Subject: dah Habispun... Benang tu dah hancur dah!!! |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 11:05:07 08/08/05 Mon
In reply to:
Rusnizam Mahat
's message, "Tak habis2" on 02:25:41 08/08/05 Mon
Isu BUGHAH ini dah lama tamat. Kita sudah kemukakan dalil-dalil dari AlQuran dan Hadis serta hujah-hujah yang mantap. Untuk pengetahuan saudari Rusnizam, Muhazam dan kawan2nya adalah pereka cipta tentang PAS Bughah kononnya. Dia akan bermati-matian mempertahankan "FATWAnya" dengan berbagai-bagai helah, dalih, tipu-muslihat, penyelewangan hadis, penipuan fakta dan seribu macam lagi. Kita kena faham kenapa Muhazam dan kawan-kawannya melakukan ini semua. Tidak lebih daripada hanya untuk memenangkan golongan Aspirasi kerajaan kerana jika Muhazam dan kawan-kawannya dapat membuktikan PAS bughah maka inilah senjata paling ampuh untuk memenangkan hati para Mahasiswa Mahasiswi. TIADA isu yang dapat dimainkan selain daripada isu ini.
Berbekalkan pengetahuan AlQuran dan Hadis, maka Muhazam dan kawan-kawannya cuba membuat satu kejutan dan sengatan. Bagi mereka yang tidak mempelajari AlQuran dan Hadis secara lebih mendalam maka akan terpengaruh dan terikut-ikut atau percaya dengan apa yang dipersembahkan oleh Muhazam dan kawan-kawannya. TerNYATA apa yang Muhazam dan kawan-kawannya fahami adalah meleset jauh daripada kebenaran bahkan mereka mengambil tafsiran atau kefahaman mengikut apa yang diinginkan oleh mereka. Mereka telah meletakkan maksud, tafsiran dan keterangan dari AlQuran dan Hadis tidak pada tempatnya yang sepatutnya. Ya benar, hadis-hadis yang dikemukakan adalah BENAR tetapi maksud, tafsiran dan keterangan itu TIDAK BENAR.
Atas tujuan inilah saya memperbetulkan pemahaman yang telah berjalan hampir dua tahun ini. Mereka begitu marah dengan saya kerana telah dua tahun mereka cuba memperkembagkan doktrin "PAS BUGHAH". Sebenarnyna sudah lama saya berada di dalam forum ini, tetapi sebelum ini saya hanya menjadi orang yang pasif kerana saya mahu melihat hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Apa yang saya nampak Muhazam dan kawan-kawannya adalah ASET yang penting buat pengelola IM ini. Mereka akan membantu dan dibantu untuk menjayakan agenda ini. Sebagaimana pengelola sesuatu perkara, adakah ANDA sangup melihat apa yang anda perjuangkan, pertaruhkan, persembahkan menemuai KEGAGALAN??? Tentu sekali begitu PAHIT untuyk menerimanya, begitulah lumrah manusia. Tetapi perlu diINGAT bahawa KEBENARAN tidak dapat dikalahkan dengan KEBATILAN. Ini telah dijanjikan oleh Allah di dalam AlQuran dan Hadis, manusia hanya merancang/berupadaya TETAPI Allah Maha merancang/berupadaya. Allah adalah sebaik-baik perancang/upadaya.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |