hadir utk mengukuhkan semula kekuatan ummah dgn menyeru masyarakat Islam menukar parti pentadbir UMNO yg lebih banyak menghancurkan kedaulatan Islam di Malaysia dgn membawa masuk gejala2 kuning & membuat propaganda yg memburuk-burukkan syariat Islam yg menjadi tunjang kpd kesejahteraan & kedaulatan ummah~

Kesimpulannya, memilih PMIP dlm pilihanraya yg TIDAK melibatkan gerakan bersenjata ini akan mengukuhkan kedaulatan agama Islam di Malaysia & menambahkan tekanan kpd penjajah2 kuffar...

Dgn ini, TIADA siapa yg berhak menyalahgunakan hadith berkenaan utk menuduh & mengenakan tindakan yg bukan2 ke atas PMIP...


Membaca sahaja hujah mencacai mamat bernama Siswa UiTM ini saya gelak besar. Apa tidaknya, hujah kebudak-budakannya di atas mengingatkan saya kpd lawak budak-budak yang berbunyi:

AKU puasa hari tau, tak caya tanya AKU

Wahai GOBLOB yang dah kering hujah ! Kalau tanya puak2 kau, atau kalau baca tulisan puak2 yang sekepala dgn kau, memang la depa akan kata PAS nak kuatkan ummah, bukan nak pecah belahkan ummah. Apa la TONGONG punya hujah ! Kalau kita tanya Zionis sama ada depa zalim ke tidak, tentu depa akan jawap depa lah yang menebarkan keadilan di muka bumi, walhal depa la yg dok sebok sembelih orang Arab.

Kalau macam tu senang la. Lepas ambik exam, bawa balik kertas jawapan, lepas tu mark sendiri jawapan tu - sure markah penuh punya !

Wahai BENGONG ! Bukan hak kau atau hak puak2 kau nak menghakimkan diri kau sendiri. Sudah lah, cukup lah kau dok membodohkan diri kau dgn hujah2 TOLOL tu.

Wahai Siswa UiTM, perenggan yang aku merahkan itu (yang kau sendiri tulis tu) pun membuktikan bahawa PAS telah berpisah drp UMNO - tak cukup lagi ke makna perpecahan di situ. Adooooiiii...... mangkuk hayun sungguh makhluq bughah sekor ni.

Wahai Siswa UiTM dan saudara2 mahasiswa sekalian, untuk membuktikan bahawa PAS telah memecahbelahkan ummah di Malaysia ini, fakta berikut sudah lebih drp cukup:

UMNO adalah jemaah bercorak 'konsortium' pertama yang ditubuhkan pada 1946 untuk menyatukan berpuluh2 persatuan Melayu yang ada ketika itu. Di dalam UMNO itu terdapat PKMM dan pelbagai lagi persatuan Melayu yang meleburkan diri di dlmnya. Maka jelaslah bahawa UMNO adalah jemaah masyarkat Melayu ketika itu.

Tapi 5 tahun kemudian, 1951, PAS diserpihkan daripada UMNO oleh golongan yang gagal mendapatkan jawatan dlm pemilihan jemaah tersebut. Dari fakta tahun (1951 adalah selepas 1946) itu shj sudah cukup untuk mengatakan PAS telah memecahbelahkan jemaah kerana PAS ditubuhkan selepas dan ketika UMNO masih wujud.

Selepas drp penyerpihan tersebut, maka timbullah pelbagai perpecahan yang lebih ketara seperti sembahyang 2 imam, berbilang solat Jumaat dlm satu qariah, kafir-mengkafir, nikah dua kali dll.

Cukuplah ini sebagai bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa PAS telah memecahbelahkan ummah.


Maka confirmlah bahawa PAS itu haram sebagaimana haramnya zina, malah lebih drp itu, darah setiap ahli dan penyokongnya adalah HALAL spt yang diperjelaskan oleh hadis di bawah:



Sami'na wa atho'na.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Lepas fitnah fatwa Imam Nawawi, sabda Baginda SAW pula jadi mangsa... Mari kita kongsi bersama lagi~


Author:
Siswa UiTM
[Edit]

Date Posted: 16:33:23 10/15/05 Sat

Amboiii, dia hanya gheti gariskan ungkapan yg berbunyi, ".....urusan kamu semuanya dalam tangan seorang laki-laki sahaja....."

Tak gheti ke nak baca bersama ungkapan yg berbunyi, ".....hendak memecahkan kekuatan masyarakat kamu (Islam)....."

Wahai Muhazam yg sedang terdesak sampai hilang kewarasan sehingga gemar menjadikan perkataan bahlol sbg zikir harian,

Dalam hadith itu merujuk kpd golongan yg mahu memecahkan kekuatan ummah agama Islam, bukannya golongan yg mahu mengembalikan kekuatan yg telah dihapuskan oleh puak2 nasionalis berkecenderungan sekular spt UMNO itu...

Gerakan2 Islam yg established di serata dunia spt Pan-Malaysian Islamic Party (PMIP) itu diwujudkan adalah untuk sedaya-upaya mengembalikan semula kedaulatan ummah yg terhakis akibat kemunculan golongan nasionalis berkecenderungan sekular yg telah membantu penjajah kuffar memecahkan sempadan2 wilayah Islam kpd negara2 bangsa...

Gerakan2 Islam tersebut juga ditubuhkan untuk sedaya-upaya membendung peresapan gejala negatif asing spt cara hidup Barat & amalan2 khurafat yg sedang mengikis dgn cepat kekuatan ummah yg sudah sedia lemah ini TETAPI golongan nasionalis berkecenderungan sekular spt parti dicintai Muhazam itu telah membawa masuk budaya2 kuning yg ditentang oleh mana2 gerakan Islam spt PMIP atau PAS tadi~

Memandangkan usaha secara bersatu dgn UMNO spt sebelum kewujudan PAS & ketika kerajaan campuran pd tahun 70-an utk melaksanakan misi tersebut didapati bagaikan mencurah air ke atas daun keladi sahaja, maka tindakan mana2 pihak utk terus bersama dgn UMNO itu hanya membawa kpd pengikisan kekuatan masyarakat Islam yg sudah sedia lemah krn mereka enggan menolak kemasukan gejala2 kuning ke dlm negara kita...


Justeru, tradisi zikir membahalolkan umat Islam lain oleh Muhazam telah memakan dirinya sendiri krn TIDAK terbukti PMIP hadir utk memecahkan kekuatan ummah...

Sebaliknya, PMIP hadir utk mengukuhkan semula kekuatan ummah dgn menyeru masyarakat Islam menukar parti pentadbir UMNO yg lebih banyak menghancurkan kedaulatan Islam di Malaysia dgn membawa masuk gejala2 kuning & membuat propaganda yg memburuk-burukkan syariat Islam yg menjadi tunjang kpd kesejahteraan & kedaulatan ummah~

Kesimpulannya, memilih PMIP dlm pilihanraya yg TIDAK melibatkan gerakan bersenjata ini akan mengukuhkan kedaulatan agama Islam di Malaysia & menambahkan tekanan kpd penjajah2 kuffar...

Dgn ini, TIADA siapa yg berhak menyalahgunakan hadith berkenaan utk menuduh & mengenakan tindakan yg bukan2 ke atas PMIP...



Wallahua'lam...
Wassalam...



[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Kini menunggu giliran


Author:
Malikil Maut
[Edit]

Date Posted: 19:08:41 10/17/05 Mon

Ayuh ! senyum berhadapan denganku. Tunjukkan segala kekuasaanmu. Aku menunggu. Jangan menangis. Jangan gentar. Aku mahu melihat kehebatan makhluk Allah berketurunan Adam a.s. Firaun, Korun, Namrud tunduk ditanganku dengan izin Allah. Tetapkan pendirianmu kini, menunggu kedatanganku. Laungkanlah kehebatanmu dihadapanku, sebelum tiba saat dirimu kelu dihadapan Tuhanmu. Aku bernama Malikil Maut. Dihadapanku dirimu, kelu bermimik kesakitan. Kemana perginya kehebatan bani Adam? melainkan Umat Muhammad s.a.w yang dikasihi berkalimahkan "Lailahaillah".

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Pengertian Politik Dalam Pandangan Islam


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:51:28 10/18/05 Tue

“Politik itu kotor, Islam itu bersih maka ‘Politik dengan Islam’ tidak boleh dicampuradukkan”

“Kita mesti membezakan di antara ulama Islam dengan ulama politik”

“Di dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal”

“Rasulullah SAW datang membawa ajaran agama yang lengkap tetapi dalam bidang politik Rasulullah SAW hanya sebagai pemimpin kaum sahaja”





Matlamat menghalalkan cara



Ungkapan yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang masalah politik. Apabila umat atau gerakan Islam ini menelan bulat-bulat definisi atau kaedah politik yang diwar-warkan oleh golongan sekular ini, maka mestinya umat akan cuba mengelakkan daripada berbicara hal politik apabila bercakap mengenai hal ini. Natijahnya ada beberapa gerakan Islam yang mengelakkan diri dari politik, mengajak umat mempelajari Islam yang bersifat spritual semata-mata. Tak kurang pula parti politik sekular yang memperjuangkan matlamatnya tanpa melihat lagi caranya sama ada sesuai atau tidak dengan syariat. Ada pula parti politik Islam yang berjuang untuk menubuhkan negara Islam tetapi untuk mencapai matlamatnya itu, ia sanggup mengorbankan prinsip Islam itu sendiri. Jalan lurus untuk kita memperjuangkan Islam adalah dengan mempunyai target yang benar (untuk menjawab masalah utama) dengan cara yang diizinkan oleh syariat. Sebelum kita meneruskan perbincangan kita adalah elok kita membetulkan definisi politik itu terlebih dahulu. Definisi ini hendaklah memenuhi realiti politik sesuai dengan nas syarak.



Politik : Tinjauan ke atas Fakta dan Nas Syariat



Politik adalah mengatur urusan rakyat oleh negara, baik berkenaan urusan dalam negeri ataupun luar negeri. Negara adalah institusi yang akan menjalankan pengaturan (riayah) secara langsung, sedangkan rakyat adalah pihak yang mengawal negara.



Definisi politik di atas adalah umum (universal), kerana definisi tersebut menggambarkan fakta politik yang sebenarnya dari perspektif politik itu sendiri. Definisi politik semacam ini seperti definisi akal, kejujuran, pemerintahan, dan definisi-definisi lainnya merupakan kenyataan empirik yang terjadi dalam kehidupan manusia. Ertinya, pengertian politik seperti ini telah disepakati bersama dan tidak ada perbezaan pendapat di dalamnya, kerana politik merupakan realiti inderawi. Akan tetapi, pada kenyataannya, banyak orang berbeza-beza dalam memformulakan politik. Untuk itu, nampaknya seolah-olah diperlukan untuk kita mendefinisikan semula politik.



Secara bahasa, politik (siyasah) berasal dari akar kata sasa-yasusu-siyasatan. Maknanya adalah pengaturan urusan. Dalam kamus al-Muhith disebutkan demikian: Wa sustu ar-ra’iyah siyasatan amartuha wa nahaytuha. (Aku mengatur urusan dengan pengaturan yang aku perintahkan dan yang aku larang.) Ertinya, politik adalah pengaturan urusan rakyat dengan perintah dan larangan. Dalam konteks pengertian secara bahasa juga, ada beberapa hadis yang menyebutkan aktiviti pemerintah, muhasabah terhadap perintah, serta yang memerintahkan setiap orang untuk sentiasa memikirkan pelbagai kepentingan kaum Muslim. Dari hadis-hadis tersebut kemudian diambil definisi politik (siyasah). Dalam hal ini, ada beberapa hadis berikut yang maknanya seperti demikian:



“Tidaklah seorang hamba yang telah diserahi oleh Allah urusan rakyat, kemudian ia tidak mengaturnya dengan nasihat, kecuali ia tidak akan mencium bau syurga” [Hadis Riwayat al-Bukhari] -sedangkan bau syurga itu terhidu sejauh 500 tahun perjalanan.



“Akan ada pemimpin yang kalian ikut dan kalian ingkari. Siapa saja yang mengikutinya, ia pasti celaka. Siapa saja yang mengingkarinya, ia pasti selamat.” Para sahabat bertanya, “Tidakkah kami perangi sahaja mereka?” Rasulullah menjawab, “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” [Hadis Riwayat al-Bukhari]



“Siapa saja yang bangun di kala subuh dan berfikir selain Allah, maka hal itu bukan dari Allah. Siapa saja yang bangun di waktu subuh dan tidak memikirkan urusan kaum Muslim, ini beerti tidak termasuk golongan mereka.”



Jabir Ibn Abdillah juga berkata “Saya membai'at Rasulullah SAW untuk menegakkan solat, membayar zakat, dan menasihati seluruh kaum Muslim.”



Jabir Ibn Abdillah juga berkata, Saya pernah mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, “Saya membai'at Anda atas Islam. lalu diisyaratkan kepadaku untuk memberi nasihat kepada setiap Muslim.”



Dari hadis-hadis tersebut dan dari sekumpulan hadis lain yang sejenisnya (sama ada yang berkaitan dengan pemerintah yang mengatur urusan pemerintahan, atau yang berkaitan dengan umat yang menegur pemerintah, ataupun yang berhubung dengan aktiviti kaum Muslim antara satu sama lain untuk saling memikirkan kemaslahatan mereka dan memberi nasihat) maka, diturunkanlah kemudian definisi politik, yakni pengaturan urusan rakyat. Walhasil, definisi politik semacam ini merupakan definisi syar’i (sesuai dengan syariat) kerana digali daripada beberapa dalil syariat.



Dalam pandangan syariat, pengaturan urusan rakyat, secara praktikal dan langsung, merupakan kuasa pemerintah (khalifah). Rakyat ataupun individu Muslim tidak boleh melaksanakan aktiviti pemerintah, kecuali jika ada perlantikan yang mendapatkan pengesahan syariat. Caranya, adalah melalui bai'at dari rakyat jika dia seorang khalifah atau melalui perlantikan oleh khalifah jika yang dilantik adalah para mu’awin (pembantu khalifah) dan para wali (gabenor/ketua wilayah). Oleh kerana itu, orang-orang yang tidak dibai'at oleh umat atau tidak mendapat mandat daripada khalifah tidak boleh melakukan apa-apapun yang berkaitan urusan rakyat secara langsung, sama ada urusan dalam negeri mahupun urusan luar negeri atau negara.



Pemerintahan telah diberikan oleh syariat hanya untuk pemerintah (khalifah). Syariat juga telah memberikan hak pengaturan hanya kepada khalifah saja. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:



“Siapa saja yang membenci sesuatu dari pemimpinnya (khalifah), hendaklah ia bersabar. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang keluar dari pemerintahan Islam sejengkal saja, kemudian ia mati, kecuali matinya adalah mati jahiliah.” [Hadis Riwayat Muslim dari Ibn Abbas].



Ertinya, syariat telah menetapkan bahawa tindakan seseorang untuk khuruj (keluar) dipandang sebagai keluar dari pemerintahan. Hadis ini juga menunjukkan bahawa yang memiliki hak (untuk menetapkan khuruj-nya seseorang dari pemerintahan) hanyalah pemerintah (khalifah), bukan yang lain.
- Macam mana dengan Isu BUGHAH yang dipopularkan oleh Muhazam dan rakan-rakan? Adakah ia datang dari pemerintah atau ketetapan dari pemerintah?


Rasulullah SAW juga bersabda yang ertinya demikian :



“Bani Israil sentiasa diatur urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, ia digantikan oleh nabi yang lain. Akan tetapi, tidak ada nabi setelahku. Yang ada adalah para khalifah/amir.” [Hadis Riwayat Muslim oleh Abu Hurairah].



Mafhumnya, “Sesungguhnya urusan kamu (kaum Muslim), akan diatur oleh para khalifah.”



Dengan demikian, syariat telah menetapkan bahawa orang yang mengatur urusan kaum Muslim adalah khalifah. Kefahamannya, selain khalifah (amir) bukanlah pemerintah, dan selain para khalifah tidak boleh melakukan pengaturan urusan rakyat. Ini adalah bukti bahawa pengaturan urusan rakyat hanya menjadi hak pemerintah, bukan orang lain. Bukti lainnya adalah perbuatan Rasulullah SAW, Baginda membatasi kekuasaan dan aktiviti pengaturan urusan rakyat hanya dalam kedudukannya sebagai kepala negara. Baginda mengangkat orang yang mengganti kedudukan baginda di Madinah tatkala baginda pergi untuk berperang. Baginda juga mengangkat para wali (gabenor), qadhi (hakim), pemungut harta serta orang-orang yang mengatur kemaslahatan rakyat, seperti pengagihan air, penaksir buah, dan lain-lain. Semua ini merupakan bukti bahawa pemerintahan dan pengaturan urusan rakyat hanya hak pemerintah, yakni khalifah atau amir, dan orang bawahannya. Pemerintahan adalah pengaturan urusan rakyat yang bersifat mengikat. Oleh kerana itu, orang lain tidak boleh melakukan aktiviti pemerintahan tersebut secara mutlak. Sebab, syariat telah memberikan pemerintahan dan pengaturan urusan rakyat tersebut hanya kepada khalifah dan orang-orang yang diangkat oleh khalifah. Jika seseorang yang bukan khalifah—atau bukan orang yang diangkat oleh khalifah untuk melakukan aktiviti pemerintahan dan melakukan pengaturan urusan rakyat, maka ia dipandang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syariat. Tindakannya dipandang batil. Seluruh pengaturan yang batil secara automatik dipandang sebagai pengaturan yang haram. Oleh kerana itu, seseorang yang bukan khalifah atau orang yang tidak diangkat khalifah haram melakukan apa-apa aktiviti pun yang termasuk dalam aktiviti pemerintahan dan kekuasaan. Ia tidak boleh mengatur rakyat. Sebab, hal ini adalah aktiviti pemerintahan (khalifah). Selain khalifah, tidak boleh melakukan aktiviti pengaturan urusan rakyat.

-Dalam hal negara kita, YDPA telah mengangkat PM dalam urusan kekuasaan dan aktiviti pengaturan urusan rakyat.


Politik Dalam Negeri Daulah Islam



Dalam konteks dalam negeri, politik negara (daulah) Islam diwujudkan melalui perlaksanaan hukum-hakam Islam. Negara juga melaksanakan sistem Islam di berbagai wilayah yang tunduk di bawah pemerintahannya. Negara mengatur mu’amalat, menegakkan hudud, ‘uqubat, memelihara akhlak, menjamin tegaknya syiar-syiar ibadah, dan mengatur urursan rakyat sesuai dengan syariat Islam. Islam telah menjelaskan tatacara (thariqah) untuk melaksanakan hukum Islam bagi rakyat yang tunduk pada pemerintahan Islam dan menyakini Islam mahupun rakyat yang tidak menyakini Islam. Daulah Islam menegakkan hukum-hukum Islam sesuai dengan tatacara tersebut. Tatacara (thariqah) pelaksanaan hukum Islam oleh Daulah Islam, sebagaimana halnya dengan berbagai pemecahan atas berbagai masalah kehidupan manusia, adalah sebahagian dari syariat Islam.



Ulama usul fiqih menyatakan bahawa yang diseru oleh hukum Islam adalah semua orang yang berakal yang memahami khithab (perintah), baik Muslim mahupun non- Muslim. Imam al-Ghazali menyatakan pendapatnya di dalam kitab Al-Mustashfa fi Usul Mafhum alaihi (orang yang dikenai beban hukum) adalah mukallaf. Syaratnya , ia harus berakal dan memahami khitab. Bagi ahlu-zimmi, kelayakan penepatan hukumnya didasarkan pada sifat kemanusiaannya, yakni mampu menggunakan kekuatan akalnya untuk memahami “taklif hukum.”



Oleh kerana itu, mukhathob (yang diseru) dalam Islam adalah seluruh manusia, baik berhubung dengan khitab dakwah mahupun taklif. Khitab dakwah adalah seruan yang berupa ajakan kepada seluruh manusia untuk manyakini Islam, sedangkan Khitab taklif adalah seruan berupa perintah kepada seluruh manusia agar beramal sesuai dengan hukum Islam.



Islam memadang masyarakat yang di dalamnya diterapkan berbagai aturan sebagai entiti manusia, tanpa dilihat keturunan, status sosial dan bangsanya. Di dalam masyarakat Islam tidak terdapat syarat apa pun kecuali kewajipan untuk tunduk kepada negara dan sistemnya. Dalam negara Islam, tidak terdapat istilah kelompok minoriti, kerana seluruh masyarakat dipandang sebagai manusia yang kerana itu, politik dalam Daulah Islam adalah secara praktikal wujudnya penerapan syariat Islam atas seluruh individu masyarakat tanpa kecuali, samada Muslim mahupun non-Muslim.



Politik Luar Negeri Daulah Islam



Sementara itu, dalam konteks luar negeri, politik negara (daulah) Islam dimanifestasikan melalui usaha menjalin hubungan dengan berbagai negara, bangsa, dan umat-umat lain. Hubungan luar negeri ini merupakan wujud pengaturan urusan rakyat secara luaran. Politik luar negeri negara Islam didasarkan di atas sebuah pemikiran yang tetap, tidak berubah, yakni: penyebaran Islam kepada seluruh umat dan bangsa di dunia. Inilah yang memdasarkan asas politik luar negeri negara Islam. Asas ini tidak akan berubah selamanya meskipun individu pemerintah yang menjalankan pemerintahan saling bertukar. Asas ini ada dan kekal sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya Daulah Utsmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir. Asas ini tetap dan tidak berubah secara mutlak.



Sejak berada di Madinah, Rasulullah SAW mulai membangun hubungan negara Islam dengan negara lain berdasarkan asas penyebaran Islam ini. Baginda membuat perjanjian dengan Yahudi untuk memfokuskan penyebaran dakwah di Hijaz. Baginda mendatangani perjanjian Hudaibiyah dengan Quraisy untuk memperkuat penyebaran dakwah di jazirah Arab. Baginda juga mengirim surat ke berbagai negara yang berada di luar jazirah Arab untuk membangun hubungan dengan mereka berdasarkan asas nasyr al-Islam (penyebaran Islam) dengan menyeru mereka agar masuk Islam. Setelah baginda, muncul para khalifah. Mereka pun membangunkan hubungan luar negeri dengan seluruh negara yang ada berdasarkan asas penyebaran Islam ke seluruh penjuru dunia.



Kewujudan negara tidak lain adalah untuk menegakkan Islam di dalam negeri dan mengembangkan dakwah Islam di luar negeri. Ertinya, keutamaan negara bagi kepentingan luar negeri adalah mengembangkan dakwah Islam. Penyebaran Islam sebagai asas bagi politik luar negeri ini didasarkan pada alasan bahawa Rasulullah Muhammad SAW diutus untuk seluruh manusia. Allah SWT. berfirman:



“Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Surah al-Saba’ ayat 28]



Rasulullah SAW bertugas menyampaikan risalah kepada seluruh manusia oleh para khalifahnya dan kaum Muslim. Mengembang (menyampaikan) dakwah Islam ke seluruh penjuru alam merupakan kelanjutan dari perbuatan Rasul. Oleh kerana itu, mengembangkan dakwah Islam adalah asas bagi hubungan Daulah Islam dengan berbagai negara, bangsa, dan umat lain. Realiti semacam ini merupakan ketetapan syariat Islam dan memang telah ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah, dan Ijma Sahabat. Walhasil, asas politik luar negeri daulah Islam adalah mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru alam.



Politik luar negeri tersebut ditempuh dengan suatu kaedah yang tetap dan tidak pernah berubah: Kaedah itu adalah ‘jihad’. Method ini tidak pernah berubah meskipun orang yang memegang pemerintahan silih berganti. Kaedah ini tetap berjalan pada setiap masa, sejak masa Rasulullah SAW sehingga berakhirnya Daulah Islam. Kaedah seperti ini, secara mutlak, tidak pernah mengalami perubahan. Sejak menegakkan Daulah Islam di Madinah, Rasulullah SAW segera menyiapkan pasukan dan mulai berjihad untuk menghancurkan benturan-benturan fizikal yang menghalangi kelancaran dakwah. Quraisy adalah benturan fizikal yang menghalangi kelancaran dakwah Islam, Rasulullah SAW berkeinginan menghancurkan benturan ini. Akhirnya, baginda berjaya menghancurkan Quraisy sebagai kekuatan yang menghalang kelancaran dakwah Islam, sebagaimana baginda berjaya menghancurkan kekuatan-kekuatan lain yang menghalangi dakwah Islam, sehingga Islam tersebar ke seluruh jazirah Arab. Daulah Islam mulai mengetuk pintu umat-umat lain untuk menyebarkan Islam kepada mereka. Akan tetapi, kemudian muncul kekuatan-kekuatan yang wujud dalam bentuk pemerintahan yang berdiri di atas umat-umat tersebut sebagai penghalang fizikal yang berusaha menghentikan dakwah Islam. Oleh kerana itu, kekuatan-kekuatan tersebut mestilah dihapuskan dari muka dakwah agar dakwah Islam dapat sampai kepada umat itu sendiri dan membebaskannya agar mereka tunduk di bawah pemerintahan Islam.



Dengan begitu, mereka dapat melihat dan merasakan keadilan, kebahagiaan, dan kesejahteraan hidup di bawah bendera Islam, sehingga sampai pada masanya, mereka ikut serta menyebarkan Islam dengan cara yang paling baik tanpa paksaan dan ugutan.



Dengan demikian, jihad untuk menyebarkan Islam serta membuka berbagai negara dan wilayah tertentu akan terus berjalan. Dengan jihad, akan lenyaplah seluruh kerajaan dan negara lain. Negara Islamlah yang akan mengatur seluruh bangsa dan umat dan kemudian menyebarkan Islam. Dengan begitu, ratusan juta manusia akan meyakini Islam setelah terlebih dahulu dikuasai oleh Islam. Walhasil, kaedah yang menyertai politik luar negeri negara Islam adalah jihad yang bersifat tetap dan tidak akan berubah sama-sekali.



Keperluan Kepada Sebuah Parti Politik



Setelah Khilafah dijatuhkan pada tanggal 03/03/1924 maka institusi untuk menjaga urusan umat ini sudah tidak ada lagi, dakwah secara bernegara ternyata telah lenyap di alam maya ini (secara nyatanya lenyap tetapi hadis mengatakan jmaah Islam tetap ada dan kekal sehingga berlakunya kiamat (secara tersembunyi), umat Islam bagai kelkatu yang tidak mempunyai arah tujuan mencari cahaya. Maka untuk mewujudkan semula sistem pemerintahan Islam yang telah dihancurkan ini, adalah satu kewajipan. Mustahil seorang individu untuk menegakkan daulah, mustahil juga untuk sebuah parti dapat menegakkan daulah kalau tidak mendapat sokongan umat dan ketenteraan. Jadi menceburkan diri secara aktif dengan parti politik Islam untuk menegakkan semula institusi Khilafah adalah satu kefarduan atas setiap umat Islam dimana sahaja mereka berada. Meninggalkan urusan (politik) ini adalah satu kemaksiatan besar sepertimana meninggalkan ibadah fardu yang lain, bertepatan dengan ancaman dari sabda Nabi SAW,



“Barangsiapa yang bangun tidur di pagi hari tanpa memperdulikan urusan (politik) umat ini, maka dia bukan dari kalangan mereka (umat Muhammad SAW)” (al-Hadis)


Sesuai dengan seruan Allah kepada orang-orang yang beriman,



Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, (QS. Al Anfal [8]: 24).

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Pembangkang Kerajaan, Parti Pembangkang dan 'bughah' Menurut Fiqh Islam


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:47:30 10/18/05 Tue

Pembahasan tentang pembangkang kerajaan (government opposition) dan parti pembangkang (opposition party) yang berkembang di dunia Islam, khususnya yang mengamalkan sistem demokrasi, menarik untuk dibahas secara mendalam, sama ada berkenaan dengan sejarah kemunculannya, tamadun dan way of life yang melahirkannya serta pandangan Islam terhadapnya, termasuk apa dan bagaimana bughah (pembangkang) menurut fiqih Islam ?



Untuk membahas permasalahan di atas, adalah perlu menyenaraikannya dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan sebagai berikut :



1. Sejak bila muncul istilah pembangkang kerajaan (government opposition) dan parti pembangkang (opposition party) dengan konsep opposition (oposisi) yang sah dalam dunia Islam?

2. Bagaimanakah kedudukan dan fungsi parti berkuasa (government party) dan parti pembangkang (opposition party) dalam sistem demokrasi, serta perbezaan antara parti-parti tersebut dengan parti Islam dalam sistem Khilafah Islam, dari segi kedudukan dan fungsi masing-masing?

3. Apakah dan siapakah pembangkang dalam sistem Khilafah Islam?

4. Adakah wujud pembangkang yang dianggap sah oleh sistem Khilafah Islam?



Sejarah Pembangkang (opposition) di Negara Islam



Istilah pembangkang kerajaan (government opposition) dan parti pembangkang (opposition party) yang berlaku mengikut sistem demokrasi ketika ini sesungguhnya berkembang seiring dengan masuknya sistem demokrasi Barat dalam dunia Islam. Dan betul-betul mengakar di tengah kaum muslimin menjelang dan setelah runtuhnya sistem Khilafah Islam, pada tanggal 3 Mac 1924.

Konsep pembangkang (opposition) ini sebenarnya bukanlah merupakan konsep demokrasi yang tulen yang berasal dari kapitalisma, namun merupakan penyesuaian dengan sistem sosialisma. Ini bukannya kali pertama kapitalisma mengambil penyesuaian dengan sosialisma, sebab dalam beberapa hal kapitalisma juga melakukan hal yang sama. Konsep keadilan sosial (al-‘adalah al-ijtima’iyah) adalah konsep kapitalis yang diubahsuai dengan konsep equality (persamaan) sosialisma, sebagaimana yang ketika ini berkembang dalam dunia Islam. Seperti yang menjadi asas kelima Pancasila, yang menjadi asas negara Indonesia.

Mengapa konsep opposition ini bukan tulen dari kapitalisma? Kerana asas pemikiran yang menjadi dasar lahirnya konsep tersebut adalah mewujudkan balance (keseimbangan) dan kemajuan melalui persaingan. Dimana konsep ini diasas berdasarkan konsep dialektika materialisme (perubahan kebendaan), iaitu thesis-antithesis-sinthesis. Thesis adalah keadaan asal, sebelum ada perubahan. Antithesis adalah keadaan lain yang dibentuk untuk mengubah keadaan asal, sehinggalah terjadi perubahan. Dan sinthesis adalah keadaan perubahan yang diingini. Inilah inti dari pandangan sosialisma yang dibangun berdasarkan konsep dialektika materialisme. Keadaan asal, iaitu keadaan yang ketika ini dibentuk oleh kerajaan adalah thesis. Agar keadaan tersebut berubah menjadi lebih baik, maka dibentuklah opposition, dan opposition ini disebut antithesis. Sama ada opposition tersebut dibentuk untuk mewujudkan balance ataupun perubahan yang lebih baik.

Konsep opposition ini memang sah dalam sistem demokrasi, kerana konsep ini dipandang dapat mewujudkan balance dan kemajuan. Konsep ini kemudian dilaksanakan dengan kebebasan berbicara (freedom of speech) yang tidak diasaskan berdasarkan suatu kaedah apapun, melainkan kebebasan berbicara itu sendiri. Segala apapun yang tidak sesuai dengan garis panduan kerajaan dianggap sebagai pembangkangan, meskipun yang disampaikan itu benar menurut hukum Islam, kerana dipandang membahayakan kerajaan. Dan begitu pula sebaliknya. Sedangkan yang menjadi kaedah freedom of speech adalah asas manfaat. Iaitu, selama mana yang disampaikan itu menguntungkan kerajaan, kedudukan ketua kerajaan dan sebagainya, maka meskipun ianya bertentangan dengan garis pandu kerajaan, freedom of speech tersebut dibolehkan. Jadi asas freedom of speech adalah manfaat, bukannya halal-haram yang dibenarkan oleh syari’at Islam.

Sedangkan freedom of speech dalam sistem demokrasi muncul setelah suara rakyat disekat, tidak boleh disalurkan meskipun untuk menuntut hak-hak mereka, sedangkan hak-hak mereka diambil dengan cara paksa oleh para pemimpin mereka yang berkuasa dan diktator, iaitu gereja. Akhirnya lahirlah gelombang besar itu menuntut perubahan, kebebasan dan persamaan yang dikenali dengan slogan: liberty, equality dan fraternity. Gelombang besar yang kemudian melahirkan tuntutan tersebut. Ia berlaku dalam abad ke17-18 Masehi, iaitu semasa terjadinya Renaissance.

Inilah gambaran ringkas tentang sejarah pembangkang, parti pembangkang dan freedom of speech yang berkembang di Barat. Sedangkan perkembangan konsep tersebut dalam dunia Islam, bermula sejak kemunduran Khilafah Ustmaniyah. Pada tahun 1816 di perpustakaan-perpustakaan Mesir sudah dijumpai pemikiran Voltaire, Rostow dan Montesque (yang dikenali dengan konsep trias politica-nya). Bahkan lebih parah lagi setelah pelajar-pelajar Islam dihantar ke Eropah, seperti Rufa’ah At-Thahthawi (1826-1831) dan Khairuddin At-Tunisi (1852-1856) ke Paris. Pada tahun 1869, Al-Majallah Al-Adliyah diterbitkan oleh Sultan Abdul Aziz yang dilaksanakan di mahkamah civil/awam, hingga pemahaman kaum muslimin tentang Islam, akidah dan syari’atnya menjadi jauh dari Islam (Ittijahatu At-Tafsir Fi Al-Ashri Ar-Rahin, Dr. Abdul Majid Al-Muhtasib, hal. 1-4). Seiring dengan itulah, muncul tuntutan freedom of speech, demokrasi, pembangkang, parti pembangkang dan idea-idea kufur yang lain dalam dunia Islam, sehingga berjaya menjatuhkan Khilafah Islam.



Parti Berkuasa, Parti Pembangkang versus Parti Islam



Kedudukan parti yang berkuasa (parti kerajaan) dengan parti pembangkang ditentukan melalui pilihan raya. Iaitu, mana-mana di antara parti tersebut yang memenangi undi majoriti dalam pilihan raya, maka itulah parti yang berkuasa yang boleh memerintah kerajaan, sehinggalah setelah itu disebut sebagai parti kerajaan. Sedangkan parti pembangkang adalah parti yang kalah undiannya di dalam pilihan raya. Kadang-kadang parti tersebut mendokong garis panduan kerajaan yang dibuat oleh parti yang berkuasa dan kadang-kadang tidak bersetuju dengan garis panduan tersebut. Biasanya setiap parti masing-masing, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang mempunyai program tersendiri, untuk mencari dokongan daripada masyarakat dalam memenangi undi.

Biasanya parti berkuasa (parti kerajaan) akan bergabung dengan komponen yang lain agar boleh memenangi undi majoriti dalam pilihan raya, tanpa mempertimbangkan faktor keislaman, non-Islam, etnik dan sebagainya. Begitu pula parti pembangkang juga melakukan cara yang sama. Kerana, masing-masing sama-sama bertujuan untuk memenangi undi dalam pilihan raya. Dimana asas yang diikuti/rujuk adalah manfaat, bukan yang lain. Walaupun untuk memperolehi manfaat itu, masing-masing terpaksa menghalalkan segala cara. Setelah parti-parti tersebut melakukan undi pilihan dalam pilihan raya, maka hasil pilihan itulah yang akan menjadikan wakil-wakil parti tersebut mendapat tempat di dalam parlimen. Dimana jumlah kerusi parti dalam parlimen tersebut ditetapkan mengikut perolehan hasil undi tersebut. Siapa yang mendapat kerusi majoriti, maka ianya yang hampir pasti dapat menentukan garis panduan negara. Sehingga bagi mereka, pilihan raya menjadi penting untuk menentukan garis panduan (dasar) negara. Sedangkan dengan freedom of speech yang dianuti oleh negara pengikut sistem demokrasi, parti pembangkang akan sentiasa menentang hal-ehwal kerajaan untuk mendapatkan simpati rakyat agar boleh memenangi undi pilihan tanpa mempertimbangkan halal-haram. Inilah fakta tentang parti pembangkang dan parti berkuasa dalam sistem demokrasi.

Sedangkan parti Islam jelas berlainan. Pertama, mengenai dalil kewajipan mendirikan parti Islam adalah surah Ali Imran: 104, iaitu: "Hendaknya ada di antara kalian ‘umat’ yang menyeru pada Islam, melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar. Dan mereka inilah orang-orang yang beruntung." Kata: "Hendaknya ada di antara kamu ‘umat’." yang dalam bahasa asalnya: "Waltakun Minkum Ummatun." adalah fi’il mudhari’ yang disertai dengan huruf: "Lam Li Al-Amri" (Lam yang berfungsi perintah). Disamping itu terdapat indikasi (qarinah) yang melarang untuk meninggalkan perintah tersebut, bahkan pelakunya diancam dengan siksa neraka (Q.s. Ali Imran: 105). Ini menunjukkan bahawa perintah tersebut adalah perintah yang tegas (thalaban jaziman) yang bermakna wajib. Akan tetapi wajibnya merupakan wajib kifayah, iaitu kewajipan yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang memenuhi syarat untuk melaksanakan kewajipan tersebut. Surah Ali Imran: 104 ini tidak boleh diertikan dengan maksud yang lain, sebab tajuk utama pembahasan ayat tersebut adalah kewajipan membentuk jama’ah, parti atau kelompok, dan bukan perintah agar ada di antara umat Islam sebuah umat. Kerana, surah Ali Imran: 110 menjelaskan bahawa umat Islam ini merupakan umat terbaik. Dari sini muncul pertanyaan, mengapa Allah masih memerintahkan agar membentuk umat, padahal umat Islam sudah merupakan umat terbaik? Tentu yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang berlainan diantara ‘umat’, dalam surah Ali Imran 110 dengan dengan ‘umat’ di dalam ayat 104. Dimana kalimat ‘umat’ di dalam ayat 104 ini adalah merujuk pada jemaah, parti ataupun kelompok.

Kedua, asas dan aktiviti parti tersebut haruslah didasarkan pada Islam dan tidak boleh menyimpang daripada Islam. Ini didasarkan pada sifat parti yang diperintahkan dalam surat Ali Imran: 104, iaitu: Menyeru kepada Islam, sama ada mengajak orang kafir masuk Islam ataupun mengajak orang Islam memulai kembali kehidupan Islam dengan menerapkan Islam secara kaffah (menyeluruh). Dimana untuk menerapkan Islam dan mengajak orang kafir masuk Islam secara efektif dan tepat adalah melalui negara. Sifat kedua: Menyeru pada kema’rufan dan mencegah daripada kemungkaran, sama ada menyeru pada rakyat biasa mahupun kerajaan, termasuk mencegah kemungkaran rakyat biasa ataupun kerajaan. Sebab, tidak mungkin parti tersebut menyeru pada Islam, menyerukan kema’rufan dan mencegah kemungkaran, sedangkan asas dan aktivitinya tidak bersumber daripada Islam, yang bererti bertentangan dengan sifat yang diperintahkan itu sendiri. Ini mustahil.

Inilah dasar yang menjadi asas kewajipan mendirikan parti Islam. Kerana itulah, maka seluruh aktiviti termasuk pendirian politiknya tidak boleh bertentangan dengan Islam, dan sentiasa akan diikat dengan halal-haram menurut syari’at Islam. Dalam menyuarakan pandangannya, ia tidak akan mengikut freedom of speech yang tidak diasas berdasarkan kaedah hukum Islam. Sebaliknya semua pandangan, pendapat dan pendirian politiknya akan sentiasa berasaskan hukum Islam.

Parti Islam akan menyuarakan pandangan dan pendirian politiknya sebagai satu kewajipan yang dilakukannya kepada kerajaan, jika kerajaan membuat dasar negara yang bertentangan dengan hukum Islam. Kerana memperbetulkan penguasa (muhasabah li al-hukkam) adalah fardhu kifayah yang harus dibawa/dipegang oleh parti Islam dan kaum muslimin., berdasarkan sabda Nabi :

"Penghulu para syahid adalah Hamzah bin Abdil Muthallib, serta orang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu menasihatinya kemudian ia membunuhnya." (H.r. Al-Hakim dari Jabir). Juga sabda Nabi: "(Sebaik-baik jihad) menyatakan kalimat yang haq di hadapan penguasa yang zalim." (H.r. Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Umamah Al-Bahili).

Sedangkan memberi usulan dan pandangan (syura dan masyura) adalah hak, bukan merupakan kewajipan yang dapat dilaksanakan dan tidak. Begitu pula bagi pihak kerajaan, boleh mengambil usulan parti atau menolaknya. Firman Allah: "Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu." (Q.s. Ali Imran: 159) hanya dikhususkan untuk orang Islam, bukan untuk yang lain. Disamping itu parti tidak semestinya menjadi anggota Majlis Umat, sebagaimana dalam sistem demokrasi. Dan, Majlis Umat pun bukanlah sebagai lembaga legislatif yang berfungsi membuat Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur). Kerana ini hanyalah hak ketua negara (Khalifah) sama ada diambil melalui ijtihad-nya sendiri ataupun mengambil ijtihad orang lain.

Seorang ketua negara, juga tidak ada kaitannya dengan parti politik setelah diangkat menjadi ketua negara, meskipun sebelumnya dia merupakan anggota atau ketua parti politik Islam tertentu. Sehingga, semua parti politik Islam, sama ada parti yang sebelumnya merupakan parti ketua kerajaan ataupun bukan, akan mengambil pendirian politik yang sama terhadap kerajaan. Sebaliknya, ketua negara tidak akan mempunyai pendirian politik yang tidak adil terhadap parti-parti politik Islam yang sebelumnya bukan menjadi wadahnya. Dengan begitu Islam tidak mengenal parti kerajaan dan parti pembangkang. Sebab, kedudukan parti dalam Islam sama, dimana masing-masing tidak terkait dengan negara. Negara juga tidak boleh membubarkan parti tersebut, kecuali jika ia menyimpang dari Islam dan syari’atnya. Begitu juga, untuk mendirikannya tidak memerlukan izin khusus dari kerajaan, sebab parti tersebut berdiri untuk melaksanakan kewajipan. Dan untuk melaksanakan kewajipan tidak memerlukan izin sesiapapun, kecuali izin Allah (iaitu mengikut Pelembagaan ataupun Dustur hukum Allah).

Dalam Khilafah Islam, semua parti adalah sama, iaitu sama-sama Islam, tidak ada parti yang lain, sama ada yang didirikan berdasarkan asas perkauman, seperti Melayu, Cina, India, Arab atau yang lain. Orang non-Islam tidak mempunyai hak untuk membentuk parti politik. Mereka juga tidak berhak untuk memberikan pandangan dan usulan kepada kerajaan sebagai bahagian dari syura. Kerana, syura hanya merupakan hak orang-orang Islam (Q.s. Ali Imran: 159). Akan tetapi mereka tetap diberi hak untuk menyampaikan pengaduan kepada kerajaan atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka. Sabda Nabi: "Sesiapa sahaja yang hartanya aku ambil (secara zalim), ini hartaku silakan ambil, dan sesiapa sahaja yang belakangnya aku sebat(secara zalim), ini belakangku, balaslah. Sebab sesungguhnya aku ingin bertemu Allah, dan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku kerana kezaliman." Hadis ini bersifat umum sama ada untuk orang Islam atau non-Islam, masing-masing berhak menuntut balas kepada Nabi saw. Inilah hak politik orang kafir dalam Khilafah Islam. Sedangkan dalam hal yang lain, (kecuali akidah, ibadah, pakaian, makanan serta pernikahan) adalah sama dengan orang Islam. Mereka mempunyai hak politik yang sama.



Apakah dan Siapakah Pembangkang Dalam Negara (Khilafah) Islam ?



Dalam negara Islam, iaitu Khilafah Islam, orang atau kelompok yang disebut sebagai pembangkang hanya ada satu istilah, iaitu bughah. Lalu siapa yang disebut bughah menurut konsep fiqih Islam? bughah adalah sejumlah orang yang mempunyai ciri-ciri, antara lain:



(1) Membangkang pada negara Islam seperti tidak bersedia menunaikan hak, mentaati Pelembagaan (Dustur) atau melakukan aktiviti untuk menentang ketua negara;

(2) Adanya kekuatan yang boleh dimanfaatkan oleh bughah untuk mengambil kekuasaan;

(3) Memisahkan diri dari negara Islam, seperti revolusi bersenjata, gerakan pemisah, terorisma untuk mencapai tujuan politik.



(At-Tasyri’ Al-Jina’i Fi Al-Madzahib Al-Khamsah, I/148-150; Al-Jihad Wa Al-Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyah, Dr. Muhammad Khair Haekal, I/63-64; Al-Um, As-Syafi’I, IV/216; Al-Mughni, Ibnu Qudamah, X/52; Al-Muhallah, Ibnu Hazm, XI/97-98).



Dr. Muhammad Khair Haekal menjelaskan, bahawa masalah bughah ini berasal dari ayat: "Jika ada dua kelompok orang beriman saling berperang, maka damaikanlah di antara mereka. Jika salah satu kelompok tersebut membangkang (melakukan perlawanan) terhadap yang lain, maka perangilah yang lain yang membangkang sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah." (Q.s. Al-Hujurat: 9). Beliau menegaskan, bahawa bughah di sini mempunyai makna mutlaq yang tidak disertai taqyid (ketentuan ataupun syarat) apapun. Sehingga, aktiviti yang dilakukan oleh kelompok dimana pelakunya disebut bughah tidak disertai syarat apapun, iaitu kelompok yang melakukan pembangkangan untuk kepentingan dunia (Al-Jihad Wa Al-Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyah, I/64).

Orang Islam yang mempunyai pandangan berdasarkan ijtihad yang dilakukannya, yang berbeza dengan tabanni Pelembagaan (Dustur) hukum Islam yang diambil khalifah yang terdapat dalam Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur) negara, tidak dapat disebut sebagai bughah, selama ia tetap melaksanakan tabanni khalifah, meskipun dalam kajian dan pengajarannya ia mengambil ijtihad-nya sendiri. Kecuali, jika orang tersebut melakukan ijtihad dengan dalil-dalil yang tidak dibenarkan oleh syara’, atau melakukan ijtihad yang sememangnya tidak boleh dilakukan, sebab sudah ada penjelasan nas. Contohnya, jika ada seorang ulama’ membolehkan tempat pelacuran dengan menggunakan kaedah: Akhaffu Ad-Dhararaini (Matlamat menghalalkan di antara dua keharaman, kerana mempertimbangkan lebih ringan bahayanya daripada yang lain). Sementara sudah ada nas yang dengan tegas melarang zina. Maka, ijtihad ulama’ tersebut dianggap menyimpang. Kerana kewajipan untuk mentaati Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur) itu terbatas dalam masalah pelaksanaan (tanfidz) sahaja, tidak lebih. Dimana dalam masalah pengajaran (ta’lim) dan kajian (ta’allum) ia diperbolehkan mengambil pandangan yang lain. Ini didasarkan pada kaedah: "Perintah imam harus dilaksanakan, secara zahir dan batin." Juga kaedah: "Perintah imam boleh menghilangkan perbezaan (di kalangan masyarakat)." Kaedah ini digali dari ijma’ sahabat yang masing-masing hanya menuntut amal, bukan yang lain.

Orang yang mengambil alih kekuasaan, kerana ketua negara Islam telah meninggalkan syari’at Islam, dan secara nyata terbukti telah kafir (kufran bawwahan), setelah kekufurannya ditetapkan oleh mahkamah madzalim juga tidak dapat disebut sebagai bughah. Ini didasarkan kepada hadis Nabi:

"Apakah kami diperbolehkan untuk memerangi mereka, Ya Rasulullah?" Jawab Nabi: "Jangan, biarkan mereka selama mereka masih menjalankan puasa dan shalat." (H.r. At-Thabrani dalam Al-Kabir juga Ibnu Hajar Al-Haitsami dalam Majma’u Az-Zawaid, V/224). Puasa dan shalat di dalam hadis tersebut merupakan kiasan kepada penerapan syari’at Islam oleh ketua negara. Dalam riwayat lain: "Dan agar kami tidak mengambil alih urusan (pemerintahan) itu dari ahlinya, kecuali (kata baginda): ‘Jika kalian menemukan kekufuran yang nyata, dimana kalian mempunyai bukti yang jelas di sisi Allah." (H.r. Bukhari, hadis nombor 7055 dan Muslim, hadis nombor 1709).

Bahkan sebahagian ulama’ menyatakan wajib untuk mengganti penguasa yang menyimpang daripada syari’at ketika ia mengambil syari’at kufur sebagai syariat dengan kekuatan. Ini adalah pandangan Aisyah, Thalhah, Zubeir bin Al-Awwam serta sahabat-sahabat yang mengikutinya, Mu’awiyah dan sahabat-sahabat yang sependapat dengannya, juga merupakan pandangan Al-Hussein bin Ali, Abdullah bin Zubeir serta sahabat dan tabi’in yang mengikutinya (Al-Muhalla, Ibnu Hazm, juz IX hal. 362). Namun ini hanya berlaku pada saat negara tersebut adalah negara Islam, iaitu Khilafah Islam Ar-Rasyidah ‘ala Minhaji An-Nubuwwah, bukan pada masa ketika ini. Meskipun ketika ini merupakan masa fitnah dan kekufuran. Sebab konteks nas-nas di atas hanya ditujukan kepada khalifah (ketua negara) yang ada dalam Khilafah Islam.

Oleh kerana itu, orang yang melakukan social control terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh ketua negara atau pengerusi kerajaan tidak dapat dipandang sebagai pembangkang (bughah). Juga orang yang mengambil alih kekuasaan dari tangan khalifah kerana ianya telah nyata-nyata kufur, tidak dapat disebut bughah. Begitu pula orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam masalah hukum syara’ dengan Pelembagaan (Dustur) negara, menyampaikan dan mempelajari hukum syara’ yang tidak sama, juga tidak dapat disebut bughah. Selain, hal-hal di atas, sekiranya pembangkangan itu dilakukan tanpa kebenaran dari hukum syara’, maka itulah yang menurut fiqih Islam disebut pembangkang (bughah).



Tidak Ada Pembangkang Kerajaan Yang Sah



Dengan batasan dan pengertian bughah di dalam fiqih Islam di atas, maka Islam tidak memberikan kebenaran bagi aktiviti mahupun pelaku pembangkangan (al-bughyi). Dan tidak ada pembangkang negara yang sah dalam Islam. Demikian pula, Islam tidak akan memberikan tempat bagi terjadinya aktiviti dan pelaku pembangkangan dalam pengertian dan batasan-batasan syara’. Islam juga tidak akan membuka pintu bagi berkembangnya konsep pembangkang (opposition) dan parti pembangkang (opposition party), sebab ini merupakan produk tamadun dan way of life Barat yang kufur. Islam bahkan mengharamkannya, sebagaimana yang termaktub dalam makna keumuman ayat: "Sesiapa sahaja yang mengambil selain agama Islam sebagai agama (sebagai tuntunan ibadah dan ideologi), maka ianya tidak pernah diterima. Dan di akhirat, ianya termasuk kelompok orang-orang yang merugi." (Q.s. Ali Imran: 85), juga keumuman makna hadis: "Sesiapa sahaja yang menciptakan perkara baru dalam urusan (agama dan ideologi)-ku ini, iaitu perkara yang tidak berasas darinya (bid'ah), maka ianya harus ditolak." dalam riwayat lain: "Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan ketentuanku (bid'ah), maka ianya wajib ditolak." (H.r. Bukhari dalam Fathu Al-Bari, VI/230; Muslim dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi, XII/16; Ahmad dalam Musnad, Vi/146, 180, 240, 156 dan 270; Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, V/12, semuanya bersumber dari Aisyah ra.).

Mengingat konsep ini merupakan konsep demokrasi kufur, maka orang Islam tidak diperbolehkan untuk mengambil, menyerukan dan menerapkannya dalam kehidupan mereka, termasuklah mempergunakannya dalam usaha memperjuangkan hak dan kewajipan mereka. Sebab, kaedah syara’ menyatakan: Al-Ashlu Fi Al-Af’ali At-Taqayyudu bi Al-Ahkami As-Syar’i (Hukum asal perbuatan manusia haruslah terikat dengan hukum syara’), sedangkan hukum amalan tersebut telah jelas haram. Disamping ada kaedah: Al-Ghayatu La Tubarriru Al-Wasilah (Tujuan tidak boleh menghalalkan segala cara).

Inilah ketentuan hukum Islam. Hukum Islam telah mengajarkan bagaimana untuk membentuk parti politik yang berasaskan Islam dan aktiviti yang sentiasa diatur berdasarkan hukum Islam. Parti politik ini mempunyai fungsi dan peranan untuk mendidik umat Islam agar mempunyai pemikiran politik yang agung. Iaitu melaksanakan seluruh syari’at Islam sama ada berkenaan dengan individu, masyarakat mahupun negara, melalui Khilafah Islam. Dan di sinilah peranan politik umat Islam sebelum berdirinya Khilafah Islam. Sedangkan pasca (selepas) berdirinya Khilafah Islam, parti tersebut bersama umat Islam sentiasa melakukan social control pada kerajaan dengan prinsip amar ma’ruf nahi mungkar, bahkan wajib mengambil alih kekuasaan jika Khilafah telah jelas menyimpang dari ketentuan syari’at Islam yang diterapkannya. Jadi, bukan dengan membentuk parti pembangkang atau kelompok pembangkang kerajaan, ataupun dengan bekerjasama dengan orang-orang non-Islam dengan matlamat menghalalkan segala cara untuk tujuan mencapai keredhaan Allah, iaitu tegaknya hukum Islam. Ini adalah mustahil.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Tahniah Muhazam


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 10:02:03 10/17/05 Mon

Hahahahaha...SUITM memang lawak sunggoh. Tanhiah Muhazam. Banyak hujah anda telah membungkangkan hujah akal SUITM. Sampai la ni SUITM tak berguru lagi. Setakat tanya 2, 3 orang ustaz kampong, depa dah rasa cukup. Keh keh keh keh keh...lawak..lawak... lasly, dia nak memperlekehkah hujah Ulamak yang belajar tinggi spt Ustaz Rasul Dahri.

SUITM masih berputar2 dengan hujah lama. Malu lah skit. Apa?? You jeles ker SUITM?? jangan jeles... berguru dulu...go back and practis (tiru iklan malaysian idol keh keh keh keh). Nasehat yg baik supaya SUITM berguru..bukan apa, hujahnya sekarang memang memesongkan..malah sesat lagi menyesatkan. Tengok...bab hudud bughah hanya boleh dilaksanakan di Arab Saudi dan Brunei telah dicounter balik oleh Muhazam....tahniah sekali lagi utk Muhazam. Oppssss....jangan menggelabah dan jangan jeles pulak, jawab hujah Muhazam sampai habis dulu. Nak debat wat cara debat. Tu pon kalo you rasa you ni kuat... keh keh keh keh....sakit lah hati you sorang2....tak dapek deng nak nolong... keh keh keh keh keh...


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Muhazam Celaka Bagi kamu..


Author:
seruan
[Edit]

Date Posted: 12:02:15 10/17/05 Mon

"Barang siapa yang keluar dari jamaah sekadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah mencabut ikatan Islam dari lehernya sehinggalah ia rujuk kembali dan barang siapa yang mati sedangkan ia tidak berada di bawah pimpinan kepala negara dan jamaah maka matinya adalah mati jahiliah."
Hadis sahih riwayat Al-Hakim

M-Inilah satu lagi pembohongan besar daripada orang yang pernah berbohong atas nama Imam Bukhari. Kita sudah berikan pelbagai dalil yang sah dan valid untuk mengharamkan PAS secara mutlak. Persoalannya sekarang bukan dalil itu valid atau tidak, tetapi persoalannya adalah mereka yang tidak mahu menerima dalil itu kerana ianya terkena batang hidung mereka

S-Wahai Muhazan CELAKA BAGI KAU..Kerana Menuduh Orang Tolak hadis diatas pdahal yg DIPERTIKAIKAN BILA TUDUH PAS KENA KAH ATAU TIDAK BUGHAH PADAHAL NEGARA INI MENGAMALKAN KONSEP BERBILANG JAMAAH DALAM SATU PERLEMBAGAAN DIMANA KERAJAAN MENGAMALKAN PERKONGSIAN KUASA YG PM SENDIRI MEMPUNYAI KUASA TERBATAS DALAM SESUATU HAL.
DAN DALAM PERLEMBAGAAN YG BERTULIS DAN TELAH ADE COP KERAJAAN SENDIRI MENGATAKAN RAJA SEBAGAI KETUA NEGARA.DAN RAJA JUGA MEMPUNYAI KUASA TERBATAS....
celaka bagi kau meletakkan kami menolak hadis diatas..INI TELAH DITERANGKAN PANJANG LEBAR TERDAHULU OLEH Siswa UiTM.

"Arfajah ra. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda,
Barangsiapa datang kpd kamu sedangkan urusan kamu semuanya dalam tangan seorang laki2shaja,ia hendaklah memecahkan kekuatan dan jamaah kamu,maka bunuhlah akan dia."

M-Sila berikan manakah perkataan yg hampir membawa kpd makna pemberontakan itu. Kalau kau gagal, baik kau hentikan menjaja slogan kedajalan kau itu yang berbunyi "semua nas merujuk kpd gerakan bersenjata" atau "tiada nas yg haramkan menukar pemimpin secara aman

S-Celaka bagi kamu wahai Muhazam bila meletakkan orang Bughah mengikut hadis diatas padahal Negara Malaysia mengamalkan Konsep Perkongsian Kuasa yg telah Disepakati oleh Raja2/Sultan2,Pemimpin2 Politik,Ahli Agama dan cerdik pandai Ketika Musyawarah diantara mereka Untuk Pembentukan Negara Malaysia Merdeka.

Saye jugak bagi contoh...Seruan Date Posted: 12:39:55 08/26/05 Fri

Pek Dek...Jika dalil jelas mengatakan zina itu haram, tetapi kesepakatan ulamak kata halal berzina guna kondom, maka kami menolak kesepakatan, kami ambil dalil yg jelas.

Saye jawab...HANYE ULAMAK "MANGKUK" SAJE BUAT MACAM TU...

-Perkare Zina hanye boleh ditetapkan dan dijatuhkan setelah cukup syarat antarenya Dalam bab zina , perundangan Islam menetapkan memerlukan 4 saksi yang adil dalam melihat proses keretapi memasuki terowong. Kalau tidak mencukupi 4 saksi atau pun jika mencukupi tetapi keterangan saksi diragui adil maka tidak sah hukumannya.Apatah lagi jika saksi hanya sempat melihat keretapi tetapi pintu terowang masih jauh lagi.Begitu juga Bersumapah dengan nama Allah akan Perkara yg Di Lihat dsb.Begitu juga "Takzir" dsb.

Jadi dalam BAB MEMBUGHAHKAN PAS DAN SESIAPA SAJE ADELAH PANGANIAYAAN DALAM MENGGUNAKAN HUKUM ALLAH BERDASARKAN AYAT Al-Syura (42): 38

Orang-orang yang mematuhi seruan Tuhan mereka,melaksanakan shalat (dengan sempurna), serta urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara
mereka, dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Dan juga hadis Riwayat Imam Muslim,

"Kalian lebih mengetahui persoalan dunia kalian."

Dan Dikuatkan dengan Ayat ini..

“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya,jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas
kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah(dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika
ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan [
Al Hujarat}

MANE KITA NAK LETAKKAN AKAN DALIL DAN HUJAH DIATAS.ADEKAH DALIL DIATAS KITA PADAMKAN ATAS DASAR KITA GUNAKAN DALIL BUGHAH.

ADEKAH DALIL2 DIATAS DIGUNAKAN PADE HAK YG TERTENTU SAJE SEBAGAIMANE KITA GUNA HUJAH AYAT Al-Syura (42): 38
DALAM WAJIB PEMBUATAN DODOL DALAM BULAN PUASA INI MAKE BERMUSYWARAHLAH PARLIMEN BAGI HAL TERSEBUT.ADEKAH BEGITU PADE FIKIRAN KAMU.

Mengikut Hujah kamu dan Muhazam dsb tidak ade KATE KHUSUS DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN dan Sejak Rsulullah wafat ade Pelbagai Care dilakukan dalam Pemilihan Pemimpin.Termasuk cadangan Sy Hasan yng suruh Berjan Muawyah beri Pimimpinan kpd Rakyat seprimana Pek Dik Menulis jawatan khalifah perlulah diserahkan kepada orang ramai. Muawiyyah melanggar perjanjian tersebut...

PERSOALAN SAYE HAL YG DAHULU DENGAN HAL YG MENDATANG...

HAL YG PERTAMA - SEPEKATAN SESUATU UMAT ITU ADENYE PEMILIHAN/PERTANDINGAN DALAM JAWATAN PEMIMPIN[Al-Syura (42): 38/Hadis Riwayat Muslim diatas]

HAL YG KEDUA YAKNI - MENDATANG - HARAM - MENUKAR/BERTANDING DSB DALAM JAWATAN PEMIMPIN.[dalil bughah yg diberi kamu]

JADI DISINI MESTI ADE KATE PUTUS YG BUKAN KERJA KITA SEBAGAI AWAM MENENTUKAN...KITA KENA IKUT PENDAPAT ULAMAK2 TERKINI YG FAHAM AKAN PERMASALAHAN TERKINI YG KITA LIHAT MEMPUNYAI PELBAGAI VERSI.ADE KATE BOLEH ADE KATE TIDAK BAK KATE TEPUK DADE TANYE SELERA MANA SATU YG KITA NAK IKUT.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Jika Siswa UiTM rujuk Haron Din


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 17:04:17 10/14/05 Fri

Jika Siswa UiTM rujuk Haron Din, maka Haron juga akan rujuk kitab2 ulamak muktabar spt. Imam Nawawi, Athahawiyyah, Iman Al Ghazali (Ihya' Ulumuddin : ttg pemimpin itu naungan Allah, ketaatan kpd pemimpin lebih besar dari ketaatan ibubapa), Ibnu itu dan sebagainya. Keh keh keh keh... Tak percaya?? cayalah. Sama sahaja rujukan Haron Din spt mana kami disini. Tak percaya eik?? percayalah.. percaaayaaaalahhhhhhhaaahaha... lagu citi nurlahijah. keh keh keh keh keh...jangan maraaa...nanti lekas tua + kerepot + huduh pulak tuh... hehehehehe... keh keh keh keh...bye bye...

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Pembughah umat Islam lain didapati cuba memfitnah tulisan Imam Nawawi rah.a...


Author:
Siswa UiTM
[Edit]

Date Posted: 03:25:06 10/15/05 Sat

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Adalah diingatkan sekali lagi bahawa ketika hayat Imam An-Nawawi rah.a, sistem pemerintahan pada waktu itu sangat jauh bezanya dgn sistem pemerintahan yg ada di negara kita pada hari ini...

Terdapat pihak-pihak tertentu yg sangat ghairah mengolah tulisan Imam An-Nawawi rah.a. mengenai perlucutan jawatan ulil-amri sehingga mereka tertinggal sesuatu perkara yg menjadi asbab tulisan beliau itu...

Pada zaman Imam An-Nawawi rah.a, sistem pemerintahannya adalah bercorak monarki manakala hari ini pula bercorak demokrasi... Di bawah sistem monarki, perlucutan jawatan ulil-amri sukar berlaku melainkan menerusi pemberontakan bersenjata yang membawa kepada pertumpahan darah yg bukan kepalang...

Memandangkan pada zaman Imam An-Nawawi rah.a itu TIADA sistem pemerintahan lain yg dominan melainkan sistem monarki atau feudal itu jugak lah, takdak sistem lain lagi, maka Imam An-Nawawi pun menulis mengikut kerangka zaman tersebut & beliau TIDAK menyangka pun pemerintahan demokrasi boleh wujud pada hari ini (baca: TIADA nas yg mengharamkan mana2 amalan dalam sistem demokrasi yg tidak bercanggah dgn Islam)...

Menyedari bahawa operasi merampas kuasa ulil-amri pada waktu itu melibatkan gerakan persenjataan (baca: pemberontakan bersenjata dilarang oleh Baginda Nabi SAW) yg sangat-sangat mengerikan natijahnya sehingga membawa kepada pertumpahan darah yg sangat ketara, maka Imam An-Nawawi rah.a pun memfatwakan larangan merampas kuasa kerana mudharatnya yg sgt melampau tadi...

Ditegaskan sekali lagi bhw pada zaman tersebut, rampasan kuasa biasanya melibatkan:-


1. Gerakan persenjataan yg terang2 dilarang oleh syarak dan,
2. Mudharat yg sangat melampau sehingga meragut begitu banyak nyawa.


Maka, Imam An-Nawawi rah.a pun memfatwakan larangan ke atasnya kerana ia melibatkan 2 perkara tersebut bukannya kerana Rasulullah SAW melarang sebarang cubaan melucutkan jawatan ulil-amri spt yg ditohmah oleh sesetengah pihak di sini (baca: hanya gerakan persenjataan yg dirujukkan sbg HARAM oleh Rasulullah SAW)~~~

Justeru, barangkali di negara2 yg masih mengekalkan sistem monarki tersebut spt Arab Saudi & Brunei Darussalam, fatwa Imam An-Nawawi itu masih tertakluk kerana perlucutan jawatan ulil-amri di sana melibatkan 2 perkara asas yg dinyatakan sebentar tadi...

Mudah-mudahan pihak yg berkenaan itu TIDAK lagi lari atau terkeluar dpd skop yg ada dlm tulisan Imam An-Nawawi rah.a itu apabila membuat huraian...



Wallahua'lam...
Wassalam...

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Siswa UiTM Mensyirikkan Allah


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 09:58:39 10/15/05 Sat

Walau sedikit manapun sokongan diberi kepada PAS, natijahnya mati jahiliyyah, bukti:



"Barang siapa yang keluar dari jamaah sekadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah mencabut ikatan Islam dari lehernya sehinggalah ia rujuk kembali dan barang siapa yang mati sedangkan ia tidak berada di bawah pimpinan kepala negara dan jamaah maka matinya adalah mati jahiliah."
Hadis sahih riwayat Al-Hakim



Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Entah berapa kali saya sudah flash back hujah2 mereka & saya dapati TIADA satu pun yg betul2 valid di sisi Islam utk dijadikan hujah mengharamkan tindakan menukar ulil amri... Dan, entah berapa kali hujah2 mereka itu telah sempurna ditalkinkan oleh ramai pemforum di sini... Saya takde masalah nak talkinkannya sekali lagi!


Kita jawap:

Inilah satu lagi pembohongan besar daripada orang yang pernah berbohong atas nama Imam Bukhari. Kita sudah berikan pelbagai dalil yang sah dan valid untuk mengharamkan PAS secara mutlak. Persoalannya sekarang bukan dalil itu valid atau tidak, tetapi persoalannya adalah mereka yang tidak mahu menerima dalil itu kerana ianya terkena batang hidung mereka.

Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Mereka begitu berleluasa mendakwa saya telah syahid... Saya tergelak shj melihat telatah mereka mendakwa saya begitu...


Kita jawap:

Memang kau dah syahid pun. Kau datang balik ni pun sebagai zombi je. Apabila kau terpaksa berbohong atas nama Imam Bukhari dan lepas itu terpaksa minta maaf, maka seluruh kredibiliti kau dan hujah sudah syahid.

Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Para ulama' muktabar tersebut memberikan pendapat mereka agar menghindari tindakan melucutkan jawatan ulil amri... Ingin saya ingatkan, anda lupa atau buat2 lupa bhw semua pendapat tersebut perlu dibaca dgn 'kenapa mereka berpendapat begitu?'1 - mereka melarang jika ia membawa mudharat yg lebih besar dpd manfaatnya (secara automatik boleh ditolak jika manfaat lebih besar dpd mudharat)!2


Kita jawap:

1 Kenapa ulama muktabar mengharamkan melucutkan jawatan ulil amri ? Jawapan amat jelas: KERANA NABI MENGHARAMKANNYA DARI SEKIAN BANYAK HADIS-HADIS SAHIH. FULL STOP. SAMI'NA WA ATHO'NA, kata mereka.

2 Ini satu lagi kebathilan dari bekas pembohong. Mamat pendusta ini nampaknya selepas bertaubat dari satu dusta, dia buat seribu dusta baru.

Wahai pendusta, kaedah usul fekah "menolak mafsadah lebih besar utk mafsadah lebih kecil" hanya boleh digunakan apabila tiada dalil khusus untuk sesuatu kes. Kaedah ini hanya boleh utk mencari ijmak dan qiyas shj ATAU tatkala ulama itu cuba menerangkan KENAPA hukum itu diterbitkan oleh Al-Qur'an dan Hadith. TETAPI INGAT ! HUKUM YANG BERASAL TERUS DARI AL-QUR'AN DAN HADITH TETAP KEKAL TIDAK BERUBAH WALAUPUN ALASAN WUJUDNYA HUKUM ITU, BERDASARKAN PENERANGAN AKAL ULAMA SUDAH TIDAK WUJUD LAGI. INI KERANA AL-QUR'AN DAN HADITH TIDAK AKAN MANSUH SEHINGGA HARI KIAMAT

Cth:

Makan Babi hukumnya haram. Dalilnya direct drp Al-Qur'an dan hadith yang tidak pernah mansuh.

Kenapa ? (ulama cuba terangkan): Kerana babi adalah perumah pertama bagi parasit cacing pita yang akan menjadikan manusia yang memakannya sebagai perumah kedua dan kerana babi itu pembawa JE.

Tapi macam mana kalau babi itu bersih daripada caci pita dan JE ? Jawapan: Hukum makan babi TETAP haram.

Kenapa ? Kerana hukum itu berasal TERUS daripada Al-Qur'an dan Hadith, ia bukan berasal daripada huraian ulama yang cuba untuk mengupas kenapa babi itu haram. Hilangnya alasan (yakni tiadanya cacing pita dan JE) untuk sesuatu hukum (hukum haram makan babi) berdasarkan pandangan akal manusia, tidak akan memansuhkan hukum itu dari dalilnya (haram makan babi). Ini kerana hukum Allah tidak boleh difikir dgn akal.

Maka, balik kpd bughah:

Hukum menjatuhkan pemimpin adalah haram. Dalil:



Kenapa ? (ulama cuba terangkan): Kerana ia akan menyebabkan huru-hara dan pemberontakan berdarah yang banyak mengorbankan nyawa.

Tapi macam mana kalau kita ada kaedah baru untuk menukar pemimpin tanpa huru-hara ? Jawapannya: Sama seperti kaedah hukum babi tadi, HUKUM MENJATUHKAN PEMIMPIN TETAP HARAM.

Kenapa ? Kerana hukum itu berasal TERUS dari Al-Qur'an dan hadith, ia bukan berasal daripada huraian ulama yang cuba untuk mengupas kenapa menjatuhkan pemimpin itu haram. Hilangnya alasan (yakni tiada lagi pemberontakan bersenjata) untuk sesuatu hukum (hukum haram menjatuhkan pemimpin) berdasarkan pandangan akal manusia, tidak akan memansuhkan hukum itu dari dalilnya. Ini kerana hukum Allah tidak boleh difikir dgn akal.

Hukum agama sudah jelas. Hanya kaum bughah sahaja yang enggan patuh. Siswa UiTM kata pemimpin haram ditukar hanya dgn pemberontakan bersenjata kerana dia cuma rujuk hadith ini:



Tapi kita rujuk semua hadis2 lain termasuk yg sebelumnya di atas. Hadis terakhir ini adalah khusus utk kes pemberontak, tetapi bagi kes yang lebih umum termasuk kes menukar pemimpin secara pilihanraya, hadis sebelumnya adalah terpakai dan ianya lebih keras. SISWA UITM LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK BERKATA "DALIL TIDAK WUJUD" KERANA DALIL MEMANG BENAR-BENAR WUJUD.


Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Sistem pemerintahan ketika ulama' tersebut hidup pula adalah sistem dinasti yg mana penukaran ulil amri yg zalim HANYA boleh berlaku dgn pemberontakan BERDARAH/BERSENJATA & mereka TIDAK pernah merasai sistem pemerintahan bercorak demokrasi hari ini yg kurang memerlukan pemberontakan ngeri tadi...

Justeru, TIDAK hairanlah jika mereka lebih cenderung utk berpendapat agar menghindari dpd melucutkan jawatan ulil amri memandangkan proses pd zaman mereka itu melibatkan pemberontakan bersenjata yg mana terang2 telah dilarang oleh Baginda SAW...


Kita jawap:

Ini juga BATHIL dan juga telah kita jawap banyak kali. Hujah ini juga hujah favorite seorang lagi peforum kaum bughah yang bernama Seruan yang juga tidak pernah menghiraukan jawapan kita yang berulang-kali itu.

Demokrasi wujud dari falsafah tamaddun Greek sejak zaman Bani Israel lagi. Julius Caesar adalah pemimpin Rom yang merupakan pemimpin pertama di dunia yg dilantik secara pilihanraya demokrasi sebelum lahir Nabi Muhammad saw lagi. Nabi sudah tahu hakikat ini. Bodohlah Nabi (baca: Bodohlah Allah) kalau mengeluarkan hukum haram menukarkan pemimpin hanya untuk kes pemerintahan monarki sahaja sedangkan demokrasi sudah wujud ketika hayatnya, atau seolah-olah Allah swt tidak tahu masa hadapan lalu mewahyukan hukum yang bakal mansuh bila demokrasi meluas di muka bumi.

Saudara-saudara sekalian, kalau kita nak gunakan formula ciptaan Siswa UiTM ini, iaitu hukum bertukar apabila keadaan zaman bertukar, maka kita dengan mudah boleh menghalalkan tidak berhukum dengan hukum hudud. Hukum hudud dilaksanakan di zaman dahulu kerana negara Islam tidak bermasyarakat berbilang agama. Sekarang negara Islam Malaysia ini mempunyai masyarakat berbilang agama yang mana Islam hanya 45% shj. So, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana komposisi masyarakat sudah berubah. Huh ! Nampaknya merekalah skrg ni yang menolak hukum Allah.


Kaum bughah bernama Siswa UiTM menulis:

Zaman sekarang berbeza, TIDAK lagi melibatkan pemberontakan bersenjata sekaligus manfaat sudah menjadi lebih besar dpd mudharat...


Kita jawap:

Lihatlah sdr2 sekalian, lihatlah betapa tanpa sedikitpun rasa takut kepada Allah swt, Siswa UiTM telah meletakkan hukum akalnya lebih tinggi daripada hukum Allah dan dia telah dengan terang mengatakan bahawa hukum Allah tidak sesuai pada setiap zaman. Dia telah mensyirikkan Allah kerana telah meletakkan akalnya lebih tinggi drp hukum Allah.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Mari kita kongsi bersama...


Author:
Siswa UiTM
[Edit]

Date Posted: 19:05:43 10/12/05 Wed

Manusia memang layak bergelar insan iaitu makhluk yg mudah lupa...

Pek Dik mudah lupa bhw dirinya sendiri telah menjadikan Muhazam sbg guru 'direct' nya yg pertama dlm menyelami penulisan2 ulama' muktabar... Dirinya TIDAK merujuk ulama' muktabar tersebut secara betul2 bersendirian TETAPI tetap berguru atau bersandarkan kpd org lain juga...

Malang bagi diri Pek Dik kerana memilih guru yg salah & ini memerangkap dirinya selaku si jahil yg sedang teraba2 mencari agamanya yg 'hilang' pd waktu tersebut... Lantas, dgn HANYA berbekalkan kejahilan itu, agak mudah bg pihak terbabit mengumpan dirinya dgn hujah yg 'dihias' spt ketua ajaran sesat memikat mangsa2nya... Keadaan diri Pek Dik semakin serius when he himself refuses to meet the opposite icon of that first-time 'direct' teacher!

Adalah sangat pelik sekali, Pek Dik boleh shj meluangkan masanya utk bertemu dgn Muhazam di MMU tetapi bakhil untuk meluangkan masanya bertemu dgn Prof. Dato' Dr Haron Din... Dia minta pula saya yg lebih jauh ini utk bertemu dgn ulama' muktabar tersebut & menceritakannya di sini...

Jika ada persoalan berbangkit dlm penceritaan saya itu nanti, saya kene pergi berjumpa beliau lagi... Entah berapa kali agaknya nanti... Justeru, Pek Dik sepatutnya menggunakan opportunity selagi masih belajar di UPM yg tak berapa jauh dgn Darul Syifa' utk berguru pula dgn ulama' muktabar tersebut... Dirinya akan lebih jelas nanti dgn berjumpa beliau sendiri dpd mendengar penceritaan dpd saya!

Sekiranya Pek Dik boleh sahaja meluangkan sejumlah masa tambahan utk bertemu dgn Muhazam & geng2nya di samping meluangkan BANYAKKK masa utk bertikam lidah (jika bukan lakonan) dgn mereka kat forum IM ini pula, takkan tak boleh buat perkara yg sama untuk berjumpa Prof. Dato' Dr Haron Din kot...!?


PERSOALAN FLASH BALIK HUJAH2 PIHAK LAWAN

Entah berapa kali saya sudah flash back hujah2 mereka & saya dapati TIADA satu pun yg betul2 valid di sisi Islam utk dijadikan hujah mengharamkan tindakan menukar ulil amri... Dan, entah berapa kali hujah2 mereka itu telah sempurna ditalkinkan oleh ramai pemforum di sini... Saya takde masalah nak talkinkannya sekali lagi!

Mereka begitu berleluasa mendakwa saya telah syahid... Saya tergelak shj melihat telatah mereka mendakwa saya begitu...

Para ulama' muktabar tersebut memberikan pendapat mereka agar menghindari tindakan melucutkan jawatan ulil amri... Ingin saya ingatkan, anda lupa atau buat2 lupa bhw semua pendapat tersebut perlu dibaca dgn 'kenapa mereka berpendapat begitu?' - mereka melarang jika ia membawa mudharat yg lebih besar dpd manfaatnya (secara automatik boleh ditolak jika manfaat lebih besar dpd mudharat)!

Sistem pemerintahan ketika ulama' tersebut hidup pula adalah sistem dinasti yg mana penukaran ulil amri yg zalim HANYA boleh berlaku dgn pemberontakan BERDARAH/BERSENJATA & mereka TIDAK pernah merasai sistem pemerintahan bercorak demokrasi hari ini yg kurang memerlukan pemberontakan ngeri tadi...

Justeru, TIDAK hairanlah jika mereka lebih cenderung utk berpendapat agar menghindari dpd melucutkan jawatan ulil amri memandangkan proses pd zaman mereka itu melibatkan pemberontakan bersenjata yg mana terang2 telah dilarang oleh Baginda SAW...

Zaman sekarang berbeza, TIDAK lagi melibatkan pemberontakan bersenjata sekaligus manfaat sudah menjadi lebih besar dpd mudharat...


Wallahua'lam...
Wassalam...

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Makhluk anti-bodoh lebih bengap drp bodoh


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 08:24:24 10/15/05 Sat

PAS Malah Lebih HARAM Daripada ZINA


Lihatlah saudara-saudara sekalian, kaum bughah TERAMAT TAKUT apabila kita memperkatakan hakikat bahawa Al-Qur'an dan Hadith telah mengharamkan mereka. Mereka amat takut dan teraba-raba mencari dalil untuk menolak hukum Allah.

Kaum bughah ni memang BODOH BEBAL. Tengoklah sahaja sorang makhluk yang memanggil dirinya "Musuh kebodohan Muhazam pula" menonggengkan KEBEBALANNYA. Jawapannya langsung tak boleh pakai dan bersimpang-siur. Dia sekadar melayan kemarahannya kerana kita menjelaskan kebenaran. Seperti mana-mana ahli bughah yang lain, semakin banyak dia tulis semakin banyak dia membogelkan kebodohannya sendiri.

Kita mulakan sedikit dahulu dengan bukti-bukti paling jelas tentang ketololan makhluq sekor ni. Dia tulis:

Ko ingat bila dapat pingat tu terus mutlak1 dia betul? Agong pun tak declare2 macam tu la. Kalau PM tu kau kata pemerintah tertinggi kenapa masih ada menteri rasuah? tak dengar cakap PM?3 Wajib taat tau. PM kata keadilan. Wajib taat tau! Tapi kau ?tafsir keadilan ikut suka mak bapak kau jer.4


Kita jawap:

1 Ooooo... dapat pingat tu bukan mutlak dia betul. So kalau Majlis Agama Johor declare tanpa dalil kata buku-bukunya menyeleweng, maka mutlaklah dia salah ? Mutlaklah Majlis Agama itu betul ? Macam tu ? Apa skala mutlak tak mutlak bagi kau ? Bagi kami skala mutlak atau tak mutlak adalah pada Al-Qur'an dan Hadith. Selagi majlis agama itu gagal memberikan bukti Al-Qur'an dan hadith, maka selama itulah Rasul Dahri tidak sesat (kerana kitab beliaulah yang banyak mengandungi dalil Al-Qur'an dan Hadith) dan selama itulah majlis agamalah yang gagal.

2 Oi MANGKUK ! Kalau dah bagi pingat tu tandanya dia telah terima Rasul Dahri sebagai tidak sesat la ! NGOOOOK !!!!! Tak kan dia nak bagi kat orang yang dia anggap sesat. Mangkuk hayun sungguh makhluq bernama "Musuh kebodohan Muhazam pula" ni. Pengiktirafan Perlis inilah yang merupakan tamparan hebat terhadap Majlis Agama Johor.

3 Hah ! Ini dia bukti paling jelas KETOLOLAN makhluk ni. Ada ke dia kata: disebabkan ada menteri yang rasuah maka PM bukan pemimpin tertinggi. Woi BENGONG ! Masalah pengikut PM tidak patuh perintahnya tidak ada kena-mengena dengan hakikat bahawa PM itu pemimpin tertinggi. Aku tak tahu mangkuk hayun sumbing jenis apa mamat sekor ni.

Kalau macam tu, maka Rasulullah bukan pemimpin tertinggi ummah sebab ramai umat Islam yang langgar perintahnya. Agong pun bukan pemerintah tertinggi sebab ramai menteri yang rasuah (ingat ! Pak Rampa kata Agong pemerintah tertinggi dan jemaah menteri itu dilantik olehAgong). Allah pun bukan pemerintah tertinggi seluruh alam sebab ramai manusia yang tak patuh perintah Allah. Inikah hujah bijak dari orang yang memanggil diri "musuh kebodohan" ? Jelas, para mahasiswa di sini mampu menilai kualiti otak udang mamat sekor.

Wahai mangkuk hayun, ini aku nak ajar sikit: Tinggi atau tidaknya pangkat pemerintahan seseorang itu tidak terletak pada patuh atau tidaknya orang bawahannya, tapi terletak pada BOLEH atau tidaknya dia mengambil tindakan ke atas mereka. Apabila ada menteri rasuah, PM boleh bertindak memecatnya - ini membuktikan PM lebih tinggi drp menteri. PM buat salah (contohnya tidak melaksanakan hudud) YDPA tidak mampu buat apa-apa - bukti bahawa YDPA TIDAK lebih tinggi drp PM.

Lihatlah saudara-saudaraku para mahasiswa sekalian. Lihatlah taraf pemikiran kaum bughah ini. Patutlah Rasulullah menjamin mereka ini mati jahiliyyah (mati bodoh @ bengap @ bangang @ biol).

4 Wahai BONGOK ! Buat sekian lamanya di dalam forum ini kami mengemukakan takrif keadilan mengikut Al-Qur'an dan Hadith. Apa Qur'an kata haram kami kata haram, apa yang halal kami kata halal. Tapi puak kaulah yang berdolak-dalil dan teraba-raba mencari alasan untuk menolak hukum Allah SEPERTI SISWA UITM YANG MENGATAKAN HUKUM BUGHAH (HUKUM HUDUD) TIDAK LAGI SESUAI DI ZAMAN INI KERANA ADANYA SISTEM DEMOKRASI. Bagi dia hukum Allah tidak sesuai untuk setiap zaman. Dia berpendirian bahawa hukum Allah tidak lengkap dan tidak ada dalil untuk demokrasi.


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Siswa UiTM memang pemalas


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 07:31:44 10/15/05 Sat

Pemalas dan pembohong itu berkata:

Adalah sangat pelik sekali, Pek Dik boleh shj meluangkan masanya utk bertemu dgn Muhazam di MMU tetapi bakhil untuk meluangkan masanya bertemu dgn Prof. Dato' Dr Haron Din... Dia minta pula saya yg lebih jauh ini utk bertemu dgn ulama' muktabar tersebut & menceritakannya di sini...

Jika ada persoalan berbangkit dlm penceritaan saya itu nanti, saya kene pergi berjumpa beliau lagi... Entah berapa kali agaknya nanti... Justeru, Pek Dik sepatutnya menggunakan opportunity selagi masih belajar di UPM yg tak berapa jauh dgn Darul Syifa' utk berguru pula dgn ulama' muktabar tersebut... Dirinya akan lebih jelas nanti dgn berjumpa beliau sendiri dpd mendengar penceritaan dpd saya!

Sekiranya Pek Dik boleh sahaja meluangkan sejumlah masa tambahan utk bertemu dgn Muhazam & geng2nya di samping meluangkan BANYAKKK masa utk bertikam lidah (jika bukan lakonan) dgn mereka kat forum IM ini pula, takkan tak boleh buat perkara yg sama untuk berjumpa Prof. Dato' Dr Haron Din kot...!?


Jawapan kita:

Inilah dia tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sikap tipikal kaum yang tidak hiraukan ilmu (Al-Qur'an dan Hadith). Dia lebih mengharapkan musuhnya untuk bersemuka dgn ulamanya dan kemudian memperolehi dalih2 yang sudah tentu tidak dipersetujui oleh musuhnya itu, daripada dia sendiri yang pergi mencari ilmu dgn mengadap ulama pujaannya itu demi menguatkan hujahnya sendiri.

Kaum bughah lebih rela dia jahil..... memang jahil pun.... dan lebih rela mendapat ilmu second hand drp ulamanya itu melalui musuhnya.... lepas tu kalau ilmu itu tidak memihak kpdnya, dia akan kata musuhnya itu berbohong pula.

Wahai Siswa UiTM, buat ke sekian kalinya kami bentakkan kpd kau: Harun Din itu adalah penyokong dan sumber hujah kau, dan kau yang nak berhujah dgn hujah2nya, maka kaulah yang sewajibnya mengadap dia, BUKAN kami. Sila pergi mengadap dia sendiri. Bukan kami yang laparkan hujah2 Harun Din. Kau yang kemarukkan hujah Harun Din. Soal jauh dekat tidak timbul. Soalnya: kau nak ilmu atau tidak ? Kalau kami mengadapnya kami akan bentak hujahnya kerana hukum Al-Qur'an dan hadith sudah jelas, dan hukum Harun Din akan diinjak-injak.


[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Siswa UiTM Memang Mudah Lupa


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 09:36:27 10/13/05 Thu

PAS Haram Sebagaimana Haramnya Zina


Mungkin Pak Rampa kecewa dengan tindakan Siswa UiTM kerana masih cuba mencucuk Muhazam. Pak Rampa sudahpun berhasil untuk mendiamkan Muhazam dengan cara tidak lagi aktif di dalam forum ini supaya Muhazam tidak lagi bermotivasi untuk menulis. Tapi nampaknya Siswa UiTM, yang merupakan antara manusia-manusia yang paling awal kecundang di laman ini, cuba menggugat kejayaan Pak Rampa.

Seperti Pek Dik, kita pun nak ucapkan selamat muncul semula kepada Siswa UiTM. Kalau Siswa UiTM nak flash back, kita pun nak flash back juga.

Siswa UiTM tulis:

Manusia memang layak bergelar insan iaitu makhluk yg mudah lupa...

Pek Dik mudah lupa bhw dirinya sendiri telah menjadikan Muhazam sbg guru 'direct' nya yg pertama dlm menyelami penulisan2 ulama' muktabar... Dirinya TIDAK merujuk ulama' muktabar tersebut secara betul2 bersendirian TETAPI tetap berguru atau bersandarkan kpd org lain juga...


Kita jawap:

Pek Dik pernah bersemuka dengan sekurang-kurangnya seorang ulama hebat - bukan Muhazam. Kau bila lagi nak jumpa Haron Din ?

Siswa UiTM tulis:

Malang bagi diri Pek Dik kerana memilih guru yg salah & ini memerangkap dirinya selaku si jahil yg sedang teraba2 mencari agamanya yg 'hilang'1 pd waktu tersebut... Lantas, dgn HANYA berbekalkan kejahilan itu, agak mudah bg pihak terbabit mengumpan dirinya dgn hujah yg 'dihias'2 spt ketua ajaran sesat memikat mangsa2nya... Keadaan diri Pek Dik semakin serius when he himself refuses to meet the opposite icon of that first-time 'direct' teacher!


Kita jawap:

1 Wahai Siswa UiTM, siapakah yang lebih teraba-raba daripada orang yang terpaksa berbohong menggunakan nama Imam Bukhari untuk menegakkan benang basah ? Masihkah kau ingat bahawa kau telah memperkosa Kitab Sahih Imam Bukhari dengan mengatakan kitab itu mengandungi nota kaki yang tak wujud yang menafikan maksud hadis beliau sendiri ? Ini 'teraba-raba' jenis apa nih ? Masihkah kau ingat bahawa kau terhangguk-hangguk meminta maaf setelah aku telanjangkan PEMBOHONGAN kau tu ?

Kalau Rafidah perlu meletak jawatan kerana banyak dan besarnya kesalahannya dalam kabinet, maka kau juga WAJIB letak jawatan sebagai pendebat di sini dek kerana kesalahan kau yang melibatkan elemen-elemen agama. Kau nampaknya masih tidak berkemaluan.

2 Hujah yang dihias ? Dihias dengan apa ? Kami tidak mengemukakan apa-apa di sini, wahai PEMBOHONG, melainkan hujah-hujah raw & plain daripada Al-Qur'an dan Hadith tanpa apa-apa perhiasan takwil akal-akalan. Sebaliknya pihak kaulah yang sibuk meludah dan menafikan hadith dengan takwil Undang-undang Lord Reid macam kau sendiri yang menyembah hukum demokrasi untuk menafikan Hadith dan 'menghias' hujah kau yang rapuh serangup maggi kering itu. Sila nyatakan mekap apa yang kami pakai wahai makhluk yang mempunyai rekod sebagai PENDUSTA. Jangan main sedap tulis


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Teriam kasih Muhazam


Author:
Rusnizam Mahat
[Edit]

Date Posted: 23:26:14 09/21/05 Wed

Saya kini telah tersedar dan ingin bertaubat kerana telah menyokong PAS, yang perjuangan nya nyata sia-sia dan telah menyimpang jauh dari ajaran islam yang sebenar.Semuanya kerana gara-gara saya telah terserempak dengan sebuah laman web yang telah menginsafkan saya,bahawa kepercayaan saya selama ini adalah tidak benar sama sekali. Saya beuntung kerana laman web ini masih beroperasi dan banyak ilmu yang telah saya pelajari dari laman web tersebut walaupun dikatakan laman tersebut agak kontroversial.Ingat lah wahai penyokong2 PAS yang taksub,tanpa kerajaan yang ada sekarang, kita mungkin tidak sampai ketahap ini.Kadangkala saya terfikir, apa yang PAS sudah buat untuk anak-anak melayu,bangsa melayu dan apa sebenar yang diperjuangkan mereka? Terima kasih Muhazam, JIN dan kawan-kawan kerana telah menyedarkan saya....

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Siapa Sebenarnya Rusnizam???


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 11:24:35 10/13/05 Thu

Sebenarnya Rusnizam tidaklah begitu aktif sepanjang tahun ini (2005) postingnya hanya ada 4 termasuk yang telah saya dedahkan sebelum ini. Watak dan nickname juga berbeza iaitu Rusnizam Mahat (otomen81@yahoo.com) dan satu lagi Rusnizam Bin Mahat (rosnizam93@yahoo.com)

Memang di sini pemforum bebas menukar nickname dan email address tetapi kebanyakan lebih suka mengekalkan yang asal. Saya memerhatikan di antara watak Rusnizam Mahat (otomen81@yahoo.com) dan satu lagi Rusnizam Bin Mahat (rosnizam93@yahoo.com) banyak bezanya.

Detective Conan Melaporkan untuk Forum Politik Nasional Idealis Mahasiswa
"Jangan biarkan diri anda diselubungi sampah"






Subject: Tak habis2


Author:
Rusnizam Mahat (otomen81@yahoo.com)
[Edit]
--------------------------------------------------------------------------------
Date Posted: 02:25:41 08/08/05 Mon

--------------------------------------------------------------------------------
Tak habis lagi pasal Bughah??

Bosan.Banyak lagi masalah 2 besar yang berlaku di sekitar umat Islam, kenapa hanya fokus kepada Bughah semata2??Mana jalan penyelesaian nya jika hanya berkokok di sini???

[ Post a Reply to This Message ]





Jawapan ringkas terhadap Muhazam


Author:
Rusnizam Bin Mahat (rosnizam93@yahoo.com)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
--------------------------------------------------------------------------------
Date Posted: 23:52:06 08/28/05 Sun
In reply to: Muhazam Mustapha 's message, "Apsal dgn Anwar ?" on 20:02:25 08/25/05 Thu

--------------------------------------------------------------------------------
Aku menyokong DEB ini di hapuskan kerana dasar ini sudah tidak lagi releven di kalangan orang melayu.Jika kita melihat 30 tahun yang lalu, mungkin dasar ekonomi Baru ini praktikal kerana melayu dulu jauh ketinggalan dari segi ekonomi.Ia juga merupakan sebahagian dari kontrak sosial yang di persetujui bersama.Tapi persoalan yang jelas, adakah dasar Ekonomi baru ini sesuai lagi dalam zaman ini dimana dikatakan orang melayu sudah mencapai tahap yang selesa?

Dalam islam sendiri menekankan konsep kesaksamaan dan keadilan di mana setiap umat manusia perlu di layan secara adil, tidak menzalimi antara satu sama lain, dan hak samarata tidak mengira bangsa dan agama.Penekanan harus di beri kepada pembasmian kemiskinan terlebih dahulu bukan hanya untuk membantu selintir golongan melayu yang kaya.Apakah rasional nya di sebalik mahu meningkatkan ekuiti 30 percent orang melayu itu?

Dalam masyarakat yg berbilang bangsa seperti malaysia, amatlah tidak wajar jika hanya keutamaan di beri kepada kaum melayu semata-mata.Melayu perlu berubah dari segi sikap dan mentaliti,seperti saranan yang dilemparkan oleh Ungku Aziz dalam keluaran Mingguan Malaysia yang lalu.

Apa yang jelas,dasar ini mahu diwujudkan semula cuma untuk menguntungkan segelintir golongan keparat melayu dan tidak lebih dari itu.Ini lah retorik yang cuba dibawa oleh Hishamuddin Tun Hussien.

Kepada Muhazam, telah jelas sekarang bahawa keadilan berpihak kepada Anwar.Beliau telah bebas dari pertuduhan yang memalukan itu dan saya masih tertunggu-tunggu ungkapan maaf dari saudara secara terbuka terhadap Anwar yang telah difitnah dengan begitu teruk,termasuk saudara sendiri yang telah memfitnah beliau dengan pelbagai tuduhan.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Maka buat ke sekelian kalinya Muhazam ...


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 10:57:04 10/13/05 Thu

Kononnya mengatakan Rusnizam Mahat dah join depa dengan sandiwara-sandiwara posting ciptaan mereka.

Kita tengok balik kronologi posting terakhir Rusnizam

Sebelum

Subject: Belum lagi Muhazam...


Author:
Rusnizam Mahat
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
--------------------------------------------------------------------------------
Date Posted: 22:42:20 09/18/05 Sun
In reply to: Muhazam Mustapha 's message, "Menjawap Kak Sampah: PKMM Sudah Membaiah UMNO" on 01:18:00 09/10/05 Sat

--------------------------------------------------------------------------------
Pemimpin-pemimpin yang dinyatakan sebagai ‘hero’ kemerdekaan pernah memberikan khidmat (makan gaji) dengan kerajaan penjajah
Anak Muda di Malaysia seharusnya tahu bahawa pemimpian PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya) seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Arshad Ashaari, Dahari Ali , Baharuddin Tahir,Khadijah Ali, Ibrahim Karim, Kamarulzaman Teh( Pak Zaman),Abdul Rahman Rahim dan ramai lagi telah memainkan peranan yang penting dalam perjuangan menuntu kemerdekaan.
Partai Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh , Perak , setahun sebelum UMNO ditubuhkan. Pemimpin pengasas terdiri dari Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman and Dr. Burhanuddin al-Helmi(kemudiannya menjadi Presiden PAS). Objektif
PKMM adalah untuk memperjuangkan Negara yang merdeka, bebas dari pengaruh kuasa Koloni British. Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA)adalah merupakan sayap dibawah PKMM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan PKMM menghantar perwakilan antara terbesar dalam Kongres UMNO 1- 4 Mac 1946 di Kuala Lumpur dan telah membawa usul untuk ‘ menolak Malayan Union dan mendesak agar Malaya dimerdekakan sepenuhnya”.Malangnya, usul tersebut telah ditolak oleh kongres yang meyebabkan kesemua delegasi PKMM keluar dari kongres pada hari ketiga sebagai tanda protes. Pemimpinnya telah terus berusaha dalam perjuangan memerdekakan Malaya sepenuhnya, berbeza dengan pemimpin konservatif UMNO yang hanya mahu mempertahankan status mereka.
British pada ketika itu memulakan gerakan untuk menghentikan kemaraan PKMM dan ahli API pada 1948.Ramai diantara pemimpin dah ahli berhaluan kiri ditahan dan ada diantara mereka berjaya melarikan diri dari polis dan masuk kehutan dan menyertai kumpulan pemberontak diketuai oleh MCP.Ini telah menyebabkan berlakunya pembersiahn politik yang segera dipenuhkan oleh UMNO dengan restu pihak British.MCA dan MIC kemudiannya telah ditubuhkan selepas kewujudan UMNO dengan galakkan dari pihak British.


Selepas



Subject: Teriam kasih Muhazam


Author:
Rusnizam Mahat
[Edit]
--------------------------------------------------------------------------------
Date Posted: 23:26:14 09/21/05 Wed

--------------------------------------------------------------------------------
Saya kini telah tersedar dan ingin bertaubat kerana telah menyokong PAS, yang perjuangan nya nyata sia-sia dan telah menyimpang jauh dari ajaran islam yang sebenar.Semuanya kerana gara-gara saya telah terserempak dengan sebuah laman web yang telah menginsafkan saya,bahawa kepercayaan saya selama ini adalah tidak benar sama sekali. Saya beuntung kerana laman web ini masih beroperasi dan banyak ilmu yang telah saya pelajari dari laman web tersebut walaupun dikatakan laman tersebut agak kontroversial.Ingat lah wahai penyokong2 PAS yang taksub,tanpa kerajaan yang ada sekarang, kita mungkin tidak sampai ketahap ini.Kadangkala saya terfikir, apa yang PAS sudah buat untuk anak-anak melayu,bangsa melayu dan apa sebenar yang diperjuangkan mereka? Terima kasih Muhazam, JIN dan kawan-kawan kerana telah menyedarkan saya....


konon-kononnya selepas 3 hari Rusnizam telah berubah dan "insaf" untuk menyokong perjuangan umno dengan hanya sebuah laman web. Selepas itu Rusnizam terus "hilang" dari Forum Politik Nasional Idealis Mahasiswa dan mungkinkah watak ini akan "muncul" kembali dan berperanan seperti PekDik sekarang. Ya ini juga dipanggil politik kan. Syabas!!! Sungguh sampah cara mereka berpolitik kan!!!

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: jangan percaya pek dik dia agen umno


Author:
aaaa
[Edit]

Date Posted: 13:12:32 10/12/05 Wed

pek dik adalah memang agen umno manusia upahan! saya aada terdengar cerita pek dik telah diupah dengan tawaran yg lumayan utk berpura-pura menjadi orang pas!
berhati-hatilah dengan helah umno ini!!!
amaran untuk orang-orang pas sekelian! debat disini adalah debat olok-olok umno ala debat putrajaya diera mahadir demi untuk memperdayakan orang-orang pas!
kita sebenarnya tertipu oleh manusia munafik seperti pek dik!
pek dik engkau memang hipokrit! musang berbulu ayam!
engkau tamakkan ganjaran dunia!

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Mari pakat sokong Kerajaan Sampah...


Author:
Kak sampah
[Edit]

Date Posted: 11:53:39 10/13/05 Thu

Bagi rakyat kebanyakan isu kontroversial AP seolah sudah tenggelam. Biarpun ramai yang masih belum berpuas hati namun hakikatnya menteri berkenaan telah pun menyerah diri ke parlimen. Ahli-ahli parlimen yang sebelumnya berkepak dan berkokok akhirnya terpaku semacam sudah berpuas hati.

Menteri yang petah dan keletah itu seolah telah memukau semua yang hadir. Walaupun Ketua Pembangkang berkali-kali mahu menganggu beliau, namun akhirnya ketua pembangkang pula yang dilihat keterlaluan dan biadap. Menteri berkenaan dengan berani mengancam mahu menghumban Pengerusi DAP itu ke kolam.



Tapi rupanya tidak berakhir disitu isu yang penuh tandatanya dan berkeladak dengan ketidaktelusan itu.

Dalam akhbar tempatan hari ini, bekas PM yang merupakan pencetus utama yang membongkar skandal AP ini terpaksa bersuara sekali lagi. Walaupun telah tidak berkuasa, walaupun telah bersara dari jawatan kerajaan dan politik, Dr M muncul ke hadapan kerana pada beliau isu ini tidak boleh dan tidak patutu selesai begitu sahaja.

Kata-kata beliau pedas, lebih pedas dari waktu pertama membongkar skandal ini dahulu. Antara lain THE STAR memetik beliau sebagai berkata:

On the approval of NAZA cars as national cars, I think MITI knows very well that it had approved it and you know the cover-up is wrong.

Kelulusan kereta NAZA sebagai kereta nasional, saya berasa MITI tahu yang ia yang meluluskannya, menyembunyikan perkara ini adalah salah.

The Government must not cover up and lie to the public, its wrong. The Government knows that it was MITI that approved it and not me. Any attempt to cover-up is very bad.

Kerajaan tidak boleh menyembunyikan perkara ini dan berbohong kepada rakyat. Kerajaan tahu bahawa MITI lah yang telah meluluskan perkara ini dan bukannya saya. Sebarang usaha untuk menyembunyikan perkara ini adalah suatu yang sangat jahat.

This is especially important as we know believe in transparency.

Perkara ini sungguh penting memandangkan kita sekarang bercakap berkenaan ketelusan.

Dan apabila ditanya adakah beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan di parlimen berhubung isu ini, Dr M berkata:

And unfortunately the PMs also did not ask the right questions.

Dan malangnya ahli-ahli parlimen pula tidak bertanya soalan-soalan yang tepat.

Nampaknya dengan kenyataan bekas PM ini, isu ini hangat dan berasap kembali. Kini Dr M bukan sekadar menyerang ketidaktelusan rafidah malah pihak kerajaan pimpinan Pak Lah turut dipertikaikan. Demikian juga sumbangan ahli-ahli parlimen.

Jika seorang bekas PM boleh dengan yakin dan berani menuduh yang kerajaan yang berkuasa hari ini telah MENIPU maka kredibiliti kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah sungguh tercabar, dan tidak ada orang lain yang boleh mernjawab pertuduhan ini melainkan Pak Lah sendiri.

Takkanlah seorang negarawan berstatus bekas PM tergamak mahu menipu rakyat jelata!

Saya kira dengan kenyataan Dr M ini kerajaan BN pimpinan Pak Lah kini dilanda krisis keyakinan yang terbesar dalam sejarahnya. Benarkah menteri berbohong di parlimen, benarkah kerajaan menyembunyikan kebenaran dari rakyat, benarkah kelulusan kabinet tidak diperolehi untuk menganugerahkan Naza status kereta nasional?

Rakyat ingin tahu, jangan sekadar mengaku telus tetapi kelabu luar dan dalam.

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Masih menunggu Rusnizam


Author:
Muhazam Mustapha
[Edit]

Date Posted: 08:25:29 10/13/05 Thu

PAS Haram Sebagaimana Haramnya Zina


Kita menghargai sikap baru Rusnizam yang berterima kasih kepada perjuangan kita untuk menegakkan dan menyebarkan hakikat hukum bughah kepada seluruh ummah. Tapi kita juga tahu pegangan Sdr Rusnizam yang amat mengagungkan Anwar Ibrahim.

Adakah saudara masih bersikap sedemikian terhadap Anwar ? Kalau benar saudara sekarang sudah faham hakikat hukum bughah, maka sausara patut faham bahawa Anwar masih lagi bughah walaupun bukan jenis bughah PAS.

Kita masih menunggu penjelasan dan perincian dari saudara Rusnizam tentang semua ini, termasuk juga tentang alamat website yang dia katakan telah membuka matanya itu.

Muhazam

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Saya simpati dengan keadaan Pek Dik sekarang...


Author:
Siswa UiTM
[Edit]

Date Posted: 01:09:29 10/12/05 Wed

DENGAN ANDAIAN BAHAWA PEK DIK TIDAK PERNAH BERPURA-PURA SEBAGAI PENYOKONG PAS...

Mula2 sekali, ingin saya ucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada Pek Dik yang begitu mudah merelakan dirinya terpedaya dengan pihak lawan (jika sebelum itu anda betul2 pendokong PAS yg bersaksikan Allah, seluruh penghuni langit & bumi)... Ma'assalamah wa ilalliqa'...

Sepertimana yang telah saya tegaskan sebelum ini bahawa TIADA nas yang secara SPESIFIK & JELAS melarang umat Islam dpd menukar pemimpin, khasnya yang secara terang telah jauh menyimpang dpd aturan agama Islam... Dan, pihak tertentu tersebut masih gagal mengemukakan nas yg secara SPESIFIK & JELAS dalam perkara ini!!

Nas2 yang mereka kemukakan bertimbun2 itu hanyalah:-


1. Nas yang melarang pemberontakan BERDARAH ke atas penguasa tertinggi,

2. Nas yang menyatakan bahawa umat Islam masih wajib mematuhi perintah yang TIDAK bertentangan dgn Islam sekalipun penguasa tertinggi itu begitu jahat - hanya pada persoalan status titah perintahnya (samada masih valid atau unvalid) shj, TIDAK pula dinyatakan kewajipan utk terus kekalkan jawatan penguasa tersebut!!


Maka, jelaslah bahawa mereka hanya menokok tambah nas2 berkenaan...

Apabila nas2 tersebut merujuk kpd persoalan TITAH PERINTAH penguasa tertingi yg begitu jahat itu valid atau unvalid, mereka meraban sampai ke pengekalan jawatan pulak... Kan dah jauh menyimpang tu!?

Besar betul fitnah bughah mereka ke atas PAS... Pek Dik, daripada terang, kau dah jadi gelap... Apa nak dibuek lagi, kau sendiri yg memilih untuk terpedaya dengan hujah tokok tambah mereka tu~

PAS TIDAK melancarkan perang berdarah/bersenjata ke atas kerajaan YDPA & tetap berusaha melaksanakan titah perintah Baginda yang valid di sisi Islam sekalipun Baginda TIDAK menunaikan kewajipan melaksanakan syariat Islam yg qat'ie... Perkara yg sama juga berlaku terhadap PM yg pihak tertentu dakwa sebagai lebih atas dpd YDPA!

So, apo masalahnye sampai pantas betul tangan tu menuding jari membughahkan PAS nih?? Mereka nak kene talkin berapa kali agaknye dalam bab membughahkan org lain nih??

Rugi bagi Pek Dik memilih untuk bertukar wajah kepada UMNO kerana begitu mudah termakan dengan hujah TOKOK TAMBAH mereka itu... By the way, hilang Pek Dik seorang, berpuluh2 yang datang untuk mengganti tempatnya~

Apapun, saya sentiasa mendoakan Pek Dik sempat menyesal bersama dgn jamaah spt UMNO sebelum nyawa anda TIBA DI KETONGGOROKAN...

Anda terpedaya dgn hujah TOKOK TAMBAH mereka kerana anda masih jahil dalam hal ini pd waktu itu... Org yg jahil tapi begitu gilakan agama, mmg itulah jadinye jika salah tempat utk berguru secara direct (itupun jika benar Pek Dik adalah org yg gilakan agama & pendokong PAS pd waktu itu)...

Nasihat saya, anda usahakan utk berjumpa dgn Prof. Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz... Anda pun belajar kat UPM yg tak jauh sangat dengan Darul Syifa' kat Bangi tu... Anda akan lebih jelas lagi nanti dlm persoalan ini~

Masih belum terlambat untuk Pek Dik menyesal kerana bersama dgn UMNO!!

"SELAMAT BERPUASA"

"SELAMAT MERAIKAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG MULIA"

Wallahua'lam...
Wassalam...

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Debat lama Pek Dik vs JIN dan Muhazam : Awal Nov 2003


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 20:13:24 08/26/05 Fri

Assalamu'alaikum w.b.t,

Saya datang tidak lama. Hanya menjenguk dan meng'copy-paste'kan artikel lama saya sewaktu saya masih berada dalam kelompok PAS(Parti Al Bughah Se-Malaysia). Sekarang ini maklumlah, kelas pek sangat, assigment mak oi bapak ikan talapia wal beruang ko banyak nak mampos. Saya berdebat sekadar serasional yang mungkin dengan Jin dan Muhazam. Disamping memberikan lontaran2 pendapat dan pandangan yg mungkin pada ketika itu bermain dengan akal sendiri, dan lebih kepada mainan logik alias mantik. Soalan2 dan pandangan2 saya telah dijawab oleh Jin dan Muhazam, FULL. Saya kalah, terpelanting ke andromeda. Semoga ia boleh menghiburkan para pengunjung yang baru tiba di laman ini...ketahuilah, saya dulu memang PAS(sempat bersama2 Pak Rampa, Siswa UiTM, Rusnizam Mahat, Khattab, dan Zul UIA. Kini, saya bersama kerajaan UMNO/BN. Sekian. Wassalam... takbir!!!!





DEBAT LAMA PEK DIK VS JIN DAN MUHAZAM : AWAL NOVEMBER 2003




“NO BODY is PERFECT” – Pek Dik



Assalamualikum w.b.t,



:) Ya, JIN. Terima kasih diatas penerangan yang panjang dan jelas dalam posting yang lalu. Bila saya baca pun naik letih jugak...tak tau lah bagi orang yang menaip itu pula. ;) dengan kata lainnya "BERAT MATA Pek Dik MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU JIN DAN MUHAZAM MEMIKUL!"



Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lambat membuat posting terbaru. Memandangkan sumber kewangan yang terhad [ooppss...tambah skit utk 2004/2005 saya main free aje internet hehehehe], saya tidak boleh untuk online setiap masa. Memandangkan masa juga agak suntuk, kuliah pun bertimbun2. Kalau nak ke Ciber Cafe, saya perlukan berkenderaan untuk keluar dari kolej. Itupun nasib baik pihak HEP sediakan bas. So, boleh lah jugak nak online skali skaler.



OK, Saya kagum dengan JIN dan MUHAZAM yang ISTIQAMAH dalam berdebat di forum ini. Rupanya JIN dan MUHAZAM dah lama dah dok berdebat dalam forum ni...kalo tak silap saya, mengikut achieves 10 tu : pada awal bulan february 2003(JIN dan MUHAZAM dah ada dah, lawan mereka berdua kalau tak silap saya ialah AL-RIJAL). kehadiran saya cuma adalah KEBETULAN dan baru sahaja. Sedikit sebanyak seronok jugak beri pandangan. Orang nak terima atau tidak, itu hak dan penilaian masing2. Dalam posting yang lepas, saya dah cakap saya adalah 'MAT METAL' dan tak layak bercakap soal agama.



Nampak gaya, implikasi dan 'kesan' tersalah pilih 'pro' mana2 pertubuhan adalah besar sekali. Terutama sekali apabila ia melibatkan 2 parti politik yang bertelagah di Malaysia ini. Kedua2 parti tersebut adalah ISLAM. Maka, dengan sebab itulah saya memilih saya adalah 'pro-ISLAM' walaupun kita sendiri ada fikrah masing2...Saya adalah islam walaupun fikrah saya seperti jugak rakan2 remaja yang lain. Ada yang pro-HIP HOP, SKINHEAD, GRUNCH, SKA, METAL dan sebagainya. Dan mereka semuanya adalah terdiri daripada orang2 MELAYU ISLAM(di malaysia).



Yang penting, MOTIF kehadiran saya adalah untuk menjadi PENDAMAI kepada puak2 yang bertelagah. Bila kita lihat orang2 MELAYU ISLAM kita bertelagah, peluang untuk orang2 bukan melayu islam untuk menguasai kita adalah mudah sekali. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk memecah belahkan kita, kerana apa?? Kerana kita sendiri yang mencari perpecahan itu. Mereka yang saya maksudkan ialah sesiapa sahaja termasuklah "ca, ya, nun, alif" dan orang2 yang anti-MALAYSIA atau anti-MELAYU(terutamanya Zionis, amerika, australia dan lain2).



Saya kagum apabila Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengecam orang2 "ca, ya, nun, alif" supaya jangan menimbulkan bibit2 perkauman di negara kita. Kesannya jelas, orang2 "ca, ya, nun, alif" faham dan terpaksa akur...kerana apa mereka akur? APAKAH KUASA YANG BERJAYA MENYEBABKAN MEREKA AKUR?? itu tak lain dan tak bukan adalah kuasa POLITIK! Itulah kuasa melayu islam kita di malaysia yang MASIH UTUH dan BERTENAGA. Jika kita hilang kuasa POLITIK, MANA lagi kuasa yang dapat membantu kita(melayu islam) dan semua rakyat kita?? Kuasa ekonomi melayu...kita 'FAILED'. Orang2 "ca, ya, nun, alif" yang ramai pegang ekonomi malaysia. Jadi apa yang kita ada lagi? POLITIK lah yang masih kita pegang lagi. Itu sebabnya saya tertarik untuk turut memberikan pandangan didalam forum ini supaya kita tidak menjadi SETERU disebabkan perbezaan IDEOLOGI yang wujud dewasa ini. Kita adalah MAHASISWA! Saya memang ‘ANTI’ orang yang bertelagah mengalahkan ORANG POLITIK itu sendiri!



MAKA, JIN PUN BERKATA :



"kami berada di pihak yang benar.PAS dan Keadilan bukanlah di pihak yang benar." - JIN.



Saya nak taulah skit sebanyak tentang tulisan JIN diatas tu. Apakah maksud 'KAMI' itu?



Adakah maksud tersirat 'KAMI' itu ialah PENDAKWAH atau UMNO atau PAS(dalam diam) atau diri JIN sendiri? Jika itu pandangan jin sendiri, maka sepatutnya perlu guna 'saya' atau 'aku'. Oh, mungkin jugak 'KAMI' itu merujuk kepada JIN dan MUHAZAM? Kalau betul2 JIN itu berdakwah, kenapa JIN seolah2 nampak seteru dengan PAS? atau JIN sengaja buat2 anti-PAS? Atau JIN sendiri mungkin orang2 PAS yang bertopengkan pro-anti PAS? Kalo JIN ini betul2 PENDAKWAH, mungkin JIN jugak tak keberatan untuk mengkritik sedikit sebanyak tentang apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap hukum islam. emmm...tak apa lah, kita abaikan soalan2 tu. Kita semua adalah pendakwah. Dengan kata lainnya, semua umat islam adalah PENDAKWAH.



Kita dapat lihat semasa kedatangan PARAMEWARA(pada masa tu BUDDHA) ke kota melaka dan kemudiannya ditabalkan menjadi sultan melaka(PELUK ISLAM). Dengan kata lainnya baginda memeluk islam dan nama baginda ialah MEGAT ISKANDAR SHAH. Kita lihat pengaruh DAKWAH atau POLITIK ISLAM didalam kepimpinan adalah hebat dan memberangsangkan, dimana rakyat lebih senang untuk memeluk agama islam disebabkan pemimpin mereka memeluk agama islam selain daripada dakwah ke kampung2, hasil perkahwinan dan sebagainya.



Dengan kata lainnya, ISLAM itu mudah diterima pakai oleh rakyat apabila pemerintah itu memeluk islam dan melaksanakan hukum2 berkaitan dengan islam. Besarnya PENGARUH POLITIK dalam membantu meningkatkan syariat ISLAM.





Ya, saya bukan anak usrah PAS, bukan juga anak usrah PMI dan bukan juga anak usrah UMNO. Saya adalah saya(melayu islam). Bagi saya, saya mahu lihat mahasiswa perlu meletakkan diri mereka sebagai PENDAMAI kepada pemimpin2 kita yang bertelagah. Ok, saya mengaku SALAH coz banyak sangat mengkritik UMNO dan nampak sangat macam pro-PAS.



Saya mengaku, saya memang jahil agama. Tapi sejahil2 saya pun, saya tak sanggup untuk menghina hukum islam itu sendiri walaupun fikrah saya sedikit sebanyak bertentangan dengan kehendak agama islam. Jahilkan saya ni! Memang pun!



Maaflah, mungkin orang lain ada contoh hadith atau ayat al-quran sekiranya seseorang itu menghina pemimpin mereka sendiri. Itu pun kalau kita ‘ada’ niat menghina pemimpin, tapi kalau ‘BERSELOROH’ tak menjadi masalahkan? Emm...tapi saya sendiri pun MALAS nak cari hadith atau ayat al-Quran berkenaan dengan orang yang MENGHINA HUKUM ALLAH s.w.t...Kalau disebabkan hina pemimpin pun kita BISING...maka apakah pula jika kita MENGHINA hukum Allah s.w.t? dan satu lagi ada pula pasal HINA RASULULAH S.A.W(Rasul Umat Islam Akhir Zaman). Mereka MENGHINA, MENYINDIR dan MEMPERLEKEH hal2 berkaitan dengan agama ISLAM...Wanauzubillahiminzalik... Saya juga bersetuju dengan ayat atau hadith riwayat JIN… “Tepuk dada, TANYA IMAN”.



Apabila ada pihak yang menolak hukum hudud, adalah tak manis sekiranya kita menyindir dengan mengatakan, "kalau laksanakan hukum hudud, maka ramailah rakyat malaysia yang kudung tangan..."(itu contoh sahaja). Itu sebabnya apabila timbul soal agama, ia menjadi begitu SENSITIF bagi saya walau pun saya sendiri jahil agama. Terus terang sekali lagi saya ulang, SAYA SENDIRI MASIH JAHIL AGAMA! Tapi tak sanggup nak hina agama ISLAM walaupun fikrah saya 'MAT METAL' yang Suka sangat main gitar, masuk studio jamming. Itulah saya, Pek Dik.



Kita yang jahil pun kita takut nak hina hukum islam, apatah lagi apabila kita berkelulusan tinggi atau pakar hadith dan al-Quran! Sepatutnya lagi lah kita takut... sebab apa takut? sebab boleh pikiak(pikir) pakai otak. Tak kiralah jurusan apa pun yang kita ceburi...



Ok. Berkenaan dengan tajuk pendebatan seperti BUGHAH ingin saya sentuh skit. Setelah diteliti kembali, betullah kata2 saudara MUHAZAM itu berkenaan ayat umar. Umar hanya meminta dilakukan demikian(hunus pedang) untuk dirinya sahaja, diatas permintaan diri sendiri dan bukannya untuk orang lain untuk tujuan yang sama. Saya salah faham terhadap JAWAPAN 'murtad' yang dijawab oleh JIN dalam posting yang lalu. Ok, salah faham itu berhenti disini sahaja. Saudara MUHAZAM telah study ilmu pasal bughah selama 6 tahun lamanya sehingga mendapat jawapannya. Sedangkan saya, tak study langsung...just pikir pakai otak je dan MALAS nak buat rujukan.



“Demi Allah, secara jujurnya SAYA MENYOKONG! Ulil Amri tidak boleh dijatuhkan sewenang2nya, selagi dia islam dan bersolat TERTUTAMA sekali dalam konteks HUKUM SYURA.” – Pek Dik



Kerana apa saya menyokong? sebabnya ialah, semasa imam terkemuka seperti imam HANAFI(kalau tak silap saya) dipenjarakan oleh Khalifah(ulil amri)nya sendiri yang dilantik melalui HUKUM SYURA juga, beliau(Imam Hanafi) tidak mengarahkan anak2 buahnya memberontak untuk membebaskannya...malah beliau redha. Itulah ULAMAK zaman dahulu yang tidak pernah TAKUT terhadap KECAMAN ulil amri.



Imam Hanafi bukannya seorang ULAMAK “Si KATAK LOMPAT”. Kerana apa saya cakap Imam Hanafi bukannya seorang ULAMAK “Si KATAK LOMPAT?? Sebabnya ialah Yang HAK dikatakan HAK dan yang BATIL dikatakan BATIL, dan bukannya yang BATIL dikatakan HAK dan yang HAK tidak dikatakan BATIL. Pegangan Imam Hanafi TEGUH dan tak melompat2 walaupun didesak dan didera oleh Ulil Amri.



Saya menerima dan bersetuju mana2 hadith saheh bekenaan HUKUM BUGHAH. Pada pandangan saya, hadith rasulullah adalah berdasarkan apa yang berlaku pada zamannya. Contohnya, hukum bughah mungkin timbul di-era pemerintahan KHALIFAH. Di mana Khalifah ini dipilih melalui SISTEM SYURA iaitu SATU SYSTEM YANG TERBAIK DALAM SYSTEM ISLAM.. Maka, kita mesti TAAT kepada pemimpin itu(KHALIFAH yang dipilih melalui SISTEM SYURA). Dan saya TIDAK TAHU bagaimana pula pemimpin yang dipilih melalui SISTEM DEMOKRASI. Tetapi, jikalau Hadith berkenaan HUKUM BUGHAH itu 'UMUM' untuk mana2 SISTEM PEMILIHAN tak kira ia berdasarkan SISTEM SYURA atau SISTEM DEMOKRASI maka saya terima juga hadith itu. Itu sebabnya kita perlukan kajian. “Berhujah, bukannya menentang.” Harap2 sedara2 sekalian faham yek.





APA YANG BERLEGAR DI DALAM KEPALA SAYA BERKENAAN DENGAN ISU BUGHAH DALAM KONTEKS DEMOKRASI dan SENJATA ‘ZIONIS YAHUDI’ :



Apa yang saya takuti ialah "THE REAL ANEMY of ISLAM(di alam nyata)!" Setelah mereka(bukan orang islam) mengetahui bahawasanya orang2 islam akan menuruti perintah mereka sekiranya mereka pura2 peluk islam dan berpura2 bersolat dengan kata lainnya MUNAFIK, dan berusaha untuk menjadi pemimpin dikalangan orang islam. Jika orang ini(MUNAFIK) berjaya menjadi ulil amri kepada orang islam, maka mereka boleh berbuat apa sahaja kepada umat islam dengan syarat mereka ialah ulil amri yang islam dan bersolat walhal mereka adalah MUNAFIK dan pura2 memeluk islam. Mereka tahu, sekiranya mereka menjadi ulil amri dimana orang islam tidak akan melawan mereka dengan syarat mereka adalah islam dan bersolat. Orang islam tak akan melawan mereka kerana mereka tahu pasal bughah. Mereka boleh mengambil kesempatan disebalik isu ini(bughah). Peluang bagi mereka untuk menjadi ulil amri adalah disebalik SISTEM DEMOKRASI. Saya rasa bagi mereka, SISTEM SYURA adalah penyekat kepada pengaruh dan perkembangan ideology mereka(zionis). Kita mesti lah ‘alert’ disebalik senjata orang ‘Zionis yahudi’ untuk menjatuhkan agama islam. Orang ‘zionis yahudi’ mungkin tahu, peluang untuk mereka menjadi ulil amri mengikut system syura amatlah tipis! Sebab apa tipis? Sebab ulil amri itu dipilih oleh orang2 yang betul2 arif tentang islam dan kepimpinan. Sebab itulah mereka(munafik) memperjuangakan demokrasi. Apabila mereka(MUNAFIK) menjadi ulil amri kepada umat islam, maka segala2nya akan mereka ubah mengikut citarasa mereka. Untuk apa?? Untuk melihat umat islam merana dan terhapusnya agama islam… Mereka ini mungkin juga terdiri daripada umat islam itu sendiri...



WANAUZUBILLAHIMINZALIK...



Ini semua adalah PERSEPSI atau ANDAIAN saya sahaja. Janganlah disebabkan PERSEPSI ini, maka JIN dan MUHAZAM pun berusaha untuk menimbulkan apa2 KONTROVERSI ke atas diri saya. Saya hanya memberi PANDANGAN. Anda hendak terima atau tidak, TERPULANGLAH.









Bila saya baca betul2 dan faham tentang posting dari rusnizam, ada jugak hadith yang telah berulang kali dinyatakan oleh JIN dan MUHAZAM. Betullah hadith yang dikemukakan oleh saudara JIN dan MUHAZAM itu. (sorry tak de tarikh).



Ehem…ehemmm….Betul ke saudara rusizam ni bukak al-Quran?? JIN cakap sedara RUSNIZAM copy paste je(tak bukak al-quran)...musykil! Tapi ALHAMDUILLAH, saudara RUSNIZAM dah mengaku yang saudara RUSNIZAM sendiri terlampau EXCITED dan terlupa untuk letak nama pengarang 'USTAZ ALI MUDA'. Benda tu berlaku secara tidak disengajakan.



Saya rasa tak perlulah saya kecewa dengan RUSNIZAM, dan tak perlulah saya menarik kembali pujian saya itu. Sebab PUJIAN itu sesuatu yang BAIK dan TIDAK MEMILUKAN orang yang dipuji. Kecualilah kalau ucapan saya itu boleh memilukan orang lain atau masyarakat setempat, maka saya wajar dan perlu untuk menarik semula kata2 saya itu.



Semoga pujian saya itu diganti dengan doa oleh Allah s.w.t supaya RUSNIZAM itu menjadi betul2 rajin. Maaflah, saya bukannya nak mencari kesalahan orang lain. Saya pun salah jugak sebab 'MALAS'. Kalau diikutkan, RUSNIZAM MAHAT lebih baik daripada saya. Kerana apa? Sebab saudara RUSNIZAM berusaha jugak cari hadith2 itu(walau copy paste), lainlah saya...MALAS!



Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, dikutuk, dikeji, diumpat, dicemuh dan sebagainya...bagi saya, ini merupakan BATU LONCATAN untuk kita terus berjaya. Saya pun terkejut setelah mengetahui JIN dan MUHAZAM dapat mengkritik tulisan saya yang lepas...kerana apa saya terkejut? sebabnya saya sendiri tak menjangkakan itu semua…



Orang kelantan cakap,



"TOK TELITAH DALE PALO OTOK SIKIT ABUK PUN".



Saya tidak pernah menganggap anda menghina dan mengaibkan saya. Malah saya suka(senyum) apabila mendapat respon dari JIN dan MUHAZAM. Anda berdua memang mempunyai daya berdebat yang tinggi! "Ambo tabik getar ko demo!" kata orang kelantan.









Date Posted: 13:24:40 11/22/03 Sat



--------------------------------------------------------------------------------

Kita boleh lihat dgn jelas kebingungan yg menimpa org2 spt Pek Dik.



Mula2 dia beriman dgn hadis riwayat Mahathir utk menentang hadis.



Kemudian dia beriman dgn hadis Umar utk menentang hadis.



Akhirnya, dlm keterdesakan utk mematahkan hujah2 hadis, dia terpaksa pula gunakan hadis riwayat Pak Habib.



Lepas ni tak tahulah hadis siapa lagi yg dia nak pakai.



***posting dari MUHAZAM MUSTAPHA.







Ini pula Pasal hadith dari Dr. Mahathir dan Pak Habib. Saya sebenarnya terkejut jugak hal ini. Bagi saya, saya hanya mengambil perkara yang BAIK sahaja...orang nak terima atau tak nak, itu belakang cerita. Saya bukannya mengambil kesempatan daripada hadith riwayat Dr. Mahathir untuk menolak hadith nabi.



Apabila kita berhujah tentang sesuatu perkara, maka TIDAK SEMESTINYA kita menentangnya. Seperti juga HUKUM BUGHAH, saya tidak menentangnya. Kita berhujah untuk mencari ‘solutions’nya. Walaupun saudara JIN dan MUHAZAM mengambil penguat hujah dari hadith sekalipun, kita mesti mengkajinya terlebih dahulu dan bukannya menerima bulat-bulat. Pasal hadith memanglah kita kena terima, tetapi perlu juga kita TERIMA dan KAJI. Hadith itu ditujukan kepada sesiapa? Untuk apa? Dan banyak lagi persoalan2 yang perlu kita kaji. Ada juga perkara yang perlu kita terima bulat2 tentang ayat al-Quran dan tidak perlu kita kaji, dan ada juga ayat2 al-quran atau hadith yang perlu kita kaji.



MUHAZAM labelkan saya sebagai KAUM BUGHAH kerana dia(MUHAZAM) menganggap saya menentang hukum bughah...Oleh kerana itu pandangan dari saudara MUHAZAM MUSTAPHA, maka 'WHAT EVER' lah. Janji dia(MUHAZAM) mendapat kepuasan. Saya hormat dan terima sahaja pandangan dia. Saya pernah cakap pasal ‘MENEWASKAN isu bughah’, sebenarnya saya SALAH FAHAM tentang jawapan MURTAD yang dijawab oleh JIN. Tak apalah, sekarang saya faham dan tidak lagi menjadi masalah berkenaan isu umar dan jawapan 'murtad' itu.





Saya bukannya 'anti' Dr. Mahathir, masih ada banyak yang kita boleh pelajari daripada Dr. Mahathir. contohnya disiplin, tegas, cekap, berpandangan jauh, mempunyai daya firasat yang tinggi, peka persekitaran, perwatakan penyayang seperti seorang ayah dan banyak lagi...kata2nya juga menarik sekali. Contohnya,"KITA PERLU BERSIH DAN MESTI KELIHATAN BERSIH". Itulah dia Dr. Mahathir...pasal yang salah tu, tetap salah. Janji kita jadikan ia sebagai IKTIBAR. Bumi yang manakah yang TAK PERNAH basah? Dalam posting saya yang lalu pun saya pernah cakap, kita bukannya MAKSUM.



Berkenaan dengan pak habib pula, saya sebenarnya meminati pengkritik seperti pak habib. Ada juga tulisan pak habib dalam buletin demokrasi yang 'hot' dan best! Bagi saya, saya menerima pandangan pak habib. Bagi orang lain, mereka nak menerima atau tidak, ITU HAK MEREKA. Saya tak paksa mereka baca posting saya. Kalau tak nak baca, eloklah 'skip' sahaja posting tersebut. Saya tahu, semangat ingin tahu anda tinggi, menyebabkan anda ingin tahu dengan membaca. Betul tak? Sooooo... Sudi2 kan lah baca.



Demi Allah, tidak ada dalam 'nawaitu' saya untuk menggunakan hadith pak habib dan Dr. Mahathir untuk mematahkan isu2 sedara2 pada ketika itu kita sedang berhujah. Itu sekadar PENGETAHUAN AM...kalau tak nak terima tak pa. Saya suka mengambil yang baik sebagai pandangan. Walaupun sedikit sebanyak ada berbuat kesilapan, itu..."TAK LEH WAT PA..." kata orang kedah. Kalau boleh kita cuba elakkanlah.



Saya ingin berbalik kepada motif asal saya, iaitu MENDAMAIKAN rakan2. Itu lah tujuan asal saya. Sekiranya keadaan kembali normal dan sihat, saya rasa eloklah saya BERUNDUR DIRI dulu. Saya tak ada ketokohan dalam berhujah. Setakat berhujah dipermukaan air sahaja dan tidaklah sampai menyelam ke dasar laut. RESPON BAIK dari JIN dan MUHAZAM sebagai pendakwah amatlah dihargai. Apa2 kritikan yang akan menjelma saya sedia menghadapinya.



Apa2 hal, silalah hubungi saya melalui email :



Pek_Dik84@Hotmail.com



p/s : Tidak dibenarkan sama sekali kepada orang lain yang cuba untuk menggunakan email saya seperti yang tertera diatas untuk dibuat posting atau perkara2 yang mencurigakan.







“Semoga kita dilidungi oleh Allah dari Syaitan yang direjam”



“Bismillahi rRahmani rRahim – Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani”



“Aku berdoa kepada Allah s.w.t semoga dilindungi daripada pengaruh HAWA NAFSU, DAJJAL2 KECIL dan DAJJAL BESAR”



“AMIN.”







OK, apa2 hal pun saya mintak diri dulu! Sekian.



wassalam...

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Mengata dulang.. siswasisw ygi tak sedar diri


Author:
Pek Dik
[Edit]

Date Posted: 20:08:56 09/19/05 Mon

Maka mengamuklah si siswasiswi ini :

Kau tak jawabpun soklan aku kat atas tu tapi merapu-rapu ke tempat lain, Sekali lagi disoalkan, Jelaskan perenggan mana dalam perlembagaan Malaysia mengatakan YDPA hanyalah kuasa SIMBOLIK!!!

Date Posted: 17:16:13 09/09/05 Fri


Aku yg menggunakan hujah pakar, kau nak kata aku merapu. Alahai!!! cerminlah diri tu skit wahai budak perasan!!! Sila jawab soalan aku pulak. Yang mana dalam ayat al Quran dalam surah al maidah ayat 44, 45 dan 47 itu ada menyebut "KUFFUR DUNNA KUFFUR" spt mana yg telah ditafsirkan oleh sahabat Nabi s.a.w yg pakar dalam menterjemah Al Quran, spt Ibnu Abbas ini. Sila bagi kat aku. Lu bagi, wa bagi. Lu takleh bagi, sori2 lu berak sambil menari larr. huhuhuhu

Orang dah bagi fakta dari orang yg pakar, lagi nak bersongeh2. Itulah tandanya apabila seseorang itu tidak boleh menerima hakikat...hakikat yg tidak sebulu dengan dia lalu banyaklah ia dengan songeh2..dan beralas-alasan. Maka dengan itu, makin terserlah lah keegoan seorang makhluk yg konon2nya INTELEK. Sudahlah tidak mampu masuk jamban angkat sendiri, maka eloklah ko dok diam2...cermin diri banyak2. Ada paham!


Maka mengamuklah Siswasiswi buat kali yg ke-4 juta setengah :

Sudah terbuktilah Pek Dik tidak memahami apa yang diajar oleh Prof. Jayum. PM mempunyai kuasa esekutif tetapi hanya sekadar dalam bidang esekutif sahaja dan tidak ada kuasa dalam badan perundangan dan badan kehakiman. Kau kena fahami konsep pengasingan kuasa yang telah diterangkan oleh samdol dengan panjang lebar.Jangan bekukan minda anda. Sekali lagi aku tegaskan mana kau nak campak Perkara 39,Perlembagaan Malaysia???

Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.


Date Posted: 10:27:38 09/09/05 Fri



Itu dia hujah PEMUTAR BELIT yg sudah desprate dari puak2 perasan(koya pelik! koya nak mampos!). Kita sudah sedia maklum dengan tulisan Prof. Jayum A. Jawan yg mengatakan "YDPA tidak mempunyai apa2 kuasa dari segi apa pun". Hal ini sudah jelas akan KESIMBOLIKKAN YDPA SEBAGAI PEMERINTAH TERTINGGI. Dan hal ini makin jelas lagi dimana YDPA tidak mempunyai apa2 kuasa seperti mana yg telah diterangkan oleh Prof. Jayum, "raja berperlembagaan adalah semata-mata lambang kerajaan..". Masih nak nafikan lagi?? Ruang lingkup Judiciary, Executive dan Lagislative yang diletakkan dibawah naungan YDPA hanyalah SIMBOL semata2, sesuai dengan Simbol Raja Berperlembagaan. Hal ini juga merupakan BUKTI kerajaan Malaysia masih mengangkat RAJA di makam yang tinggi sesuai dengan kedudukan Raja yg suatu ketika dahulu merupakan payung kepada Pemerintahan Kerajaan Melayu Lama. Jika kerajaan ingin sistem ini dihapuskan, ANYTIME. Tapi kerajaan kita tidak buat begitu kerana, demi untuk menjaga institusi tersebut daripada ditelan zaman. Tindakan ini jelas menggambarkan Kerajaan Malaysia TIDAK MENGHINA kedudukan Raja2 Melayu, bahkan mengiktiraf kedudukan mereka sesuai dengan darjat mereka. Nah, sekarang ini sudah semakin jelas dimana kerajaan bersedia mengambah Alaun Raja2. Huh! Itu tandanya kasihnya kerajaan kepada PEMIMPIN SIMBOLIK. Ada paham!!!

Tak perlu susah2, tak perlu panjang2. Sila bawa siapa yg kamu rujuk kepada saya wahai siswasiswi. Senang kerja. Buktikan ko tu intelek. Bukannya koya pelek. Kalo ko nak jadi khawarij, silakan...tafsirlah ko sendiri2. Sesyok yang ko mampu.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Buat Pek Dik yang perasan ...


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:07:23 09/13/05 Tue

Inilah hujah yang dikatakan paling ilmiah oleh Pek Dik Perhatikan tulisan Prof. Jayum, "YDPA hanyalah lambang kerajaan semata2". Jelas dan itulah kebenarannya, tafsiran dari Intelek yg bergelar Profesor. Tiada dolak dalih dari aku. Aku sendiri pernah berjumpa dengan Prof. Jayum A. Jawan face to face dalam bilik beliau di Fakulti Ekologi Manusia untuk berbicara siapa yang lebih berkuasa diantara PM ataupun YDPA. Sah, YDPA HANYALAH SIMBOLIK. Perkara 39 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan hanyalah simbolik semata2 utk melambangkan kekuasaan Raja Yang Berperlembagaan. Mengangkat Raja sesuai dengan darjat baginda, tanpa sedikit pun wujud unsur2 penghinaan kepada baginda.

Pek Dik bukan hanya gagal memberikan jawapan pada persoalan saya Jelaskan perenggan mana dalam perlembagaan Malaysia mengatakan YDPA hanyalah kuasa SIMBOLIK!!! bahkan terus merapu-rapu.

Untuk kesekelian kalinya saya tegaskan daripada posting samdol bahawa Badan eksekutif adalah satu daripada tiga cabang kerajaan. Kepentingan badan bergantung kepada penyandangnya. Di dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Sesungguhnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara, manakala kuasa kerajaan terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan.
Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan, sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.


Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa". Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu, ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.


Ini diperkuatkan oleh pernyataan Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan
* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

# Badan Perundangan (Legislatif)
# Badan Pemerintahan (Eksekutif)
# Badan Kehakiman (Judisiari)



Pek Dik juga mendakwa kononnya Undang2 yg enggan ditandatangani oleh YDPA selama 30 hari akan menjadi undang2. YDPA tidak akan dapat berbuat apa dengan kuasa yg baginda ada. Kerana kuasa baginda adalah SIMBOLIK...

Memang undang-undang yg enggan ditandatangani oleh YDPA selama 30 hari akan menjadi undang-undang. Ini tidak bermakna ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan Parlimen kerana ada satu badan lagi di bawah YDPA yang akan mengesahkan undang-undang tersebut iaitu di bawah Badan kehakiman.
Sila rujuk balik posting samdol di bawah:

Dalam amalan demokrasi di Malaysia, Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di England. Parlimen membuat undang-undang, Enakmen digubal oleh DUN tetapi Undang-undang di negara ini bukanlah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan diisytiharkan sebagai tidak sah.

Undang-undang yang digubal oleh DUN di Sarawak dinamakan Ordinan. Begitu juga dengan undang-undang di Sabah serta undang-undang yang digubal sebelum Tanah Melayu merdeka, iaitu sebelum tahun 1957. Undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen dipanggil Akta, manakala yang digubal oleh DUN di Semenanjung ialah Enakmen. Undang-undang yang dibuat oleh menteri yang fungsinya untuk memperincikan Akta Parlimen ialah Perundangan Kecil. Dalam hal ini, menteri yang berkenaan mestilah mendapat keizinan daripada Parlimen terlebih dahulu.

Mahkamah Persekutuan ialah
• Institusi ini menentukan keadilan negara.
• Institusi ini boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah.
• Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.


Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah. Kedua-dua kuasa ini diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah lain. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undang-undang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Siapakah yang berkuasa dalam Badan Kehakiman (Judisiari)? Sudah tentu YDPA dan baginda berkuasa mutlak sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai:-
Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan
* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

# Badan Perundangan (Legislatif)
# Badan Pemerintahan (Eksekutif)
# Badan Kehakiman (Judisiari)


[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Kerajaan Pusat Tidak Boleh campur tangan


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:59:33 09/19/05 Mon

Ini adalah contoh terbaik bagi menerangkan konsep pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia. Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan dengan mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang akan dipinda tidak lama lagi. Perkara ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kuasa esekutif yang ada pada PM atau TPM tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri walaupun Kerajaan Pusat lebih berkuasa kerana kuasa yang ada pada Kerajaan Pusat terbatas.



Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta Kerajaan Pusat tidak campur tangan dengan mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang akan dipinda tidak lama lagi. Beliau berkata: ``Urusan agama adalah hak negeri dan raja yang memerintah. Ia perlu melalui beberapa prosedur termasuk persetujuan Majlis Fatwa negeri sebelum boleh dibuat sebarang pindaan.'' Undang-Undang Keluarga Islam, adalah bidang kuasa MAIPs dan Majlis Fatwa negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, kerajaan negeri enggan memperketatkan syarat terhadap suami yang berpoligami kerana ia dikatakan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.


Arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu tiga negeri termasuk Perlis yang tidak bersetuju dengan syarat ketat terhadap suami yang mahu berpoligami, memberi penjelasan berhubung perkara itu. Najib berharap semua negeri mematuhi tindakan menyelaras Undang-Undang Keluarga Islam kerana ia bertujuan memberi kebaikan.

Menteri Besar Perlis turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran atau hadis yang mewajibkan suami mendapatkan kebenaran isteri pertama terlebih dahulu sebelum berpoligami.``Kalau ada ayat itu, Perlis sedia menyemak semula Undang-Undang Keluarga Islamnya supaya ia selaras dengan kehendak Islam,'' tegasnya. Shahidan menjelaskan, Undang-Undang Keluarga Islam terutama dalam aspek poligami yang dijalankan di Perlis selama ini tidak bertentangan sama sekali dengan kehendak Mazhab Shafie. Beliau bimbang sebarang pindaan memperketatkan syarat berpoligami akan menimbulkan bidaah dan mengelirukan masyarakat Islam.

Soal poligami mula menjadi polemik selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata,isteri tidak lagi perlu menunggu berlaku penceraian bagi menuntut harta sepencarian setelah mengetahui suami mereka berpoligami. Ia boleh dibuat selepas Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dipinda tidak lama lagi. Di bawah pindaan itu yang akan dibentangkan di Parlimen pada 22 September ini, isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian, walaupun tidak diceraikan, sekiranya suami mereka berpoligami. Selain itu, suami yang mahu berpoligami dikehendaki membawa isteri, bakal isteri dan waris termasuk wali memberi keterangan di mahkamah.

Reaksi kepada kenyataan Abdullah, tiga negeri iaitu Perlis, Terengganu dan Kelantan tidak bercadang meminda undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing. Kedah pula akan membuat sedikit pindaan dengan mengekalkan beberapa kuasa tertentu di peringkat negeri. Alasan ketiga-tiga negeri itu ialah Undang-Undang Keluarga Islam di negeri mereka mencukupi dan tidak perlu peruntukan baru bagi membolehkan isteri menuntut harta sepencarian setelah mengetahui suami mereka berpoligami. Antara faktor lain kenapa Perlis dan Terengganu tidak akan meminda undang-undang tersebut ialah untuk mengelakkan lebih ramai pasangan bernikah di negara jiran.

Inilah yang sewajarnya menggambarkan konsep pengasingan kuasa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Walaupun PM atau TPM cuba campurtangan tetapi jika kerajaan negeri negeri dan raja yang memerintah tidak bersetuju PM atau TPM tidak boleh berbuat apa-apa atau memaksa untuk memindanya. Kes ini samalah seperti isu Kerajaan Persekutuan mengambilalih bidang kuasa pengurusan air daripada kerajaan-kerajaan negeri, penubuhan Suruhanjaya Siasatan oleh Majlis Raja-Raja dan PM dikalahkan dalam beberapa keputusan mahkamah yang telah saya paparkan sebelum ini. Manakah isu atau kes yang boleh dijadikan sandaran yang membuktikan kuasa YDPA sebagai SIMBOLIK seperti yang didakwa oleh Muhazam dan kaum kerabatnya. Sila kemukakan bukti hatta satu isu sekalipun. Mereka hanya mampu menyatakan SIMBOLIK!!! SIMBOLIK!!! SIMBOLIK!!! dan tidak lebih dari itu.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:
Subject: Geng Muhazam memang bodoh bangang bebal


Author:
Minah thread
[Edit]

Date Posted: 10:24:36 10/20/05 Thu

Fahami betul-batul la..

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: Geng Muhazam memang bodoh bangang bebal


Author:
Minah thread
[Edit]

Date Posted: 10:22:33 10/20/05 Thu

Fahami betul-batul la..

[ Post a Reply to This Message ]
Subject: RAJA BERPERLEMBAGAAN


Author:
siswasiswi
[Edit]

Date Posted: 11:49:51 09/16/05 Fri

Pengenalan

Raja Berperlembagaan bermaksudd sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.


Latar Belakang Sejarah

Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa.
Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial. Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu iaitu Inggeris telah mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. Ekoran tidakan orang-orang Melayu menentang Kesatuan Malaya, kaum-kaum utama di Tanah Melayu mula mengambil peranan dalam politik. Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama yang perlu diberi perhatian iaitu:
(i) ada sembilan buah negeri
(ii) ada sistem beraja di mana raja/sultan
(iii) ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik.


Dari tiga situasi ini, dengan begitu wajar telah diputuskan tiga alat pemerintahan dan pentadbiran.
Ketiga-tiga sistem itu adalah:
1. Raja Berperlembagaan
2. Demokrasi berparlimen, dan
3. Federalisme atau Persekutuan


Ketiga-tiga sistem ini dapat memberi perhatian dan kepuasan kepada semua pihak; kedudukan sultan dan raja, autonomi dan peranan kerajaan-kerajaan negeri dan kepentingan rakyat perbagai kaum yang masing-masing mahu menentukan untung nasib kelompok masing-masing. Sistem Raja Berperlembagaan ini merupakan tunggak terpenting dalam keseluruhan susunan pemerintahan dan pentadbiran negara kita ini.


Keseimbangan dalam Sistem

Keseimbangan dalam sistem Raja Berperlembagaan merujuk kepada peraturan-peraturan kedudukan dan tanggungjawab penduduk Malaysia seperti yang jelas dituntut oleh Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja.

Pada pihak rakyat pula, setiap individu dalam Malaysia mendapat pelbagai had dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara yang layak mendapat banyak kemudahan.

Ini boleh dijamin melalui pengisian tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan membantu menguatkuasakan undang-undang.


Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

i) Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih.
ii) Raja-raja sahaja yang boleh mengundi
iii) Pemilihan dibuat berdasarkan giliran.


Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan yang memberi martabat dan kedudukan di samping tanggungjawab yang besar, diamalkan hanya semenjak merdeka. Justeru itu, maka sangat adil ia digilir-gilirkan supaya setiap negeri mengalami keistimewaan dan juga beban jawatan itu.

Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran.
i) seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
ii) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong
iii) seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh Majlis Raja-Raja.


Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan

Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:

Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Pemerintahan (Eksekutif)
Badan Kehakiman (Judisiari)


Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.

Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.

Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan.

Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan.


Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agong

Peruntukan Perlembagaan: Perkara 40-(20), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam :
melantik Perdana Menteri
menangguhkan pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri,
meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja




Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri.


Persidangan Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.

Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Persidangan Majlis sebagai Platform

Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.

Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.

Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.

Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan

Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian.


Kuasa Budi Bicara Majlis

Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu.



Kesimpulan

Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi, iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.

Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.

[ Post a Reply to This Message ]
Replies:


VoyUser Login ] Not required to post.
Post a new public message:
* Notice: Posting problems? [ Click here ]
* HTML allowed in marked fields.
Message subject (required):

Name (required):

  E-mail address (required):

* Type your message here:

Choose Message Icon: [ View Emoticons ]

Notice: Copies of your message may remain on this and other systems on internet. Please be respectful.


Terima kasih kerana mengikut halaman ini
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 2.94, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2008 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.