VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: Bukti YDPA sebagai Pemerintah Tertinggi Malaysia


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:27:41 07/20/05 Wed



Dalam posting ini saya mengambil website Islam Hadhari yang menerangkan dengan jelas akan kedudukan YDPA sebagai pemerintah/pemimpin tertinggi Malaysia. Ini bukan bermakna saya menyokong konsep Islam Hadhari tetapi apa yang saya ingin ketengahkan adalah kedudukan YDPA. Mari kita ikuti...



Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia dalam suasana di mana dunia Islam dan umatnya masa kini telah dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai pengganas, militan, huru-hara, kemiskinan dan kemunduran. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal mencerminkan dirinya sebagai umat yang maju, membangun dan bertamadun kepada masyarakat sekitarnya yang 'non-muslim'.

Ini kerana setelah sekian lama negara-negara Umat Islam dijajah oleh barat, kebanyakan dari kalangan alim ulamak serta para cendekiawan di negara-negara Islam hanya melihat ketamadunan Islam itu dari sudut akidah dan ibadah khusus semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara-perkara furu' dan khilafiah yang akhirnya umat Islam berpecah sesama sendiri dan berlaku peperangan saudara sehingga kini tiada sebuah negara umat Islampun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa umat Islam itu sebagai 'khaira ummah'.

Punca Tamadun Islam Kini Jadi Kaku dan Lesu. Kenapa ianya terjadi sedemikian dan mengapa Tamadun Islam hari ini menjadi kaku dan lesu setelah dahulunya mencapai kegemilangan yang menakjubkan? Di antara sebabnya adalah seperti berikut :


Ketaksuban dan terbelenggunya gerakan pemikiran dan ijtihad di kalangan alim ulamak.


Berleluasanya pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi mudah menjadi rendah diri dan menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan berleluasanya fahaman tasawwuf, Qadariyah dan Jabariyah yang menyimpang dari ajaran sebenar Islam.


Kegagalan menghayati dan mentadabbur terhadap metode al-Quran berkaitan membina tamadun dan tidak mendapat petunjuk tentang rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu.


Kecetekan dan kedangkalan umat Islam tentang merasai kesan 'basirah' al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan. Justeru itu mereka gagal untuk memakmurkan dunia ini.

Malaysia Contoh Negara Islam. Setelah sekian lama dunia Islam dibelenggu oleh pemikiran jumud dan ketinggalan dari aspek pembangunan dan peradaban, maka kini muncul sebuah negara kecil di Asia Tenggara (di sebelah Timur) iaitu Malaysia, yang menjadi pelopor kepada usaha membina semula kegemilangan Tamadun Islam di dunia ini. Ini diperakui sendiri oleh Prof Dr Mohamad Sayed Tantawi, Syeikhul Azhar ketika menghadiri Multaqa Ulamak Sedunia di Putrajaya pada Julai 2003, yang mana beliau telah memperakukan bahawa:


"Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara Islam di dunia masa kini. Ianya berlandaskan kepada dua ciri utama: iaitu, yang pertama kerana rakyatnya yang aman dan damai tanpa peperangan serta tanpa huru hara dan keduanya kerana pembangunannya yang pesat serta maju di bawah kepimpinan umat Islam".

Ini diperkukuhan lagi oleh kenyataan Prof Dr Tariq Ramadan dari Islamic Study University of Fribourg, Geneva, ketika membentangkan kertas kerjanya di Multaqa Ulama Sedunia yang sama di Putrajaya pada Julai 2003, dengan berpendapat bahawa :


"Saya lihat Malaysia dalam proses membentuk sebuah model negara Islam dengan caranya tersendiri. Bagi saya sebahagian besar daripada asasnya adalah tepat. Sesetengah daripada peraturan Islam telahpun dilaksanakan dan diguna pakai. Apa yang perlu dilakukan kini ialah usaha untuk memperbaharui aspek-aspek tertentu berdasarkan kepada keperluan (aulawiyat)".

Berdasarkan kepada kedua-dua ciri yang dinyatakan oleh Syeikhul Azhar dan Prof Dr Tariq Ramadhan ini, maka YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu telah berjanji di dalam manifesto pilihanrayanya untuk melaksanakan Pengurusan Negara berasaskan kepada Islam Hadhari.

Islam Hadhari Manifesto Pilihanraya Umum Ke-11. Manifesto Islam Hadhari ini telah dipersetujui oleh semua parti-parti komponen BN yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama. Mereka mempersetujuinya atas dasar menghormati Kontrak Sosial yang termaktub di dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai.

Tiada halangan dan curiga di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini dan juga negara-negara bukan Islam di rantau ini terhadap kesungguhan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan Gagasan Islam Hadhari. Ini kerana Malaysia memang sudah diperakui sebagai sebuah Negara Islam.

Berdasarkan kepada Perkara 32 (1) Perlembagaan Malaysia: "Maka hendaklah ada seorang kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang diPertuan Agong". Menjelaskan kepada kita bahawa negara kita diketuai oleh orang Islam yang mana kuasa pemerintahan negara ini terletak dibawah Yang DiPertuan Agong (semestinya di kalangan Sultan dan Raja Melayu yang sudah pasti beragama Islam). Ia diperkukuhkan lagi dengan Perkara 41, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa: "Yang DiPertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan". Ini bermakna bahawa kekuatan pertahanan di negara ini dikuasai dan diketuai oleh seorang Islam yang bergelar Yang DiPertuan Agong.

Ini bertepatan dengan pendapat Sheikh Muhammad Abu Zuhrah di dalam mendefinisikan takrif sebuah negara Islam, iaitu :


"Negara Islam (Darul Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam"

Ini diperkukuhkan lagi dengan penegasan dan pengisytiharan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada September 2001, dengan penegasan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Disebabkan negara-negara umat Islam masa kini dipandang hina dan rendah oleh negara-negara bukan Islam di atas kelemahan dari sudut penguasaan ilmu dan juga kemundurannya dalam aspek pembangunan, maka Malaysia yang telah mendapat jolokan sebagai negara Islam contoh perlu membuktikan sebaliknya. Cara yang amat komprehensif di era globalisasi ini ialah dengan memartabatkan Islam Hadhari di dalam sistem pengurusan negara.

Justeru itu, pengumuman oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan negara berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari pada ketika ini adalah amat bertepatan sekali di dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020.




Dalam website ini PM dengan jelas mengakui bahawa YDPA adalah seorang kepala Utama Negara bagi Persekutuan (Malaysia) yang mana kuasa pemerintahan negara ini terletak dibawah Yang DiPertuan Agong dan Ia diperkukuhkan lagi dengan Perkara 41, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa: "Yang DiPertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan". Ini bermakna bahawa kekuatan pertahanan di negara ini dikuasai dan diketuai oleh seorang Islam yang bergelar Yang DiPertuan Agong.


Sebagai menjelaskan lagi saya kemukakan apakah yang dimaksudkan dengan Penasihat YDPA seperti di bawah...



PENASIHAT YANG DIPERTUAN AGONG


PERDANA MENTERI, MENTERI-MENTERI BESAR DAN KFTUA-KETUA MENTERI YANG MENGIRINGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI

Perlembagaan menghendaki supaya apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara-perkara mengenai dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri akan disertai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

Biasanya, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri hadir pada hari kedua Mesyuarat, manakala Raja-Raja dan Menteri-Menteri Besar hadir pada kedua-dua hari. Sehari sebelum hari Mesyuarat lazimnya dikhaskan untuk Pra-Mesyuarat Majus dan Mesyuarat Lembaga Biasiswa.

MENGAPA PENASIHAT?

Ada beberapa sebab mengapa Perlembagaan Persekutuan menghendaki supaya Raja-Raja mesti diiringi oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri sebagai Penasihat.

1) Raja-Raja Bertindak atas Nasihat

Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:

39. Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk pada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

40. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleb Jemaah Menteri.

2) Kebertanggungjawaban Ketua Kerajaan terhadap Rakyat

Sebaliknya, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri mewakili suara rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Rakyat bersuara melalui wakil-wakil yang dipilih mereka, bukan melalui Raja-Raja. Oleh itu, dalam apa juga perbincangan perihal dasar negara, Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dikehendaki mendengar nasihat yang diberikan oleh Menteri-Menteri Besar / Ketua-Ketua Menteri masing- masing.

3) Maklumat Langsung

Menteri Besar atau Ketua Menteri, sebagai ketua kerajaan, lazimnya mempunyai maklumat langsung tentang sebarang perkara dalam bidang kuasa Negeri. Oleh sebab Menteri Besar atau Ketua Menteri sentiasa berhubung dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Negeri dan juga dengan ahli Dewan Undangan Negeri, maka merekalah yang paling layak menasihati Raja atau Yang di-Pertua Negeri tentang sebarang masalah.

4) Kemudahan Berhubung dengan Pegawai-pegawai

Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh menggerakkan semua pegawai Kerajaan Negeri untuk membantu beliau dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pilihan begini tidak terbuka kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri, yang mesti bertindak melalui Menteri Besar atau Ketua Menteri. Dengan itu kehadiran Menteri Besar atau Ketua Menteri akan memudahkan perbincangan dan pelaksanaan keputusan yang telah diambil. Atas sebab-sebab ini, maka Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri perlu diiringi oleh Menteri- Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri masing-masing.

KUASA BUDI BICARA

Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara yang berikut, Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka:

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong:

(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan:

(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kehormatan atau kebesaran Raja-Raja:

(d) bersetuju atau tidak bersetuju supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas Persekutuan secara menyeluruh:

(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10 Perkara 182: atau

(f) pemberian ampun, reprief and respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman, di bawah Fasa(12) Perkara 42.


Cukuplah setakat ini buat kali ini dan banyak lagi akan menyusul InsyaAllah.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.