Subject: YDPA sebagai Payung Negara (Ketua Negara) |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:41:53 08/03/05 Wed
Saya yakin dan percaya dengan penerangan yang saya kemukakan sebelum ini, kita boleh nampak secara jelas akan keunikan sistem pemerintahan negara kita yang tidak diamalkan oleh mana-mana negara lain. Ia adalah khusus untuk Malaysia. Saya amat memahami yang ramai rakyat Malaysia tidak dapat memahami secara jelas akan konsep ini. Beberapa pindaan perlembagaan yang telah dibuat semasa Tun Dr Mahathir dengan perkenan YDPA dan Majlis Raja-Raja adalah semata-mata memberikan lebih kuasa kepada Parlimen dalam rangka memperkukuhkan sistem Demokrasi yang mana sebelum ini YDPA boleh meminda atau tidak memperkenankan sesuatu pindaan tetapi dengan pindaan ini ia memberi lebih manafaat kepada rakyat dan negara kerana dengan suara majoriti ahli dewan, maka sesuatu pindaan itu dapat dibuat dengan lancar tanpa pengaruh YDPA secara langsung. Perkara ini mungkin agak sukar bagi kebanyakan rakyat Malaysia untuk memahaminya tetapi inilah kombinasi buah fikiran yang positif untuk memajukan negara dan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat. Ia juga boleh dianggap pengorbanan yang besar oleh Baginda YDPA dalam memberikan yang terbaik dan meletakkan Institusi Parlimen sebagai yang tertinggi. Ia juga secara langsung dapat melahirkan pengasingan kuasa dan ini tidak bermakna YDPA telah kehilangan kuasa secara mutlak atau PM lebih berkuasa daripada YDPA kerana tindakan PM adalah berkadar langsung daripada ahli-ahli dewan atau suara majoriti.
Cuba bandingkan apa yang ditulis oleh Jayum A. Jawan dalam buku Kenegaraan Malaysia terbitan UPM:
""Perdana Menteri adalah satu jawatan yang paling penting dalam sebuah sistem politik bercorak demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Dalam konteks demokrasi moden dan Malaysia, raja berperlembagaan adalah semata-mata lambang kerajaan dan baginda tidak mempunyai kuasa sebenar daripada apa segi pun. Namun demikian, jawatan sebagai Ketua Negara adalah cukup untuk mempastikan bahawa baginda mempunyai pengaruh besar di dalam kerajaan, walaupun tidak mempunyai kuasa sebenar dalam hal-hal harian kerajaan. Oleh yang demikian, kuasa sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, iaitu ketua Jemaah Menteri yang memberi nasihat yang mesti diterima oleh Baginda.
Kuasa seorang Perdana Menteri tidak terhad kepada jawatan rasmi sebagai Perdana Menteri sahaja. Banyak lagi kedudukan rasmi dalam kerajaan dan tidak rasmi di luar kerajaan yang boleh menambahkan lagi kuasa dan pengaruhnya seperti keterangan yang akan menyusul.""
Sebagaimana yang kita ketahui di dalam perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meminda sesuatu perlembagaan bahkan memerlukan suara ahli dewan. Ia boleh disimpulkan sebagai persetujuan bersama iaitu ahli-ahli dewan, PM dan YDPA itu sendiri. Ini jelas menunjukkan kuasa itu tidak terdapat pada Perdana Menteri secara mutlak bahkan ia dipusatkan kepada YDPA sebagaimana pernyataan berikut:
Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pindaan Perlembagaan - bagaimanakah perlembagaaan boleh di pinda?
Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Terdapat empat cara perlembagaan dipinda iaitu:
1- perkara yang memerlukan lebib suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.
2-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan Parlimen mendapat lebih suara dua pertiga dan persetujuan Yang Dipertua Negeri.
3-perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dalam Parlimen.
4-terdapat perkara yang dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dua pertiga dalam dewan Parlimen.
Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA.
Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.
Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletak hak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkan hak kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |