Subject: Fahami Perlembagaan Malaysia |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:31:18 07/25/05 Mon
Perlembagaan Dan Pembahagian Kuasa
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja. Untuk dipilih, Baginda haruslah menjadi salah seorang daripada sembilan orang Sultan yang memerintah sembilan buah negeri persekutuan. Negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, Ketua Negeri ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh selama empat tahun.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia membahagikan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Kuasa Perundangan, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Eksekutif. Pembahagian kuasa terdapat di peringkat persekutuan dan negeri seiring dengan konsep persekutuan yang menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan.
(Sumber : Buku Rasmi Tahunan 1998 terbitan Jabatan Penerangan)
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Fungsi Parlimen
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Walau bagaimanapun, mengikut prinsip sistem pemerintahan berdemokrasi, Ketua Eksekutif ialah Perdana Menteri.
(Sumber : Buku Rasmi Tahunan 1998 terbitan Jabatan Penerangan)
Di sinilah Muhazam dan geng-gengnya telah membuat tafsiran (yang kononnya daripada Hakim dsb...) tentang kuasa PM lebih tinggi daripada Kuasa YDPA. Saya telah menjelaskan berkali-kali bahawa kuasa itu telah diberikan oleh YDPA di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ya tafsiran ini agak sukar untuk difahami terutamanya oleh Muhazam dan geng-gengnya kerana konsep ini adalah berdasarkan prinsip sistem pemerintahan berdemokrasi yang mana Ketua Eksekutif ialah Perdana Menteri. Saya amat memahami dan sedar yang Muhazam dan geng-gengnya tidak boleh memahaminya kerana mereka tidak mempelajari atau bukanlah ahli dalam bidang undang-undang dan perundangan. Saya akan memperjelaskan lagi mengenai konsep/prinsip pemerintahan berdomkrasi di kesempatan yang lain. Sebagai membuka minda, saya ingin membawakan pemahaman tentang Mahkamah-mahkamah dahulu.
(a) Mahkamah Rendah
Akta Mahkamah Rendah 1948
Hakim Mahkamah Sesyen
- Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar (seksyen 59 AMR).
- Kelayakan: Anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.
Majistret
(a) Majistret Kelas Pertama ex officio
- Orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat AMR. Ini termasuklah:
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penolong-Penolongnya.
Ketua Pendaftar, Timbalannya, Penolong Kanan Pendaftar,
Penolong Pendaftar dan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Persekutuan.
Pegawai-Pegawai Daerah dan Penolongnya.
dll.
(Seksyen 77 AMR)
(b) Majistret Kelas Pertama
- orang-orang dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik, oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Hakim Besar (bagi Wilayah Persekutuan), dan oleh Pihak Berkuasa Negeri, atas syor Hakim Besar (bagi Negeri-Negeri).
(Seksyen 78 dan 78A AMR)
(c) Majistret Kelas Kedua
- Bagi Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai.
- Bagi Negeri-Negeri, Pihak Berkuasa Negeri boleh lantik mana-mana orang yang layak dan sesuai
(Seksyen 79 AMR)
(b) Mahkamah Tinggi
A. KEANGGOTAAN·
Mahkamah Persekutuan
- Perkara 122 Perlembagaan
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Dua Hakim Besar (Hakim Besar Malaya, dan Hakim Besar Sabah & Sarawak)
Tujuh Hakim lain
Beberapa Hakim (dari Mahkamah Rayuan)
Mahkamah Rayuan
- Perkara 122A Perlembagaan
Presiden Mahkamah Rayuan
Sepuluh Hakim (kecuali diperintahkan selainnya oleh Yang di-Pertuan Agong)
Mahkamah Tinggi
- Perkara 122AA Perlembagaan
Seorang Hakim Besar Semenanjung
Seorang Hakim Besar Sabah & Sarawak
Empat Puluh Tujuh Hakim Semenanjung
Sepuluh Hakim Sabah & Sarawak
(kecuali selainnya diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong)
B. PERLANTIKAN
- Perkara 122B Perlembagaan
Perdana Menteri (selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja) nasihatkan Yang di-Pertuan Agong, dan Yang di-Pertuan Agong lantik.
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim-Hakim lain
Bagi hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri perlu minta fikiran Ketua Hakim Negara.
Bagi lantikan Hakim Besar, Perdana Menteri juga perlu dapat pandangan kedua-dua Hakim Besar (dan bagi Sabah atau Sarawak, pandangan Ketua Menteri juga perlu diminta).
Bagi perlantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara
Bagi perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan.
C. KELAYAKAN HAKIM
- Perkara 123 Perlembagaan
Warganegara Malaysia
Pengalaman kerja sepuluh tahun sebagai peguam atau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan/Negeri.
D. TEMPOH MEMEGANG JAWATAN
- Perkara 125 Perlembagaan
Sehingga umur 65 tahun (atau disambung oleh Yang di-Pertuan Agong)
Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong (atas rayuan Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri) atas perlanggaran Kod Etika, tidak upaya (lemah tubuh/fikiran/lain-lain sebab).
Pemecatan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong ialah melalui syor Tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
P/S Petikan Berita sebagai Iklan
LEBIH 1 JUTA MENONTON PERHIMPUNAN UMNO SECARA LANGSUNG MELALUI WEB TV: PAK LAH
ROSLAN SMS
Sebentar tadi telah selesai pun sudah Perhimpunan Agung Umno ke 56 yang diakhiri dengan ucapan penggulungan Pak Lah selaku presidennya. Ulasan BLOG ini terhadap ucapan itu akan dibuat insyallah selepas ini.
Dikesempatan ini saya sekadar mahu highlightkan ulasan Pak Lah berkenaan dengan siaran secara langsung persidangan tersebut melalui web tv Umno (selain dari siaran langsung oleh RTM, Astro, NTV7 dan TV3). Ulasan Pak Lah terhadap hal ini mengambil lebih 15 minit dari ucapan penggulungannya yang hamper satu setengah jam itu.
Hang tau Umno dan PAS kini setanding!
Menurut Pak Lah beliau dimaklumkan web tv Umno menerima lebih dari 1 juta hits yang dapat dikesan ditonoton dari Negara-negara luar termasuklah dari Israel sendiri. Kata Pak Lah ini membuktikan betapa Umno kini menjadi perhatian bukan hanya rakyat dalam negate malah sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Syabas diucapkan kepada Umno.
Namun demikian untuk makluman Pak Lah dan rakan-rakan dalam Umno, Harakahdaily milik PAS, sebuah parti kecil di Malaysia berbanding dengan Umno yang Presidennya adalah juga Pengerusi OIC, menerima sekitar 1 hingga 1.5 juta hits hamper setiap hari! Itu tidak mengambol kira hits yang diterima kaetika PAS mengadakan Muktamar tahunannya.
Kalau dengan menerima lebih 1 juta hits semasa persidangan tahunannya maka Umno dikira bertaraf antarabangsa, maka PAS yang baru sekadar mampu memerintah 1 negeri dalam Malaysia tetapi menerima lebih 1 juta hits setiap hari, maka tak keterlaluanlah kalau dikatakan PAS juga boleh dikira bertaraf antarabangsa.
Kesimpulannya ini menunjukkan PAS kalau pun tidak setanding dengan Umno mungkin telah lebih kehadapan kalau sifir Pak Lah mahu diambil kira. Tahniah Umno dan tahniah PAS!
(Iklan berita ini tiada kaitan dengan perbincangan di atas tetapi mengandungi makna yang tersirat dan tersurat!!!)
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |