VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: Undang Undang Negara


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:49:01 08/09/05 Tue

Seorang peguam, Tan Sri Zaki Azmi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah untuk mengisytiharkan pernikahannya dengan seorang pengurus syarikat di Perlis, Mei lalu adalah tidak sah menurut hukum syarak. Zaki, 60, yang merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO itu dikatakan telah diijab kabul dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh seorang kadi dari Thailand. Namun beliau dipercayai telah menceraikan isterinya dengan lafaz cerai talak tiga pada 10 Julai lalu menggunakan perantaraan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Permohonannya yang difailkan pada 26 Julai lalu, disebut di kamar Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Zaim Md. Udin. Kedua-duanya tidak hadir tetapi diwakili oleh peguam syarie masing-masing. Zaki diwakili oleh dua peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais dan Mohd. Sabri Zakaria manakala peguam syarie Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim bersama peguam syarie Ku Aminah Tuan Ibrahim mewakili Nor Hayati. Zaim menetapkan 4 Oktober ini untuk mendengar permohonan tersebut.

Selain perisytiharan itu, Zaki memohon supaya kedua-dua pihak iaitu beliau selaku pemohon dan Nor Hayati responden difaraqkan, kos ditanggung oleh masing-masing dan lain-lain relif. Dalam permohonan itu, Zaki mendakwa pada 19 Mei lalu, beliau telah pergi ke Alor Setar, Kedah dengan menaiki kapal terbang dan menemui dua lelaki yang membawanya ke suatu tempat di Perlis bagi tujuan perkahwinan. Nor Hayati pula, dakwanya, datang ke Kedah secara berasingan sehari sebelum itu dipercayai dengan menaiki kapal terbang dan bermalam di sebuah hotel. Setibanya di sebuah kedai tekstil di Perlis pada tarikh itu, dakwanya, mereka berdua telah dibawa menemui seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai kadi dari Thailand. Zaki mendakwa, lelaki itu menjalankan upacara akad nikah mereka melalui wali hakim dan kemudiannya mereka berdua diminta menandatangani sekeping borang yang mempunyai tulisan Jawi dan Thailand. Zaki mendakwa, pada setiap masa, mereka berdua tidak pernah menyeberangi sempadan Thailand-Malaysia dan memasuki negara jiran itu.

Atas persetujuan bersama, dakwa Zaki lagi, semua salinan asal surat nikah yang diperoleh daripada kadi itu telah dimusnahkan untuk merahsiakan perkahwinan itu daripada pengetahuan isteri pertamanya. Semasa merancang perkahwinan itu, mereka berdua masing-masing telah bertakliq untuk bercerai sekiranya tiada persefahaman lagi. Zaki mendakwa telah melafazkan cerai talak tiga terhadap Nor Hayati pada 10 Julai lalu akibat tiada persefahaman setelah timbul pertengkaran dan banyak SMS yang tidak menyenangkan diterimanya daripada responden.

Zaki menyatakan bahawa peguam Syarie yang ditemui menasihatinya bahawa kemungkinan besar perkahwinan itu tidak sah dari segi hukum syarak dan Undang-Undang Syariah negara ini disebabkan juru nikahnya dari Thailand. Ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan ke-59 yang menyatakan pernikahan melalui wali am dari selatan Thailand di mana-mana daerah luar dari kawasan tauliahnya adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Dalam permohonan itu, Zaki juga mendakwa beliau telah menerima ugutan daripada responden baru-baru ini bahawa dia akan memburuk-burukkan nama baiknya (Zaki) jika beliau tidak membayar RM10 juta dan tidak mengambil langkah untuk mendaftarkan `perkahwinan' mereka.


Begitula macamana undang-undang mudah di permainkan dan undang-undang mudah di manipulasi untuk kepentingan.... mana moralnya seorang peguam yang faham kenapa undang-undang ni patut di hormati, malangnya dia telah gagal untuk mempraktikkan apa yang dia sendiri anjurkan, iaitu jangan langgar undang-undang.... hampeh tol la dia ni... kalau tak ilap aku dia ni pong peguam yang slalu wakili kerajaan.... apa yang kerajaan nak buat??? Orang dari lembaga disiplin tu... Kalau macam ni ler... alamat hancussss ler... diri sendiri tak berapa betul... ada hati nak mendisiplinkan orang lain... ketam mengajar anaknya berjalan betul...last2 dia juga berjalan entah ke mana...

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.